Header Ads

Budak lapan tahun cipta rekod baru dunia



CIRENCESTER, England - Seorang budak lelaki berumur lapan tahun, Tiger Brewer berdiri di bahagian atas sayap sebuah pesawat klasik, Boeing Spearman yang sedang terbang, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu bapa Brewer menyaksikan aksi anak mereka manakala datuknya, Vic Norman menjadi juruterbang pesawat buatan 1942 itu.

Brewer kini memegang rekod sebagai orang yang paling muda di dunia berdiri di atas sayap kapal terbang.

"Pemandangan cukup mengagumkan. Semua yang saya lihat cukup kecil. Saya dapat melihat setiap orang berada di bawah saya tetapi tidak dapat mengenali mereka," katanya selepas penerbangan selama lima minit itu berakhir.

Datuknya yang berumur 61 tahun berkata, dia berasa bangga kerana dapat membawa salah seorang daripada tujuh cucunya melakukan aksi itu.

"Dia kelihatan gementar pada mulanya tetapi kemudian nampak bersantai dan seronok dengan aksi itu," kata datuknya.

Brewer mengatasi rekod yang dilakukan oleh Guy iaitu anak pemain drum kumpulan muzik Pink Floyd, Nick Mason yang berdiri di atas sayap pada 2001 ketika berusia 11 tahun. - Agensi

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.