Rabu, 29 Disember 2010

MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI AFF 2010

We are the CHAMPION!!! 
Wi Ra DAn CHAMPION!!!
Tahniah MALAYSIA!!! Jaguh Asia Tenggara!!!


Sekalung tahniah buat skuad Malaysia Harimau Malaya yang telah berjaya menamatkan penantian 14 tahun untuk bergelar juara baru Piala Suzuki AFF 2010 di hadapan penyokong fanatik Indonesia walaupun Malaysia tewas 1-2 di Stadium Gelora Bung Karno dalam perlawanan akhir sebentar tadi.

Malaysia Juara dengan argegat 4-2 mengatasi Indonesia membuatkan Indonesia kempunan kejuaraan Piala Suzuki buat kali keempat bergelar naib juara setelah mara pada 2000, 2002, 2004 dan 2010. Malaysia pula naib juara 1996 edisi sulung dan muncul juara pada 2010 sebagai Juara Baru Asia Tenggara keempat.

Malaysia memperoleh gol melalui jaringan Safee Sali di separuh masa kedua untuk mendahului Indonesia 1-0, dan seterusnya Indonesia berjaya menghasilkan 2 biji gol untuk "menang dalam kekalahan" di Gelora Bung Karno melalui Mohamad Nasuha pada m-72 dan gol sendiri pertahanan Malaysia Mohamad Muslim Ahmad m-88 (biasa sepakan lawan).

Tahniah buat Khairul Fahmi yang berjaya menafikan sepakan penalti Indonesia di separuh masa pertama apabila bola terkena tangan pertahanan Malaysia. Sepakan penalti gagal disempurnakan oleh Firman Utina dan disebabkan itu, gagal mengubah corak dan rentak permainan Indonesia.

TAHNIAH MALAYSIA!!! Penantian 14 tahun berakhir di Bumi Garuda....


MALAYSIA CHAMPIONS 
SUZUKI AFF CUP 2010


Tiada ulasan:

Catat Ulasan