Header Ads

22-11-2010 : Cik Shida Dari Parit Miming Lagu-Lagu Popular???


Assalamualaikum & Selamat Pagi wat semua yg klik 'da best title' nih yang mana ianya menceritakan tentang seorang perempuan dari Parit, Perak Darul Ridzuan. Seperti yang semua ketahui, CikShida menggunakan ID Youtube CikShidaDariParit sebagai medium untuk CikShida mempamerkan video-video miming yang dibuat olehnya. Apa yang DVII faham, CikShida memperkenalkan dirinya sebagai Cikgu Bahasa Inggeris di salah sebuah sekolah di Perak, (betul ker?) betullah agaknya, sebab ada diantara video CS merupakan bersama dengan anak-anak muridnya.
Apa yang DVII dapat tahu dari info sebelum nih, CikShida membuat video-video demikian sebagai suatu cabaran untuk nya mengembangkan seni dan mengajar anak muridnya, dan tak lupa juga...di laman CikShida ada terdapat kata-kata semangatyang ditulis olehnya... (yelahkan, bukan senang nak 'MIMING' depan kamera dan diberi 'TONTONAN' kepada orang ramai, sapa yang berani buat macam tue dgn perasaan malu + segan lagi, tp mungkin CS menganggap itu sebagai satu cabaran)

Kalau DVII pun belum tentu mampu menghasilkan dan ber'miming' bernyanyi depan kamera, pergh...malu beb, sebab malulah DVII tak sefemes CikShida...hahaha....

Tapi bagi DVII, DVII suka tengok video² tersebut, kerana ianya dapat menghiburkan DVII, bergelak ketawa sebab penuh dengan kelakar dan lucu...hahahaha....kalau pandang pada konsep lain pula...memanglah tidak manis seorang perempuan bersikap begitu, tapi disebabkan CikShida nih kesunyian kot, mungkin itulah cara dia berhibur dan menghiburkan dirinya...betul tak..? siapa kata kalau sunyi pergi Clubbing...? huh, bagi aku jadi cam CikShida nih lagi baik dari pergi Clubbing atau merewang malam-malam berpeleseran tue...hahaha.....

-Support CikShida-

DVII tengok CS nih ada 2 ID Youtube
ID Youtube CikShidaDariParit
(untuk mengetengahkan bakat CS)

ID Youtube TeacherShida
(Untuk sesi pembelajaran bersama murid-muridnya)

CIK SHIDA BER'MIMING' # 13 (VOL.2) - 'Kalau Berpacaran' by Sohaimi Mior Hassan


* anna raffali, Sohaimi Mior Hassan

Koleksi Lain Boleh Didapati di Laman Youtube CikShida

CIK SHIDA BER'MIMING' # 7 'Yank' by Wali Band
CIK SHIDA BER'MIMING' # 6 'Cik Mek Molek' by Dato' M. Daud Kilau

Anda juga boleh download video Cikgu Shida @ CikShida ini daripada youtube dengan menggunakan Youtube Downloader tetapi anda dilarang untuk meng'upload' semula Video CikShidaDariParit berkenaan ke mana² lokasi download video di internet seperti Mediafire, Rapidshare, Hotfile, 4Shared.com tanpa kebenaran CikShida. (untuk makluman dari saya kepada semua, Dilarang cetak rompak yer!)

* Segala keterlanjuran kata, DVII mohon maaf dari CikShida ataupun pihak-pihak lain yang terlibat...



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.