Apabila demam melanda!
Nampaknya setelah beberapa hari demam melanda badan DVII, masih belum kebah sepenuhnya...DVII terpaksa pergi ke klinik hari ini untuk mendapatkan 'emcee' :) dapatlah mc untuk 1 hari. Harap esok dah sihat sepenuhnya sebab dah x sanggup duk sakit2 kat rumah, kepala pening2, badan sakit2..nasiblah bukan demam denggi...mintak-mintak lah dijauhkan...sebab tak nak DVII kena demam denggi lagi, dah penah kena 2005 dulu...boleh kurus woo... lagipun sekarang ramai yang kena demam denggi di kawasan DVII ni, nama sahaja Putrajaya, tapi sarang nyamuk juga...hehehe. :-(
Kerja kat 'office' DVII pun banyak juga, nasiblah ada 'partner' kat 'office' tu yang 'cover' tempat DVII :-) Minggu ini dah mula kemasukkan 'student' semester baru ke Universiti, so dah agak sibuklah kat 'office' DVII nampaknya. Tapi DVII rasa, DVII perlu rehat sepenuhnya sebelum kembali bekerja sebab taknak lepas 2-3 hari bekerja, badan Demam kembali...huhu....
Post a Comment