Super Sunday Match : Chelsea vs Manchester United @ Stamford Bridge

Dengan Manchester United ingin meneruskan rentak tanpa kalah dalam liga dan telah mengutip 20 mata dari 8 perlawanan, pasti satu perlawanan menarik akan dapat disaksikan malam esok. DVII berharap skuad kesayangan DVII iaitu Red Devil menang mengatasi Chelsea malam esok dengan menamatkan kemarau kemenangan di Stamford Bridge sejak 8 tahun lalu. Semoga gandingan Rooney-Berbatov menjadi malam esok untuk memecahkan kekebalan gawang Chelsea yang dikawal oleh Peter Cech.
Chelsea pula dijangka diperkuatkan dengan kepulangan Frank Lampard ke dalam skuad utama setelah berehat panjang, masuk sebagai pemain gantian menentang Spurs minggu lalu sebelum turun bagi mencari kemenangan pertama Chelsea malam esok.
*** DVII harap Ji-Sung dapat jadi pemusnah Chelsea setelah berjaya menundukkan keegoaan Arsenal di Old Trafford minggu lalu. Glory-Glory Man. United!!! Sama-sama kita nantikan dengan harapan keputusan perlawanan Chelsea vs Manchester United ini akan berpihak kepada Red Devil!!!
Kawan minat Chelsea. Tu yg harap Chelsea dpt leburkan rekod tanpa kalah MU.
BalasPadamApapun harap "game" esok sengit tapi menarik. :)
owh...fan's chelsea yer..takpe2...MU pun berharap dapat leburkan rekod 8tahun tanpa kalah Chelsea-MU di stamfard bridge...lama tu 8 tahun xpenah kalah rekod pertemuan stamford bridge...huhuhu
BalasPadamMU will win! :D
BalasPadamyeah...MU will win, the game hve been postponed :(
BalasPadam