Selamat malam buat semua! DVII nak bercerita sedikit mengenai ape yang DVII buat hari ini ya, amat-amat tak best sekali...kenapa? yerla...semalam DVII 'emcee' hari ini dah kena pergi kerja sebab DVII tak pergi ke klinik untuk sambung 'emcee' dek kerana malas nak berjumpa dengan asst. dr. di klinik berkenaan yang banyak songeh! So terpaksa lah DVII ke 'office' walaupun kesihatan badan belum fit 100%...
Sepanjang hari mata DVII berpinar, kepala pening-pening...dan juga nafas terasa macam tak cukup, badan pulak berpeluh...terpaksa juga DVII tahankan...terus stay dekat 'office' menyiapkan kerja-kerja yang perlu disiapkan... DVII nak makan pun tak lalu, dan tak tahu nak makan apa, nasiblah ada seorang sahabat DVII yang nasihatkan makan mee hoon sup! tapi DVII cakap, xske dan takde selera....then DVII tengok ada sup daging, mungkin boleh bagi selera seperti kata sahabat DVII boleh tambah tenaga balik! huhu....jadi DVII amek beberapa suap nasi dan lauk sahaja...:-(
Menunggu waktu balik amat membosankan disebabkan keadaan badan yang tidak normal...paling tak best, dah pukul 5 'lebey' ada pulak panggilan masuk minta tolong baiki komputer! huh...tolong jer lah!!! walaupun DVII dah bersiap sedia untuk beransur pulang... DVII singgah ke Alamanda dan parking di Level P6 disebabkan keadaan parking yang penuh...maklum lah, kakitangan kerajaan di Putrajaya baru sahaja dapat gaji pada 20hb kan...:-) DVII berjalan-jalan tengok kot2 ada peluang kerja part-time...hehehe...mula-mula DVII tengok dekat Mc'Donalds, lepastu RasaMas, A&W, semua memerlukan pekerja sambilan / part time crew...'then' DVII menuju pula ke Burger King...pun sama ada jawatan kosong untuk part time crew, management trainee.... tapi DVII usha dari luar je...takde pergi isi borang apa-apa pun...hehe....kemudian setelah hampir 2 jam berlegar di Alamanda DVII balik dengan bekalan Mi Goreng Maggi...lama dah xmakan Maggi!!!huhu.....
Sampai kat rumah pun, kepala masih lagi pening-pening...kenapa lah agaknya...rasa-rasa macam tahu jer kenapa...hehe...takpa...tengok esok lusa macam mana pulak ya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan