Indonesia bertemu MALAYSIA di Final Piala Suzuki AFF 2010 setelah menumpaskan Filipina 1-0 (argg. 2-0)
Indonesia sekali lagi akan bertemu Malaysia di pentas perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 setelah menyingkirkan Filipina 2-0 menerusi argegat pada saingan separuh akhir semalam.
Ini merupakan peluang bagi skuad Malaysia membalas dendam kekalahan 1-5 kepada Indonesia pada peringkat kumpulan yang lalu. Indonesia akan ke Malaysia pada 24 Disember untuk membuat persiapan perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil pada 26 Disember 2010. Di harap para penyokong dan peminat bola sepak tanah air akan mendapatkan tiket Final Piala Suzuki AFF 2010 berkenaan untuk membanjiri Stadium Bukit Jalil bagi memberi sokongan moral, supaya skuad negara beroleh kemenangan atau kelebihan gol untuk dibawa ke Stadium Gelora Bung Karno yang diadakan pada 29 Disember nanti yang diketahui penyokong pasukan Merah Putih itu akan memenuhi segenap ruang di stadium berkenaan.
Ini merupakan pentas Final pertama Malaysia dalam tempoh 14 tahun sejak kali terakhir mara pada temasya pertama Piala ini dipertandingkan pada 1996 yang mana Malaysia tumpas 1-0 di tangan Thailand. Semoga skuad kebangsaan berjaya melakar satu lagi sejarah yang gemilang setelah menjuarai Sukan Sea di Laos tahun lalu.
Malaysia layak ke perlawanan akhir setelah menyingkirkan juara bertahan Vietnam di separuh akhir menerusi argegat 2-0 setelah perlawanan kedua terikat 0-0 di Staidum My Dinh, Hanoi dan bekalan 2-0 dari Bukit Jalil membawa Malaysia melangkah ke perlawanan akhir.
1st Final Piala Suzuki AFF 2010
Malaysia vs Indonesia
Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia
26 Disember 2010
Click Here
2nd Final Piala Suzuki AFF 2010
Indonesia vs Malaysia
Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia
29 Disember 2010

Post a Comment