Khamis, 26 November 2009

Jawatan Kosong

JAWATAN KOSONG



kELAYAKAN :



1. SPM / SPMV / STAM

2. DIPLOMA DALAM APA-APA LAPANGAN (LEBIH BERPELUANG)



KELEBIHAN :



1. Kerja di bawah kerajaan

2. Gaji pokok : RM2800

3. Elaun bulanan (Cola) : RM300

4. Elaun penginapan RM300

5. Uniform: RM450

6. Dobi RM200

7. Percuma kursus mempertahankan diri

8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas



Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 15 NOVEMBER 2009 di Jabatan Pertahanan Awam.



Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.



JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN :





LAMPIRAN SILA KE BAWAH.








Jawatan:

1. Power Rangers (Pakar Mengunakan Alatan Memasak & Mempunyai Lesen Memandu Lori Sahaja)


2. X-Men (OKU Sahaja)



3. Ultraman (Pemandu Ambulan/ Ahli Payung Terjun Sahaja)



4. Sailormoon (Wanita Dandan Rambut Sahaja)



5. Suria Perkasa Hitam (Orang Berkulit Hitam & Berpengalaman Menjadi Rempit Sahaja)


tags : Cari Kerja, Jabatan Pertahanan Awam, Jawatan Kosong, Kerja Kosong, Peluang Pekerjaan., Peluang Perniagaan

Khamis, 19 November 2009

Bintang Realiti Kahwin Senyap2x... hehehe

TERKEJUT juga Cik Normah apabila mendapat tahu seorang bintang realiti yang namanya sedang mekar rupa-rupanya sudah berkahwin dalam diam. Malah yang paling menakutkan, ada yang mendakwa artis yang dimaksudkan itu sudah melahirkan anak. Cik Normah kurang pasti apa situasi yang sebenar apatah lagi artis ini sudah hilang tanpa dikesan.

Difahamkan artis ini berada di sebuah negeri dan barangkali cuba menyembunyikan status dirinya. Cik Normah pun cuba bertanyakan pihak pengurusannya. Malangnya mereka pun sudah tidak tahu cara terbaik untuk mengesannya. Kenapa artis itu sanggup berbuat demikian di saat namanya semakin meniti di puncak? Sayang sekali sebab artis itu antara penyanyi yang berbakat di negara kita.

Macam-macam versi cerita yang Cik Normah hidu termasuk kisah kononnya ketika berlangsung sebuah anugerah di luar negara yang membabitkan artis terbabit, dia sebenarnya sudah mengandung. Namun disebabkan perutnya tak besar, maka tak nampak sangat yang dia sebenarnya sudah berbadan dua.


Cik Normah difahamkan lelaki yang bertakhta di hati artis itu masih muda dan bekerja makan gaji di sebuah kedai. Cik Normah tak boleh nyatakan secara spesifik bekerja sebagai apa. Ada versi cerita, sebenarnya artis itu sudah terlanjur dengan bekas kekasihnya, maka mahu atau tidak, dia kena berkahwin.

Pernah Cik Normah dengar cerita, rakan artis ini menegur perut buncitnya yang disangka gara-gara terlalu banyak minum alkohol tanpa mengetahui perkara sebenar yang dia sebenarnya sudah mengandung. Hai... pening kepala Cik Normah dengan gelagat bintang realiti ini.


Credit to Berita Harian

ARTIS : Penyanyi popular Malaysia ditangkap curi telefon

SINGAPURA

Penyanyi popular M'sia ditangkap curi telefon

Oleh
Nurul Dayana Simangoon

SEORANG penyanyi rok popular Malaysia dalam lingkungan usia awal 30-an tahun telah ditahan pihak polis di sini semalam setelah dikatakan mencuri telefon bimbit milik seorang artis Singapura.
Telefon bimbit terpakai yang lesap itu - yang berjenama Samsung dan dibeli pada harga $280 - dipercayai dilarikan penyanyi itu dari rumah artis Singapura berkenaan pada pagi Jumaat lalu.
Polis mengesahkan pihaknya menerima panggilan sekitar 12.15 tengah hari semalam mengenai kes curi yang melibatkan penyanyi itu di Lorong 24 Geylang.
Menurut pelakon bebas Singapura yang berusia 26 tahun itu, penyanyi rok itu tiba di Singapura dan menginap di rumahnya sejak 3 November lalu.
Pada sekitar 8 pagi 14 November lalu beliau mendapati penyanyi Malaysia itu telah menghilangkan diri dan telefon bimbitnya itu turut hilang.
Usaha artis Singapura itu menghubungi telefon bimbitnya serta penyanyi itu tidak membuahkan hasil.
'Saya mula mengesyaki dia yang mencuri setelah teman wanitanya yang tidak pernah saya kenali mengirimkan SMS kepada rakan saya untuk memberitahu nombor telefon barunya.
'Namun, nombor itu sebenarnya nombor telefon bimbit milik saya,' ujarnya.
Artis Singapura itu pula mendapat tahu penyanyi itu akan ke Sims Lane untuk mengambil barangnya dan terserempak dengannya pada sekitar 11 pagi.
Beliau mengekori penyanyi itu hingga ke Lorong 24 Geylang, dan dengan bantuan rakannya, memaksanya masuk ke dalam kereta rakannya itu. Mereka menghubungi polis.
'Di dalam kereta, dia merayu kepada saya supaya melepaskannya. Katanya dia perlukan wang kerana bekas isteri dan anaknya sakit,' kata pelakon Singapura itu lagi.
Menurutnya, penyanyi itu dikatakan merancang mengeluarkan album di bawah kontrak dengan syarikat rakaman setempat tetapi menghadapi masalah untuk menerbitkannya.
Penyanyi Malaysia itu kini ditahan di Balai Polis Bedok.


sumber : http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,153678,00.html?

Tangkap Khalwat? Sumbang Mahram?

ntah nape tetibe pagi² ni aku nak post topic pasal ni...
kenape yer zaman skang ni makin lama makin xbetul... hahaha... yelah..kalau dulu orang duk cakap 'Haruan makan anak' ... tapi la ni, aku tgk...haruan duk berpakat ngan anak² makan si anak... @ bapak tag team ngan anak die, leh wat bende tak senonoh kat anak die sendiri... sanggup rogol anak gadis yg darah daging die sendiri...(x darah daging pun xboleh rogol gak! haram!~), dah la si bapa rogol anak gadis tue, pastu... tambah lagik adik/abang perempuan tue, rogol sekali..

kenapa isu ni makin lama tengok makin berkembang... Ape manusia kita nih da semakin x boleh nak berpikir ke? yang si bapa tue,yg pegi rogol anak tue kenapa...bukan ke ada isteri? kalau xde isteri, why x kawin..n kalau x mampu nak kawin..buat kecik2 sudah..cukup syarat... untuk menghindarkan zina @ sumbang mahram...

Yang si abang/adik kepada perempuan lak, lagik lah xboleh nak fikir, kakak kandung sendiri pun jadi tempat lepas nafsu...(kalau x kakak kandung pun xboleh gak! haram!)
fikirlah kakak tu tempat ko bergantung kelak, kalau da xde mak ayah, ni x..perkara terkutuk tu jugak yang ko buat... tak ke malu muke ko...gi rogol kakak/adik sendiri.. isk3x... kalau tak tahan kawin lah, cakap ngan mak ayah nak kawin..tak tahan dah nafsu..sure mak ayah sendiri akan suruh kawin cepat²...

Tangkap Khalwat?
Perkara ini, memang dari dulu sampai sekarang tak sudah², yelah(setan kan byk)
dari artis popular ke artis biasa dan ke insan biasa tak dapat nak lari dari kes² yang macam ni, kenapa ? sebab kita manusia, punya nafsu dan perasaan...tp mesti ke ada nafsu dan perasaan buat perkara macam tue? bukan ke ada jalan yang benar?lumrah lah, benda yang berdosa tue lah seronok buat, yang halal biasanya susah nak ikut.
kes tangkap khalwat ni biasa terjadi di antara pakwe makwe zaman sekarang ni,sama ada yang baru kenal atau pun dah lama berkenalan, sama jerk...sume tak kesah...
yang pakwe makwe? of cos sebab dah tak boleh kontrol agaknye, yang baru kenal ni pun terjebak sama ker ?nak cuba agaknye... biasalah sesuatu yang baru seronok untuk di cuba... camne nak hindarkan perkara yang macam ini?

* janganlah keluar berdua-duaan di tempat sunyi atau gelap(ayat yang biasa kita dengar tapi tak ikut jugak)
kenapa ? sebab dari tempat² yang macam itu, syaitan akan datang menghasut kita untuk melakukan zina, so cuba kalau couple sekarang ni dating kat tempat terang²/ramai² mesti x berani punya nak buat lebih or terangsang hawa nafsu... tapi kita bukan boleh kawal semua couple pun...sebab itu ianya terjadi...

* sentiasa ingatkan Allah S.W.T (sepatutnya memang ini yang ada dalam ingatan kita 24/7?
takkah x ingat? hurm, banyak perkara lain yang melalaikan di muka bumi ini yang kita telah ikuti, sebab tu time2 kuar dating ke ape ke..kita tak ingat akan Tuhan yang telah menciptakan kita, cube time kuar kat tempat sunyi, kita ingat Allah? berani ke kita nak buat benda2 yang macam tue...ingat azab api neraka...(astafirullahalazim...)seksanya...(meremang bulu roma)...

* sentiasa keluar lebih dari sepasang? (tak heran dah, sekarang ni berpasang-pasang pun maksiat berlaku jugak...)seks beramai-ramai... yang terjadi baru-baru ni kat pusat peranginan bentong pahang tue, isk3x...kenapa ianya terjadi? mungkin kebebasan duduk di KOLEJ/HOSTEL/RUMAH SEWA yang telah menjadikan diorang begitu, yelah, sebelum 18tahun duduk dengan keluarga, terkongkong agaknya, so bila dah duduk sendiri, semua perkara yang hendak dibuat tak perlu risau, sebab mak ayah tiada di sini...tapi cuba bayangkan ada yang memerhatikan kita 24/7 ? kalau bayang tak guna jugak kalau kita tak ikut perintahnye..tak tahu hukum hakam...tapi mustahil tak tahu...tapi buat jugak...sebab ape ?sebab dah sedap sangat agaknye....

rasanya ni malas nak melalut panjang lebar,
eloklah jadikan iktibar,
masing-masing dah besar,
pulanglah ke jalan yang benar!
amin....

tags : awek, Seks, sumbang mahram, tangkap khalwat, Zina

Ahad, 15 November 2009

Ahad yang bosan...

Semalam hadir kenduri cukur jambul anak buah di Bangi..
Hari ini pulak aku rasa duduk rumah jer, sebab x tahu hendak pergi ke mana...hehe
nak tunggu gaji pulak lambat lagik 23hb.. so ada baeknye.. surfing internet n wat ape2 yang patot kat umah jerk..lagipon exam nak dekat.... EXAM?

a ah, yer exam... aku perlu menghadapi exam ni hari selasa dan rabu nnt di Dewan Peperiksaan.. Peperiksaan Perkhidmatan & Khas.. hehe..penting neh tuk sahkan jawatan yang x berapa nak sah ni... hahahaa....

Ya Allah, tolong lah aku yg lemah ini, Permudahkanlah aku untuk menjawab soalan2 itu nnt dengan tenang.. Amin..

Rabu, 11 November 2009

Video Lawak ( Funny Video)

Sesuai Untuk Ditonton Time Bosan

WARNED 2012

camne yer perjalanan filem neh?
x kene banned ker?

Selasa, 10 November 2009

Geng Persona : Santai & Karok @ Putrajaya

Antara yang hadir di dalam aktiviti bersantai @ putrajaya

- 8.30 - 9.00 pm - menunggu kehadiran rakan-rakan di bulatan masjid putra
- - 9.30 pm - bergerak menuju ke pasar tani putrajaya di presint 3
bersama mymaz, zamkl n BoyPJ
- 10.10-11.00 pm - makan-makan bersantai di Bulatan Masjid Putra.
- -11.30 pm - Agenda Misteri.
- 11.45-12.00 pm - bertolak ke Karaoke @ Alamanda.
- 12.00-02.30 am - Layan lagu bagai nak gila selama 2 jam dan extra 30 minit..hahaha
- 2.45-03.30 am - lepak di Naz Maju Mamak Dapur Mas.
- bersurai.











tags : Alamanda, Geng Persona, Karaoke, Persona Club, Putrajaya, Santai, TT, UnOfficial TT

Aksi Nabil 'Peluk' Crew Pisau Cukur

Hurm...
lihat lah artis di bawah,
mementang dah jadi artis...
pgg bahu tanpa alas pon xpe :)

FILEM : Pisau Cukur - Di Sebalik Tabir

DST Pisau Cukur - Maya Karin


DST Pisau Cukur - Nur Fazura


DST Pisau Cukur - Aaron Aziz


DST Pisau Cukur - Eizlan Yusof


DST Pisau Cukur - Redza Minhat


DST Pisau Cukur - Nabil Raja Lawak 2


DST Pisau Cukur - Dato' Rahim Razali


DST Pisau Cukur - Isteri Dato' Zakaria


DST Pisau Cukur - Afdlin Shauki

Trailer Pisau Cukur

Sebelum pergi ke pawagam tue sila-sila lah tgk dahulu trailer ini ya..

FILEM : Sinopsis Filem Pisau Cukur




Filem : Pisau Cukur
Genre : Komedi Romantik
Bahasa : Melayu
Pengarah : Bernard Chauly
Skrip : Rafidah Abdullah
Penerbit : Lina Tan
Pelakon : Maya Karin, Nur Fazura, Aaron Aziz, Eizlan Yusof, Redza Minhat
Tarikh tayangan : 5 November 2009





Cerita pasal Pisau Cukur:-

Pisau Cukur merupakan filem kedua arahan Bernard Chauly yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Gol & Gincu dan juga diterbitkan Red Films.

Dalam pada itu, Bernard menjelaskan, filem ini sepatutnya memulakan penggambaran bermula pertengahan Julai lalu. Begitupun, dia berasakan adalah lebih baik ia ditunda hingga kedua-dua bintang utama filem ini menyudah terlebih dahulu dulu komitmen masing-masing.

Begitulah hebatnya penangan dua aktres wanita ini. Masakan tidak, pihak produksi sanggup menanti walaupun mengambil sedikit masa, asalkan Maya dan Fazura dapat berpasangan, lantas menjayakan perjalanan filem ini bersama.

Seandainya Maya sibuk dengan persiapan perkahwinan pertengahan Ogos lalu, Fazura pula masih terikat dengan penggambaran siri Ezora, siaran TV3 sebelum ini.

"Lalu, kami di Red Films mengambil keputusan penggambaran Pisau Cukur ditunda hingga selepas hari raya.



"Saya harapkan semua artis yang terbabit dalam filem itu dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada projek berkenaan.

"Penundaan itu juga memberi kami lebih masa memperkemas lagi apa-apa yang patut sebelum penggambaran sebenar bermula.



"Kini, semuanya berjalan seperti dirancang, malah kombinasi Maya dan Fazura benar-benar terserlah,"kata Bernard.

Antara pelakon lain yang turut membintangi Pisau Cukur ialah Aaron Aziz, Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Liyana Jasmay, Sharifah Sofea, Khatijah Tan dan Nas-T.



Pada masa sama, beberapa muka baru turut diperkenalkan bagi memeriahkan skrin. Tidak dilupakan kemunculan istimewa Nabil Raja Lawak, Afdlin Shauki, Nabila Huda, Yasmin Yusuff dan Rafidah Abdullah.



Filem yang dibikin dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd. itu ditulis Rafidah Abdullah, wanita yang bertanggungjawab menghasilkan lakon layar untuk filem Gol & Gincu.

Pisau Cukur mengisahkan dua sahabat baik, Bella lakonan Maya dan Intan (Fazura) yang bercuti atas sebuah kapal peranginan, Puteri Duyung. Seorang daripada mereka sebenarnya mencari cinta, manakala seorang lagi melakukan penyiasatan.



Beritahu Bernard lagi, filem ini mengutamakan lakonan dan perkembangan watak. Walaupun mengambil Pisau Cukur sebagai judul, tetapi pada pengakhirannya, audiens akan membawa pulang pengajaran bermanfaat.

"Ia adalah kisah yang menyalur semangat untuk kita semua," cerita Bernard yang enggan mendedahkan lebih lanjut berhubung jalan cerita filem itu.



Sampuk Bernard, Pisau Cukur bakal muncul kepada peminat sebagai sebuah filem segar, bukan sahaja kerana gabungan pertama Maya dan Fazura, malah ia juga mengutara subjek wanita yang suka mengikis duit lelaki dan lokasinya pula di sebuah kapal peranginan.

Masih mengekalkan elemen urban dalam jalan penceritaan, Bernard cukup berkeyakinan bahawa filem yang bakal menjengah pawagam tahun depan ini, mampu menembusi pasaran lebih meluas.

Jelasnya, tiada sebarang garis kasar yang dapat memisahkan filem urban serta bukan urban pada pandangan peminat filem masa kini.

"Maknanya, setiap karya yang bermutu, pasti ia berupaya menghiburkan semua golongan khalayak, tanpa perlu dilihat pada fizikalnya," akhiri Bernard menjunjung maksud cukup bermakna.



Sinopsis Filem "PISAU CUKUR":

Apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella (lakonan Nur Fazura) dan Intan Bella (lakonan Maya Karin), bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi! Temui "PISAU CUKUR" di pawagam 5 November 2009.

PELAKON UTAMA

MAYA KARIN sebagai Bella
NUR FAZURA sebagai Intan
AARON AZIZ sebagai Ari
EIZLAN YUSOF sebagai Datuk Hisham
memperkenalkan REDZA MINHAT sebagai Faqir


PELAKON PEMBANTU

DATO RAHIM RAZALI sebagai Datuk Zakaria
KHATIJAH TAN sebagai Datin Wahidah
UMIE AIDA sebagai Naini
SHARIFAH SOFIA sebagai Sal
LIYANA JASMAY sebagai Suri
NAS-T sebagai Johan


PENAMPILAN KHAS

AFDLIN SHAUKI
NORMAN KRU
NABIL RAJA LAWAK
RADHI KHALID
RAFIDAH ABDULLAH
KARTINI ARIFFIN
NABILA HUDA
YASMIN YUSUFF
OTHMAN HAFSHAM
BERNICE CHAULY
ELAINE PEDLEY
HENRY GOLDING

Lagi Gambar-gambar produksi filem "PISAU CUKUR" di laman web www.pisaucukur.com.my

tags : Afdlin Shauki, eizlan yusof, maya karin, nur fazura, redza minhat, sinopsis, Sinopsis Filem Pisau Cukur

Isnin, 9 November 2009

Final Piala Malaysia : Kelantan 1 Negeri Sembilan 3

Anak buah fatihah...:)

Muke cam ada someting..huhuhu


Menuju ke Pintu Hijau!!!


aksi di hadadan Pintu Hijau Stadium Nasional Bukit Jalil yang dikhaskan untuk fan's klate....ramai x igt....