Selasa, 28 April 2009

Pilihan raya kecil Penanti 31 Mei


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.12 Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 31 Mei.

** Sumber disunting dari KOSMO Online Selasa 29 April 2009
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

tags : Dewan Undangan Negeri, DUN, N.12, Penanti, Pilihan raya kecil, Pilihanraya, Pulau Pinang, SPR

SUKAN : Giggs Pemain Terbaik

GIGGS (kanan) dan Young masing-masing menerima trofi selepas diumumkan sebagai Pemain Terbaik PFA dan Pemain Muda Terbaik PFA pada satu majlis di London kelmarin

LONDON - Ryan Giggs dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Profesional (PFA) England awal pagi semalam meskipun dia hanya beraksi 12 kali dalam kesebelasan utama Manchester United musim ini.
Pemain tengah berusia 35 tahun yang berasal dari Wales itu berjaya menewaskan lima calon lain termasuk empat rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo, Nemanja Vidic, Edwin van der Sar dan Rio Ferdinand serta kapten Liverpool, Steven Gerrard.

"Saya pernah menang dua kali anugerah Pemain Muda Terbaik tetapi anugerah kali ini betul-betul kejayaan besar buat saya.

"Ia merupakan anugerah peribadi terbaik yang kamu boleh dapat kerana ia merupakan undian dari rakan-rakan pemain sendiri," katanya.

Menurut Giggs, saingan musim ini begitu menarik di mana selepas berakhir satu perlawanan besar, mereka perlu menempuh satu lagi perlawanan besar secara berterusan.
"Itulah yang berlaku dengan United. Ucapan terima kasih pastinya kepada Alex Ferguson yang banyak mempengaruhi karier bola sepak saya.

"Pertama kali bertemu dengannya adalah ketika saya berusia 13 tahun dan hubungan kami sentiasa baik sehingga ke hari ini," ujarnya.

Sementara itu, pemain England yang beraksi untuk Aston Villa, Ashley Young dipilih sebagai pemenang anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan.

Bagi pilihan kesebelasan utama Liga Perdana England untuk tahun ini, seramai enam pemain United berada dalam senarai tersebut iaitu Giggs, Ronaldo, Vidic, van der Sar, Ferdinand dan Patrice Evra.

Namun penyerang United, Wayne Rooney tidak berada dalam senarai itu selepas diketepikan penyerang Chelsea, Nicolas Anelka dan penyerang Liverpool, Fernando Torres. - Agensi

PILIHAN LIGA PERDANA ENGLAND

PENJAGA GOL: Edwin Van der Sar (United)

PERTAHANAN: Glen Johnson (Portsmouth), Rio Ferdinand (United), Nemanja Vidic (United), Patrice Evra (United)

TENGAH: Ashley Young (Aston Villa), Steven Gerrard (Liverpool), Ryan Giggs (United), Cristiano Ronaldo (United)

PENYERANG: Nicolas Anelka (Chelsea), Fernando Torres (Liverpool)
** Sumber disunting dari KOSMO Online 28 April 2009
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm

tags : Cristiano Ronaldo, Fernando Torres (Liverpool)Ashley Young (Aston Villa), Nicolas Anelka (Chelsea), Ryan Giggs (United), Steven Gerrard (Liverpool)

SUKAN : Skuad Kijang makin mewah

DURIAN runtuh lagi untuk skuad Kijang. Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memperuntukkan RM200,000 untuk tujuan pemberian bonus kepada pemain beserta pegawainya yang berjaya melakar sejarah melangkah ke perlawanan akhir Piala FA pada 25 April lalu.

Ganjaran itu termasuklah perbelanjaan duit poket untuk pemain yang akan dibawa berkunjung ke Old Trafford selama 13 hari pada 12 hingga 24 Ogos nanti.
Seramai 40 orang pemain dan pegawai serta 30 penyokong akan dibawa dalam siri lawatan itu yang turut melibatkan kunjungan ke Leeds dan Liverpool.
Namun Presidennya, Tan Sri Annuar Musa memberitahu, siri lawatan itu bukanlah hanya semata-mata untuk 'makan angin' saja sebaliknya beberapa siri perlawanan persahabatan turut dirancang.

Ujarnya, ia bertujuan melengkapkan persiapan Wira Merah dalam misi mengejar dua lagi piala iaitu Liga Super dan Piala Malaysia.

"Kita akan mengadakan perlawanan bersama sebuah pasukan tempatan di Leeds dan Liverpool selain meninjau pembangunan pengurusan pasukan Manchester United di Old Trafford nanti.
"Saya akan pergi ke sana (Manchester) hari ini (semalam) terlebih dahulu untuk menyelesaikan beberapa perkara termasuk penginapan dan pengangkutan semasa lawatan itu kelak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemberian bonus dan replika tiket penerbanganke Old Trafford di Kampung Kraf, Kota Bharu semalam.

Beliau yang melahirkan rasa bangga terhadap tahap persembahan skuad Kijang pada perlawanan Piala FA itu menyifatkan anak buah kendalian Peter James Butler itu bermain dengan penuh gentleman.

Menurutnya, satu transformasi telah berlaku dalam bola sepak negeri ini yang satu ketika hanya beraksi dalam Liga FAM, kemudian di Liga Perdana, mula mengorak langkah sedikit demi sedikit sehingga beraksi di Liga Super.

"Sekarang, kita masih lagi dalam pemburuan dua piala yang penting, Liga Super dan Piala Malaysia, jadi saya harap semua pemain perlu tanam keazaman yang tinggi untuk menjulang piala-piala ini," tambahnya
** Sumber disunting dari KOSMO Online 28 April 2009
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm

tags : english, EPL, kelantan, kelate, kijang, leed united, liverpool, Malaysia, Manchester United, msl, old trafford, the red worrior

Isnin, 27 April 2009

Anak melayu terlampau...


Tanpa segan silu, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun memberitahu “bapa saya tak marah pun” apabila disoal sejurus dia didapati leka meneguk arak murah di tepi longkang sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota di sini, awal pagi semalam.

Dia yang mengaku berasal dari Flet Sri Sabah di sini mendakwa mula ketagih arak murah selepas kerap kali diberikan rakannya.

Remaja yang masih bersekolah itu dikatakan bercakap merapu ketika ditahan polis dalam operasi bersepadu dilancarkan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Dalam operasi itu, polis menyerbu lorong gelap di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Changkat Tamby yang dijadikan markas kegiatan tidak bermoral oleh remaja skinhead itu sejak sekian lama tanpa menghiraukan bau busuk longkang serta persekitaran kotor.

Ketika serbuan kawasan terbabit dikatakan dipenuhi dengan botol serta tin arak yang bersepah di atas jalan, dipercayai dibuang remaja berkenaan.

Dalam serbuan di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Changkat Thamby, seramai 23 remaja iaitu 15 lelaki dan lapan gadis belasan tahun, ditahan selepas berada di bawah pengaruh arak.

Remaja perempuan terbabit juga didapati berpakaian menjolok mata.

Ketika serbuan kebanyakan mereka gagal meloloskan diri kerana sedang khayal, namun segelintir remaja cuba melarikan diri dalam keadaan terhoyong-hayang, tetapi dapat dipintas dan diberkas anggota polis.

Apabila ditanya, ada di kalangan remaja terbabit mengaku datang dari luar Lembah Klang termasuk dari Pahang.

-Dipetik dari Harian Metro, 27 Apr 2009-

tags : anak melayu terlampau, awek melayu terlampau, budak sekolah, budak sekolah terlampau, cerita melayu, cerita melayu boleh, gadis melayu terlampau, gambar melayu boleh, gejala sosial, melayu boleh

SUKAN : Trofi EPL akan kekal di Old Trafford


LONDON - Manchester United tidak akan melepaskan trofi Liga Perdana England (EPL) begitu sahaja.

Ia akan tetap kekal di Old Trafford.

Demikian tegas penyerang United, Wayne Rooney selepas mereka bangkit mengalahkan Tottenham Hotspur 5-2 kelmarin.

Walaupun ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama, juara bertahan itu mempamer kebangkitan luar biasa dengan meledakkan lima gol pada babak kedua, sekali gus merampas semula takhta liga daripada Liverpool yang menang 3-1 ke atas Hull City sebelum itu.

Dengan kelebihan tiga mata ke atas pencabar mereka itu, serta memiliki kelebihan baki satu perlawanan, Rooney mengakui Red Devils akan sekali lagi menjulang gelaran itu musim ini.

"Kami tahu kami dalam keadaan terbaik ketika ini. Kami perlu menggunakan kelebihan baki perlawanan ini. Ada lima lagi baki perlawanan dan terpulang kepada kami untuk melakukannya," kata Rooney.

"Kemenangan ke atas Spurs hari ini (kelmarin) sangat penting bagi kami kerana ia memberi keyakinan dan kepercayaan baru menjelang aksi seterusnya.

"Ia juga satu kebangkitan yang menakjubkan. Pada babak pertama permainan kami agak hambar dan kami terpaksa mengubah tempo permainan. Kami tahu sebaik saja kami memperoleh gol pertama, kami ada peluang untuk menang dan itulah yang melegakan."

Spurs mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan Darren Bent dan Luka Modric.

Namun United bangkit pada babak kedua menerusi dua jaringan Cristiano Ronaldo dan Rooney sebelum Dimitar Berbatov menambah gol kelima ke atas bekas kelabnya itu.

Ronaldo pula berkata United sudah semestinya mampu memenangi pertemuan ini walaupun tanpa dihadiahkan sepakan penalti yang dipertikaikan pemain Spurs.

"Pengurus memberitahu pada masa rehat bahawa kalau kami menjaringkan satu gol, maka kami akan dapat tiga atau empat gol lagi dan itulah apa yang terjadi," kata bintang Portugal itu. - AFP

SUKAN : Kelantan gagal penuhi impian

PEMAIN dan pegawai Selangor meraikan kejayaan mereka muncul juara Piala FA selepas menewaskan Kelantan menerusi penentuan penalti 4-1 di Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Khalid Redza


Selangor muncul juara Piala FA menerusi penentuan penalti 4-1
SELANGOR menggunakan pengalaman beraksi di pentas saingan besar untuk menuai satu lagi hasil besar apabila menjulang Piala FA buat kali kelima selepas menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.


Apapun, anak didik K Devan jelas tidak memenangi mudah ketika lawan bergelar The Red Warriors itu - yang membuat penampilan pertama di final sejak 1970 - memberi saingan sengit sehingga ke minit terakhir permainan masa tambahan sebelum Merah Kuning dapat mengesahkan pingat kejuaraan.


Dengan Kelantan menampakkan gemuruh, berikutan penampilan pertama dalam final piala domestik selepas kemarau 39 tahun, skuad Merah Kuning mengambil kesempatan dengan melancarkan beberapa siri serangan ke pintu gol dengan habuannya adalah tiga sepakan sudut dalam empat minit pertama.


Ancaman Selangor berterusan selepas itu dengan Safee Sali melakukan lambungan tepat di luar kotak penalti lawan pada minit kelima, namun penjaga gol, Shahrizan Ismail bertindak cemerlang menafikan percubaan itu.


Selepas mengekang ancaman bahaya bertali arus itu, Kelantan menemui rentak dengan percubaan pertama hadir menerusi Ezrie Shafizie Sazali minit ke-21 yang melakukan rembatan dari jarak 25 meter dan hanya sedikit melepasi palang gol.


Disuntik keyakinan, The Red Warriors nyaris berada di depan, namun rembatan Indra Putra Mahayuddin dari jarak 30 meter terkena palang gol Selangor.
Selepas rehat, Kelantan memiliki peluang awal di babak kedua, apabila sepakan percuma kapten pasukan, Badhri Radzi minit ke-48 tepat ke jangkauan Mohd Rizal Fahmi, tetapi tandukannya melepasi gol lawan.


Peluang terbaik Selangor hadir menerusi sepakan voli Rudie Ramli minit ke-67, namun Shahrizan sekali lagi bertindak cemerlang mendakap kemas percubaan itu.
Pasukan bimbingan Peter Butler itu terus menghadirkan ancaman menerusi percubaan tepat Ahmad Ezrie Shafizie (minit ke-73) dan Mohd Norfarhan Mohammad (minit ke-82), tetapi penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad bertindak cemerlang menyelamatkan keadaan buat mengheret perlawanan ke masa tambahan.

MSL FINAL F.A 2009 Kelantan VS Selangor

Sabtu 25 April 2009 - Lebih kurang jap 4.30 petang aku tiba di SNBJ bersama kete aku, dan mendapat tempat parking di C area, turun sahaja dari kerete, Polis Traffik yang jage kawasan parking tu tanya, mana penyokong Selangor ? Penyokong Kelantan jer ramai... huh~ aku menjawab, penyokong selangor dekat, xpe...malam nnt ramai...hehe...

Then aku teruskan perjalanan ke tempat karnival di pintu masuk stadium. Lautan Merah terpaksa aku redahi dengan Jersi Merah Kuning bersama 3 lagi yang lain. Nak kate aku takut, x jugak...sebab aku x salah ape² :D tp cuma berwaspada sahaje.:)

Sempat jugaklah kami bershopping sakan di situ, mengaut 1 jersi Selangor dan 1 Jersi Kelantan :). Bagi aku jersi Kelantan mmg lawa disebabkan mempunyai corak batik dan juga belang yang ala-ala pasukan Southampton. :). Then mencari tempat makan kerana kelaparan :). penuh sesak dengan penyokong kelate disitu.:). Dan kami terus berjalan di karnival sehingga jam 6.30 petang utk. masuk ke dalam stadium.

Ingatkan dapat lah amek port yang cun² masuk awal, tapi kami terlambat, rupanye sume tempat cun dah dibooking, kalau tgk sebelah sana...penuh dengan puluhan ribu penyokong kelate yang dah masuk.:)

bersambung...

Sabtu, 25 April 2009

Final Piala F.A : Kelantan VS Selangor @ SNBJ

Sabtu 25 April 2009 - Berbekalkan 4 keping tiket yang aku kirim kat member aku semalam, maka hari ini aku akan bertolak ke SNBJ dengan penuh semangat merah kuning yang membara,
kete aku dapat sticker parking C, tapi taktau lah pulak kat mane arahnye Lot Parking itu, terpaksa la mencari petang nnt dengan harapan jalan x jem teruk.

Aku harap, Selangor berjaye menewaskan pasukan Kelantan malam nnt dan juga SNBJ Stadium Nasional Bukit Jalil dipenuhi dengan lautan penyokong Merah Kuning, bukan Merah Putih...huhuh.... Red Giant Boleh!!!

VIVA SELANGOR!!!

tags : Bola Sepak, kelantan, piala f.a malaysia, red giants, selangor, selangorfc, tiket

Jumaat, 24 April 2009

XTVT : Bowling & Karok

Jumaat 24 April 2009 -

Seperti biasa apabila kawan-kawan aku telah cukup, akhirnye keputusan telah dibuat utk. bermain Boling @ Warta, Bandar Baru Bangi. Ramai juga telah diundang tetapi tidak datang...hehe...so peserta pada tgh hari td jam 12.20 seramai 3 orang, di mana hajat aku utk. membalas dendam ke atas shypool berhasil jua, tetapi kejutan di set pertama dilakukan oleh zahar yang menang dengan 136 Point, dikuti aku dengan 109 point dan shypool 90 point. set kedua dimenangi aku dengan 124 mata, shypool 101 mata, dan zahar dengan 93 mata. keseluruhan aku amat berpuas ati, sebab banyak kali juga strike... hehe...
bersambung di minggu depan...

Then XTVT Karok @ Warta sebanyak 4 lagu, lagu² disumbangkan ialah Cinta 3 Segi, Mai Pen Rai, Lagu Untukmu, Bila Aku Sudah Tiada dan sebuah lagu Allahyarham Sudirman.

FILEM BOHSIA : Jangan Pilih Jalan Hitam 18PL

Khamis 23hb April 2009 , Jam 9 Malam-

Aku menyaksikan Filem BOHSIA arahan Syamsul Yusoff yang diklafikasikan sebagai 18PL maka ianya tidak sesuai utk. tontonan seisi keluarga, tetapi semalam ade jer aku menyaksikan makcik-pakcik sekeluarga tonton filem nih waktu aku berjalan keluar dari pawagam.

Jalan cerita Filem BOHSIA nih boleh la aku cakap kan seperti yang ramai jangkakan lebih kurang sama dengan filem aksi² motor or kereta yang telah ditayangkan seperti KL Menjerit, Remp-IT dan lain² di mana plot ceritanya juga lebih kurang sama seperti drama bersiri Gerak Khas :)

Kandungan cerita pula dari unsur pengajaran mmg ada juga diselitkan ke arah kebaikkan di mana aku pon sedih nak tengok babak² Mak Tasya halau Tasya(Nabila Huda). Aksi pergaduhan kumpulan mat rempit di akhir cerita juga boleh dijadikan pengajaran,Mus (Syamsul Yusoff) vs Acai (Shaheizy Sam) berpunca dari sikap Tasya yang hilang pertimbangan setelah kecewa dengan tindakan Mus mengatakan dirinya hanya BOHSIA pakai buang sahaja, lalu Tasya pergi ke rumah Acai melayan dadah dan juga rela ditiduri.

Pendek citer, filem ni x sesuai nak tonton seisi keluarga, nak pergi tengok ngan awek or kawan² amat bersesuaian sekali, dah ler ada babak bapak rogol anak.huh~ tak sanggup... aku dah layan citer neh, so korang biler lagi..nak tahu kesudahan nye..pergilah ke pawagam berdekatan yer...

Sinopsis Filem

Bohsia mengisahkan dua remaja Amy (Salina Saibi) dan Tasya (Nabila Huda) yang menjadi mangsa kerakusan kekejaman manusia berhati binatang. Tanpa pendidikan dan latar belakang keluarga yang sempurna, Amy dan Tasya memilih untuk terjebak dalam dunia rempit oleh pengaruh teman lelaki. Muz (Syamsul Yusoff) teman lelaki Tasya seorang suka cakap besar dan Acai (Shaheizy Sam) teman lelaki Amy seorang yang pantang dicabar. Bapa Amy seorang kaki judi sering menganggu kehidupan Amy. Azam (Aaron Aziz) seorang bapa ayam cuba memujuk Amy kembali padanya dan insaf atas kesilapannya yang dulu. Amy yang mengetahui pekerjaan Azam cuba menjauhkan dirinya pada Azam. Muz terpikat pada Aisyah (Diana Danielle) tetapi tidak mengetahui Aisyah ialah adik kepada Azam. Tasya yang berang dengan kecurangan Muz, relakan dirinya ditiduri Acai dan gengnya. Tasya merasakan hidupnya tidak bermakna, membunuh diri. Muz mendedahkan cuba memberitahu identiti abangnya dan dirinya sebagai mat rempit. Azam kecewa tidak dapat memujuk Amy bertindak merogol Amy. Amy melarikan diri dari Azam dan cuba berlindung dengan bapanya Salleh (Nasir Bilal Khan). Salleh yang mabuk cuba mengambil kesempatan pada Amy. Apakah yang akan berlaku... Saksikan BOHSIA di pawagam SEKARANG...

Selasa, 21 April 2009

Sinopsis Filem Setem Lakonan Afdlin Shauki dan Vanidah Imran



Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan. Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka. Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit. Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem tersebut. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang menjaga mereka di rumah anak yatim tersebut.



Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium.



Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Malangnya bukan semudah itu untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau.

Setem tidak sampai ke tangan Sid & Joe, Piranha Lim mahupun Vellu. Ianya singgah di tangan Aryanto, seorang pendatang tanpa izin yang tidak mengetahui apa-apa. Aryanto membawanya ke rumah kongsi Marcello. Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain pula iaitu Iskander, pemuda buta yang juga tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut. Yasmin, kakak Iskander yang ternampak setem tersebut, lalu menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata Iskander.



Siapakah yang memilikinya? Apa pula berlaku kepada mereka semua? Nantikan kemunculan ‘SETEM’ di pawagam berhampiran anda!

tags : facebook, Setem album, Setem blog, Setem filem, Setem friendster, Setem portofolio, Setem pos, Setem surat, Setem terbaru, Setem terkini, Sinopsis Setem Lakonan Afdlin Shauki dan Vanidah Imran

Jumaat, 17 April 2009

Sinopsis Filem SETEM

Ikuti misteri menarik kisah sekeping setem di dalam filem terbaru bertajuk 'Setem'
FILEM arahan Kabir Bhatia bertajuk 'Setem' akan menemui peminat filem Melayu tidak lama lagi dengan membawa kisah yang penuh misteri dan menarik.


Buah tangan terbaru Kabir ini adalah penerbitan Tayangan Unggul. Selain mengarah, cerita asal dan lakon layar juga dibuat oleh Kabir. Ceritanya berkisar tentang Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 yang mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya.

Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kesilapan. Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang kemudiannya dikutip oleh cucunya.

Tahun 2008
Pada sekitar tahun 2008, Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan.
Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka. Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem tersebut. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang menjaga mereka di rumah anak yatim tersebut.

Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium.
Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Malangnya bukan semudah itu untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau.
Setem tidak sampai ke tangan Sid & Joe, Piranha Lim mahupun Vellu. Ianya singgah di tangan Aryanto, seorang pendatang tanpa izin yang tidak mengetahui apa-apa. Aryanto membawanya ke rumah kongsi Marcello.

Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain pula iaitu Iskander, pemuda buta yang juga tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut. Yasmin, kakak Iskander yang ternampak setem tersebut, lalu menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata Iskander.
Siapakah yang memilikinya? Apa pula berlaku kepada mereka semua? Nantikan kemunculan ‘SETEM’ di pawagam berhampiran anda.

Filem 'Setem' dibarisi dengan pelakon-pelakon hebat seperti Afdlin Shauki (Joe),Rashidi Ishak (Sid), Vanidah Imran (Alliya), Que Haidar (Iskander), Bront Palare (Burn), Datuk Aziz Sattar (Pak Ramli), Datuk Jalaluddin (Adnan Hassan), Aziz M.Osman (Posman), Azwan Ali (Pengurus Restoran) dan Syanie sebagai Clubber.

tags : cerita terbaru, Filem Setem, filem terbaru, panggung wayang, plot cerita, sinopsis filem setem, wayang