Header Ads

11-11-10 : Tempat Biasa DVII Hilang & Proton Inspira di Showroom !~


DVII baru lepas melepakkan diri bila keluar sejenak bersama si 'DIA' td.
Keluar ke Sunway Pyramid dan satu shopping centre yang baru di buka di Subang Jaya nampak dari 'Federal Highway'.

Ini adalah tempat di mana DVII selalu meluangkan masa kalau sampai ke mana-mana shopping kompleks, pasti akan singgah ke Popular ataupun MPH Bookstore, paling bes kat Alamanda, Putrajaya sebab dekat dengan rumah DVII di Presint 8 sahaja tanpa perlu keluar dari Putrajaya...hehehe.....so kalau terserempak DVII di mana-mana kedai buku terpilih, harap-harap tegur2 lah yer...


Selepas selesai sesi di dua shoping complex tersebut, DVII terus pulang ke Shah Alam melalui persiaran Giant Stadium Shah Alam, yang mana DVII nampak Showroom Proton masih lagi buka dan kelihatan Proton Inspira yang baru dilancarkan pada 10 November 2010 ada di situ. Ramai yang terus masuk ke kawasan parkir showroom berkenaan, tidak lepaskan peluang DVII juga turut singgah untuk melihat Proton Inspira dengan lebih dekat.

Kelihatan Proton Inspira memang 99% mirip Mitsubishi Lancer GT. Hanya perlu dilakukan modifikasi pada bumper depan, 'sportrim' @ kasut sukan, dan logo @ emblem Proton di belakang sahaja sudah nampak ianya memang Lancer GT...hehehe....DVII rasa selepas ini, akan 'BANYAK' lah Lancer GT di jalanraya dan juga kawasan perumahan kerajaan. :) Tak sabar rasanya nak tengok dari jendela rumah melihat 'Lancer GT' buatan Malaysia ini banyak di parkir halaman kawasan perumahan DVII. perghhhhhhh.... sama-sama kita nantikan....
-TQ-
-S1IT-

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.