Khamis, 26 November 2009

Jawatan Kosong

JAWATAN KOSONG



kELAYAKAN :



1. SPM / SPMV / STAM

2. DIPLOMA DALAM APA-APA LAPANGAN (LEBIH BERPELUANG)



KELEBIHAN :



1. Kerja di bawah kerajaan

2. Gaji pokok : RM2800

3. Elaun bulanan (Cola) : RM300

4. Elaun penginapan RM300

5. Uniform: RM450

6. Dobi RM200

7. Percuma kursus mempertahankan diri

8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas



Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 15 NOVEMBER 2009 di Jabatan Pertahanan Awam.



Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.



JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN :





LAMPIRAN SILA KE BAWAH.








Jawatan:

1. Power Rangers (Pakar Mengunakan Alatan Memasak & Mempunyai Lesen Memandu Lori Sahaja)


2. X-Men (OKU Sahaja)



3. Ultraman (Pemandu Ambulan/ Ahli Payung Terjun Sahaja)



4. Sailormoon (Wanita Dandan Rambut Sahaja)



5. Suria Perkasa Hitam (Orang Berkulit Hitam & Berpengalaman Menjadi Rempit Sahaja)


tags : Cari Kerja, Jabatan Pertahanan Awam, Jawatan Kosong, Kerja Kosong, Peluang Pekerjaan., Peluang Perniagaan

Khamis, 19 November 2009

Bintang Realiti Kahwin Senyap2x... hehehe

TERKEJUT juga Cik Normah apabila mendapat tahu seorang bintang realiti yang namanya sedang mekar rupa-rupanya sudah berkahwin dalam diam. Malah yang paling menakutkan, ada yang mendakwa artis yang dimaksudkan itu sudah melahirkan anak. Cik Normah kurang pasti apa situasi yang sebenar apatah lagi artis ini sudah hilang tanpa dikesan.

Difahamkan artis ini berada di sebuah negeri dan barangkali cuba menyembunyikan status dirinya. Cik Normah pun cuba bertanyakan pihak pengurusannya. Malangnya mereka pun sudah tidak tahu cara terbaik untuk mengesannya. Kenapa artis itu sanggup berbuat demikian di saat namanya semakin meniti di puncak? Sayang sekali sebab artis itu antara penyanyi yang berbakat di negara kita.

Macam-macam versi cerita yang Cik Normah hidu termasuk kisah kononnya ketika berlangsung sebuah anugerah di luar negara yang membabitkan artis terbabit, dia sebenarnya sudah mengandung. Namun disebabkan perutnya tak besar, maka tak nampak sangat yang dia sebenarnya sudah berbadan dua.


Cik Normah difahamkan lelaki yang bertakhta di hati artis itu masih muda dan bekerja makan gaji di sebuah kedai. Cik Normah tak boleh nyatakan secara spesifik bekerja sebagai apa. Ada versi cerita, sebenarnya artis itu sudah terlanjur dengan bekas kekasihnya, maka mahu atau tidak, dia kena berkahwin.

Pernah Cik Normah dengar cerita, rakan artis ini menegur perut buncitnya yang disangka gara-gara terlalu banyak minum alkohol tanpa mengetahui perkara sebenar yang dia sebenarnya sudah mengandung. Hai... pening kepala Cik Normah dengan gelagat bintang realiti ini.


Credit to Berita Harian

ARTIS : Penyanyi popular Malaysia ditangkap curi telefon

SINGAPURA

Penyanyi popular M'sia ditangkap curi telefon

Oleh
Nurul Dayana Simangoon

SEORANG penyanyi rok popular Malaysia dalam lingkungan usia awal 30-an tahun telah ditahan pihak polis di sini semalam setelah dikatakan mencuri telefon bimbit milik seorang artis Singapura.
Telefon bimbit terpakai yang lesap itu - yang berjenama Samsung dan dibeli pada harga $280 - dipercayai dilarikan penyanyi itu dari rumah artis Singapura berkenaan pada pagi Jumaat lalu.
Polis mengesahkan pihaknya menerima panggilan sekitar 12.15 tengah hari semalam mengenai kes curi yang melibatkan penyanyi itu di Lorong 24 Geylang.
Menurut pelakon bebas Singapura yang berusia 26 tahun itu, penyanyi rok itu tiba di Singapura dan menginap di rumahnya sejak 3 November lalu.
Pada sekitar 8 pagi 14 November lalu beliau mendapati penyanyi Malaysia itu telah menghilangkan diri dan telefon bimbitnya itu turut hilang.
Usaha artis Singapura itu menghubungi telefon bimbitnya serta penyanyi itu tidak membuahkan hasil.
'Saya mula mengesyaki dia yang mencuri setelah teman wanitanya yang tidak pernah saya kenali mengirimkan SMS kepada rakan saya untuk memberitahu nombor telefon barunya.
'Namun, nombor itu sebenarnya nombor telefon bimbit milik saya,' ujarnya.
Artis Singapura itu pula mendapat tahu penyanyi itu akan ke Sims Lane untuk mengambil barangnya dan terserempak dengannya pada sekitar 11 pagi.
Beliau mengekori penyanyi itu hingga ke Lorong 24 Geylang, dan dengan bantuan rakannya, memaksanya masuk ke dalam kereta rakannya itu. Mereka menghubungi polis.
'Di dalam kereta, dia merayu kepada saya supaya melepaskannya. Katanya dia perlukan wang kerana bekas isteri dan anaknya sakit,' kata pelakon Singapura itu lagi.
Menurutnya, penyanyi itu dikatakan merancang mengeluarkan album di bawah kontrak dengan syarikat rakaman setempat tetapi menghadapi masalah untuk menerbitkannya.
Penyanyi Malaysia itu kini ditahan di Balai Polis Bedok.


sumber : http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,153678,00.html?

Tangkap Khalwat? Sumbang Mahram?

ntah nape tetibe pagi² ni aku nak post topic pasal ni...
kenape yer zaman skang ni makin lama makin xbetul... hahaha... yelah..kalau dulu orang duk cakap 'Haruan makan anak' ... tapi la ni, aku tgk...haruan duk berpakat ngan anak² makan si anak... @ bapak tag team ngan anak die, leh wat bende tak senonoh kat anak die sendiri... sanggup rogol anak gadis yg darah daging die sendiri...(x darah daging pun xboleh rogol gak! haram!~), dah la si bapa rogol anak gadis tue, pastu... tambah lagik adik/abang perempuan tue, rogol sekali..

kenapa isu ni makin lama tengok makin berkembang... Ape manusia kita nih da semakin x boleh nak berpikir ke? yang si bapa tue,yg pegi rogol anak tue kenapa...bukan ke ada isteri? kalau xde isteri, why x kawin..n kalau x mampu nak kawin..buat kecik2 sudah..cukup syarat... untuk menghindarkan zina @ sumbang mahram...

Yang si abang/adik kepada perempuan lak, lagik lah xboleh nak fikir, kakak kandung sendiri pun jadi tempat lepas nafsu...(kalau x kakak kandung pun xboleh gak! haram!)
fikirlah kakak tu tempat ko bergantung kelak, kalau da xde mak ayah, ni x..perkara terkutuk tu jugak yang ko buat... tak ke malu muke ko...gi rogol kakak/adik sendiri.. isk3x... kalau tak tahan kawin lah, cakap ngan mak ayah nak kawin..tak tahan dah nafsu..sure mak ayah sendiri akan suruh kawin cepat²...

Tangkap Khalwat?
Perkara ini, memang dari dulu sampai sekarang tak sudah², yelah(setan kan byk)
dari artis popular ke artis biasa dan ke insan biasa tak dapat nak lari dari kes² yang macam ni, kenapa ? sebab kita manusia, punya nafsu dan perasaan...tp mesti ke ada nafsu dan perasaan buat perkara macam tue? bukan ke ada jalan yang benar?lumrah lah, benda yang berdosa tue lah seronok buat, yang halal biasanya susah nak ikut.
kes tangkap khalwat ni biasa terjadi di antara pakwe makwe zaman sekarang ni,sama ada yang baru kenal atau pun dah lama berkenalan, sama jerk...sume tak kesah...
yang pakwe makwe? of cos sebab dah tak boleh kontrol agaknye, yang baru kenal ni pun terjebak sama ker ?nak cuba agaknye... biasalah sesuatu yang baru seronok untuk di cuba... camne nak hindarkan perkara yang macam ini?

* janganlah keluar berdua-duaan di tempat sunyi atau gelap(ayat yang biasa kita dengar tapi tak ikut jugak)
kenapa ? sebab dari tempat² yang macam itu, syaitan akan datang menghasut kita untuk melakukan zina, so cuba kalau couple sekarang ni dating kat tempat terang²/ramai² mesti x berani punya nak buat lebih or terangsang hawa nafsu... tapi kita bukan boleh kawal semua couple pun...sebab itu ianya terjadi...

* sentiasa ingatkan Allah S.W.T (sepatutnya memang ini yang ada dalam ingatan kita 24/7?
takkah x ingat? hurm, banyak perkara lain yang melalaikan di muka bumi ini yang kita telah ikuti, sebab tu time2 kuar dating ke ape ke..kita tak ingat akan Tuhan yang telah menciptakan kita, cube time kuar kat tempat sunyi, kita ingat Allah? berani ke kita nak buat benda2 yang macam tue...ingat azab api neraka...(astafirullahalazim...)seksanya...(meremang bulu roma)...

* sentiasa keluar lebih dari sepasang? (tak heran dah, sekarang ni berpasang-pasang pun maksiat berlaku jugak...)seks beramai-ramai... yang terjadi baru-baru ni kat pusat peranginan bentong pahang tue, isk3x...kenapa ianya terjadi? mungkin kebebasan duduk di KOLEJ/HOSTEL/RUMAH SEWA yang telah menjadikan diorang begitu, yelah, sebelum 18tahun duduk dengan keluarga, terkongkong agaknya, so bila dah duduk sendiri, semua perkara yang hendak dibuat tak perlu risau, sebab mak ayah tiada di sini...tapi cuba bayangkan ada yang memerhatikan kita 24/7 ? kalau bayang tak guna jugak kalau kita tak ikut perintahnye..tak tahu hukum hakam...tapi mustahil tak tahu...tapi buat jugak...sebab ape ?sebab dah sedap sangat agaknye....

rasanya ni malas nak melalut panjang lebar,
eloklah jadikan iktibar,
masing-masing dah besar,
pulanglah ke jalan yang benar!
amin....

tags : awek, Seks, sumbang mahram, tangkap khalwat, Zina

Ahad, 15 November 2009

Ahad yang bosan...

Semalam hadir kenduri cukur jambul anak buah di Bangi..
Hari ini pulak aku rasa duduk rumah jer, sebab x tahu hendak pergi ke mana...hehe
nak tunggu gaji pulak lambat lagik 23hb.. so ada baeknye.. surfing internet n wat ape2 yang patot kat umah jerk..lagipon exam nak dekat.... EXAM?

a ah, yer exam... aku perlu menghadapi exam ni hari selasa dan rabu nnt di Dewan Peperiksaan.. Peperiksaan Perkhidmatan & Khas.. hehe..penting neh tuk sahkan jawatan yang x berapa nak sah ni... hahahaa....

Ya Allah, tolong lah aku yg lemah ini, Permudahkanlah aku untuk menjawab soalan2 itu nnt dengan tenang.. Amin..

Rabu, 11 November 2009

Video Lawak ( Funny Video)

Sesuai Untuk Ditonton Time Bosan

WARNED 2012

camne yer perjalanan filem neh?
x kene banned ker?

Selasa, 10 November 2009

Geng Persona : Santai & Karok @ Putrajaya

Antara yang hadir di dalam aktiviti bersantai @ putrajaya

- 8.30 - 9.00 pm - menunggu kehadiran rakan-rakan di bulatan masjid putra
- - 9.30 pm - bergerak menuju ke pasar tani putrajaya di presint 3
bersama mymaz, zamkl n BoyPJ
- 10.10-11.00 pm - makan-makan bersantai di Bulatan Masjid Putra.
- -11.30 pm - Agenda Misteri.
- 11.45-12.00 pm - bertolak ke Karaoke @ Alamanda.
- 12.00-02.30 am - Layan lagu bagai nak gila selama 2 jam dan extra 30 minit..hahaha
- 2.45-03.30 am - lepak di Naz Maju Mamak Dapur Mas.
- bersurai.











tags : Alamanda, Geng Persona, Karaoke, Persona Club, Putrajaya, Santai, TT, UnOfficial TT

Aksi Nabil 'Peluk' Crew Pisau Cukur

Hurm...
lihat lah artis di bawah,
mementang dah jadi artis...
pgg bahu tanpa alas pon xpe :)

FILEM : Pisau Cukur - Di Sebalik Tabir

DST Pisau Cukur - Maya Karin


DST Pisau Cukur - Nur Fazura


DST Pisau Cukur - Aaron Aziz


DST Pisau Cukur - Eizlan Yusof


DST Pisau Cukur - Redza Minhat


DST Pisau Cukur - Nabil Raja Lawak 2


DST Pisau Cukur - Dato' Rahim Razali


DST Pisau Cukur - Isteri Dato' Zakaria


DST Pisau Cukur - Afdlin Shauki

Trailer Pisau Cukur

Sebelum pergi ke pawagam tue sila-sila lah tgk dahulu trailer ini ya..

FILEM : Sinopsis Filem Pisau Cukur




Filem : Pisau Cukur
Genre : Komedi Romantik
Bahasa : Melayu
Pengarah : Bernard Chauly
Skrip : Rafidah Abdullah
Penerbit : Lina Tan
Pelakon : Maya Karin, Nur Fazura, Aaron Aziz, Eizlan Yusof, Redza Minhat
Tarikh tayangan : 5 November 2009





Cerita pasal Pisau Cukur:-

Pisau Cukur merupakan filem kedua arahan Bernard Chauly yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Gol & Gincu dan juga diterbitkan Red Films.

Dalam pada itu, Bernard menjelaskan, filem ini sepatutnya memulakan penggambaran bermula pertengahan Julai lalu. Begitupun, dia berasakan adalah lebih baik ia ditunda hingga kedua-dua bintang utama filem ini menyudah terlebih dahulu dulu komitmen masing-masing.

Begitulah hebatnya penangan dua aktres wanita ini. Masakan tidak, pihak produksi sanggup menanti walaupun mengambil sedikit masa, asalkan Maya dan Fazura dapat berpasangan, lantas menjayakan perjalanan filem ini bersama.

Seandainya Maya sibuk dengan persiapan perkahwinan pertengahan Ogos lalu, Fazura pula masih terikat dengan penggambaran siri Ezora, siaran TV3 sebelum ini.

"Lalu, kami di Red Films mengambil keputusan penggambaran Pisau Cukur ditunda hingga selepas hari raya.



"Saya harapkan semua artis yang terbabit dalam filem itu dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada projek berkenaan.

"Penundaan itu juga memberi kami lebih masa memperkemas lagi apa-apa yang patut sebelum penggambaran sebenar bermula.



"Kini, semuanya berjalan seperti dirancang, malah kombinasi Maya dan Fazura benar-benar terserlah,"kata Bernard.

Antara pelakon lain yang turut membintangi Pisau Cukur ialah Aaron Aziz, Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Liyana Jasmay, Sharifah Sofea, Khatijah Tan dan Nas-T.



Pada masa sama, beberapa muka baru turut diperkenalkan bagi memeriahkan skrin. Tidak dilupakan kemunculan istimewa Nabil Raja Lawak, Afdlin Shauki, Nabila Huda, Yasmin Yusuff dan Rafidah Abdullah.



Filem yang dibikin dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd. itu ditulis Rafidah Abdullah, wanita yang bertanggungjawab menghasilkan lakon layar untuk filem Gol & Gincu.

Pisau Cukur mengisahkan dua sahabat baik, Bella lakonan Maya dan Intan (Fazura) yang bercuti atas sebuah kapal peranginan, Puteri Duyung. Seorang daripada mereka sebenarnya mencari cinta, manakala seorang lagi melakukan penyiasatan.



Beritahu Bernard lagi, filem ini mengutamakan lakonan dan perkembangan watak. Walaupun mengambil Pisau Cukur sebagai judul, tetapi pada pengakhirannya, audiens akan membawa pulang pengajaran bermanfaat.

"Ia adalah kisah yang menyalur semangat untuk kita semua," cerita Bernard yang enggan mendedahkan lebih lanjut berhubung jalan cerita filem itu.



Sampuk Bernard, Pisau Cukur bakal muncul kepada peminat sebagai sebuah filem segar, bukan sahaja kerana gabungan pertama Maya dan Fazura, malah ia juga mengutara subjek wanita yang suka mengikis duit lelaki dan lokasinya pula di sebuah kapal peranginan.

Masih mengekalkan elemen urban dalam jalan penceritaan, Bernard cukup berkeyakinan bahawa filem yang bakal menjengah pawagam tahun depan ini, mampu menembusi pasaran lebih meluas.

Jelasnya, tiada sebarang garis kasar yang dapat memisahkan filem urban serta bukan urban pada pandangan peminat filem masa kini.

"Maknanya, setiap karya yang bermutu, pasti ia berupaya menghiburkan semua golongan khalayak, tanpa perlu dilihat pada fizikalnya," akhiri Bernard menjunjung maksud cukup bermakna.



Sinopsis Filem "PISAU CUKUR":

Apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella (lakonan Nur Fazura) dan Intan Bella (lakonan Maya Karin), bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi! Temui "PISAU CUKUR" di pawagam 5 November 2009.

PELAKON UTAMA

MAYA KARIN sebagai Bella
NUR FAZURA sebagai Intan
AARON AZIZ sebagai Ari
EIZLAN YUSOF sebagai Datuk Hisham
memperkenalkan REDZA MINHAT sebagai Faqir


PELAKON PEMBANTU

DATO RAHIM RAZALI sebagai Datuk Zakaria
KHATIJAH TAN sebagai Datin Wahidah
UMIE AIDA sebagai Naini
SHARIFAH SOFIA sebagai Sal
LIYANA JASMAY sebagai Suri
NAS-T sebagai Johan


PENAMPILAN KHAS

AFDLIN SHAUKI
NORMAN KRU
NABIL RAJA LAWAK
RADHI KHALID
RAFIDAH ABDULLAH
KARTINI ARIFFIN
NABILA HUDA
YASMIN YUSUFF
OTHMAN HAFSHAM
BERNICE CHAULY
ELAINE PEDLEY
HENRY GOLDING

Lagi Gambar-gambar produksi filem "PISAU CUKUR" di laman web www.pisaucukur.com.my

tags : Afdlin Shauki, eizlan yusof, maya karin, nur fazura, redza minhat, sinopsis, Sinopsis Filem Pisau Cukur

Isnin, 9 November 2009

Final Piala Malaysia : Kelantan 1 Negeri Sembilan 3

Anak buah fatihah...:)

Muke cam ada someting..huhuhu


Menuju ke Pintu Hijau!!!


aksi di hadadan Pintu Hijau Stadium Nasional Bukit Jalil yang dikhaskan untuk fan's klate....ramai x igt....

Ahad, 6 September 2009

2nd REUNION SKJP (1) : Berbuka Puasa @ Restoran Rasa Sayang

5 September 2009
6.00ptg - 3.30pg

Salam,
setelah sekian lama berpisah,
akhirnya semalam dapat jua aku join reunion
sekolah rendah. 1st reunion bln lepas kat Sunway lagoon
aku x dpt join...

So malam td, tempat dibooking oleh nookie sebanyak 30,
tetapi kehadiran lebih dari 30, alhamdulillah...
dapat jumpe kembali rakan2 yang telah terpisah lebih
13 tahun... xsangka rasanya,

Melihat keadaan semua telah besar dan berjaya,
pelbagai kerjaya semuanya...dan yang paling
bes, ada sorang tu, sampai tak tahu cakap melayu..
huh...Ramzy...ramzy...

so kitorang berbuka pose dengan pakej rm38 / pax
selepas itu, lepak2 jap...then jam 9.30 pergi ke KTV di imbi plaza
untuk sesi karok, masa masih tak ckup untuk beramah mesra di
tmpat berbuka, terpaksa booking VIP ROOM untuk 2jam,
banyak lagu juga yang dilayan, terserlah bakat2 terpendam
memasing...

selepas itu,lepak pula kat Lotus berhampiran Hotel Nikko
sehingga jam 3.30 pg, kalau x, nak balek awal dah...
tp hujan yg turun tanpa henti, sehingga membuatkan
kami semua terpaksa redah hujan dan kembali ke kereta memasing
untuk pulang ke rumah...
:)

mmg menyeronokkan!!!
bes....
semoga berjumpa lagi....

Jumaat, 4 September 2009

Sindiran Wenger tentang Old Trafford

'Pemain United laku 20 kekasaran tetapi tidak dilayang kad kuning'

MANCHESTER: Arsene Wenger masih termangu-mangu sama ada ingin ketawa atau mahu meratapi kekalahan pasukannya, Arsenal 2-1 di Manchester United.

Minggu penuh dramatik Arsenal berakhir dalam suasana haru-biru di Old Trafford kelmarin dengan Wenger diarahkan meninggalkan bangku simpanan oleh pengadil Mike Dean kerana menendang botol akibat terlalu kecewa selepas jaringan Robin van Persie pada saat genting dibatalkan kerana rakan sepasukannya, William Gallas sudah ofsaid.

Sebelum itu, Dean menafikan penalti untuk Arsenal selepas Andrei Arshavin dibentes keras oleh Darren Fletcher; menghadiahkan penalti kontroversi terhadap Wayne Rooney selepas penjaga gol Arsenal, Manuel Almunia, kelihatan menerpa kakinya.

Malah, Emmanuel Eboue yang dibentes sebaliknya dilayangkan kad kuning kerana didakwa sengaja menjatuhkan diri.

Selang beberapa hari selepas Eduardo didakwa oleh UEFA kerana sengaja menjatuhkan badan untuk meraih penalti dalam saingan Liga Juara-Juara sewaktu menentang Celtic, terlalu banyak rentetan luar biasa Arsenal sebelum kemuncaknya mereka tewas kepada United akibat jaringan sendiri, Abou Diaby.

“Saya menendang botol air apabila gol itu dibatalkan. Kecewa sangat,” jelas Wenger. “Pegawai keempat memanggil pengadil dan mengusir saya. Saya hilang kata-kata, masa hanya tinggal 30 saat dan jaringan itu pastinya suatu yang paling menakjubkan.”

Malah, Wenger turut acuh tidak acuh menjawab soalan mengenai penalti untuk Rooney pada separuh masa bagi membolehkan penyerang England itu menjaringkan gol penyamaan United.

“Itulah di Old Trafford,” sindir Wenger sambil berkata, Arshavin seharusnya diberikan penalti pada separuh masa pertama. “Pernah saya lihat sebelum ini, pemain United melakukan 20 kekasaran tetapi tidak dilayangkan kad kuning. Memang takjub.” - AFP

Khamis, 27 Ogos 2009

Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya

Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya

KUANTAN: Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.

Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd Adib Daniel Amizan, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada jam 2.20 pagi tadi.

Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman berkata, kesemua mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas pulang bercuti di Kampung Tempinis, Besut, Terengganu sempena cuti persekolahan sekarang.

"Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori penghantaran ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu terbabas ke laluan bertentangan dipercayai akibat permukaan jalan licin kerana hujan lebat sebelum bertembung dengan kereta mangsa," katanya.

Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh itu mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Kelindan lori terbabit berumur 60 tahun turut mengalami kecederaan parah manakala pemandunya hanya mengalami cedera ringan, kata Rosli.

Katanya pemandu lori terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk siasatan lanjut.

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Cif Inspektor Nor Bulian Zakaria di talian 09-2222222, bagi membantu siasatan. - Bernama

***Sumber disunting dari Berita Harian Online 27 OGOS 2009

***Terkejut juga mula2 bace article ni di website online BH

Rabu, 26 Ogos 2009

SUKAN : Benitez tuduh Gerrard punca kalah



LIVERPOOL: Rafael Benitez melakukan sesuatu yang sukar dipercayai - menuding jari ke arah kapten, Steven Gerrard dan beberapa pemain senior lain sebagai antara punca yang menyaksikan Liverpool tewas buat pertama kali dalam tempoh 21 bulan di Anfield.

Awal pagi semalam, peminat The Kops dipalit kecewa selepas Aston Villa mengaut kesempatan hasil tiga kesilapan tuan rumah untuk merakamkan kemenangan 3-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat meranapkan rekod tanpa kalah 31 perlawanan liga di gelanggang sendiri.

Lucas menghadiahkan gol pertama Villa pada minit ke-43 apabila dia menanduk masuk ke dalam gawang sendiri tetapi Benitez lebih berang dengan Jamie Carragher membenarkan Curtis Davies memintasnya di depan untuk gol kedua hasil tandukan dari jarak dekat sebelum babak pertama tamat.

Tambah perit, dia tidak dapat menerima gelagat Gerrard yang membuka laluan kepada pelawat mendapatkan sepakan penalti gara-gara rempuhan kasar dua minit selepas Liverpool berjaya merapatkan jurang jaringan.

“Ia kesilapan pasukan untuk melepaskan gol pertama dan Gerrard juga turut melakukan kesilapan untuk menghadiahkan penalti untuk lawan.

“Adalah jelas kami harus memberikan persembahan lebih baik pada babak kedua. Terdapat ramai pemain dalam jersi Liverpool terbabit dalam kesilapan rakan mereka untuk menanduk bola ke jaring sendiri.

“Jika anda membuat analisis mengenai kesilapan anda dapat melihat banyak perkara apabila anda kalah dalam perlawanan. Anda harus melakukan perubahan. Dalam kes kami perubahan itu harus pada tahap persembahan dan ia harus menunjukkan kemajuan apabila menentang Bolton hujung minggu ini,” katanya.

Mengulas kekalahan kedua dalam tiga perlawanan pertama musim ini, Benitez dengan wajah berang berkata: “Pasukan ini harus menunjukkan peningkatan dan ia banyak bergantung kepada pemain senior menggalas tanggungjawab dan berfungsi untuk menghasilkan semula kemenangan.”

Sementara itu, pengurus Villa, Martin O’Neill berkata: “Saya gembira di atas persembahan ini. Kami berusaha gigih bukan hanya menggunakan tenaga tetapi kemahiran dan kemampuan untuk meraih mata penuh kali ini. - Agensi

*** Disunting dari Berita Harian Online 26 OGOS 2009

SUKAN : Owen lega ledak gol buat United

Percaya dia akan jaring lebih banyak gol



WIGAN: Michael Owen mengakui dirinya lega selepas meledakkan gol pertamanya buat Manchester United dalam Liga Perdana ketika juara bertahan itu membenam Wigan 5-0 kelmarin.

Penyerang England berusia 29 tahun itu bangkit daripada bangku simpanan pada minit ke-71 dan selepas menerima umpanan terus daripada Nani, menghasilkan penyudah cantik lima minit sebelum tamat.

Percaya dia akan jaring lebih banyak gol

WIGAN: Michael Owen mengakui dirinya lega selepas meledakkan gol pertamanya buat Manchester United dalam Liga Perdana ketika juara bertahan itu membenam Wigan 5-0 kelmarin.

Penyerang England berusia 29 tahun itu bangkit daripada bangku simpanan pada minit ke-71 dan selepas menerima umpanan terus daripada Nani, menghasilkan penyudah cantik lima minit sebelum tamat.

Owen menambah pada www.manutd.com: “Itu sesuatu yang terpaksa saya hadapi buat sepuluh tahun ini dan saya fikir ia tidak akan berubah sehingga saya menggantung but saya.

“Ia adalah perasaan hebat untuk menjaringkan gol. Saya mendapat beberapa gol dalam pra-musim tetapi tiada apa yang dapat mengatasi perasaan melakukannya dalam perlawanan kompetitif.”

Owen, yang tiba di Old Trafford dari pasukan yang diturunkan, Newcastle pada musim panas, berkata dia percaya dia akan menjaringkan lebih banyak gol.

“Saya kecewa jika orang memikirkan saya tidak boleh pergi lebih jauh mulai sekarang,” kata Owen.

“Jelas saya percaya saya boleh melakukannya sepanjang kerjaya saya dan saya menjangkakan untuk menjaringkan lebih banyak gol dalam baju merah.” - AFP

***Disunting dari Berita Harian Online 24 OGOS 2009

Selasa, 25 Ogos 2009

SUKAN : 'Jangan terlalu yakin'


WENGER memberi arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan semalam

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tidak mahu anak- anak buahnya tampil terlalu yakin apabila melayan kunjungan Celtic pada perlawanan kedua playoff Liga Juara-Juara di Emirates awal pagi esok.

Arsenal dilihat sudah berada sebelah kaki untuk melayakkan diri ke saingan peringkat kumpulan selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Celtic di Park- head minggu lalu.

Aksi hebat The Gunners di Scotland itu bermakna mereka tidak perlu bersusah payah untuk menang pada perlawanan kedua ini.

Keputusan seri atau tewas dengan defisit satu gol sudah cukup untuk memastikan skuad The Gunners itu ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini.

Namun, tatkala Wenger gembira dengan kedudukan tersebut, pengurus Arsenal itu tetap percaya Celtic tidak akan terus mengalah tanpa memberi tentangan.

"Kedudukan ini masih belum selamat, kami sedar tentang itu. Kami berpengalaman menghadapi perlawanan yang cukup genting.

"Kami tahu tugas ini perlu diselesaikan tetapi kami tetap pada kedudukan yang agak selesa. Keputusan akhir hanya dapat ditentukan berdasarkan cara kami bermain pada perlawanan kedua ini nanti," kata Wenger.

Kemenangan selesa ke atas Everton dan Portsmouth dalam saingan Liga Perdana England sebelum ini telah membuktikan kualiti yang dimiliki Arsenal dan pastinya satu kekecewaan besar andai Celtic berjaya memadam defisit dua gol milik mereka. - AFP

*** Disunting dari Kosmo Online 24 OGOS 2009

SUKAN : The Reds hilang sengat



LONDON – Liverpool hilang sengat.

Rentak sumbang terus mengiringi pasukan gergasi Inggeris itu ketika Liga Perdana England musim 2009/10 masih berada pada awal persaingan.

Reputasi pasukan itu selaku kelab elit gagal diterjemahkan dengan baik.

Aksi di gelanggang sendiri ternyata bukan kelebihan kepada mereka, seperti juga yang berlaku pada musim lalu.

Dua kekalahan Liverpool dalam tiga aksi awal memang mengecewakan pengurus The Reds, Rafael Benitez.

Semalam, mereka diperbudakkan oleh Aston Villa apabila tewas 1-3 pada aksi yang berlangsung di Anfield.

Kekalahan itu mengundang kekecewaan dan Benitez secara terbuka membidas prestasi hambar anak-anak buahnya, sekali gus menyukarkan peluang Liverpool memburu kejuaraan liga musim ini.

Untuk rekod, Liverpool hanya tewas dua kali ketika mereka muncul naib juara liga musim lalu.

“Lucas telah menjaringkan gol sendiri dan (Steven) Gerrard pula memberikan penalti kepada lawan. Jadi setiap pemain perlu membuat analisis terhadap banyak perkara.

“Saya keluarkan Lucas bukan kerana dia beraksi teruk berbanding pemain lain. Saya hanya mahu mengubah keadaan dengan membawa masuk pemain penyerang.

“Kami melakukan banyak kesilapan dan pemain senior pula tidak menggunakan pengalaman yang ada pada mereka,” kata Benitez.

Selepas Lucas tertanduk masuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-34, Curtis Davies menambah derita tuan rumah apabila menjaringkan gol kedua Villa pada penghujung babak pertama hasil daripada sepakan sudut.

Penyerang Liverpool, Fernando Torres berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-72 tetapi dua minit kemudian, Gerrard telah menjatuhkan Nigel Reo-Coker dalam kotak penalti.

Ashley Young menyudahkan sepakan penalti itu untuk gol ketiga Villa.

“Kami telah pun tewas dan kami perlu mempertingkatkan prestasi selepas ini,” tegas Benitez. – Agensi

SUKAN : United risik Robben

LONDON: Manchester United bakal membuat kejutan dengan membeli bekas pemain sayap Chelsea, Arjen Robben.

Khidmat bintang kelahiran Belanda itu kurang digunakan di Real Madrid dan dikatakan berminat untuk kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengurus United, Alex Ferguson sudah menegaskan bahawa dia tidak akan membeli mana-mana pemain lagi pada musim panas ini, tetapi dia mungkin cuba terbabit dengan perpindahan bernilai £25 juta (RM147.5 juta) itu.

Robben mempamer aksi cemerlang sepanjang aksi pramusim buat Real tetapi jurulatih, Manuel Pelligrini menghadapi masalah untuk menggandingkannya bersama bintang baru, Cristiano Ronaldo, Kaka dan Karim Benzema.

Robben nyaris menyertai United sebelum menandatangani kontrak untuk Chelsea dari PSV Eindhoven pada 2004 dan berupaya meningkatkan kepantasan permainan dan jaringan - kualiti sama yang dimiliki oleh Antonio Valencia dan Nani.

Ferguson masih berbaki sebahagian besar daripada nilai £80 juta (RM426 juta) daripada Real hasil pembelian Ronaldo.

Julai lalu, Robben mendedahkan bahawa Tottenham berminat untuk membawanya mewakili kelab utara London itu.

Pemain sayap kebangsaan Belanda itu mengakui perkara itu ketika program latihan jelajah kelabnya ke Ireland, yang menyaksikan Spurs mengemukakan beberapa pertanyaan untuk membawanya kembali beraksi dalam EPL. - Agensi

Gameweek 3 : Liverpool 1 vs Aston Villa 3

Salam,
akhirnya liverpool akur di laman sendiri...
yang seronoknya liverpool kalah bukan dengan 1 gol
tetapi 3 gol...hehe...
tu lah berlagak sangat menang 4-0 dengan Stoke City,
kan da kene kat Anfield dengan 3 biji...

Apa2 pun harap ni jadi pengajaran kepada mana2 pasukan EPL 2009/10
kerana banyak keputusan mengejut telah berlaku di awal saingan EPL,
aku harap Manchester United tidak akan terjebak lagi
dalam kekalahan mengejut ini...
:)

Ahad, 23 Ogos 2009

Bukan Aku Yang Kau Cinta - Song by Poppy Mercury

Tetibe time camni aku terkenang lagu lama,
terus aku mencari mana nak download,
sebanarnye aku da penah ada lagu ni..tp xtau simpan kat mana..
nak buat kawan2 semua...
DOWNLOAD HERE

Bukan Aku Yang Kau Cinta - Song by Poppy Mercury

Benarkah ini wajah semalam
Yang penuh rindu dendam
Aduh sayang cinta suciku
Ketika itu padamu
Bagaikan debu

Kini kenapa datang semula
Dengan derai airmata
Tidakkah dulu kau yang berkata
Diriku bukan yang kau cinta

Haruskah ku memaafkan
Kesalahan yang kau lakukan
Sedangkan kesal perbuatan mu
Masih ku rasakan

Ku tak mahu berulang
Gurauan cintamu
Tak tertelan lagi ku betapa pahitnya
Ku tahu siapa engkau
Lahir batin mu
Cintamu berunggun api
Kan keraguan
Dari terus makan hati
Yang mungkin hingga ke mati
Lebih baik saja ku sendiri begini
Cukuplah hanya sekali

Ku merasakan
Cukuplah hanya sekali
Ku tak mahu berulang
Gurauan cintamu
Tak tertelan lagi ku betapa pahitnya
Ku tahu siapa engkau
Lahir batin mu
Cintamu berunggun api
kau keraguan
Dari terus makan hati
Yang mungkin hingga ke mati
Lebih baik saja ku sendiri begini

jangan pujuk aku lagi
Usah datang lagi
Ku anggap semua sudah pun berlalu pergi
Tidak aku menyesali
Keputusan ini
Cukuplah sampai di sini

Benarkah ini wajah semalam
Yang penuh rindu dendam
Aduh sayang cinta suciku
Ketika itu padamu
bagaikan debu

SUKAN : United belasah Wigan 5-0


LONDON – Penyandang juara, Manchester United menunjukkan respons hebat daripada kekalahan mengejut 1-0 kepada Burnley Rabu lalu apabila membelasah Wigan Athletic 5-0 dalam perlawanan Liga Perdana England, semalam.

Selepas bermula lembap dan terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Wayne Rooney menjadi inspirasi United dengan menyumbat dua gol pada separuh masa kedua untuk memulakan pesta gol pasukan pelawat.

Bekas penyerang antarabangsa England, Michael Owen turut menjaringkan gol pertama liga bersama United, manakala Dimitar Berbatov dan Nani masing-masing menyumbangkan satu gol.

Sementara itu Arsenal terus bermula garang dalam musim baru Liga Perdana apabila mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Portsmouth, berterima kasih kepada dua jaringan Abou Diaby.

Kemenangan ini meletakkan Arsenal menerajui liga selepas turut menang besar 6-1 ke atas Everton dalam perlawanan pertama, minggu lalu.

Manchester City pula mencatat kemenangan kedua musim ini selepas menang tipis 1-0 ke atas Wolverhampton, manakala Sunderland bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Blackburn Rovers 2-1.

Dalam perlawanan lain, Hull City menumpaskan Bolton Wanderers 1-0 dan Birmingham City seri tanpa jaringan dengan Stoke City. – REUTERS

Gameweek 3 : Wigan 0 vs Manchester United 5

Salam,
Cukup menarik menyaksikan perlawanan di antara
Wigan Athletic vs Manchester United di JJB Stadium.
Di mana separuh masa pertama menyaksikan United menguasai permainan
bangkit dari hilang arah menyerang bertubi-tubi ke gawang lawan, namun
tiada gol yang berjaya di hasilkan. Begitu juga serangan balas dari pihak tuan rumah
yang beberapa kali mengancam gawang United yang dikawal Ben Foster.

Akhirnya Wayne Rooney berjaya memecah kebuntuan di babak kedua perlawanan
dengan menyumbat 2 gol awal bagi memulakan pesta gol United di JJB Stadium.
Berbatov turut mencatat jaringan di samping gol sulung dari Michael Owen yang cukup
cantik menolak masuk menewaskan penjaga gol di penjuru gawang
dan diikuti gol menarik dari Nani melalui sepakan percuma ketika masa kecederaan.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Bagaimana dengan gaji anda?

Salam,
sedang aku jalan-jalan di alam maya
terjumpa aku kepada 1 laman yang memudahkan kita semua
untuk mengira gaji yang kita terima betul atau tidak :)

si klik di sini KIRA GAJI

Budak lapan tahun cipta rekod baru dunia



CIRENCESTER, England - Seorang budak lelaki berumur lapan tahun, Tiger Brewer berdiri di bahagian atas sayap sebuah pesawat klasik, Boeing Spearman yang sedang terbang, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu bapa Brewer menyaksikan aksi anak mereka manakala datuknya, Vic Norman menjadi juruterbang pesawat buatan 1942 itu.

Brewer kini memegang rekod sebagai orang yang paling muda di dunia berdiri di atas sayap kapal terbang.

"Pemandangan cukup mengagumkan. Semua yang saya lihat cukup kecil. Saya dapat melihat setiap orang berada di bawah saya tetapi tidak dapat mengenali mereka," katanya selepas penerbangan selama lima minit itu berakhir.

Datuknya yang berumur 61 tahun berkata, dia berasa bangga kerana dapat membawa salah seorang daripada tujuh cucunya melakukan aksi itu.

"Dia kelihatan gementar pada mulanya tetapi kemudian nampak bersantai dan seronok dengan aksi itu," kata datuknya.

Brewer mengatasi rekod yang dilakukan oleh Guy iaitu anak pemain drum kumpulan muzik Pink Floyd, Nick Mason yang berdiri di atas sayap pada 2001 ketika berusia 11 tahun. - Agensi

SUKAN : Kembalikan maruah United



LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin anak-anak buahnya mampu mengembalikan maruah skuad The Red Devils itu apabila berkunjung ke Wigan pada aksi Liga Perdana England malam ini.

Rabu lalu, juara bertahan itu tewas mengejut kepada Burnley selepas pendatang baru liga itu mencatat kemenangan bersejarah 1-0 di Turf Moor hasil jaringan tunggal Robbie Blake.

Kekalahan itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada barisan pemain bintang United yang kehilangan sentuhan dua tonggak utama, Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez musim ini.

Dengan Nemanja Vidic, Rio Ferdinand dan Edwin van der Sar masih berada dalam senarai kecederaan, Ferguson menyedari akan kerapuhan di bahagian pertahanannya.

Kini, Wigan berharap dapat mengikut jejak Burnley pada aksi di Stadium DW, namun Ferguson tetap tenang dan yakin dengan kebangkitan yang bakal disaji- kan anak-anak buahnya.

"Semua pemain saya kecewa dan ini adalah keputu- san yang teruk buat mereka. Begitupun, saya pasti kami akan memberi respons yang baik pada aksi menentang Wigan esok (hari ini)," ujar Ferguson.

"Kami sebenarnya tidak serius untuk menggunakan semua peluang yang ada. Jadi, saya harap pemain-pemain dapat menggunakan kesempatan yang ada apabila berdepan Wigan."

Dalam pada itu, Chelsea yang masih mengekalkan rekod bersih di bawah kendalian Carlo Ancelotti bakal berdepan ujian sebenar apabila berkunjung ke Fulham esok.

Menurut pemain tengahnya, Frank Lampard, cabaran The Blues musim ini masih panjang biarpun berjaya mempamerkan permainan terbaik dalam dua aksi pembukaan menentang Hull dan Sunderland sebelum ini.

"Perjalanan kami dalam liga masih panjang, namun ia cukup menggembirakan apabila dapat bermula dengan baik," jelas Lampard.

Dalam pada itu, Liverpool akan melayan kunjungan Aston Villa di Anfield, Selasa ini selepas dimalukan Tottenham Hotspur minggu lalu.

"Beraksi di kelab seperti Liverpool, kamu pasti tidak mahu mengalami sebarang kekalahan.

"Jadi, tewas pada perlawanan pertama musim ini adalah sesuatu yang mengecewa- kan," tambah Benitez. - Reuters

*** Sumber disunting dari KOSMO ONLINE 22 September 2009
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm

SUKAN : Messi sesuai ganti Ronaldo



Messi sesuai ganti Ronaldo

MESSI antara tonggak utama Barcelona.

LONDON - Bintang tengah Chelsea, Frank Lampard percaya hanya Lionel Messi sahaja mampu mengisi posisi yang ditinggalkan bekas bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo.

Tambah Lampard, penghijrahan pemain sayap Portugal itu ke Real Madrid telah membuka kembali persaingan dalam pemburuan kejuaraan Liga Perdana England musim ini.

"Memang sukar untuk mengganti- kan Ronaldo," ujar bintang England itu.

"Saya melihat (pengurus United) Alex Ferguson mengatakan bahawa dia mampu mencari pengganti pemain itu. Dia juga akan mengurus pasukannya dengan baik tanpa kehadiran Ronaldo.

"Tetapi saya yakin untuk mencari pemain seperti Ronaldo bukanlah perkara mudah. Dia mampu menjaringkan gol dan menjadi inspirasi kepada setiap kemenangan pasukannya.

"Jadi, satu-satunya pemain yang boleh menggantikannya adalah Messi."

Mengulas mengenai peluang United musim ini, Lampard mengakui ia adalah sesuatu yang sukar diramal.

"Semua pasukan memiliki peluang dan ketiadaaan Ronaldo di United telah menjadikan persaingan musim ini semakin terbuka," ujarnya. - Agensi

Sumber disunting dari KOSMO ONLINE 22 SEPTEMBER 2009

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm

tags : Barcelona, Christiano Ronaldo, Manchester United, Messi

Pengguna Facebook pertama dipenjara



LONDON – Seorang remaja, Keeley Houghton menjadi individu pertama yang dipenjara di Britain kerana membuli di alam siber selepas dia menyiarkan ancaman bunuh di laman jaringan sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah mahkamah Britain menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap Keeley, 18, kerana menulis dalam web peribadinya bahawa dia akan membunuh Emily Moore, remaja perempuan yang dibulinya sejak sekian lama.

“Keeley akan bunuh jalang itu (Moore),” menurut mesejnya di Facebook.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 4 petang 12 Julai lalu dan membiarkan komen itu berada di laman Facebook miliknya selama 24 jam.

Mahkamah Majistret Worcester diberitahu bahawa Moore, 18, menjadi mangsa Keeley selama empat tahun dan pernah menghadapi serangan fizikal selain rumahnya turut dirosakkan.

“Sejak Moore berusia 14 tahun, anda (Keeley) berulang kali mengugut dan mengasarinya. Pembuli sebenarnya pengecut sama ada di sekolah atau di kalangan masyarakat,” kata Hakim Bruce Morgan.

Remaja itu menangis ketika hakim membacakan hukuman tersebut.

Selain itu, dia turut dilarang daripada menghubungi Moore secara langsung melalui Internet atau dalam apa cara sekali pun selama lima tahun.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang aktivis, Emma Jane Cross menyatakan hukuman itu akan menjadi rujukan penting dalam kes buli siber di Britain.

“Hukuman itu menjelaskan bahawa perbuatan membuli sama ada di dunia nyata atau di Internet boleh menjurus kepada kesalahan jenayah dan tidak boleh dibiarkan,” katanya. – Agensi

tags : buli, facebook, pengguna facebook, penjara

Jumaat, 21 Ogos 2009

Malam pertama di Solat Terawikh...

Salam,
di sini sy nak kongsi sedikit sebanyak apa yang berlaku
semasa saya berada di surau...

selepas bilal membuat Azan Isyak,
semua jemaah terus menunaikan solat sunat,
dan ketika itu, ada lebih kurang 6 orang kanak2 (lebih kurang darjah 1-2)
membuat lintasan di depan jemaah yang sedang solat,
sambil lalu mereka menundukkan kepala tanda hormat agaknya..
tetapi salah tempat la kalau itu menjadi ikutan, ia sepatutnya bukan
di hadapan orang yang sedang solat..:)

dan yang kedua, terdapat juga rakan2 nya yang skodeng ke saf wanita di belakang,
dasat juga ya...kecik2 da pandai skodeng...

:)

tu je kot...sekian..

Perhimpunan bersama leader...

Khamis pagi yang aman damai
nampaknye aku kene hadir perhimpunan di tempat kerja,
bukan selalu berdiri pun, ni sebab sahut seruan Kerajaan lah ni:)
so kitorang pun kene berdiri pagi2...

pas nyanyi2 lagu negaraku,
dengar la ceramah dari ketua kitorang,
then penutup.. nyanyi lagu KeranaMU Malaysia
yang dah bertahun2 x tukar2 tu...hehe
penutup, lagu Jalur Gemilang..
sambil2 kibar bendera...

lepastu ada lah aktiviti yang dinanti oleh semua orang,
makan-makan...borak-borak...ngular-ngular...hahaha

sekian....

Selasa, 18 Ogos 2009

18hb @ Office :)

salam, hari ni aku terasa seperti sibuk sangat,
sedangkan aku sebenarnya x sibuk...:)
tapi banyak keje jugak yang aku buat sebenarnye...
nama pon keje...:)

sebelah petang,
ada meeting...huh~ sampai jam 4.30 baru selesai..
tp naseb ada minum petang..so alhamdulillah...hehe

then kol 5.15 sepatutnye aku dah balek keje,
tp ada plak call masuk no 013, aku angkat je..walaupon malas..
rupe2nye ada yg minta tolong...aku lak gatal jawab otw nak balik..
hehe..tolong jerk la...:)

then aku stayback kat office smpai jam 7, wat keje ape2 yang patot...
huh...penat beb....

Isnin, 17 Ogos 2009

Format Laptop GIGABYTE P431U

huh~
malam neh aku dapat 1 keja,
iaitu format & backup data laptop gigabyte,
tiada cd driver disertakan,
jadi? terpaksalah aku menGOOGLEkan diri
mencari driver yang sesuai....
hehehe....
aku dah jumpe di
http://www.gigabyte.com.tw/Support/Notebook/Driver_Model.aspx?ProductID=2042

download lah di situ yer kengkawan,driver sume ok...
:D

harap2 lepas ni lagik banyak laptop aku dapat buat...:)

Part Time ?

Perlu ke kerja Part Time?
ape ek yang sesuai dengan aku?
huh~ tak terpikir kerja lain...selain
membuat servis/format komputer jerk la yang aku mampu...

so aku rasa aku dah boleh start semula kerja-kerja yang
pernah aku buat satu ketika dahulu, time2 gawat camni
lah bagus wat keje camni...

jadi, jikalau kengkawan ku semua ada masalah pc/laptop
jangan segan, jangan malu...hantar jerk kat aku,
hehe...caj dia ek....murah2 jerk bagi....

**** aku format pc semula la nampaknye...huhuhuh

New Look My Lab

Salam, hari ini aku mengambil kesempatan untuk membuat ubahsuai ruang kerja aku supaya nampak lagik menarik dan tidak berserabut sangat, so time rehat tadi aku sempat la buat pemindahan tempat,susun atur yang baru...hehehe tapi x siap gak lagik, esok sambung lagik...keje banyak wooo....

Aku harap dengan kedudukan baru ni, aku lagik selesa dan dapat melakukan tugas rutin ku dengan mudah:) tanpa banyak halangan... hehehe...

sekian sahaja aku mengarut di sini....

YM aku stuck.....

kenape lah arini aku xdapat access YM aku since petang tadi?
ape masalahnyer?
aku tensen tol... tgh bosan2 xleh YM lak...
sape la dengki dengan aku...
biler dah xleh YM, aku try login email...pon still x boleh jugak...
F**K Betul la....

Ahad, 16 Ogos 2009

Gameweek 1 : Manchester United 1 vs Birmingham City 0

RESULT FT

MANCHESTER UNITED 1
Rooney (34)
Birmingham 0


Attendance : 75,062 Old Trafford

Perlawanan pembuka tirai kempen EPL Manchester United berjalan dengan lancar
setelah memenangi perlawanan pertama meraka hasil jaringan Wayne Rooney yang berpunca dari hantaran silang dan ditanduk oleh Rooney tetapi terkena tiang
seterusnya bola tiba di kaki pemain itu dan terus merembat masuk.

Manchester United dilihat mengawal permainan tetapi buntu untuk menambah jaringan
mungkin disebabkan tidak dapat menyesuaikan diri tanpa kehadiran Christiano
Ronaldo yang berhijrah ke Real Madrid bulan lalu.

Bagaimanapun beberapa kesilapan pengadil juga memberi impak kepada aksi
United di mana sepatutnya Berbatov diberikan sepakan penalti apabila kakinya
dipijak oleh pemain lawan.

Valencia juga masih kurang menyengat di perlawanan pertama ini, di mana lebih banyak aksi yang menampilkan Evra sebagai pemain sayap yang membantu di atas.

Diharap untuk perlawanan seterusnya, United dapat menang dengan lebih besar lagi.
Tahniah kepada Ben Foster kerana berjaya menahan asakan yang tak kurang hebat dari Birmingham dikepalai oleh McFadden.

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia

Diberitahu sehingga 16 Ogos 2009 jam 9.00 pagi terdapat seramai 213 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 33 lagi dirawat di ICU. Daripada 33 kes yang sedang menerima di Unit Rawatan Rapi, di dapati 16 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (7), asma (3), obesiti (2), kecacatan otak (2), hamil (1) dan post-delivery (1).

Untuk makluman sebanyak 3 kematian telah dilaporkan. Maklumat ringkas mengenai kematian tersebut adalah seperti berikut:-

Seorang kanak-kanak lelaki istimewa (Down’s Syndrome) berumur 6 tahun yang juga mengalami penyakit jantung berlubang, dimasukkan ke hospital pada 09.08.09 setelah mengalami simptom infuenza bermula sejak 06.08.09(2 hari), simptom termasuk kesukaran bernafas. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 09.08.09 dan kes disahkan positif Influenza A(H1N1) pada 12.08.09. Kes ini meninggal dunia pada 13.08.09 disebabkan pneumonia with underlying Down’s Syndrome with AVSD and Pulmonary Hypertension.


Seorang kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun, dimasukkan ke hospital pada 01.08.2009 dengan simptom demam dan batuk 5 hari serta susah bernafas 1 hari sebelum dimasukkan ke hospital. Kes disahkan positif Influenza A(H1N1) pada 03.08.09 dan rawatan antiviral telah dimulakan pada hari yang sama. Walaubagaimanpun kanak-kanak ini meninggal dunia pada 14.08.09 disebabkan severe pneumonia.


Seorang lelaki berumur 50 tahun dimasukkan ke hospital pada 03.08.09 kerana mengalami demam, batuk dan sukar bernafas sejak 28.07.09. Dua hari sebelum dimasukkan ke hospital beliau juga mengalami muntah dan cirit birit. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 04.08.09 dan kes disahkan positif influenza A(H1N1) pada 06.08.09. Beliau walaubagaimanapun meninggal dunia pada 13.08.09 disebabkan oleh septicemia with severe pneumonia.

HIBURAN : Afdlin buat filem bukan untuk kaya

Ini kisah seorang lelaki genius. Cerita lelaki bernama Afdlin Shauki Akhsan yang pada usia 38 tahun, telah memenuhkan kehidupannya dengan makna-makna terbaik seperti moto hidupnya - Hidup biar ada makna. Live a meaningful life.

Lelaki ini mengklasifikasikan dirinya sebagai bukan pelaris majalah kerana fizikal yang besar. Namun, satu hal yang tidak disedarinya, dia telah menumpahkan karya-karya luar biasa yang selalu menggeletek hati dengan nuansa komedi dan kasih sayang yang tinggi. Setiap sentuhannya mempunyai magis tersendiri.

Meletakkan situasi kehidupan tanpa terikat dengan jalan klise sesebuah naskhah, siapa yang boleh lupakan buah tangan Afdlin seperti filem Buli, Baik Punya Cilok mahupun Sumo Lah dan terbaru Papadom - cinta yang menebal terhadap lapangan seni ini menjadi faktor utama dia berkarya.

Malam selepas Afdlin dijulang sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan Cerita Asal Terbaik manakala Papadom terbitan Tayangan Unggul diangkat sebagai Filem Terbaik pada majlis Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22), kami bercerita panjang tentang cintanya terhadap industri, kekayaan yang diperoleh, kelekaan membina keluarga sempurna dan masa depannya.

Sekadar catatan, seni dengan Afdlin sudah tumbuh sejak kecil lagi. Namun waktu itu, kecenderungannya lebih kepada penghasilan karya di atas kertas melalui kepakarannya sebagai seorang arkitek.

Mendapat Diploma Arkitektur dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), anak kelahiran Johor Bahru ini kemudian berkhidmat sebagai pereka di TR Hamzah and Yeang Architectural sekitar awal 1990-an.

Sedar bahawa dirinya lebih cenderung untuk terbabit sebagai karyawan, Afdlin mengikuti kursus Pengurusan Produksi dan Penulisan Skrip di National Film London sebelum tumbuh menjadi karyawan seni yang versatil dan disegani.

Pelbagai anugerah sudah diraihnya. Muncul sebagai penulis lirik dan penyanyi, (dinobatkan dalam Anugerah Juara Lagu ke-19 menerusi kategori Etnik Kreatif, lagu Erti Hidup nyanyian Dayang Nurfaizah), Afdlin juga cukup terkenal sebagai pengacara.

Malah melalui lapangan tersebut, dia diiktiraf sebagai Penyampai Televisyen Terbaik pada Anugerah Televisyen Asia 1999 (melalui Bila Larut Malam) sebelum bakatnya tidak pernah tercicir diiktiraf dalam festival filem berprestij dan dijulang sebagai yang terbaik dalam beberapa kategori termasuk Aktor Terbaik dan Pengarah Harapan.



Pendek kata, anugerah dengan Afdlin bukan sesuatu yang asing. Afdlin senyum. Dia tidak tahu memberi respons yang berlebihan terhadap pujian yang melimpah-ruah kepadanya. Bagi Afdlin, apa yang dikerjakannya sekarang semuanya kerana cinta.

"Saya tidak kejar anugerah. Saya berkarya kerana ini cinta saya. Saya rasa, saya tidak pernah sekali pun gagal berfikir tentang filem. Setiap masa rasanya, saya habiskan dengan menonton filem.

"Kerana kecenderungan ini, saya fikir ia telah membakar semangat saya untuk membuat filem. Jujurnya, saya tak buat filem untuk kaya.

"Saya langsung tak fikir daripada perspektif keuntungan atau duit, tetapi saya buat filem dengan cara saya sebab saya nak orang tengok filem saya," luah Afdlin yang sentiasa berusaha memberi idea-idea segar dalam naskhahnya.

Kecanduannya membikin filem mampu memuaskan hatinya. Namun, dari sudut berbeza, suami kepada Maria Abdullah (Christina Low) dan bapa Mia Sara serta Anaif ini memberitahu dia kekurangan dua perkara penting dalam aspek kehidupan - kewangan yang stabil dan masa emas bersama keluarga.

Sanggup mati

"Saya pernah cakap pada isteri saya, kita akan lambat kaya dengan pekerjaan saya sekarang.

"Sebab saya tak buat filem kerana duit, tapi saya buat filem kerana saya nak buat dan mahu berkongsi dengan orang ramai. Mujur isteri memahami dan selalu menjadi penyokong setia saya.

"Tapi saya tak nafikan, ada anak seni yang mampu jadi kaya-raya dalam bidang ini.

"Namun, ramai yang kais pagi makan pagi. Saya? Alhamdulillah, cukuplah untuk menyara keluarga. Tapi memang belum tahap jadi kaya-raya," katanya sambil ketawa.

Sementara pada isu kekurangan masa emas bersama keluarga, beritahu Afdlin, hal itu terjadi sejak tiga tahun lalu sewaktu jiwanya bersemarak untuk membikin filem. Sebab itu Papadom wujud.

"Kerana terlalu fokus pada kerjaya, saya tak sedar anak sulung saya, sudah berusia 10 tahun. Jujur, saya sangat kurang meluangkan masa dengan keluarga kerana sibuk bekerja.

"Saya terlepas melihat anak saya membesar dan saya kerugian banyak masa emas bersama keluarga kerana keluar bekerja. Satu hari, bila saya tersedar tentang hal itu, memikirkan apa yang akan terjadi pada saya jika isteri saya tiada kelak.

"Itulah punca wujudnya filem Papadom - filem tentang bapa-bapa yang sibuk mencari rezeki dan menyerahkan tanggungjawab terhadap isteri kemudian terpaksa memikul semua tanggungjawab selepas ketiadaan isteri," katanya.

Bagaimanapun kata Afdlin, dia tidak pernah menyesal dengan situasi yang berlaku. Kerana kata penggemar band British, Jamiraquoi ini dia berusaha untuk memberi kehidupan yang baik terhadap keluarganya.



Bagaimanapun, satu hal yang tidak boleh dipinggirkan juga adalah dia perlu tidak terlepas pandang terhadap anak-anaknya.

Ditanya adakah dia sanggup berhenti menjadi pembikin filem dan menjadi suri rumah tangga jika apa yang digambarkan dalam Papadom benar-benar berlaku, pantas Afdlin memberi jawapan.

Katanya: "Saya gila kalau tidak melakukan pengorbanan untuk anak-anak saya. Saya sanggup mati untuk orang yang saya sayang."

Jalan Lama seperti Lord Of The Ring

Sudah mempunyai label sebagai pelakon dan pengarah komedi, Afdlin akhirnya bertukar jalur. Kali ini, kata Afdlin yang turut terbabit sebagai 'pelakon halusinasi' dia sudah bersedia untuk terbit dengan naskhah epik yang diberi judul Jalan Lama.


Memberi imaginasi filem yang bakal diterajui Que Haidar dan Hans Isaac ini mempunyai idea seperti siri Lord Of The Ring, penghasilan naskhah tentang dua beradik penuh muslihat ini bertujuan untuk mencabar dirinya sendiri.

"Sebenarnya saya seorang penggemar filem epik. Namun, saya memulakan langkah sebagai pengarah komedi.

"Tapi kali ini saya sudah bersedia untuk mencabar diri sendiri untuk mengarahkan sebuah filem epik kerana sebagai seorang pengarah, kita yang membina sesebuah jalan cerita atau karakter dan kita pasti boleh lakukannya," katanya yang optimis dan menolak persepsi seorang pengarah komedi tidak layak membikin karya epik.


BARISAN penggerak Papadom. Dari kiri: Farid Kamil, Afdlin, Liyana Jasmay dan Que Haidar. Mereka mengharapkan kemenangan di FFM22 mampu membawa penonton ke panggung apabila filem ini ditayangkan kelak.

Ditanya sampai kapan dia akan terus melibatkan dirinya sendiri dalam filem arahannya, beritahu Afdlin, sebenarnya dia sendiri sudah mula jatuh cinta sebagai seorang pengarah berbanding pelakon.

"Sekarang ini pun saya sudah mula memilih karakter lakonan saya. Saya tahu tak semua cerita yang boleh melibatkan saya. Kalau anda perasan, tak ada orang yang berani panggil saya berlakon kecuali Kabir Bhatia. Satu-satunya filem arahan saya yang tidak menampilkan saya ialah Mat Spy," beritahu Afdlin lagi.

Sabtu, 15 Ogos 2009

5 juta rakyat Malaysia berisiko dijangkiti H1N1: WHO

BUKIT MERTAJAM: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.

"Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini.

Beliau berkata, wabak itu dijangka merebak lebih cepat pada musim tengkujuh.

"Pada musim tengkujuh, kita lebih terdedah dengan selesema, batuk-batuk dan demam. Tempoh ini amat penting untuk semua rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil mudah isu kesihatan," katanya.

Liow berkata, kajian WHO juga menunjukkan jumlah sebenar penduduk yang dijangkiti H1N1 adalah 20 kali ganda daripada jumlah pesakit yang direkodkan menerima rawatan akibat jangkitan virus tersebut.

"Ini bermakna jika kita merekodkan 3,574 kes jangkitan H1N1 setakat ini, jumlah sebenar yang dijangkiti adalah sekitar 70,000 orang," katanya. - Bernama

***Sumber disunting dari Berita Harian Online 15 Ogos 2009
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Mutakhir/20090815200637/Article

Gameweek 1 : Chelsea 2 vs Hull 1



RESULT FT

CHELSEA 2
Drogba (36,90)
Hull City 1
Hunt (27)

Attendance : 41,597

Keputusan penuh perlawanan pertama English Premier League antara Chelsea vs Hull City
berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Chelsea. Chelsea 2 - Hull City 1.

Bagaimanapun Hull terlebih dahulu mendahului Chelsea dengan jaringan daripada Hunt yang mendapat kuisan bola dari kaki pemain Chelsea dan terus merembat menewaskan Peter Cech.

Tersentak dengan jaringan itu, Chelsea terus menggandakan asakan demi serangan dan
akhirnya beroleh gol pada minit 36 melalui sepakan percuma yang di ambil oleh Didier Drogba. Sepakan yang perlahan berjaya menewaskan penjaga gol Hull iaitu MyHill(x igt).

Babak kedua berlangsung dengan permainan berpihak kepada Chelsea, dan akhirnya memperoleh gol kemenangan di masa kecederaan melalui Drogba juga.

*** aku igtkan Chelsea nak bungkus dah, rupanya sempat bernafas 3 point jugak...

Jumaat, 14 Ogos 2009

Blog?

Salam,
sebut pasal blog, hari ini semakin ramai yang aktif berblog,
tapi sayangnya aku masih tidak tahu untuk berblog...hehehe
so aku minta maaf la pada yang masuk/layari blog aku ni, tapi x bes yer...
aku tak reti lah nak isi ape2 yang menarik di sini...
ramai yang berblog, dan buat income melalui blog, hebat sungguh, jadi jutawan muda melalui internet.percaya x? mestilah percaya, kenapa tidak..di zaman it ni,macam macam ada lah...cume kite jer yang belum menerokai nye lagik..
so aku ingin juga belajar berblog nih sebenarnya...hehe
sekian harap maklum..hehehe

tags : aktif blogging, berblog, bloggers, cara berblog

Ke Mana Arah Tuju Manchester United dalam English Premier League 2009/20010

Salam kengkawan,

Mesti korang sume dah tau kan, sape yang SAF beli untuk EPL 2009/2010 season nnt..
3 orang sahaja yang dibawa masuk hasil daripada penjualan Christiano Ronaldo ke Real Madrid yang mencecah RM470 Juta.

Punyalah mahal harga yang dibeli oleh Real Madrid untuk seorang pemain yang dimiliki Man. United. Di mana kalau x silap saya, MU membeli CR7 pada harga Rm60juta sahaja ketika itu... itu juga merupakan harga perpindahan pemain muda termahal di Britain...

Kire berbaloi la eli Rm60juta dan jual RM470juta...hahaha untung besar kat situ,
Musim ni muke baru di MU ialah , Michael Owen, Obertan dan Valencia...

aku harap dengan kemasukan Owen dapat menguatkan jentera seranan MU, Owen ni kecik2 cili api tau... n Valencia tak kurang hebantnya... ganas gak shoot dia...cuma aksi Obertan sahaja yang belum aku saksikan...

So aku harap MU akan still maintain di atas/persada EPL walaupun tanpa kehadiran Ronaldo di bumi ENGLAND......]

sekian, wassalam

SUKAN : Fergie sasar gelaran kali keempat

LONDON: Alex Ferguson melaungkan amaran keras kepada setiap pesaingnya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bahawa dia tetap fokus untuk memburu gelaran buat kali keempat berturut-turut.

Belum pernah ada kelab berjaya meraih kejayaan itu di England sebelum ini. Tahun lalu, United menyamai rekod tiga kemenangan berturut-turut yang dikecapi oleh Arsenal, Huddersfield Town dan Liverpool.

Bezanya, kali ini, Ferguson merasakan pasukannya mampu menjadi lebih baik.

Pada Disember lalu, dia membawa United ke Jepun dan meraih Piala Kelab Dunia sebelum kembali bagi memintas Liverpool di puncak liga.

“Memenangi empat gelaran adalah suatu yang ingin kami lakukan dan ia bakal menjadi pencapaian hebat.

“Kami sedar betapa sukarnya untuk menang dalam liga ini. Kami mendapat peluang yang baik pada musim lalu - pergi ke Jepun dan disusuli dengan perlumbaan sebelum menang saingan liga dan ia satu pencapaian hebat.

“Kami tidak mempunyai sebarang masalah itu pada musim ini meskipun saya mahu melihat persaingan sengit itu. Bagaimanapun, usaha untuk memenangi empat gelaran berturut-turut masih menjadi cabaran yang besar bagi kami.”

Tetapi, hujahnya dari mana jaringan akan menyusul untuk pasukannya. Sejak dua musim lalu, Wayne Rooney secara kerap mengubah posisinya di gelanggang untuk memberi ruang ledakan kepada Cristiano Ronaldo.

Tidak dinafikan daripada perbualan sejak beberapa minggu lalu dia menyandarkan harapan besar ke atas Rooney dan bekas penyerang England, Michael Owen walau pun menyuarakan kedua-dua penyerang itu tidak akan beraksi secara kerap bersama kelab itu. - Agensi.

Sumber disunting : Berita Harian Online 13 Ogos 2009
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Sukan/20090812235257/Article/

SUKAN : City tak sabar bukti MU silap besar

LONDON: Seandainya kelab kaya Manchester City mahu mencetus kemarahan Manchester United, jelas mereka melakukan dengan cara yang betul - bukan setakat membelanjakan lebih 100 juta pound (RM590 juta) ke atas pemain baru.

Ketibaan Carlos Tevez dari United, Emmanuel Adebayor dari Kolo Toure dari Arsenal, Roque Santa Cruz dari Blackburn dan Gareth Barry dari Aston Villa seharusnya menyaksikan City memperbaiki status mereka dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL), bermula minggu ini.

Apa yang menyakitkan hati Sir Alex Ferguson mengenai pasukan tetangga mereka bukan kerana pembelian pemain dengan harga mahal tetapi kenyataan dibuat kelab itu yang mahu menonjolkan diri dalam kelompok empat teratas dan akhirnya merampas kedudukan United selaku kelab terbesar di England.

“Mereka kelab kecil dengan mentaliti kecil,” kata Ferguson.

“Selalunya mereka akan bercakap mengenai Manchester United. Ia tidak mudah buat City musim ini, dan bagi saya mereka tidak akan masuk dalam kelompok empat teratas. Bagi semua pembelian yang mereka lakukan, Mark Hughes masih perlu mencari keseimbangan, dan apa yang dia dapat - 10 penyerang?"

City menimbulkan rasa geram United apabila sepanduk gergasi terpampang di pusat bandar menunjukkan Tevez dalam jersi City dengan slogan ‘Selamat Datang ke Manchester’ di bawah gambar - satu sindiran berdasarkan kepada hakikat bahawa gelanggang United, Old Trafford sebenarnya terletak di Salford, di luar pusat bandar Manchester.

Sejak Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan mengambil alih City tahun lalu, pengurus, Hughes membelanjakan lebih 220 juta pound (RM1.3 billion) ke atas pemain baru, termasuk rekod Britain 32.5 juta pound (RM191.7 juta) ke atas pemain tengah Brazil, Robinho pada permulaan musim lalu.

Apa saja melainkan penyudah empat tempat teratas akan dianggap sebagai kegagalan di City, yang kali terakhir mencabar kejuaraan ialah pada 1976-77 apabila mereka muncul naib juara kepada Liverpool. - Reuters

Sumber disunting : Berita Harian Online 13 Ogos 2009
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Sukan/20090812235531/Article/index_html

tags : Berbatov, Englis Premier League, EPL, Kelab Terkaya, Manchester City, Manchester United

Virus H1N1 Influenza A

Semakin hari semakin bertambah bilangan kematian yang disebabkan virus H1N1 di negara kita, hari ini saja telah menjadi 51 orang korban akibat dari virus tersebut.
Tidakkan anda semua merasa takut? atau bimbang?

Sebenarnya tahap kesedaran di kalangan rakyat Malaysia telah meningkat disebabkan peningkatan jumlah kematian di luar sana..hahaha...dah makin bertambah angka korban baru nak sedar rupanya....

Kalau kita tengok di luar sana, sudah ramai yang menggunakan mask/topeng untuk menghalang jangkitan virus H1N1 melalui udara/atau tempias/biasa air liur org yang positif H1N1. Jadi...x rugi kita semua amalkan perkara yang sama, walaupun pada mulanya agak kekok disebabkan kita hanya pakai pada musim jerebu sahaja...

Oleh itu, semoga kita semua berada jauh dari virus tersebut dan selamat hendaknya...
Salam selamat kepada semua rakyat Malaysia.

A(H1N1): Seven more deaths reported (Update from TheStar

KUALA LUMPUR: Another seven people have died due to Influenza A (H1N1), all from the high-risk group, said Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Another 29 people have been admitted to intensive care units -- 16 of them from the high-risk group, he said.

In MALACCA, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said uniform guidelines to close schools will not be implemented.

Instead, he said, closure of schools will be on a case-by-case basis, adding that headmasters and principals could only halt classes if there was a directive upon instructions from state education directors on the advice of health authorities.

tags : H1N1, Influenza A, Malacca, TheStar, Virus

Khamis, 13 Ogos 2009

Autoshow - Drift - Stunt Dan Lain²

Salam, kepada semua yg meminati sukan permotoran, suke tengok kete2 autoshow, aweks2 autoshow...haha(kalau ade), aksi² drift boleh la gi ke tempat yang aku tunjukkan di bawah.... ok? yang free weekend ni, sila² lah pergi ke events berdekatan anda~....

Events
1. Malaysia International Road Safety Exhibition
13-16 Ogos 2009
11.00 AM - 9.00 PM
MIECC, Mines Resort City
www.mirex.com.my

2. Enchanted Motorshow UKM
Dataran Gemilang, UKM Bangi
16 Ogos 2009
10.00 AM - 5.00 PM




tags : Aktiviti, Autoshow, Drifting, Sukan Permotoran

Rabu, 12 Ogos 2009

G.I. Joe’ Mendaki Puncak Box Office



'G.I. Joe: The Rise of Cobra’, film yang diadaptasi dari serial kartun tahun 90-an berhasil menduduki puncak box office. Duke dan pasukan G.I. Joe lainnya sukses meraup US$ 56,2 juta.

‘G.I. Joe: The Rise of Cobra’ dibintangi aktor Channing Tatum, Dennis Quaid dan Sienna Miller. Film tersebut menampilkan aksi pasukan multi nasional untuk melawan gembong teroris yang berusaha menguasai bumi. Mereka pun saling adu kekuatan persenjataan yang super canggih.

Peringkat dua box office kali ini dihuni film drama yang diangkat dari kisah nyata ‘Julie &; Julia’. Film yang dibintangi Meryl Streep dan Amy Adams tersebut menjual tiket sebanyak US$ 20,1 juta.

‘G-Force’ tidak bergerak dari peringkat tiga. Film itu masih sanggup mengumpulkan US$ 9,8 juta.

‘Harry Potter and the Half-Blood Prince’ melorot ke peringkat empat. Film keenam ‘Harry Potter’ tersebut hanya menjual tiket sebesar US$ 8,8 juta dari para penggemarnya.

Jawara minggu lalu ‘Funny People’ terjun bebas ke peringkat lima. Film komedi yang dibintangi Adam Sandler tersebut mendapat US$ 7,8 juta.

tags : G.I. Joe, G.I. Joe berita, G.I. Joe cerita, G.I. Joe cinta, G.I. Joe foto, G.I. Joe gambar, G.I. Joe Hiburan, G.I. Joe lagu, G.I. Joe malaysia, G.I. Joe Melayu, G.I. Joe musik, G.I. Joe video

Pendapat Aku Tentang Filem SETEM

Salam, semalam 12hb aku berkesempatan menyaksikan Filem SETEM,
walaupun filem ini telah lama ditayangkan tetapi baru semalam aku free untuk pergi ke pawagam berdekatan iaitu di Time Square.

Bagi aku, jalan cerita dia agak-agak pening sedikit. Tapi memang menarik dengan humour yang tidak melampau telah dilakonkan oleh Afdhlin and the geng.

Jadi rate aku untuk filem ini adalah 3.0/5.0 sahaja. :)

Isnin, 10 Ogos 2009

Jawatan kosong UiTM

Iklan jawatan kosong di Universiti Teknologi MARA Kelantan
Tarikh tutup 25 Ogos 2009

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Bumiputera, warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan PENSYARAH secara SEPENUH MASA di UiTM Kelantan.

Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada:
Timbalan Pendaftar
Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA Kelantan
Bukit Ilmu
18500 Machang
Kelantan Darul Naim
Tel: 09-9762050/2011/2068/2015

(Sila nyatakan bidang di penjuru kiri sampul surat)

Tarikh tutup permohonan adalah 25 Ogos 2009

Lampiran Iklan

Borang Permohonan

Jawatan kosong LHDN

Iklan jawatan kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Tarikh tutup 1 September 2009


Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Kumpulan Pengurusan kami yang berdedikasi.

JAWATAN

A1 - Penolong Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 9 (18 Kekosongan)
A2 - Pembantu Tadbir (Kejuruteraan) Gred 11 (14 Kekosongan)


Iklan lengkap jawatan kosong di LHDN

Borang permohonan LHDN

Ahad, 9 Ogos 2009

maxis broadband now available in 5 new states

Berita gembira buat penduduk / pengguna internet di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka... Maxis Broadband kini menyerang tempat anda.
sila semak coverage kawasan anda di



tags : internet 3g, internet broadband, maxis broadband, maxis coverage area

Papadom Filem Terbaik FFM22

KOTA KINABALU 8 Ogos - Filem Papadom arahan Afdlin Shauki yang akan ditayangkan pada 8 Oktober ini diumumkan Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 22 (FFM22) di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini malam ini.



Kemenangan Papadom itu melayakkan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan hadiah RM100,000 berupa kemudahan penerbitan perfileman.

Selain anugerah utama itu, Papadom turut merangkul empat anugerah lain iaitu Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik yang masing-masing menjadi milik Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay, Cerita Asal Terbaik (Afdlin Shauki) dan Skor Muzik Terbaik.

Afdlin juga turut menambah kemenangan peribadinya apabila sebuah lagi filem arahannya Los Dan Faun mengungguli Filem Komedi Terbaik yang membolehkannya membawa pulang wang tunai RM15,000 dan trofi.

Ini menunjukkan Afdlin Shauki memperoleh kemenangan berganda dalam FFM22 yang buat pertama kalinya diadakan di luar Semenanjung.

Sementara itu, Talentime yang memberi saingan sengit kepada Papadom menggondol lima daripada 11 kategori daripada pencalonan yang diterima.

Karya terakhir Allahyarham Yasmin Ahmad itu menobatkannya sebagai Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Filem itu juga turut menerima Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi kemenangan Mohd. Shafie Naswip, Pelakon Harapan Wanita (Jaclyn Victor) dan Anugerah Khas Juri.

Filem Setem arahan Kabir Bhatia tidak menghampakan apabila membawa pulang tiga anugerah iaitu Sinematografi Terbaik, Penyunting Terbaik dan Penataan Seni Terbaik.

Turut cemerlang filem Histeria arahan James Lee yang menobatkannya sebagai Pengarah Harapan, Poster Terbaik dan Anugerah Khas Juri.

Sementara itu bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menjadi milik pelakon Salina Saibi menerusi filem Bohsia.

Hadiah utama disampaikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah.

Turut mengiringi ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.

FFM22 yang bertemakan 'Filem Malaysia ke Persada Dunia' dianjurkan Finas dengan kerjasama Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) dan kerajaan Negeri Sabah.

Keputusan Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-22

Festival Filem Malaysia ke-22 telah pun berlangsung Dewan Chanselor UMS, Kota Kinabalu dengan dihoskan oleh Fahrin Ahmad dan Vanidah Imran. Budiey nak ucapkan tahniah buat semua pemenang terutamanya buat pengarah dan pelakon kreatif, Afdlin Shauki yang tidak cukup tangan untuk membawa pulang anugerah yang dimenangi. Tahniah kerana filem Papadom telah diangkat sebagai Filem Terbaik. Ternyata 4 anugerah yang diraih oleh filem Papadom termasuk Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik buat Liyana Jasmay. Tahniah Liyana~!

Tahniah juga buat seluruh famili Allahyarham Yasmin Ahmad di atas kemenangan Talentime yang membawa kepada anugeah Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Harapan Wanita



Berikut antara pemenang anugerah FFM22:

Anugerah Perdana (14 anugerah)
Filem Terbaik:
Papadom

Pengarah Terbaik:
Yasmin Ahmad (Talentime)

Pelakon Lelaki Terbaik:
Afdlin Shauki (Papadom)

Pelakon Wanita Terbaik:
Liyana Jasmay (Papadom)

Lakon Layar Terbaik:
Yasmin Ahmad (Talentime)

Cerita Asal Terbaik:
Afdlin Shauki (Papadom)

Sinematografi Terbaik:
Mohd Nor Kasim (Setem)

Penyunting Terbaik:
Faizul Mohd Noh (Setem)

Skor Muzik Asal Terbaik:
Syed Ahmad Faizal (Papadom)

Filem Komedi Terbaik:
Los dan Faun

Filem Animasi Terbaik:
My Telatori (The One Academy of Communication Design)

Filem Pendek Terbaik:
Permata Bonda (Universiti Sains Islam Malaysia)

Filem Digital Terbaik:
Aathma (Demaz Entertainment)

Filem Dokumentari Terbaik:
Bumi Pribumi (Finas & Q-Plez Communication)

Anugerah Cipta (11 anugerah)
Pengarah Harapan:
James Lee (Histeria)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik:
Mohd Shafie Naswip (Talentime)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik:
Salina Saibi (Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam)

Penataan Seni Terbaik:
Nazrul Asraff Mahzan (Setem)

Penataan Bunyi Terbaik:
Mohd Mohsin Osman (Cicakman 2)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik:
Mohd Hadziq (Syurga Cinta)

Pelakon Harapan Lelaki:
Zahiril Adzim (Kami The Movie)

Pelakon Harapan Wanita:
Jaclyn Victor (Talentime)

Pereka Kostum Terbaik:
Shen Imagineering (Cicakman 2)

Lagu Tema Asal Terbaik:
Sayangku Di Sisimu (Jin Hutan)

Poster Terbaik:
Histeria

Filem Box-Office:
Geng Pengembaraan Bermula

Anugerah Penggiat Belakang Tabir:
Omar Man

Anugerah Pelakon Veteran Wanita:
Mariani Ismail

Anugerah Pelakon Veteran Lelaki:
S.Shamsudin

Penerima Anugerah Khas Juri:
Talentime
Kami The Movie
Histeria
Geng Pengembaraan Bermula

'Tiada Ronaldo, tiada Tevez, tiada masalah'

LONDON: Rio Ferdinand memberi peringatan kepada Chelsea bahawa Manchester United akan menggunakan pertemuan Perisai Komuniti malam ini untuk membuktikan mereka boleh menyesuaikan situasi tanpa Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.

Ketika pengurus United, Sir Alex Ferguson atau pengurus baru Chelsea, Carlo Ancelotti mementingkan keputusan dalam perlawanan tradisi pembuka tirai musim baru Inggeris itu, wajar mengatakan fokus lebih tertumpu untuk melihat sama ada juara liga itu sebuah pasukan perkasa atau sebaliknya selepas ketiadaan Ronaldo dan Tevez.

Yuran rekod dunia 80 juta pound (RM464j) untuk Ronaldo meredakan sedikit tamparan terhadap pemergiannya tetapi keputusan Tevez berhijrah ke Manchester City masih tetap dirasai di Old Trafford.



Jaringan Ronaldo menerusi gerakan sayap berkesan membantu skuad Ferguson menjuarai Liga Perdana dan Liga Juara Eropah manakala kemampuan Tevez menyambar peluang untuk gol penting sebaik dimasukkan sebagai pemain gantian sering kali menyebelahi United.

Begitupun, bintang England Ferdinand pernah melihat kehilangan watak penting seperti David Beckham dan Roy Keane tidak banyak memberi kesan buruk dan dia menjangkakan senario yang sama kali ini.

"Kebanyakan pemain sudah beraksi sejak bertahun-tahun dan melihat ramai pemain datang dan pergi," kata Ferdinand.

"Kelab ini tetap melangkah ke depan walaupun ada individu yang datang dan pergi, dan hal yang sama berlaku ketika ini.

"Pasukan ini lebih penting berbanding seorang pemain. Itulah hakikatnya." - AFP

*** Sumber disunting dari Berita Harian Online 9 Ogos 2009
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sukan/20090809003957/Article/index_html

tags : Carlos Tevez, Christiano Ronaldo, Cristiano Ronaldo, EPL, Manchester United, Sir Alex Ferguson, Sukan