Header Ads

Pertarungan Seteru Utama EPL Manchester United VS Arsenal



3.00 pagi Waktu Malaysia

Nampaknye lagi 2 hari pertembungan antara pendahulu EPL Arsenal (lebih 1 game dari MU) dengan Manchester United bakal berlangsung di Old Trafford. Kalau zaman sebelum Chelsea muncul sebagai 'Big Four' perlawanan Manchester United vs Arsenal ni merupakan perlawanan penentuan siapa yang bakal meneraju takhta liga sehingga akhir musim. Tetapi setelah kemunculan Chelsea, Arsenal gagal untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana England.

Apa yang pasti rekod pertemuan 4 musim kebelakangan ini kurang memihak kepada Arsenal di Old Trafford, adakah 'The Gunners' berjaya menamatkan badi kekalah di Old Trafford hari Isnin nanti. Sama-sama kita nantikan. Bagi DVII selaku fan's MU, DVII berharap MU akan menang malam tu nanti, bagi mengekalkan rekod tanpa kalah dan juga merampas kembali kedudukan utama EPL dari Arsenal.

Seandainya kalah, ianya tidak menggugat kedudukan kedua MU dari Chelsea yang sudah bermain lebih perlawanan. Laluan sukar buat Manchester United,Chelsea dan Arsenal yang terpaksa dilalu bulan Disember ini apabila bertemu sesama sendiri. Lepas ni, MU bertemu Chelsea pula 19 Disember @ Stamford Bridge. Diharap Player of The Month - Park Ji Sung dan Goal of The Month - Berbatov dapat menunjukkan bintangnya yang tengah bersinar ketika ini membantu Red Devil menang ke atas musuh tradisi mereka.

**Chelsea pula akan bertemu pasukan tangga kelima Tottenham Hotspurs di gelanggang lawan. Minta-minta Chelsea kalah, sebab Spurs dah berjaya menumbangkan Arsenal dan Liverpool musim ini. hehehe

Rekod pertemuan terkini Arsenal vs Manchester United
@ Emirates Stadium
Arsenal 1
Vermaelen 80
Manchester United 3
Nani 33, Rooney 37, Park 52

Jom ramai-ramai memeriahkan kedai mamak berdekatan...:)
tengok live games Man. United vs Arsenal nanti ya..!
~ Glory-glory Man. United!~


Arsenal, Chelsea, English Premier League, EPL, Manchester United

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.