Salam, selamat pagi, DVII terkejut baca TAJUK SUKAN akhbar online Utusan Malaysia mengenai Skuad Malaysia di Piala Suzuki AFF 2010 yang berjaya melayakkan diri ke Separuh Akhir (semi-final) malam tadi.
Bagi DVII usahlah kita membangga diri tatkala, baru sahaja memperolehi kemenangan yang pertama 5-1, itupun ke atas LAOS, lawan yang sediakala kita ketahui kita boleh menang...sebelum ini, kita dibelasah INDONESIA 5-1 dan seri bertemu THAILAND 0-0 di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia.
Media di Malaysia suka membuat cerita-cerita gempak demi melariskan jualan akhbar mereka menyaingi pesaing, sehingga kata-kata yang dilihat amat membangga diri seolah-olah LAOS sebuah pasukan yang 'ELIT' di Asia Tenggara...(huh...baru menang dengan LAOS 5-1, dah cakap garang!..setakat 5-1 ngan LAOS normal ar...lainlah VIETNAM ke, SINGAPORE ke..DVII terkejut la jugak...!)
Inilah yang DVII lihat, media-media terlalu menganggungkan apabila pasukan Negara menang, harap-harap bukanlah sokongan yang membawa REBAH, semoga para pemain yang berhempas pulas membelasah LAOS dapat menegekalkan momentum permainan untuk menang di Separuh Akhir... Tahniah dari DVII buat pejuang-pejuang negara di Indonesia...Tahniah buat mereka!
Tidak lupa juga, sekalung terima kasih buat Bekas pemain Selangor..Bambang Pamungkas yang menjaringkan kedua-dua penalti bagi membantu INDONESIA menang ke atas THAILAND 2-1.
Saksikan Video Perlawanan
Malaysia vs Laos
Indonesia vs Thailand
HIGHLIGHT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan