defarhano.com
D7

Khamis, 8 Disember 2016

Kalendar Tarikh Cuti Sekolah 2017

By DefarhanoVII a.k.a BoyPJ with No comments comments

Jadual Tarikh Bayaran Gaji 2017 Kakitangan Awam



Berikut merupakan tarikh bayaran gaji bulanan kakitangan kerajaan pada tahun 2017. Pekeliling Jadual Gaji 2017 ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada akhir November yang lalu. Bolehlah tengok bila gaji masuk setiap bulan pada tahun 2017 nanti untuk perancangan Cuti-Cuti Malaysia / Luar Negara atau membuat pilihan tarikh untuk mengadakan kenduri-kendara... Rujuk juga Jadual Cuti Sekolah 2017 disini.

JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN BAGI TAHUN 2017
BULAN
TARIKH
HARI
CATATAN / PERAYAAN
Januari 2017
19.01.2017
KHAMIS
(Tahun Baru Cina 28 & 29.01.2017 Sabtu & Ahad)
Februari 2017
23.02.2017
KHAMIS
credit to defarhano 
Mac 2017
23.03.2017
KHAMIS

April 2017
25.04.2017
SELASA

Mei 2017
25.05.2017
KHAMIS
(Pesta Menuai 30 & 31.05.2017)
Jun 2017
15.06.2017
KHAMIS
(Hari Gawai 01 & 02.06.2017)
(Hari Raya Puasa 25 & 26.06.2017 Ahad & Isnin)
Julai 2017
25.07.2017
SELASA

Ogos 2017
24.08.2017
KHAMIS
September 2017 
25.09.2017
ISNIN

Oktober 2017 
11.10.2017
RABU
(Deepavali 18.10.2017 Rabu)

November 2017
23.11.2017
KHAMIS

Disember 2017 
21.12.2017
KHAMIS
(Hari Krismas 25.12.2017)

Gaji akan masuk awal sebanyak 3 kali pada tahun 2017 iaitu di bulan Januari, Jun dan Oktober 2017.


19hb Januari 2017 untuk Perayaan Tahun Baru Cina 28 & 29/1
15 Jun 2017 untuk menyambut Hari Raya Puasa 25 & 26 Jun dan  
11 Oktober 2017 sebelum Perayaan Deepavali 18/10.


Untuk baca Pekeliling Gaji Bulanan 2017 yang mempunyai isi kandungan seperti:


1. Tarikh Pembayaran Gaji 2017 
2. Peraturan Pembayaran Gaji 2017


Sila download pekeliling berkenaan termasuk tarikh jadual bayaran gaji PDF type di link di bawah.

Download




Tarikh Gaji Kerajaan 2017, Tarikh Gaji 2017, Tarikh Gaji Kakitangan 2017, Tarikh Gaji Kakitangan Awam 2017, Bayaran Gaji Kakitangan Awam 2017, Bayaran Gaji Tahun 2017, Bayaran Gaji 2017, Tarikh Masuk Gaji 2017, Tarikh keluar Gaji 2017,

By DefarhanoVII a.k.a BoyPJ with No comments comments

Kelantan Cuti Peristiwa 13 Disember 2016


Kerajaan Negeri Kelantan telah mengumumkan Cuti Peristiwa pada 13hb Disember 2016 hari Selasa bersamaan 13 RabiulAwal 1438H sebagai cuti kelepasan am di Negeri Kelantan Darul Naim sempena pemasyhuran Seri Paduka Baginda YDP Agong XV.

Semoga DYMM Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V dilanjutkan usia dan membawa pemerintahan yang diberkati di Malaysia sebagai Yang DiPertuan Agong ke-15 mulai 13 Disember 2016.

Cuti Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu pertama bulan Jun setiap tahun, yakni Cuti Hari Keputeraan YDP Agong Sultan Kelantan pada 2017 akan jatuh pada hari Sabtu 3 Jun 2017.

Allahu Akbar
Kenyataan media pengumuman rasmi di Facebook oleh Menteri Besar Kelantan, Dato Ahmad Yakob.


Cuti Peristiwa Kelantan, Cuti Kelepasan Am Negeri Kelantan, Cuti Hari Istiadat Pertabalan Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan, Cuti Hari Keputeraan YDP Agong 2017, Cuti Sultan Kelantan 2017, 

By DefarhanoVII a.k.a BoyPJ with No comments comments

Isnin, 11 Julai 2016

Portugal Juara Final UEFA EURO 2016 - Champion


Portugal menjuarai Perlawanan Akhir Final Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA 2016, ataupun EURO 2016, merupakan temasya Kejohanan Bola Sepak Eropah ke-15 yang diadakan di France.

Portugal juga merupakan Negara ke-10 yang mencatat nama selaku pemenang Final EURO yang telah diadakan sejak dahulu.

Pemain bintang Christiano Ronaldo terpaksa diusung keluar pada minit ke-24 akibat kecederaan dan akhirnya rakan-rakan pasukan memastikan kejuaraan tetap milik Portugal dengan jaringan Eder pada masa tambahan perlawanan.

Tahniah Portugal!!!


Laluan Portugal dan Perancis ke Perlawanan Akhir EURO 2016 Final.


 

By DefarhanoVII a.k.a BoyPJ with No comments comments

Jumaat, 1 Julai 2016

Alkisah Duit Raya 2016


Menjelang raya tahun ni, kalau tengok live update facebook wall memasing, semua nya dok join pelbagai contest teka berapa jumlah duit raya yang dibuat oleh individu ataupun admin pages tersebut. Maaflah tak berapa berminat nak join and teka.... sebab ada syarat yang tak dipersetujui... hehehe...

Alkisah Duit Raya untuk anak-anak buah dan anak-anak saudara tahun ni, kalau ikutkan memang takda bajet, tapi cuba semampu yang boleh, untuk menggembirakan mereka di pagi raya... Bagi duit raya ini pon bukannya jatuh hukum wajib, kalau rasa mampu berilah... tak mampu... bagilah apa yang mampu walaupun RM1... (",)

Lagi beberapa hari nak menjelang Hari Raya Aidilfitri 1437h, masa tulah terfikir nak tukar duit raya baru. Nasib ada yang tolong membantu tukarkan duit baru ini.

Nampak tak sampul duit raya tu? Warna kuning... semestinya Maybank yang punya. Alhamdulillah dapat sekali sampul VIP. Kalau sebelum ni, minta kawan je yang tukarkan duit dekat Bank CIMB, tapi sejak dah berpindah pejabat ni, kenalah cari solution sendiri.... (",) 

Tahun ni tukar duit raya tak banyak, sebab ekonomi negara tak stabil... hahaha... Duit raya tu nanti ada yang terpakai sendiri tuh... Dan ketika menaip entry ini, baru teringat... duit anak sendiri tak termasuk dalam list! eh...eh... ke ada yang nak bagi? meh bagi melalui e-Duit Raya ...(",)

Komen Defarhano: Dah lama tak dapat duit raya, Ada sesape yang nak beri tak?




By DefarhanoVII a.k.a BoyPJ with No comments comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADS FROM SPONSOR

TINGGALKAN LINK ANDA

    • Popular
    • Archives
    • Categories