Ahad, 6 September 2009

2nd REUNION SKJP (1) : Berbuka Puasa @ Restoran Rasa Sayang

5 September 2009
6.00ptg - 3.30pg

Salam,
setelah sekian lama berpisah,
akhirnya semalam dapat jua aku join reunion
sekolah rendah. 1st reunion bln lepas kat Sunway lagoon
aku x dpt join...

So malam td, tempat dibooking oleh nookie sebanyak 30,
tetapi kehadiran lebih dari 30, alhamdulillah...
dapat jumpe kembali rakan2 yang telah terpisah lebih
13 tahun... xsangka rasanya,

Melihat keadaan semua telah besar dan berjaya,
pelbagai kerjaya semuanya...dan yang paling
bes, ada sorang tu, sampai tak tahu cakap melayu..
huh...Ramzy...ramzy...

so kitorang berbuka pose dengan pakej rm38 / pax
selepas itu, lepak2 jap...then jam 9.30 pergi ke KTV di imbi plaza
untuk sesi karok, masa masih tak ckup untuk beramah mesra di
tmpat berbuka, terpaksa booking VIP ROOM untuk 2jam,
banyak lagu juga yang dilayan, terserlah bakat2 terpendam
memasing...

selepas itu,lepak pula kat Lotus berhampiran Hotel Nikko
sehingga jam 3.30 pg, kalau x, nak balek awal dah...
tp hujan yg turun tanpa henti, sehingga membuatkan
kami semua terpaksa redah hujan dan kembali ke kereta memasing
untuk pulang ke rumah...
:)

mmg menyeronokkan!!!
bes....
semoga berjumpa lagi....

Jumaat, 4 September 2009

Sindiran Wenger tentang Old Trafford

'Pemain United laku 20 kekasaran tetapi tidak dilayang kad kuning'

MANCHESTER: Arsene Wenger masih termangu-mangu sama ada ingin ketawa atau mahu meratapi kekalahan pasukannya, Arsenal 2-1 di Manchester United.

Minggu penuh dramatik Arsenal berakhir dalam suasana haru-biru di Old Trafford kelmarin dengan Wenger diarahkan meninggalkan bangku simpanan oleh pengadil Mike Dean kerana menendang botol akibat terlalu kecewa selepas jaringan Robin van Persie pada saat genting dibatalkan kerana rakan sepasukannya, William Gallas sudah ofsaid.

Sebelum itu, Dean menafikan penalti untuk Arsenal selepas Andrei Arshavin dibentes keras oleh Darren Fletcher; menghadiahkan penalti kontroversi terhadap Wayne Rooney selepas penjaga gol Arsenal, Manuel Almunia, kelihatan menerpa kakinya.

Malah, Emmanuel Eboue yang dibentes sebaliknya dilayangkan kad kuning kerana didakwa sengaja menjatuhkan diri.

Selang beberapa hari selepas Eduardo didakwa oleh UEFA kerana sengaja menjatuhkan badan untuk meraih penalti dalam saingan Liga Juara-Juara sewaktu menentang Celtic, terlalu banyak rentetan luar biasa Arsenal sebelum kemuncaknya mereka tewas kepada United akibat jaringan sendiri, Abou Diaby.

“Saya menendang botol air apabila gol itu dibatalkan. Kecewa sangat,” jelas Wenger. “Pegawai keempat memanggil pengadil dan mengusir saya. Saya hilang kata-kata, masa hanya tinggal 30 saat dan jaringan itu pastinya suatu yang paling menakjubkan.”

Malah, Wenger turut acuh tidak acuh menjawab soalan mengenai penalti untuk Rooney pada separuh masa bagi membolehkan penyerang England itu menjaringkan gol penyamaan United.

“Itulah di Old Trafford,” sindir Wenger sambil berkata, Arshavin seharusnya diberikan penalti pada separuh masa pertama. “Pernah saya lihat sebelum ini, pemain United melakukan 20 kekasaran tetapi tidak dilayangkan kad kuning. Memang takjub.” - AFP