Header Ads

Ucapan Tahun Baru 2011

DVII ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 dalam suasana yang aman damai dan harmoni buat seluruh rakyat Malaysia & bloggers yang bersatu hati dan jiwa membanggakan nama Malaysia tercinta di persada dunia. Semoga kejayaan yang dikecapi secara individu ataupun negara pada tahun 2010 yang bakal melabuhkan tirainya beberapa jam sahaja lagi akan menjadi pemangkin kejayaan kepada kita semua untuk berusaha dengan lebih kuat dan gigih di masa hadapan.


Segala perkara yang tidak negatif dapat dijadikan tauladan dan sempadan kita supaya lebih matang mengharungi liku-liku kehidupan dalam dunia fatamorgana ini. Tinggalkan keburukan dan carilah kebaikkan...Majukan diri sendiri untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Buat yang keluar ke mana-mana tapak sambutan tahun baru pada malam ini, supaya selamat pergi dan balik. Elakkan terjebak dengan perkara yang tidak baik dalam gejala sosial, lumba haram, maksiat semakin berleluasa dan kes buang bayi masih tidak henti-henti. Semoga 2010 menjadi penamat kepada kejadian buang bayi dan segala kes gejala sosial kita tinggalkan pada tahun 2010.


HAPPY NEW YEAR 2011
SELAMAT TAHUN BARU 2011

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.