Selasa, 24 Jun 2008

Re-Install NAV LAB

24hb JUN 2008

Sempena dengan pendaftaran student baru pada ISNIN 30 JUN 2008 di tempat kerje aku,
dan juga bersempena aku perlu mengambil cuti pada KHAMIS dan JUMAAT 26 & 27/6 ini, jadi
terpaksalah minggu ini aku bertungkus lumus memastikan makmal2 di bawah jagaan aku berada dalam keadaan stabil, bebas virus.

Hari ini aku perlu Install satu software antivirus yang baru untuk makmal di bawah seliaan aku,
nampak nye banyak masa yang aku perlukan, untuk remove AV, dan Install Avira AV kerana Avira adalah salah satu produk antivirus yang aktif. Tetapi disebab ia adalah FREE PERSONAL ANTIVIRUS jd tidak boleh digunakan secara rasmi/meluas di tempat keje aku. So lepas aku install avira, scan semua pc, terpaksa remove semula dan baru lah di install antivirus yang bertindak melalui satu pc sebagai server. ;)

Dan hari ini juga aku perlu menyiapkan pelbagai laptop untuk kemudahan staff2 di sini menggunakannye di masa ketiadaan aku berada dalam keadaan baik.
Itu sahaja buat masa ini kerana aku telah penat menghadap pc2 ini.

tags : bangi, kerja, kilang, penat