
Dalam MALAYSIA terus melancarkan serangan ke arah kubu Vietnam, Safiq Rahim berjaya melepaskan rembatan dari luar kotak penalti yang terpaksa ditepis muntah oleh penjaga gol Vietnam dan bola tersebut pantas disambar SAFEE SALI seterusnya bola melepasi KANGKANG penjaga gol Vietnam untuk menerjah jaring menghasilkan Gol ke 2 Malaysia pada minit ke 80.
Perlawanan tadi sebenarnya MALAYSIA beroleh banyak peluang menghasilkan gol, tetapi penyudah yang kurang memberangsangkan menyebabkan ketandusan jaringan. TAHNIAH kepada para penyokong yang membanjiri Stadium Bukit Jalil, dianggarkan sekitar 40ribu orang.(anggaran DVII sahaja.).
DVII hanya menonton di Layar Besar MAMAK @ Seksyen 15, Bandar Baru Bangi sahaja, kerana atas sebab-sebab tertentu tidak dapat pergi memberi sokongan di stadium, akan tetapi suasana di situ meriah umpama 'WORLD CUP' dek penyokong yang turut memberi sokongan dari 'jauh' dengan sorakan dan tepukan kepada skuad kebangsaan.
TAHNIAH diucapkan!!!
Semoga bekalan selesa ini akan membuatkan skuad kita selesa bermain di Vietnam nanti untuk mudah menuju ke Perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF 2010 yang dianggarkan MALAYSIA mahu bertemu Indonesia untuk membalas dendam kekalahan memalukan ketika pembukaan pertandingan yang lalu. Semoga MALAYSIA beroleh kejayaan. AMIN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan