Khamis, 28 Oktober 2010

Tasik Kenyir 24 - 27 Oktober 2010





Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
24 - 27 Oktober 2010

Atas usaha aku sendiri, aku telah berjaya pergi ke Kursus Penerbitan Video Kamera anjuran Unit Penerbit, UKM dan Unit Latihan UKM di Tasik Kenyir.

Rabu, 6 Oktober 2010

05-10-2010 : Bersama MyLove



@ Coffee Village Cafe (CVC) Putrajaya bersama MyLove...
Boleh tahan juga makanan di CVC nih ya...DVII bersama MyLove keluar bersama dan menjamu selera di CVC selepas ke Bangi dan tidak menjumpai Restoran yang sesuai untuk disinggah makan... hehe...so terpaksalah DVII masuk ke Putrajaya mengikut jalan belakang dan singgah di Coffee Village Cafe ini untuk menjamu selera,

Turut disediakan di sini ialah hiburan Karaoke, sesiapa yang berminat hendak 'menyumbangkan' suara, boleh la singgah di sini... lokasinya amat sesuai kerana terletak di Presint 5/6 jalan ke Kg. Limau Manis, jauh dari kepadatan penduduk, so tidak menggangu sesiapa pon kecuali menggangu ikan. hehehe...yelah kan, disitu terdapat juga port memancing ikan yang sesuai, harga bayaran tidak pula DVII tanya. Siapa sangka di Putrajaya terdapat lokasi untuk memancing ikan? hehe... so singgah2 lah yer...

Selasa, 5 Oktober 2010

05-10-2010 : 'bibir' wrk di 'kiss' oleh bontot 'abang'! oh! tidak~



Gambar di atas menceritakan tentang bagaimana Persona WRK DVII yang cun melecun telah di 'kiss-kiss' oleh abang nyer! Gen2 Evolution tue....huhu.. tak patot DVII rasa... Kejadian berlaku ketika DVII pulang dari 'office' menuju ke rumah melalui Jambatan Seri Wawasan, Putrajaya. Ketika itu keadaan trafik amat sesak @ 'jammed'. Jenuh gak ler DVII nak main brek!...sedap punya brek... tiba-tiba persona DVII bergegar...kEdeBaBoMmMmM!!!...huh... tension!!! apalagi, terus DVII lepaskan hon bertalu-talu dan kemudian owner Gen2 tersebut perasan keretanya mengundur secara tiba-tiba... HuH!~...

DVII keluar di tengah-tengah 'jammed' tersebut untuk melihat 'bibir' persona! nampak macam tiada apa-apa kesan...dan terus masuk ke dalam kereta tanpa fikir perlu berhadapan dengan pemandu Gen2 Evolution berkenaan...akan tetapi disebabkan keadaan trafik 'jammed'! DVII terpaksa 'follow' rentak Gen2 Evo tersebut, sehingga ke persimpangan di hadapan terpaksa belok ke kiri disebabkan sampai ke rumah DVII secara tak sengaja Gen2 Evo di hadapan juga ambil selekoh yang sama dan berhenti... Apekah???

Terpaksalah DVII berhenti dan berhadapan dengan 'Owner' Gen2 Evo tersebut... alamak...Babak-babak seterusnya terpaksa dipotong kerana terlampau censored untuk diceritakan... hehehe.... keadaan menjadi stabil tanpa ada sebarang pertelingkahan... sekian, kedua-duanya kembali pulang... =)) abesssssss personaku!!!