Header Ads

27-11-2010 : @ Majlis Kenduri Kahwin Shahir PPD , Istana Seri Menanti dan Majlis Akad Nikah Kawan Tadika @ Ampang...


Seawal jam 9.40 pagi DVII telah meninggalkan rumah untuk ke Juasseh bersama Yanie dengan WRK. :) Inilah pertama kali DVII pergi ke kawasan pedalaman Negeri Sembilan dengan memandu WRK tanpa dituruti FAMILY, so masalah yang DVII fikir waktu nak pergi tadi ialah...

1. tak penah sampai kat Juasseh,
2. jalan mana 1 DVII nak ikut.
3. dan lain2 lagi...hehehe

So, DVII ambil keputusan ikut laluan 'HIGHWAY' setelah dinasihati oleh keluarga dan Yanie, kerana nak pergi ke Juasseh, Kuala Pilah tue lagi senang ikut jalan 'highway' plus dan ambil 'EXIT' di Senawang... kemudian di Senawang, ikut saja jalan utama sehingga jumpa 'signboard' Kuala Pilah...Dalam Jam 11.00 pagi DVII sampai di Pekan Kuala Pilah dan meneruskan perjalanan ke Juasseh dengan berpandukan GPS @ Garmin pada E72 dan juga kad kawen :)...

Di sekeliling perjalanan Kuala Pilah terkelihatan, rekaan atap rumah seperti minang kabau....:)Jalan punya jalan, terjumpa simpang ke Istana Seri Menanti... apelagi, tgk jam awal lagi, jemputan 'confirm' jam 12.30 setelah mendapat 'call' dari pihak pengantin iaitu Mr Shahir... so DVII jalan-jalan ke Muzium Diraja Istana Seri Menanti tersebut dengan MyLove... '1st time' sampai nih ke Seri Menanti rasanya dari 'kecik' hingga dah besar, inilah kali pertama....hehehe...(cantik juga yer rekaan dia...) layankan gambar di Istana tersebut....


Tiket masuk ke Muzium Istana Seri Menanti ni adalah PERCUMA yerr...diulangi..PERCUMA!!! hehe...(tiada tiket dikenakan buat pengunjung) dengan syarat! TIDAK DIBENARKAN MERAKAM/MEREKOD GAMBAR DI DALAM MUZIUM BERKENAAN!!! (diluar takpe...hahahaha)
huhu...(rugi jerk rase tak dapat ambil gambar kat dalam tue...)




Gambar-gambar sekitar Majlis Perkahwinan Shahir & Nabila di Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. Pengantin tiba lebih kurang jam 1.00 tengah hari, diiringi oleh pihak pengantin perempuan untuk ke pelamin yang tersergam indah dengan tema majlis mereka iaitu Purple atau Ungu...(tapi bukan kumpulan ungu ok!)




Siap dengan banner majlis kenduri kahwin diorang nih, DVII tak tahu lah berapa kos habis diorang buat kenduri nih, lupa nak tanye...hehehe...
Photographer plak amatlah ramai, tetapi yang 'official' rasanya sorang saja, maklumlah sekarang nih, 1 keluarga 1 DSLR kot...hehe... ramai jerk yang klik2 masa tue, beruntung si Shahir nih kenduri yerk....

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.