Selasa, 30 November 2010

30-11-2010 : RON97 naik 15 sen 1 Disember 2010.



Salam selamat malam buat semua pengunjung DVII blog, hurm... DVII dah puas menjelajah www.bernama.com dan juga media arus perdana www.bharian.com.my dan juga www.utusan.com.my tetapi masih tiada lagi berita terkini mengenai kenaikan harga petrol Ron97 sebanyak 15sen seliter berkuatkuasa jam 12 malam ini 1 Disember 2010 seperti yang telah diwar2kan di blog-blog dan facebook sejak dari jam 8 malam tadi... Minyak Naik Lagi??? hehe... ala 15sen jer...Oktober haritue 5sen jer kan...hehe.... so sama-sama kita nantikan berita sebetulnyer...adakah naik...??? buat yang pakai Ron97, 'takpe' kete anda tetap power dan laju...hihi...yang menggunakan Ron95 menarik nafas lega jika berita ini benar kerana tiada kenaikan untuk kali ini. :)

UPDATE

Terkini dari Bernama, Bharian, Utusan
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PetrolRON97naik15senselitermulaiesok/Article

KUALA LUMPUR: Harga minyak petrol RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai esok berikutan harga pasaran minyak dunia semasa.
Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.
Harga petrol tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaranminyak dunia semasa.
Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter. -- BERNAMA

30-11-2010 : Hari ke 2 Kursus Joomla dan Kekecewaan...

Salam, selamat malam buat semua pengunjung DVII blog...malam nih, DVII nak cerita tentang hari kedua DVII hadir ke Kursus Joomla di 'Office'...nampaknye, hari nih hari 'last' untuk menimba segala ilmu...dapatlah 80% DVII boleh buat laman web menggunakan Joomla nih rasanya, tapi tu lah...DVII 'takde' idea lah...huhu...

Dan hari ni juga adalah hari yang DVII tunggu sama ada berita gembira ataupun tidak...nampaknye DVII kecewa sedikit tetapi DVII tak perlu putus asa dengan keputusan yang telah diumumkan oleh sebuah laman web...DVII 'kene' terus berusaha..betul tak? (mestilah betul punya...hehe)

Dan satu lagi hal yang berlaku hari ni, untuk merentetkan kisah 'male' DVII hari ni ialah Handphone Nokia E-72 DVII tak 'berfungsi' di sebabkan kecuaian DVII sendiri...nampaknye E72 DVII tenggelam dalam air..huhu..sedih2...so DVII terpaksa lah cabut semua bateri untuk mengelakkan 'effect' lagi berat pada E72 DVII...minta-minta E72 DVII nih dapat berfungsi dengan sediakala esok yer....

:( sob...sob..sob...

30-11-2010 : Nuffnang? DVII sungguh tak faham...

Ada sesape yang boleh tolong jelaskan tak? DVII 'confuse' sebab Status Keahlian Nuffnang DVII ialah ahli biasa(bukan eksklusif)...kenapa yer...yerklah kan...DVII puas tunggu beberapa hari, 'kot' pihak nuffnang ada 'autoupdate' DVII nyer status nih, sebab 'tak best' lah keluar ayat camni "You are not allowed to view this page because you are not a Glitterati member"...



Glitterati?...Glitterati tue ape? kalau ikut maklumat kat page nuffnang...

Bagaimana untuk menjadi ahli Glitterati Nuffnang?
Anda akan didaftarkan sebagai ahli Glitterati Nuffnang secara automatik sekiranya kesemua blog berdaftar anda tidak mempunyai sebarang bentuk pengiklanan sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pesaing Nuffnang. Sistem kami akan mendaftar anda sebagai ahli Glitterati secara automatik dalam tempoh 4 hari.

Sekiranya sistem kami dapat mengesan mana-mana blog berdaftar anda mempunyai sebarang iklan atau pautan yang menghubungkan kepada rangkaian pesaing Nuffnang, status keahlian Glitterati anda akan disingkirkan dalam tempoh 4 hari.


DVII rasa, kesemua blog berdaftar DVII sudah tiada iklan dari syarikat lain, mahupun google adsense...so kenapa DVII masih not Glitterati member yer...? ada sesape tahu...DVII ada bace dengan terperinci...katanya...status keahlian tue, 'autoupdate'...;( sedey gak lah kan...orang lain, buat blog, bes jerk...ada innit from nuffnang...DVII tak boleh pulak...:(...nak wat camne yerk...ala.....nak jugak..!!! huh!



Isnin, 29 November 2010

29-11-2010 : IKEA Lagi...:)


Nampaknyer, 29 Nov, lagi sekali DVII & Family ke IKEA tapi ayah DVII tidak turut serta kerana 'tak larat' nak jalan...hehe..yerk la...IKEA tue kan besar...dah juga ditemani oleh Yanie dari Shah Alam... DVII 'tension' dengan keadaan jalan dari Putrajaya menuju ke IKEA, sebabnye? dahler hujan...lepas tue, jalan ? jammed plak..huhuhu...tak sanggup...

Setelah memandu di lebuhraya yang basah dan licin diikuti hujan yang tak berapa nak lebat...DVII sampai di IKEA jam 7.30 malam...lambat jugak sampai...(hampeh tol jalan jammed!!!)

Kali nih, gi IKEA DVII tak berapa nak shooping, yang DVII beli ialah...jam dinding dan juga file holder...huhuhu....murah2...FAMILY pula beli? macam-macam la...sebab barang kat IKEA nih, cantek2 belake...:)

so yang paling 'best' kat IKEA baru DVII tahu...iaitu di bahagian 'cafeteria' nyer... hanya beli cup rm1.50 dan air boleh di'refill' berkali-kali...air ape nak? pepsi?coke?mirinda?coffee?teh? cappucino? pergh...semua ade....tapi kene beratur panjang tue yang tak sanggup...yerkla kan..hotdog cume RM2...mana tak panjang beratur...:)

DVII curi-curi masa pergi ke The Curve...untuk mencari Guardian @ Watson's sebab nye ade yang meragam...hehehe....so sambil tue, ley beli Mc Flurry...Oreo...pergh...dapat sebat 2 oreo...sedap2...

Lastly, jam 10.20 malam DVII & Family meninggalkan IKEA dan menuju laju ke DVII House @ Putrajaya tanpa kesesakan lalulintas....(bes gilerrrr)...

TQ to Yanie @ MyLove sebab dtg juga ke IKEA....

* DVII tak jadi pergi ke IKEA seperti post yang sebelum nih sebabnye abang DVII tak habis deco rumahnyer...huhuhu..dan Yanie demam...:(

29-11-2010 : Datang Office Tapi Kene Hadir Kursus...Besnye...Joomla!

Pagi tadi, DVII @ Office terpaksa hadir ke Kursus Pembangunan Laman Web menggunakan Joomla...huhu...(hebat sangat lah DVII nih guna joomla yerk...jomla tau ler...:P)
DVII hadir pun sebab ade kekosongan tuk 'attend' kursus tue, yer la...dah la pihak penganjur 'amek' orang luar...so bayar dah tentu mahal...huhuhu...dari duk membazir jer kurang sorang peserta, DVII rasa...tak salah DVII ganti kan tempat pensyarah tue dengan selamba nyer...hehe...

So, suasana Kursus Joomla tue berlangsung dengan lancar :) disebabkan peserta dalam lingkungan 15 orang sahaja, so amat mudah bagi tenaga pengajar tue nak mengajar kan...DVII yang 'xtau' ape2 dalam joomla pun ikut jerk lah arahan2 die camne nak buat joomla tue...huhuhu....DVII terfikir apa kepentingan joomla nih yer? ade sesaper buleh tolong tokok tambah tak? hurm...kot kene 'organize' web jabatan 'or' syarikat...yerk lah elok blaja joomla nih, masalahnye DVII macam tak tau nak watpe...ape motif dan tujuan nak buat web...hehee....

takpalah, esok masih ada lagi sehari utk. belajar joomla nih... harap2 DVII tak rugi datang kursus nih, objektif DVII mesti tercapai, iaitu dapat buat 100% web atau laman web dengan kursus joomla yang DVII hadir nih, thank's alot to En. Kamarul yang 'invite' DVII datang ke kursus nih....

~TQ~
~S1IT~

Ahad, 28 November 2010

28-11-2010 : Souvenir dari Sarawak..



Yeah, gembira hati bila ayah terchenta telah selamat sampai di DVII House, pulang dari 'meeting' @ Kuching, Sarawak...(besnye meeting jauh-jauh)..

Ayah DVII pergi meeting 'since' pagi Jumaat dan selamat pulang petang Ahad nih,
Tak lupa ayah DVII membawa balik, Kek Lapis Sarawak pelbagai perisa...pergh...sedap2...ayah cakap, kat sana Kek Lapis murah-murah jerk harganya...huhu...yerlah, kat sinikan mahal...berapa yerk? huh...RM10 jerk kat sana...(memang murah sangat ler...)

Ok, ni gambar salah satu kek lapis tersebut...


Yang, paling 'best', ayah beri souvenir yg DVII nanti-nantikan iaitu 'key chain'...bentuk keris lak tue...:) bertambah-tambah lah koleksi 'key chain' DVII...huhu...tQ ayah...sayang ayah...:)

MU Kembali Kuasai Takhta EPL???


Yeah...itulah di antara topik menarik Berita Harian hari ini, kerana Manchester United telah menduduki takhta English Premier League (EPL) buat tempoh lebih kurang 24 jam sebelum Chelsea turun gelanggang dalam misi merampas kembali kedudukan singgah sana EPL.

Apa yang menarik, MU telah kenduri gol di Stadium Old Trafford ke atas Blackburn Rovers. Keputusan perlawanan pada 27 Nov (malam tadi) yang juga DVII saksikan dari skrin TV di rumah... MU telah meledak sebanyak 7 gol... dan melepaskan 1 gol saguhati kepada Blackburn ketika perlawanan berbaki 7 minit...

Sentuhan Jaringan 5 gol telah dihasilkan oleh Berbatov,manakala Nani dan Park Ji-Sung menambah koleksi 1 gol mereka, 5 gol dalam 1 perlawanan EPL adalah yang pertama sejak 15 tahun, di mana kali terakhir Andy Cole menjaringkan gol ke atas Ipswich Town pada tahun 1995. Sudah semestinya Berbatov sebagai pemain antarabangsa Bulgaria berbangga kerana berjaya menjaringkan 5 gol di Liga Perdana England yang mencabar.

Perlawanan Manchester United vs Blackburn Rovers, tidak dicemari dengan kad merah, berbanding perlawanan Manchester United vs Wigan minggu sebelumnya,2 pemain Wigan diperintah keluar padang oleh pengadil [MU 2 - 0 Wigan]. Walaupun jumlah pemain yang agak seimbang, tetapi Blackburn tidak dapat membalas serangan dan hanya mampu bertahan serangan demi serangan oleh jentera United yang dikepalai oleh Wayne Rooney, Berbatov, Nani dan Ji-Sung.

Ternyata Rooney walaupun tidak menjaringkan gol, tetapi telah banyak membantu rakan-rakan mencipta gol. Tahniah buat Rooney dan MU!... Dengan keputusan semalam, United berjaya merapatkan perbezaan jaringan dengan Chelsea kepada 19 sama. Berbanding sebelum ini, Chelsea gah dengan penguasaan lebihan jaringan.

Sama-sama kita nantikan kesudahan Chelsea vs Newcastle United untuk mengesahkan kedudukan singgahsana EPL milik siapa minggu ini.

~ Glory - Glory Man. United ~


Wordlinx ? Sapa Pernah Cuba.....


Salam petang/malam buat semua yang menjengah blog DVII nih,
'now' DVII nak rungkai mengenai satu laman yang kalau diikutkan boleh bagi duit FREE kepada semua orang... tapi macam mana? senang ker nak buat duit nih?

WordLinx - Get Paid To Click

WORDLINX? ha... wordlinx...
yang nih diperkenalkan oleh kawan DVII zaman sekolah teknik dulu, tak silap DVII dia telah pun menerima cek dari WordLinx nih...bukan susah, senang ja..macam mana?

Tiap hari kene bukak WordLinx dan login kemudian 'wajib' klik pada bahagian 'BROWSE ADS' :) lepas tue, kliklah segala 'ADS' atau iklan yang ada... haa? xpercaye? DVII tak minta anda percaya pun...hehe...tapi kalau nak cuba tak salah...Selamat Mencuba...

* kalau xfaham boleh tanya kat DVII ok!

28-11-2010 : Rancang Nak Serang IKEA!!!

Hari Ahad yang indah ni, alangkah 'best'nye kalau pergi bermandi-manda di air terjun...pergh...sejuk terasa...hehe..tapi DVII rancang dengan FAMILY hendak pergi ke IKEA petang nanti dalam jam 6.00 petang gitu,..so duduk rumah jerk lah menunggu ke petang, dengan Abang DVII pun telah balik ke rumah untuk mengecat rumah nya...pergh...dah nak 'start' deco-deco rumah ala-ala bersama eric gitue...hehe...sama-sama kita nantikan.....

Sabtu, 27 November 2010

27-11-2010 : @ Majlis Kenduri Kahwin Shahir PPD , Istana Seri Menanti dan Majlis Akad Nikah Kawan Tadika @ Ampang...


Seawal jam 9.40 pagi DVII telah meninggalkan rumah untuk ke Juasseh bersama Yanie dengan WRK. :) Inilah pertama kali DVII pergi ke kawasan pedalaman Negeri Sembilan dengan memandu WRK tanpa dituruti FAMILY, so masalah yang DVII fikir waktu nak pergi tadi ialah...

1. tak penah sampai kat Juasseh,
2. jalan mana 1 DVII nak ikut.
3. dan lain2 lagi...hehehe

So, DVII ambil keputusan ikut laluan 'HIGHWAY' setelah dinasihati oleh keluarga dan Yanie, kerana nak pergi ke Juasseh, Kuala Pilah tue lagi senang ikut jalan 'highway' plus dan ambil 'EXIT' di Senawang... kemudian di Senawang, ikut saja jalan utama sehingga jumpa 'signboard' Kuala Pilah...Dalam Jam 11.00 pagi DVII sampai di Pekan Kuala Pilah dan meneruskan perjalanan ke Juasseh dengan berpandukan GPS @ Garmin pada E72 dan juga kad kawen :)...

Di sekeliling perjalanan Kuala Pilah terkelihatan, rekaan atap rumah seperti minang kabau....:)Jalan punya jalan, terjumpa simpang ke Istana Seri Menanti... apelagi, tgk jam awal lagi, jemputan 'confirm' jam 12.30 setelah mendapat 'call' dari pihak pengantin iaitu Mr Shahir... so DVII jalan-jalan ke Muzium Diraja Istana Seri Menanti tersebut dengan MyLove... '1st time' sampai nih ke Seri Menanti rasanya dari 'kecik' hingga dah besar, inilah kali pertama....hehehe...(cantik juga yer rekaan dia...) layankan gambar di Istana tersebut....


Tiket masuk ke Muzium Istana Seri Menanti ni adalah PERCUMA yerr...diulangi..PERCUMA!!! hehe...(tiada tiket dikenakan buat pengunjung) dengan syarat! TIDAK DIBENARKAN MERAKAM/MEREKOD GAMBAR DI DALAM MUZIUM BERKENAAN!!! (diluar takpe...hahahaha)
huhu...(rugi jerk rase tak dapat ambil gambar kat dalam tue...)




Gambar-gambar sekitar Majlis Perkahwinan Shahir & Nabila di Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. Pengantin tiba lebih kurang jam 1.00 tengah hari, diiringi oleh pihak pengantin perempuan untuk ke pelamin yang tersergam indah dengan tema majlis mereka iaitu Purple atau Ungu...(tapi bukan kumpulan ungu ok!)




Siap dengan banner majlis kenduri kahwin diorang nih, DVII tak tahu lah berapa kos habis diorang buat kenduri nih, lupa nak tanye...hehehe...
Photographer plak amatlah ramai, tetapi yang 'official' rasanya sorang saja, maklumlah sekarang nih, 1 keluarga 1 DSLR kot...hehe... ramai jerk yang klik2 masa tue, beruntung si Shahir nih kenduri yerk....

27-11-2010 : Jemputan Majlis Perkahwinan Dari Shahir PPD @ Juaseh, Negeri Sembilan...

Salam selamat pagi, DVII baru jer breakfast sebentar tadi bersama FAMILY, sebelum bertolak ke Juaseh bersama Yanie, disebabkan DVII mendapat jemputan kenduri kahwin seorang sahabat lama melalui KAD. (orang dah bagi kad, so kene hadirlah yerk)

Sebenarnya DVII tak pernah lagi pergi ke Kuala Pilah tu seorang diri...huhu...so DVII tak tahu jalan nak pergi sana, dan sudah pun meng'googgle'kan diri tadi.. boleh la faham sikit2 kot...kalau ikutkan hati DVII memang lah nak 'save' di kala tengah gawat kenduri bulan 12 nih kan...tapi nak senang. so kena lah ikut highway plus tue, exit kat senawang...so doa2 kan perjalanan DVII selamat pergi dan balik tanpa melalui jalan sesat yerk...ok

Khamis, 25 November 2010

25-11-2010 : Breakfast @ 'office'

Hurm...pagi² lagi DVII dah dikejutkan dengan satu suara yang agak 'femes' di sini...hehehe...sape lagik, kalau bukan Kak Nyon....dia datang, untuk mengingatkan mengenai Dewan Kuliah yang bakal digunakan nanti, dan tak lupa meminta DVII turut serta 'makan pagi' huhuhu.....tapi disebabkan makanan yang tiba agak lewat, so DVII dah turun awal² kat kafeteria di 'office' nih untuk 'mengisi' perut!!!

hehe... DVII makan Nasi Lemak + Telur Mata + Air Jagung...pergh...layan....
then DVII naik ke atas, dan seterusnya hanya menjamu sedikit kuih muih, DVII tak usik pon mee hoon goreng...dah kenyang....hehehe...syukur, Alhamdulillah....

25-11-2010 : Pagi-pagi Lagi Mood Dah -VE


Salam pagi 25 November 2010, mungkin bagi kakitangan swasta yang dapat gaji hari ini muka agak senyum lebar sebab hari ni, 'diorang' dapat gaji...pergh...bex3x...tapi bagi kakitangan awam kerajaan, hehehe...bersabarlah yer untuk menunggu gaji bulan Disember 2010, kerana anda telah dapat lebih awal pada 10 November 2010 hari tuh, dah enjoy sakan agaknyer....huhu...lari topix pulak...ok²....

Mood DVII 'negative' pagi² lagi semasa 'on da way' ke tempat kerja, kerana sebuah 'kete' warna biru nih(seperti dalam gambar) yang buat hal, dah la baru keluar dari simpang shell masuk ke jalan utama...pastu boleh pulak bawa depan DVII dengan kelajuan yang macam 'hampeh'...kura-kura pon lagik laju lah!!!...menyumpah² gak lah sikit...tensen tengok dia bawak sambil isap rokok....slow nak m*mpos!!!....

"brader! lain kali, kalau mau jalan slow², bikin jalan sendirilah!" (keluh dalam hatiku....)

hurm....akhirnye die ambil simpang ke rumah rupanya....dapatlah DVII potong....hampeh betol!!!.....pagi-pagi dah bikin mood xbes!!!

*kejadian nih berlaku, dekat jalan utama sg. ramal luar...

Rabu, 24 November 2010

24-11-2010 : Kepuasan Tercapai Buat Diriku Setelah Berusaha..Tunggu Masa Dan Ketika..Sama² Kita Nantikan.......

Syukur Alhamdulillah, akhirnya DVII telah berjaya berusaha...tetapi apekah yang DVII berjaya? hurm...minta semua yang baca nih berdoa agak DVII berjaya apa yang DVII impikan dan telah capai kini, hanya menanti masa dan ketika sahaja...

Minta semua para bloggers, mendoakan kejayaan DVII ya...InsyaAllah...

* DVII rasa nak melompat jerk macam dalam gambar tu...huhuhu......Yeahhhhhhhhhhh.....
* tidak berkaitan dengan kerja pun....

24-11-2010 : Lunch @ McDonald's Bangi with Friend's...



Syukur Alhamdulillah,
Kenyang...ini semua agenda rakan di 'office' yang bernama popular 'epul'...
Kisahnya bermula begini, jam 12.30 epul datang ke office DVII, dan DVII time tu dah merasa letih...(dalam kepala nak ajak epul minum petang)...petang? huh....
tetibe epul tanye, kuar mana tengah hari nih?...DVII pening kepala time tue...huhuhu....

DVII terus tgk jam di depan yang tergantung cantik...(pergh...nak dekat jam 1.00 tgh hari? DVII sangkakan dah nak dekat jam 5.00petang!!!huuhu...punyalah banyak kerje kt 'office' sampai fikir nak rehat & balik jerk....isk3x....

So lepak dekat bawah, berbincang nak pergi mana...kata sepakat dicapai...so DVII & Rakan² pergi ke Restoran McDonald's Bangi yang terletak di Seksyen 7...(WRK gaklah jadi mangsa)...Sampai di sana, menu McD yang biasa menjadi kegemaran DVII....apalagi...Double Cheeseburger lah...hehe....

Tapi agak tension, sedikit...kerana tempat amat 'penuh'....(pergh...bayar cukai 'AIR COND' mahal² tapi duduk luar...huhuhu..keluh DVII) redha jer lah...so semua duduk luar sambil layan NBA dan mulalah bergossip tentang basketball player dan pasukan...huhuu...jarang layan basketball nih....'then' start pulak, 'citer' pasal bola...pagi tadi Champion League...Chelsea menang yerk? huhuhu...dah kalah,menang, kalah dan kalah...nasib menang.....dan terus tengok sehingga team MSK Zilina dapat gol pertama ke atas Chelsea di minit ke 18 sebelum pulang...keputusan penuh : Chelsea 2 - MSK Zilina 1....Great.....




* tiada niat DVII untuk mempromosikan McDonald's kepada kalian, segala nya di atas risiko sendiri...sekian...hehehe

24-11-2010 : Boleh Kurus DVII Kalau Macam Ni...

Hurm.... tengok tajuk macam 'best' kan? tapi sebenarnya bagi DVII 'takde' lah 'best' mana...hahaha...sebab ianya berkaitan DVII @ Office, huh....

Yelah, hari ini dan esok DVII tanpa 'partner' di 'office' nih, disebabkan 'partner' DVII pergi kursus 'Programing PHP' dengan rasa 'EGO' nyer... (mentang²lah Kursus yang di minta semua di'approve' oleh 'Pelulus Kursus' dia, pelulus DVII ? hurm....dah 2 Kursus DVII 'apply' di 'reject'.... (sedey tau)...yang tak diambil 'TINDAKAN' pula,memang banyak Kursus yang DVII apply terlepas begitu sahaja...(tension!) so serupa tak payah 'apply' kursus...

DVII tak marah kat 'partner' tue, tapi tak perlu lah nak meng'eksyen' kan diri dapat pergi kursus tu dan ini, sebab PELULUS dia siapa? dan PELULUS DVII siapa? banyak halangan DVII nih...dugaan...takpa...sabar jelah....DVII dapat kursus mana² pun rileks jerk...cool...'xde' nak berlagak like..."yeay..aku dapat kursus minggu depan"...huh... takpe²...DVII redha jerk...mungkin ada sebab DVII tak 'DiLULUS'kan utk. pergi ke Kursus² yang dibuat...takpe³ sabar jelah.....

Eh!!! DVII dah melalut ke cerita lain nih, maafkan DVII....ok...hari ni DVII sorang,banyak lah pulak panggilan telefon yang masuk ke sini, penat jugak lah DVII ni, naik turun tangga bangunan empat tingkat nih...Kalau ada 'partner' boleh jugak, mintak dia yang pergi tengok masalah tersebut, betul x ? hurm...so memang boleh kurus lah kalau macam nih, dan tak lupa...patut badan DVII sekarang semakin 'COMEL' berbanding sebelum² ni, yelah...2010 DVII & Partner, 2007-2009 DVII seorang jerk...so fikir²kanlah...dan selamat beramal...eh...salah nih...DVII blah dlu...sekian...

Selasa, 23 November 2010

23-11-2010 : Seharian Yang Memenatkan (Tired!)



Nampaknya 23 November 2010 nih amat memenatkan bagi DVII di 'office' dan juga dengan hal peribadi DVII, yelah amat tak teratur sekali ketika ini. (huhuhu)
DVII telah membuat perancangan untuk bersama keluarga tetapi tertunda dari hari ke hari, dan hari ini terpaksa DVII tunda lagi kerana DVII perlu keluar menyambut hari yang paling istimewa bersama dengan MyLove. Bukan mengenepikan keluarga, tetapi disebabkan agenda bersama keluarga asik tertunda, mungkin Allah tidak mengizinkan lagi agenda tersebut berjalan...:)

So DVII sekarang tak sabar menunggu waktu kerja habis jam 5.00 petang, kemudian perlu pulang segera dan bertolak ke Shah Alam bertemu dengan MyLove. Aktiviti seterusnya adalah rahsia. hehehe... :) Doakan DVII berbahagia bersama si 'dia'.

Tapi yang paling 'best' dengan hari ini di 'office' ialah, DVII dan kawan-kawan dapat makan tengah hari dengan senang lenang nya di 'office'. Bak kata kawan DVII, 'jimat duit aku RM5 inggit hari ni'... memang jimat lah kalau dah makan 2-3 pinggan...hehehe....

23-11-2010 : Ulang Tahun Kelahiran MyLove Yanie


Sempena 23 November 2010 adalah hari yang amat bermakna buat insan tersayang.
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki juga segala cita-cita dan impian terlaksana.










DVII juga mendoakan semoga hubungan yang kita jalinkan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya bahagia selama-lamanya.Amin.

* Semoga Allah S.W.T menyatukan dua hati pasangan Farhan dan Illiani. Amin.

Isnin, 22 November 2010

22-11-2010 : Cik Shida Dari Parit Miming Lagu-Lagu Popular???


Assalamualaikum & Selamat Pagi wat semua yg klik 'da best title' nih yang mana ianya menceritakan tentang seorang perempuan dari Parit, Perak Darul Ridzuan. Seperti yang semua ketahui, CikShida menggunakan ID Youtube CikShidaDariParit sebagai medium untuk CikShida mempamerkan video-video miming yang dibuat olehnya. Apa yang DVII faham, CikShida memperkenalkan dirinya sebagai Cikgu Bahasa Inggeris di salah sebuah sekolah di Perak, (betul ker?) betullah agaknya, sebab ada diantara video CS merupakan bersama dengan anak-anak muridnya.
Apa yang DVII dapat tahu dari info sebelum nih, CikShida membuat video-video demikian sebagai suatu cabaran untuk nya mengembangkan seni dan mengajar anak muridnya, dan tak lupa juga...di laman CikShida ada terdapat kata-kata semangatyang ditulis olehnya... (yelahkan, bukan senang nak 'MIMING' depan kamera dan diberi 'TONTONAN' kepada orang ramai, sapa yang berani buat macam tue dgn perasaan malu + segan lagi, tp mungkin CS menganggap itu sebagai satu cabaran)

Kalau DVII pun belum tentu mampu menghasilkan dan ber'miming' bernyanyi depan kamera, pergh...malu beb, sebab malulah DVII tak sefemes CikShida...hahaha....

Tapi bagi DVII, DVII suka tengok video² tersebut, kerana ianya dapat menghiburkan DVII, bergelak ketawa sebab penuh dengan kelakar dan lucu...hahahaha....kalau pandang pada konsep lain pula...memanglah tidak manis seorang perempuan bersikap begitu, tapi disebabkan CikShida nih kesunyian kot, mungkin itulah cara dia berhibur dan menghiburkan dirinya...betul tak..? siapa kata kalau sunyi pergi Clubbing...? huh, bagi aku jadi cam CikShida nih lagi baik dari pergi Clubbing atau merewang malam-malam berpeleseran tue...hahaha.....

-Support CikShida-

DVII tengok CS nih ada 2 ID Youtube
ID Youtube CikShidaDariParit
(untuk mengetengahkan bakat CS)

ID Youtube TeacherShida
(Untuk sesi pembelajaran bersama murid-muridnya)

CIK SHIDA BER'MIMING' # 13 (VOL.2) - 'Kalau Berpacaran' by Sohaimi Mior Hassan


* anna raffali, Sohaimi Mior Hassan

Koleksi Lain Boleh Didapati di Laman Youtube CikShida

CIK SHIDA BER'MIMING' # 7 'Yank' by Wali Band
CIK SHIDA BER'MIMING' # 6 'Cik Mek Molek' by Dato' M. Daud Kilau

Anda juga boleh download video Cikgu Shida @ CikShida ini daripada youtube dengan menggunakan Youtube Downloader tetapi anda dilarang untuk meng'upload' semula Video CikShidaDariParit berkenaan ke mana² lokasi download video di internet seperti Mediafire, Rapidshare, Hotfile, 4Shared.com tanpa kebenaran CikShida. (untuk makluman dari saya kepada semua, Dilarang cetak rompak yer!)

* Segala keterlanjuran kata, DVII mohon maaf dari CikShida ataupun pihak-pihak lain yang terlibat...



Ahad, 21 November 2010

21-11-2010 : Status Halal Coklat Ferrero Rocher ???



Hurm, entri kali nih, DVII nak cerita tentang? lah, confirm lah tentang Coklat idaman ramai, Ferrero Rocher.... sesiapa pernah dengar tak yang ada 'gossip' liar mengatakan Coklat Ferrero Rocher ini tak halal? kerana dikhuatiri mengandungi kondisi dari sumber yang haram @ tidak jelas? hurm...

DVII sebenarnye ada 2 stok Ferrero Rocher nih yang belum di makan, sebab puas DVII cari status or fakta yang mengatakan ianya 'HARAM' dimakan, tetapi kalau fikir2, Coklat, takkan lah 'xley' makan kot....huhu...so DVII simpan saja dalam 'fridge'...

Semalam barulah DVII ambil dan makan dengan sepuas-puas hati, kenapa? sebab pada hari Jumaat, ada seorang kenalan DVII memberitahu DVII mengenai Bahan atau Status pada Coklat yang mahal-mahal harganya, dari 'content' tersebut, DVII dapati tidaklah ada sumber yang tidak boleh dimakan, so DVII yakin...memang coklat Ferrero Rocher nih, boleh di makan tanpa was-was...jadi kepada para bloggers yang membaca entri ini, kalau nak makan, pastikan makan tanpa was-was occay!

* maaf, disini tiada fakta dari para ulama mengenai status halal coklat ferrero rocher ni sebab saya sendiri tidak jumpa...:) ok...

Apa komen anda?

~TQ~
~S1IT~

SUKAN : Arsenal tumpas di tempat sendiri kepada Spurs


Sabtu, 20 November 2010

Sumber: D5 Sports

Image © AFP

Pertahanan Tottenham Hotspur, Younes Kaboul (kanan) bersama-sama Jermaine Jenas meraikan gol kemenangan ke atas Arsenal dalam perlawanan EPL di Stadium Emirates pada 20 November 2010. Spurs menang 3-2.

LONDON, (D5 Sports) - Tottenham Hotspur bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatat kemenangan bergaya 3-2 ke atas musuh tradisi, Arsenal dalam pertemuan mendebarkan yang berlangsung di Stadium Emirates dalam saingan EPL.
Pertahanan Tottenham, Younes Kaboul melengkapkan kebangkitan Spurs dengan menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-86 selepas Arsenal sebelum itu selesa pada separuh masa pertama dengan hasil jaringan Samir Nasri dan Marouane Chamakh.
Gareth Bale bagaimanapun mengurangkan defisit gol pada minit ke-50 dan Rafael van Der Vaart kemudian menyempurnakan penalti pada pertengahan separuh masa kedua selepas kapten Arsenal, Cesc Fabregas tertampan sepakan percuma bintang Belanda tersebut.
Kekalahan tersebut menyebabkan Arsenal gagal mengambil alih tampuk persada EPL dan kini kekal di tempat kedua dengan 26 mata.


* sumber Sport MyLaunchpad

SUKAN : United terus beri tekanan, Chelsea tewas lagi


Ahad, 21 November 2010

Sumber: D5 Sports


Image © AFP

Pemain Manchester United, Patrice Evra meraikan kejayaannya menjaringkan gol kemenangan semasa pertemuan Liga Perdana Inggeris menentang Wigan Athletic di Old Trafford pada 20 November 2010.

LONDON, (D5 Sports) - Manchester United terus memberi tekanan kepada pendahulu liga Chelsea selepas berjaya menewaskan Wigan Athletic 2-0 yang terpaksa bermain dengan lapan orang pemain, manakala nasib malang terus melanda anak buah Carlo Ancelotti apabila tewas 1-0 kepada Birmingham hari ini (Sabtu).
Perbezaan gol sahaja memisahkan antara anak buah Alex Ferguson dengan pendahulu liga Chelsea yang telah mengalami kekalahan ketiga berturut-turut.
Dua gol United dijaring menerusi tandukan pemain pertahanan Patrice Evra (minit 45) dan juga penyerang Javier Hernandez (m 77) untuk sekaligus menafikan peluang anak buah Roberto Martinez.
Dua pemain Birmingham iaitu Antolin Alcaraz dan Hugo Rodallega menerima padah apabila dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua.
Tanpa kehadiran tonggak utama John Terry dan Frank Lampard yang tercedera nyata memberi kesan buat jurulatih Chelsea, Ancelotti apabila barisan pemainnya tampak lesu dan mereka dihukum menerusi jaringan menarik oleh pemain tengah Birmingham, Lee Bowyer pada minit 17 separuh masa pertama.
Di dalam satu lagi pertemuan kelompok empat pasukan teratas, Tottenham Hotspur bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatat kemenangan bergaya 3-2 ke atas musuh tradisi, Arsenal dalam pertemuan mendebarkan yang berlangsung di Stadium Emirates.
Pertahanan Tottenham, Younes Kaboul melengkapkan kebangkitan Spurs dengan menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-86 selepas Arsenal sebelum itu selesa pada separuh masa pertama dengan hasil jaringan Samir Nasri dan Marouane Chamakh.
Gareth Bale bagaimanapun mengurangkan defisit gol pada minit ke-50 dan Rafael van Der Vaart kemudian menyempurnakan penalti pada pertengahan separuh masa kedua selepas kapten Arsenal, Cesc Fabregas tertampan sepakan percuma bintang Belanda tersebut.
Dengan kekalahan ini Arsenal jatuh di tempat ketiga liga dengan 26 mata.
Lain-lain keputusan menyaksikan Bolton Wanderers membelasah Newcastle United 5-1, Stoke City menewaskan West Bromwich 3-0 dan Blackpool menewaskan Wolverhampton 2-1.
Satu lagi perlawanan pagi tadi antara Liverpool menentang West Ham menyaksikan anak buah Roy Hodgson bangkit daripada siri kekecewaan dengan kemenangan bergaya 3-0 di laman sendiri.
Gol-gol Liverpool dijaringkan oleh Glen Johnson (min 18), Dirk Kuyt (m 26) dan Maxi Rodriguez (m 38).
Kemenangan ini menyaksikan pasukan The Kop berada ditangga ke sembilan liga dengan kutipan 19 mata keseluruhan.


* sumber Sport MyLaunchpad

21-11-2010 : Maxis Broadband @ Berukben Lembap!!!


Salam Selamat Malam,
Huh...tengok jerk tajuk entri DVII nih, memang rasanya semua orang duk mengiyakan sahaja, betul x? ...eh, betullah... :)

Kenapa DVII cakap macam tue? yelah...pagi Ahad hinggalah ke petang, DVII online rasanya dengan kelajuan yang maksima... tetapi masuk jer malam sikit, Ya Allah...
punyalah slow nak mamp*s loading blog DVII nih...kenapa yer?

Hurm, mungkin camni kot, pagi Ahad...user kat kawasan DVII tak ramai yang online sebab ramai yang keluar shopping2,jalan2 dan balik kampung...so bandwith maxis area sini tak sesak... then yang membuatkan maxis broadband @ berukben nih lembap sebab semua user dah balik dan sedap meng'hupdate' blog masing2 hahahaha.....betul x? hik3x... tensen wooo...lembap camni...

Apa langkah nak bagi maxis broadband nih laju yerk? jangan bagi jawapan mintak DVII tukar UniFI k...hehehe.....sekian...

~TQ~
~S1IT~




21-11-2010 : DVII tak hadir kenduri kahwin di PD

Salam selamat pagi, pada pagi yang x seberapa nak pagi nih, DVII nak 'story-mori' sikit mengenai jemputan kahwin di facebook yang DVII terima dari seorang kenalan nih, DVII mintak maaf sebab tidak dapat hadir pada kenduri kahwin kamu berdua yang diadakan di Kampung Halaman Port Dickson, DVII berharap agar anda tidak lah berasa kecewa di atas ketidak hadiran DVII ke Majlis Perkahwinan kamu berdua...DVII mendoakan agar pasangan mempelai berbahagia ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki selamanya...AMIN...



Sabtu, 20 November 2010

20-11-2010 Pagi Bosan, Malam IKEA Plan...


Hurm, sebenarnye DVII baru jer balik dari IKEA yang terletak di Mutiara Damansara, ini adalah '1st time' DVII pergi ke IKEA dengan keluarga, so jalan pun main redah jer dari Putrajaya ke IKEA nih ikut jalan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). Boleh tahan lah, setakat bayar tol '1 way' total RM3.20 saje...

Tapi disebabkan bukan DVII yang memandu, so di awal-awal bertolak dari Putrajaya, my br0 telah lalu menuju Lebuhraya ELITE, dan terpaksa U-turn...ini adalah disebabkan dalam rancangan awal ingin ke I-City (ICT) di Shah Alam, alang-alang da keluar rumah kan....kami tiba di IKEA jam 9.00 malam dengan kelajuan WTN yang agak slow...80 kmh gitu...pergh...(DVII tensen) hahahaha....masa untuk berjalan setahu DVII jam 10.00 malam IKEA tutup, tapi sesampainya DVII di sana, nasib baik masa operasi IKEA untuk JUMAAT, SABTU dan AHAD 9.30 pagi - 11.00 malam, so DVII & Fam. ada 2jam saje untuk membeli dan belah.

Gambar bawah ni Ayah DVII sedang membelek Meja untuk LCD TV...pergh...harga dia boleh tahan yerh..dalam RM1400 gituw..:) Setelah berjalan-jalan dalam IKEA selama hampir 2jam, DVII pon beransur pulang...:) yang paling bes...DVII x sabar nak tau keputusan bola Manchester United malam nih..