Rabu, 28 Januari 2009

SUKAN : MU belasah West Brom 5-0

LONDON: Manchester United mencatat rekod baru Liga Perdana Inggeris dengan 11 perlawanan tanpa kalah apabila membelasah West Brom Albion 5-0, awal pagi tadi.

Lebih menggembirakan kem MU apabila kemenangan itu diperoleh di tempat lawan dan melebarkan perbezaan tiga mata dengan pesaingnya, Liverpool. Persaingan liga juga bertambah sengit apabila Aston Villa, melonjak ke kedudukan kedua selepas menang 1-0 ke atas Portsmouth.

Tottenham juga menyinar apabila menumpaskan Stoke 3-1, manakala Sunderland menang ke atas Fulham 1-0. Pengurus United, Alex Ferguson pula menyifatkan skuadnya sebagai paling mantap dan amat selesa untuk memburu kejuaraan liga.

“Gol besar ini amat berharga ke United. Perbezaan gol akan memainkan peranan besar dan sejak beberapa musim lalu. Kelebihan inilah yang selalu membezakan United dengan skuad pesaing padam musim sebelum ini," katanya.

Gol awal United menjelma pada minit ke-21 hasil pergerakan antara Michael Carrick dan Dimitar Berbatov, sebelum Berbatov meledak ke jaring lawan. West Brom pula dilanda malang apabila pertahanan yang juga kapten pasukan, Paul Robinson dibuang padang selepas melakukan kekasaran ke atas Park Ji-Sung.

Sebelum separuh masa pertama tamat, Carlos Tevez membolos gawang lawan hasil tendangan percuma Ryan Giggs. Pada minit ke-60 pula giliran Nemanja Vidic menembusi jaring dengan tandukan kemas hasil sepakan sudut Giggs.

Pemain terbaik Fifa 2008, Cristiano Ronaldo pula terus menghukum West Brom dengan melebar jaringan peribadi serta untuk United dengan dua gol pada minit ke-65 dan 75. - AFP

Jumaat, 23 Januari 2009

Khamis 22 Januari 2009

Out Site
- BK 134BB - Dr. Aidil (call hp)
Problem - kabel vga susah nak sambung laptop
Solutions - kebanyakkan laptop tidak ada masalah, tukar kabel vga yang lain

-Lab 1125
Problem - Internet tak dapat.
Solutions - beritahu pengguna, router di blok oleh PTM. Call minta unblock line.

- Lab 3137D
Problem - Virus.
Solutions - Bawa PC ke Bawah. backup data n format n install software

- Bilik Prof Dr. Salmijah
Problem - MO2007 prob, virus
Solutions - Continue

- Pejabat AM - Pn. Intan
Problem - Printer berbunyi
Solutions - Continue


Servis Laptop
- Prof Dato' Dr. Mushrifah (Sambung)
Problem - Menu FILE hilang
Solutions - Continue, Backup data n format.

- Prof Dato' Dr. Mushrifah (laptop baru Atom)
Problem - Tiada MO2007
Solutions - Install MO2007

Isnin, 19 Januari 2009

SUKAN : Sifat kental pemain United mula cetus bayangan juara

BERBATOV meraikan jaringannya yang berjaya melonjak United ke tangga teratas EPL buat pertama kali musim ini selepas membenam Bolton 1-0 di Stadium Reebok, kelmarin.
BOLTON: Sir Alex Ferguson tampil mengakui betapa dia gembira dengan sifat kental barisan di Manchester United selepas berjaya melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kali musim ini selepas membenam Bolton 1-0, kelmarin.

Juara Inggeris dan Eropah musim lalu itu, melakukan permulaan perlahan dalam kempen ini tetapi sejak mereka kembali daripada memenangi Piala Kelab Dunia di Jepun, skuad Ferguson sudah memenangi lima perlawanan liga secara berturut-turut.

Rentetan kemenangan itu memadamkan kelebihan tujuh mata yang dimiliki Liverpool ke atas mereka hanya sebulan lalu.
Namun, pengurus Liverpool, Rafael Benitez yang seolah-olah sudah cemburu dengan perkembangan terbaru itu berkata: "Tiada siapa menang gelaran pada Januari. Semua orang tahu hakikat itu. Kami perlu bertenang dan menganalisis keadaan. Jika mahu menang gelaran, ia adalah pada Mei nanti."
Apapun, kemenangan United di Stadium Reebok bukan hanya meletakkan mereka di atas pasukan The Reds - menjelang pertemuan pasukan itu di tempat sendiri menentang Everton, hari ini - tetapi turut menyamakan rekod Chelsea iaitu 10 perlawanan tanpa dibolosi dalam EPL.
Selepas membina reputasi dengan corak bola sepak menyerang musim lalu, ia adalah kemenangan ketujuh United dengan keputusan 1-0 dalam liga, musim ini dan Ferguson percaya ialah adalah petunjuk penting kepada mentaliti pasukannya.
"Ia bermakna tumpuan amat bagus. Anda perlu mengekalkan fokus anda dalam perlawanan dan saya rasa kami melakukannya dengan baik," kata Ferguson. "Saya berpendapat kami bermain bagus. Bolton pasukan sukar ditentang dan dalam perlawanan derby tempatan anda akan sentiasa gembira untuk menang perlawanan tetapi kami membiarkannya hingga lewat perlawanan.
"Saya tidak rasa ia sudah menjadi satu penentuan tetapi seronok dan tempat yang baik untuk diduduki (carta liga), tidak keraguan mengenainya.
"Liverpool mempunyai perlawanan menentang Everton Isnin ini (awal pagi Selasa waktu Malaysia) dan walaupun ia hanya untuk dua hari, kami boleh merenung semula tempoh yang cukup cemerlang buat kami.
"Kunjungan ke Jepun Disember lalu dan segala perlawanan sukar kami harungi baru-baru ini, pemain melakukannya dengan baik."

Walaupun United kini berdepan saingan separuh akhir Piala Liga menentang Derby County dan Piala FA bertemu Tottenham minggu ini, Ferguson menegaskan dia tiada masalah untuk mengambil rehat daripada kancah liga.
"Saingan separuh akhir bukan situasi buruk bagi kelab ini dan saya akan menurunkan ramai pemain muda Selasa ini. Kemudian kami berdepan Piala FA, Sabtu ini berdepan Tottenham. - AFP
**Sumber Disunting dari Berita Harian Online 19 Januari 2009
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Sukan/20090118234754/Article/index_html

tags : Berbatov, EPL, Manchester United, MUFC, Premier League

SUKAN : Semangat United cukup luar biasa

Manchester United 1
Bolton 0

BOLTON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menyuarakan rasa kagumnya dengan kekuatan mental dan fizikal yang dimiliki anak buahnya ketika menewaskan Bolton 1-0 kelmarin.

Kemenangan itu membolehkan United merampas kedudukan Liverpool selaku pendahulu Liga Perdana England dengan kelebihan satu mata.

Juara bertahan itu bermula agak hambar pada awal musim ini, namun sejak pulang dengan kejayaan merangkul gelaran Juara Kelab dunia di Jepun, anak buah Ferguson kini telah memenangi lima perlawanan berturut-turut.

Prestasi cemerlang itu juga berjaya memadam kelebihan tujuh mata yang dipegang Liverpool sejak sebulan lalu.

Kemenangan United hasil jaringan lewat Dimiter Berbatov di Stadium Reebok kelmarin itu bukan saja menyaksikan mereka memintas The Reds, namun turut menyamai rekod 10 kemenangan bersih yang dicipta Chelsea dalam Liga Perdana.
Ferguson percaya bahawa prestasi yang dipamerkan Red Devils ketika ini telah membuktikan ketahanan mentaliti pemainnya.

"Ia bermakna konsentrasi sangat bagus. Kamu perlu mengekalkan tahap konsentrasi yang bagus dalam perlawanan dan saya fikir kami lakukannya dengan baik," kata Ferguson.
"Saya rasa kami beraksi dengan baik. Bolton adalah pasukan yang sukar untuk dihadapi dan dalam pertemuan dua kelab berjiran, kamu pastinya gembira untuk memenangi pertemuan tersebut, walaupun pada lewat permainan.

"Saya tidak rasa ia kejayaan membanggakan, tapi Liverpool akan berdepan Everton Isnin ini dan walaupun kami mungkin berjaya memintas mereka selama dua hari, kami boleh jadikannya sebagai penyuntik semangat."

Sementara itu, Ferguson juga tidak kisah untuk merehatkan pemain utamanya apabila United berdepan jadual separuh akhir Piala Liga menentang Derby County dan Piala FA menentang Tottenham selepas ini.

"Separuh akhir memberi sesuatu kelebihan kepada kelab ini dan saya akan menurunkan pemain muda pada Selasa nanti dan menentang Spurs dalam Piala FA Sabtu depan," tambahnya. - AFP

** Sumber Disunting dari KOSMO ONLINE 19 Januari 2009
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm

tags : Berbatov, Bolton, EPL, Ferguson, Manchester United, MUFC, Premier League

Jumaat, 16 Januari 2009

Memikat Hati Wanita (khas buat lelaki)

Memikat Hati Wanita (khas buat lelaki)

Kita selalu mengejar cinta dari wanita idaman.
Perbagai taktik dan cara yang kita gunakan untuk menarik perhatian semata-mata ingin melafaskan kata cinta.

Sila ikuti sedikit panduan yang ringkas selain dari itu pastikan anda telah bersolah hajat dan solat istikharah.

1. Cuba tonjolkan diri anda yang sebenar
· Jangan berpura macho
· Bersikap sopan,memahami dan sederhana

2. Cuba beri perhatian
· Tumpukan perhtian ketika dia berbicara
· Jadi pendengar yang setia
· Pemaaf
· Jangan lokek pada pujian
· Berkongsi suka dan duka

3. Jangan terlalu memilih
· Terima seadanya dia
· Ingat “no body ‘s perfect”
· Jangan terlalu menilainya

4. Perlihatkan perasaan anda
· Jangan cemburu buta
· Ucapkan kata sayang selalu
· Jangan terlalu mengongkong
· Berikan perhatian anda padanya selalu

5. Bijak membaca situasi
· Jangan terlalu menyempitkan pergerakannya
· Jangan lupa pada tarikh penting
· Kekadang biar dia merindui anda
Jangan lupa solat fardu sebelum melakukan solat sunat

Rabu, 14 Januari 2009

Penzina rosakkan generasi patut kena hukuman

Oleh Lokman Ismail

Perkahwinan cara terbaik penuhi fitrah manusia, atasi masalah sosial masyarakat
ALLAH menciptakan manusia berpasangan, lelaki dan perempuan yang saling memerlukan bagi melengkapkan kehidupan sosial serta seksual. Firman Allah bermaksud: "Dan di antara tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untukmu isteri dari jenis kamu, supaya kamu cenderung dan tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih sayang." (Surah ar-Rum: 21)

Islam menetapkan cara terbaik baik bagi lelaki dan perempuan memenuhi keperluan hidup mengikut keinginan mereka. Hubungan itu perlu dilangsungkan mengikut peraturan dan dibenarkan. Pematuhan peraturan itu mempunyai banyak hikmah dan membezakan antara kehidupan manusia berbanding haiwan. Allah mencipta manusia sebaik-baik kejadian dan perlu diterjemahkan melalui cara hidup

Islam menetapkan perkahwinan adalah hubungan halal bagi lelaki dan perempuan memenuhi keperluan hidup berpasangan. Undang-undang atau peraturan berkaitan perkahwinan dan kekeluargaan adalah yang tertua bagi manusia. Ramai yang memilih jalan salah dalam memenuhi tuntutan seks. Ada pasangan yang tidak mempunyai ikatan halal, bukan suami isteri, melakukan hubungan seks tanpa rasa bersalah atau berdosa.
Perbuatan menyamai sikap haiwan itu bukan setakat membabitkan golongan bawahan, bahkan individu berkedudukan dan terkenal. Mereka terpengaruh dengan cara hidup Barat yang bangga memperkenalkan pasangan bersekedudukan dan menjadikan bahan seks untuk meraih populariti.

Perbuatan zina diharamkan kerana keji dan melanggar ketetapan agama. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina kerana sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.” (Surah al-Israk: 32) Biarpun zina dilakukan dengan rela, ia adalah jenayah. Hukuman terhadap penzina perlu dilaksanakan seperti kesalahan membunuh, mencuri dan merogol sebagai pengajaran kepada semua terutama mereka mempunyai keinginan melakukannya.

Golongan yang menjadikan seks perkara mudah berpunca lemahnya iman dan takwa. Mereka mudah dipengaruhi syaitan yang bijak memperdaya manusia melakukan kejahatan membabitkan nafsu seks. Pergaulan bebas, ditambah pengaruh dadah, arak dan bahan lucah mendorong seseorang melakukan zina. Justeru, Islam menggariskan batasan hubungan lelaki dan perempuan supaya tidak mudah diperdaya syaitan. Lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan tidak dibenarkan berada berdua-dua di tempat terlindung daripada pandangan orang ramai. Rasulullah SAW mengingatkan perkara itu melalui sabda bermaksud: “Jangan sekali seorang lelaki bersama perempuan yang tidak halal baginya kerana yang ketiganya adalah syaitan kecuali kalau ada mahramnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Ideologi Barat mengatakan hal berkaitan seks perlu ditentukan individu tanpa sekatan dan kongkongan adat atau agama tidak boleh diterima. Hakikatnya, apa yang didakwa itu adalah penyimpangan keperluan manusia sendiri. Golongan melakukan seks bebas mendakwa hubungan seks hak mutlak seseorang seperti hak asasi lain. Maka kebebasan itu tidak boleh dihalang sesiapa termasuk ibu bapa terhadap anak gadisnya. Amalan itu difikirkan dapat mengatasi masalah sekatan seks yang didakwa punca berlaku rogol. Namun, hakikatnya masalah itu tidak dapat diselesaikan. Di Barat kes rogol dan penderaan seks tetap berleluasa. Nilai moral dan batasan kemanusiaan tidak lagi menjadi penting di Barat.

Jalan terbaik menyelesaikan hal berkaitan seks ialah melalui cara ditetapkan syariat iaitu perkahwinan. Institusi perkahwinan bukan saja membolehkan lelaki dan perempuan menjalani hubungan seks secara halal, tetapi banyak rahsia kebaikan di sebaliknya.
Institusi perkahwinan membentuk hubungan lebih kukuh, ikhlas dan mewujudkan perasaan saling memerlukan antara lelaki dan perempuan. Berlainan hubungan zina, semata-mata bertujuan kepuasan nafsu. Dalam institusi perkahwinan, hubungan lelaki dan perempuan bukan sekadar memenuhi keperluan seks, tetapi berkongsi semuanya. Kesetiaan, pengorbanan, saling menghormati, memerlukan, kasih sayang, keyakinan dan kepercayaan dalam hu bungan suami isteri membentuk institusi kekeluargaan yang kukuh. Melalui perkahwinan kelahiran anak amat diharapkan. Islam menggalakkan perkahwinan bertujuan melahirkan zuriat. Walaupun zina juga melahirkan zuriat, tetapi bukan matlamatnya. Penzina sedaya upaya mengelak daripada perkara itu, lebih-lebih lagi perempuan.

Mengandung dan melahirkan anak zina menyebabkan banyak keburukan. Cara menutup aib ialah pengguguran janin dan jika tidak berjaya atau tidak sanggup menggugurkan, maka lahirlah anak zina. Untuk menutup malu dan tidak mahu menghadapi pelbagai masalah berkaitan kelahiran anak, maka dilakukan jalan mudah dengan membuang bayi. Perbuatan itu menunjukkan kesan buruk zina. Jelas ia turut mendatangkan masalah kepada orang lain. Untuk mengelak zina, dinasihatkan kepada mereka yang cenderung melakukan hubungan seks dan mampu berkahwin, maka bersegeralah berkahwin.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai pemuda, barang siapa antara kamu sudah mampu berkahwin, maka kahwinlah, kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kehormatan. Dan barang siapa belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu mengurangi nafsu syahwat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

**Sumber Disunting dari Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Agama/20090114073606/Article/index_html

tags : agama, Iman, Islam, Manusia, Seks, Zina

Misteri Batu Hajar Aswad

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planetBumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. KetikaNeil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasadan mengambil gambar planet Bumi, di berkata : “Planet Bumi ternyatamenggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”

Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacamradiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada asalantersembunyi di balik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebutberpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkanadalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal initerbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebutmasih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi inimemiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di planet Bumidengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu areayang bernama ‘Zero Magnetism Area’, artinya adalah apabila kitamengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidakakan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antarakedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebihlama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatangravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka’Bah, makaseakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius danini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batutertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium dinegara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’Bah) danpihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukanberasal dari sistem tata surya kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad ituditurunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosaanak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)

Selasa, 13 Januari 2009

Kerana Satu KLIK

Hanya untuk mengingati diri sendiri disamping rakan-rakan sekalian yang aku sayangi.

KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT
Oleh: Ismail Abu Bakar

Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.

Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.

Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.

















Mafhumnya::
Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.














Mafhumnya:
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.

Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.

Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email.

Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut. Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.

Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.

Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian. Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.

Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.

Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500+5000=5551. Begitulah seterusnya.

Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat.

Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?

Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.


Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.

Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.

Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.

Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.

Wallahhu’alam

* Artikel ini dipetik dari Darussyifa.org
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=26

Gerhana Matahari Hujung Januari 2009

Gerhana matahari 26 Januari

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari separa kira-kira jam 4.30 petang, 26 Januari ini apabila bulan mula menyentuh cakera matahari selama 3 jam 46 minit bermula dari lautan India ke sebelah barat Indonesia.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan semalam, menyebut kesan gerhana bulan hanya dapat dilihat apabila bulan menutupi matahari secara perlahan sambil membentuk sabit sehingga kegelapan maksimum tercapai pada jam 5.50 petang.

Fenomena ini akan berakhir pada jam 6.55 petang apabila bayangan bulan hilang sebelum matahari terbenam. Orang ramai boleh mendapatkan gambaran fenomena terbabit melalui laman web http://www.angkasa.gov.my/.

Dalam perkembangan berkaitan, Angkasa akan mengadakan program harian gerhana matahari separa secara percuma pada 20 hingga 30 Januari ini bertempat di Planetarium Negara Kuala Lumpur bagi menanam minat terhadap astronomi di kalangan rakyat negara ini.

** Sumber Disunting dari Berita Harian Online 13 Januari 2008
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20090113000400/Article/index_html

* Jadi jangan lepaskan peluang bersiap sedia untuk menikmati kejadian fenomena alam ini yang datang beberapa tahun sekali .