Header Ads

Jom ke Sambutan Ambang Tahun Baru 2011 di I-City, Seksyen 7, Shah Alam

Salam...
Hari ini DVII berkesempatan untuk update blog...sebab hari ini kan MALAYSIA diberi cuti umum disebabkan kehebatan pasukan Harimau Malaya membaham Garuda di Final Piala Suzuki AFF 2010 yang membuktikan MALAYSIA adalah JUARA BARU ASIA TENGGARA... eh...DVII tercerita pasal bola pulak...

Sebenarnya nak cerita tentang konsert sambutan ambang tahun baru, kat mana nak sambut ya?...Abang DVII ajak pergi ke I-City, Shah Alam...DVII fikir apa yang ada, lampu-lampu adalah...hehe...so agak-agak ada tak sambutan ambang tahun baru 2011 di sana?? mestilah ada kan...DVII dah dapat info, siap ada Konsert artis terkenal tanah air lagi, letupan bunga api sana-sini, bazaar dan pelbagai gerai diadakan...Semuanya bermula jam 4.00 petang ini sehingga 12 malam. Jadi??? kenalah pergi awal kalau tak nak tersesak dengan 'jammed'.

Sapalah artis terkenal yang bakal membuat persembahan malam ini ya???

Kalau Sambutan Ambang Tahun Baru 2011 di Dataran Merdeka, anjuran AMBANK yang dinamakan Konsert Ambang 2011 bermula jam 8.00 malam...DVII 'confirm' tak pergi...masuk dataran 'jammed' dah pasti...Antara artis yang akan membuat persembahan pada konsert termasuk Mizz Nina, Amy Search, pemenang Malaysia Idol 2 Daniel Lee, Datuk David Arumugam, Ramlah Ram dan Pop Shuvit. Penonton juga akan berpeluang menyaksikan persembahan Tarian 1Malaysia, tarian kebudayaan Melayu dari penari DBKL, tarian Cina dari kumpulan CN Dansez, dan tarian India dari Vehaar Arts. Selain itu, turut dipersembahkan pada malam itu ialah tarian Bhangra oleh kumpulan Gold Kartz, tarian Orang Asli (kumpulan Mah Meri) dan persembahan dari kumpulan The Singing Shop dan Orkestra DBKL.

DVII harap Konsert Sambutan Ambang Tahun Baru 2011 di I-City lagi meriah dengan artis terkenal...hehehe....ok...Jumpa Di Sana yer.....DVII nak klik2x banyak2x nanti DVII upload kat sini yer,....ok

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.