Header Ads

MyVI terbabas berdekatan Plaza Tol Setul, LEKAS 5 Disember 2010


Dalam perjalan pulang dari Majlis Perkahwinan Ayu di Keratong ke Bangi, DVII mengikuti Lebuhraya LEKAS, yang mana lagi 'lekas sampai' hehehe...tapi bayarannya telah diketahui iaitu lebih mahal dari 'PLUS Highway'...asalkan tak 'jammed'!


So DVII dan rakan2 tak kesah, janji cepat sampai ke Bangi, selepas saja melalui Plaza Tol Setul, Lekas, terkelihatan sebuah kenderaan terbalik di seberang jalan...DVII sangkakan Perodua Kelisa, kerana hujan turun ketika itu, rupanya sebiji MyVI!
Terdetik hati DVII untuk memberhentikan 'WRK' dan ingin pergi ke seberang, membantu mangsa...rakan DVII iaitu Azmi, tidak mahu turut serta kerana 'TAKUT' hehehe...so DVII pergi seorang diri....

Sesampai shj. di tempat kemalangan tersebut, mereka mengatakan yang tiada kemalangan jiwa berlaku, DVII tengok keadaan pemandu MyVI terbabit yang disyaki datang berkumpulan Alhamdulillah selamat, kelihatan sebuah MyVI juga disitu yang pada fikiran DVII, rakan konvoi mereka...Syukur,tiada kemalangan jiwa...kalau tidak, ngeri juga lah...walau sebenarnya DVII dah fobia dengan darah, akibat 'accident' yang lalu...

DVII agak, MyVI tersebut dipandu laju dengan keadaan jalan yang licin disebabkan hujan...15-20 meter dari tempat kejadian terdapat kesan tayar yang mana membolehkan MyVI tersebut menaik 'bukit' kecik dan melambung sampai terbalik...'dasat' tue...huhuu...bahaya 'LEKAS' nih...banyak juga kes kemalangan...tapi malang tidak berbau, di mana-mana sahaja boleh berlaku...:) so berhati-hatilah kita ni ya....


itu jer kot..sebab DVII tak bawa kamera ke lokasi, kerana takut mendapat halangan dari rakan-rakan mangsa yang membantu...so kita pergi nak tolong, kenalah buat cara nak tolong...betul x...:)

Kalau tak tahu Plaza Tol Setul Lebuhraya Lekas terletak di mana, sila-silalah tengok peta LEKAS dibawah yer... Laluan DVII masa balik dari Plaza Tol Ampangan RM1.90 dan kemudian Touch di Plaza Tol Setul dan seterusnya Exit di Plaza Tol Kajang Selatan dengan bayaran RM4.90, rasanya kalau ikut PLUS, 'takda' semahal itu, tapi belum tentu sampai awal, disebabkan kesesakan lalu lintas dan 'trafic light' di 'Pekan Senawang'...huhu..

Maps Of LEKAS Highway

2 ulasan:

  1. hurm, my sis pon hr tu accident, myvi jugak. memang myvi skg ni dlm season accident kot. adeh~~

    BalasPadam
  2. owh, yer ker..:) tp nasib la myvi tu tak terbakar kan...sebab kebanyakkan nye skang...accident jerk terbakar...huhuhu....

    ur sis myvi erk...terbalek gak ker....

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.