Header Ads

Review Filem Ngangkung @ GSC Mid Valley



Akhirnya setelah cerite Ngangkung bermain hampir 2 minggu di pawagam, DVII berkesempatan pergi menonton movie ngangkung tersebut bersama MyLove di GSC Mid Valley. Memang DVII taknak lepaskan untuk menonton filem lakonan Shaheizy Sam Samad ni di pawagam berdekatan kerana 'effect' nya amat puas hati apabila menonton di skrin yang besar....

DVII 'buy online' tiket filem ngangkung nih melalui website GSC(syaratnya jadi ahli GSC dulu) daftar 'kat website' tersebut ya....seawal pagi yang mungkin, kerana filem tersebut sentiasa penuh jika terlewat 'booking'. DVII beli 'normal seat' kerana tidak biasa dengan 'twin seat' di GSC Mid Valley, selalu DVII beli online 'twin seat' untuk GSC One Utama, sebab seat kat sana best sangat...so terpaksa lah DVII perabihkan duit beli online sebab malas nak beratur dan jimat masa...(memang camtu pun selalu)...malas lah nak beratur...hahaha....

Review cerita filem ngangkung ni dari DVII sendiri, DVII boleh bagi 4 stars, unsur seram yang tak berapa melampau dan jalan ceritanya yang biasa tak berapa berat, ditambah dengan suara Shaheizy Sam yang tidak berapa 'original'...(SAM buat suara besar!..x ori macam Filem Adnan Sempit!)...filem nih juga memberi peringatan kepada meraka-meraka yang kaki nombor ekor 'duk' asyik ngangkung kat mana-mana 'tempat' tue..hehe....sedar-sedarlah, ngangkung boleh membuat rumah tangga kucar kacir...lagi 'nak sedar lagi' ngangkung @ main nombor tu HARAM di sisi agama Islam...

MyLove tengok cerita nih, siap sampai tutup² muka lagi, biasalah perempuan, agak seram sedikit ditambah dengan 'effect' yang menyeramkan...DVII pulak, pernah terkejut dengan satu 'scene' tue, tak ingat pulak scene yang mana....hehehe..tapi DVII rileks jer...

Mengenai kutipan pula walaupun Filem ni jalan cerita agak biasa tapi filem yang biasa nih lah yang telah melebihi kutipan filem yang luar biasa a.k.a 2 Alam tue taw...hehehe...filem ngangkung dah dekat 3 juta, tapi filem 2 alam baru capai kutipan RM350 ribu...huhuhu...takpe2...rezeki tuhan yang tentukan...:)...harap-harap filem ngangkung nih dapat atasi kutipan filem Adnan Sempit...hehehe....

Sekarang nih, DVII tak sabar nak tengok Filem Kongsi - Lu Langsi Lu Mati...'best' tengok 'thriller' dia kat pawagam....sama-sama kita nantikan ya...

* GSC-Golden Screen Cinemas




Makan-makan Mc'Donalds dengan MyLove @ Mid Valley



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.