05-12-2010 : DVII ke Wedding @ Keratong, Bandar Tun Razak, Pahang
DVII baru jer balik dari Keratong, selamat sampai ke Bangi dalam jam 5.00 petang...
DVII pergi ke Keratong konvoi 3 kereta bersama rakan-rakan 'office' dengan WRK, dengan Azmi, Epool, DVII dan juga Mazni, (sekuntum bunga yang telah dipetik orang) hehehe...
Konvoi 3 kereta tersebut ialah, Acul & pasangannya, Abg Fendi & keluarganya manakala DVII bersama 'rakan-rakan' pergi dengan WRK,(save budget sikit...)
Bertolak ke Keratong jam 9.50 pagi melalui Plaza Tol Bangi -> Exit Labu/Seremban dan kemudian DVII hanya mengikut sahaja rentak langkah mereka, ada juga tersesat jalan disebabkan tidak tahu kemana arah hendak dilalui, sedangkan dalam kereta DVII, Mazni tahu jalan tetapi bertindak 'low profile'...
Terperasan DVII 'signboard' ke arah, Gemas,Bahau,Rompin,Bandar Tun Razak, Kuala Pilah dan Kuantan dan beberapa bandar lagi...setelah lebih kurang 3 jam dalam perjalanan, konvoi kami tiba ke rumah pengantin di Keratong 2, tersesat juga jalan disebabkan masalah teknikal...(hehehe...xleh bitau)...
Sesampai sahaja jam 1 tengah hari, terus memasing mencari sesuap 'nasik', sementara menunggu pihak pengantin tiba...(beberapa gambar telah diambil)...DVII bersama rakan menunggu sehingga pengantin berarak dan makan beradab barulah WRK bergerak pulang, manakala 2 keluarga lagi telah pulang untuk ke Kuantan dan Melaka...(pergh...jalan-jalan gitue....)
Sepanjang perjalanan, pelbagai lagu @ 'music' telah dimainkan melalui 'CD' yang dibawa oleh Epool, so tidak lah terasa bosan sangat...DVII juga ada terasa mengantuk sedikit ketika memandu kerana 'kete' depan bawa slow teramat sangat...huh!...
Kemudian terfikir untuk menyinggah...pergi ke Istana Lama Seri Menanti tetapi hujan pula turun dengan lebat, terpaksa teruskan perjalanan balik...dalam perjalanan hujan 'tak turun lagi di Ulu bendul, kemudian berjalan-jalan....tak lama selepas itu, hujan turun lagik...(arghhhhhhhh...tensen.....)hujan...hujan...hujan....sapa yang nyanyi lagu kumpulan Hujan...hehehe....perjalanan terpaksa diteruskan....
So perjalanan balik melalui Lebuhraya LEKAS menjadi pilihan...siap nampak kemalangan lagi kat Plaza Tol Setul LEKAS tue...huhu...perjalanan agak lancar kerana tidak perlu tersepit di 'traffic light' atau pun jammed...
Sesampai di Bangi, DVII dan rakan-rakan plan nak tengok wayang, so kami surfing lah melalui internet laptop yang DVII bawa...singgah di Kedai Makan UK Sup Ketin di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi...makan di sana di belanja oleh Cik Mazni kite, Terima kasih banyak² Cik Mazni...:) pergh...memang sedap dan kenyang, maklumlah orang belanja...mesti sedap ye tak....:)
Nampaknya, DVII tak jadi tengok wayang citer Ngangkung kerana FULL SEAT, setelah view Online website GSC @ www.gsc.com.my, senang 'survey' dulu, 'takde' lah dah sampai panggung wayang, tiket tak dapat beli...hahahaha...so sekianlah seharian DVII bersama officemate...
Post a Comment