Header Ads

1st Final Piala Suzuki AFF 2010 : Malaysia 3 Indonesia 0.

TAHNIAH buat skuad kebangsaan Malaysia yang digelar Harimau Malaya kerana berjaya menjinakkan dan membaham 'Sang Garuda' dari Indonesia dengan rakus sekali di Gelanggang perlawanan Perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF 2010 yang pertama Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam tadi dengan jaringan Malaysia 3-0 Indonesia.

Perlawanan yang dikuasai sepenuhnya oleh pasukan Malaysia disudahi dengan keputusan yang cemerlang di akhir perlawanan, walaupun diganggu dengan perlawanan terpaksa dihentikan lebih kurang 5 minit disebabkan reaksi pengadil yang 'melayan' permintaan penjaga gol Indonesia, Markus mendakwa matanya dipancarkan laser hijau oleh penyokong Malaysia. pada m-53 setelah berkali-kali memberitahu pengadil perlawanan dari awal perlawanan mengenai tindakan laser tersebut. Lebih kurang 2-3 kali Malaysia mendapat sepakan percuma atau sepakan penjuru, Markus akan memberi alasan kepada pengadil matanya dipancarkan sinaran laser. tetapi perlawanan diteruskan setelah pengadil memberitahu pegawai keselamatan pada malam itu. Disebabkan tidak tahan @ mengada-ngada, m-53 Markus akhirnya mengajak rakan-rakannya meninggalkan padang untuk memboikot perlawanan itu. Perlawanan dihentikan untuk beberapa minit.

Setelah permainan bersambung, Malaysia terus mengambil kembali sepakan percuma di mana perlawanan dihentikan tadi dan membuat asakan ke kubu Indonesia dan akhirnya tak sampai 2 minit Malaysia mendapat gol melalui larian cantik Nor Shahrul Idlan Talaha dari penjuru kanan gawang yang menewaskan 2-3 pemain pertahanan termasuk Mamam Abd Rahman dan melorongkan kepada Safee Sali untuk penyudah yang cukup cantik meletakkan Malaysia 1-0 di depan. Para pemain Indonesia tergamam dengan gol tersebut yang mana pertahanannya kucar kacir.

Malaysia mengasak lagi melalui Nor Shahrul Idlan Talaha melalui penjuru kanan gawang dengan larian cantik dan membuat rembatan ke arah gawang, dan biasan tersebut disudahi rembatan m-68 padu ke gawang gol oleh Ashari yang masuk menggantikan Amirulhadi Zainal di separuh masa kedua. Malaysia 2-0 Indonesia.

Malaysia semakin mengganas di depan penyokong sendiri dengan asakan yang bertali arus dan Indonesia dilihat seolah-olah hilang punca semenjak perlawanan bersambung. (itulah....sapa suruh berhentikan perlawanan!) seterusnya hasil hantaran lambung dari tengah padang oleh Mahali ke kotak penalti, Safee sali tidak mensia-siakan peluang yang terbuka untuknya menanduk masuk gol ketiga Malaysia tanpa dicabar mana-mana pemain Indonesia. Malaysia 3-0 Indonesia. Malaysia semakin gagah dengan mengharungan 8 minit masa tambahan + masa kecederaaan disebabkan perlawanan dihentikan tadi. 

sumber gambar : berita harian

Sepatutnya Malaysia dihadiahkan sepakan penalti pada minit-minit akhir disebabkan Markus menjatuhkan Kunanlan di dalam kotak penalti, tetapi pengadil dari Jepun hanya memberikan sepakan gol kepada Indonesia. Tahniah buat MALAYSIA berjaya membuktikan dan membalas dendam kekalahan 1-5 di Stadium Gelora Bung Karno tempoh hari dengan jayanya di hadapan puluhan ribu penyokong yang menbanjiri Stadium Bukit Jalil. Dengan kelebihan 3 gol ini Malaysia akan menentang Indonesia di Perlawanan Akhir kedua di Gelora Bung Karno pada 29 Disember ini dengan diiringi doa dan harapan dari seluruh rakyat Malaysia. Semoga penantian Malaysia selama 14 tahun di Piala Suzuki AFF berakhir dengan kejayaan yang gemilang!!! Insya Allah...


1st Final Piala Suzuki AFF 2010
Malaysia 3 vs Indonesia 0
Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia
26 Disember 2010

2nd Final Piala Suzuki AFF 2010
Indonesia ? vs Malaysia ?
Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia
29 Disember 2010

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.