Hanya ditayangkan di 39 buah panggung wayang sahaja sudah berjaya mengaut sehingga RM4.5 juta dalam tempoh 11 hari...hebat bukan?...walaupun pada mulanya DVII tak menjangkakan Filem Seram arahan Mamat Khalid ini berjaya membuat kutipan begitu tinggi sekali sehingga berjaya mencapai kutipan juta-juta ringgit...sehingga entri ini ditulis DVII masih belum menyaksikan filem Hantu Kak Limah ini...(esok lusa DVII mesti pergi jugak kot...hehehe)
Nampaknya kutipan Filem Aku Masih Dara jauh ketinggalan dengan Filem Hantu ini. Filem Aku Masih Dara ketika ini mengikut Fakta FINAS baru membuat kutipan sebanyak RM 890 ribu @ RM 0.89 juta walaupun ditayangkan di 56 buah panggung wayang, 17 buah panggung lebih dari Filem arahan Mamat Khalid tapi masih belum berjaya membuat hits!
Disini DVII ingin mengucapkan TAHNIAH kepada David Teoh kerana berjaya membuat kutipan PECAH REKOD untuk Filem Ngangkung yang kalau ikut Carta FINAS, RM7.77 juta, tapi DVII jangka ia ditutup setelah dicatat 8 juta kutipan...TAHNIAH....
***DVII tak tengok lagi Hantu Kak Limah Balik Rumah sebab DVII jangka tak bes...hehehe....cerita arahan Mamat Khalid macam merapu-merapu sangat-sangat...Zombie Kampung Pisang pun DVII layan tak layan...dah tengok pun tak berapa nak faham...hehehe...tapi Tahniah sebab HKLBR berjaya buat Mamat Khalid menghasilkan kutipan setakat ini 4 juta lebih...
FINAS update : Jumlah Semasa Kutipan Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah &
Filem Aku Masih Dara
UPDATE TERKINI JUMLAH KUTIPAN FILEM 2010 termasuk Kutipan Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah
merapu pe nya,,kau yg xfham mksud di sebalik filem tuh
BalasPadam