Header Ads

SUKAN : Fergie sasar gelaran kali keempat

LONDON: Alex Ferguson melaungkan amaran keras kepada setiap pesaingnya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bahawa dia tetap fokus untuk memburu gelaran buat kali keempat berturut-turut.

Belum pernah ada kelab berjaya meraih kejayaan itu di England sebelum ini. Tahun lalu, United menyamai rekod tiga kemenangan berturut-turut yang dikecapi oleh Arsenal, Huddersfield Town dan Liverpool.

Bezanya, kali ini, Ferguson merasakan pasukannya mampu menjadi lebih baik.

Pada Disember lalu, dia membawa United ke Jepun dan meraih Piala Kelab Dunia sebelum kembali bagi memintas Liverpool di puncak liga.

“Memenangi empat gelaran adalah suatu yang ingin kami lakukan dan ia bakal menjadi pencapaian hebat.

“Kami sedar betapa sukarnya untuk menang dalam liga ini. Kami mendapat peluang yang baik pada musim lalu - pergi ke Jepun dan disusuli dengan perlumbaan sebelum menang saingan liga dan ia satu pencapaian hebat.

“Kami tidak mempunyai sebarang masalah itu pada musim ini meskipun saya mahu melihat persaingan sengit itu. Bagaimanapun, usaha untuk memenangi empat gelaran berturut-turut masih menjadi cabaran yang besar bagi kami.”

Tetapi, hujahnya dari mana jaringan akan menyusul untuk pasukannya. Sejak dua musim lalu, Wayne Rooney secara kerap mengubah posisinya di gelanggang untuk memberi ruang ledakan kepada Cristiano Ronaldo.

Tidak dinafikan daripada perbualan sejak beberapa minggu lalu dia menyandarkan harapan besar ke atas Rooney dan bekas penyerang England, Michael Owen walau pun menyuarakan kedua-dua penyerang itu tidak akan beraksi secara kerap bersama kelab itu. - Agensi.

Sumber disunting : Berita Harian Online 13 Ogos 2009
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Sukan/20090812235257/Article/

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.