Jumaat, 28 Januari 2011

Konsert WOW! @ Putrajaya : HUJAN, AWIE, ELLA, AMY SEARCH, RAMLI SARIP dan ramai lagi...

Nampaknya bulan Februari nanti, Putrajaya akan kembali sesak disebabkan berlangsungnya Karnival WOW! Putrajaya pada 11-13 Februari 2011. Sudah pasti akan menjadi tumpuan seluruh warga Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan...mungkin dari luar kawasan tersebut pun sampai di Putrajaya untuk memeriahkan majlis...

Karnival ini berlangsung sempena sambutan 10 Tahun Pengisytiharan Putrajaya Sebagai Wilayah Persekutuan yang bersekutu juga dengan Labuan dan Kuala Lumpur di dalam 1 Wilayah.

Di antara aktiviti yang menarik yang telah dirancangkan oleh pihak penganjur iaitu Perbadanan Putrajaya ialah
: - 
  1. Pertunjukan Bunga Api
  2. Pertandingan Fotografi
  3. Hot Air Balloon
  4. Auto Saloon Show
  5. Futsal
  6. F1 Simulator
  7. F1 Power Boat
  8. Harley Davidson
  9. RC Demo
  10. Upin & Ipin
  11. Vintage Car
  12. Tatoo ATM
  13. Layang-layang King
  14. Sukan Rakyat
  15. Bridal Showcase
  16. Gerai Jualan & Makanan
  17. Dan Banyak Lagi..................
Konsert WOW! Putrajaya akan diadakan pada 12hb Februari 2011 Sabtu jam 9 malam di Pentas Utama

Dijemput semua datang memeriahkan majlis dari 11-13 Februari 2011 yang bertempat di Tapak Pasar Tani, Presint 2, Putrajaya : MASUK PERCUMA!!!

Poster Karnival WOW! @ Putrajaya 2011
KLIK utk. pembesaran imej.

Sila KLIK imej dibawah untuk mendapatkan jadual aktiviti selama 3 hari karnival berlangsung dan maklumat lebih lanjut...


UPDATE : 

Penutupan jalan Persiaran Perdana Presint 2 dari Persimpangan Bangunan/Wisma Keusahawanan (dulu MeCD) hingga ke Bangunan Bahagian Perumahan (jalan menghala ke Masjid Putra) akan ditutup bermula hari Jumaat 4 Februari 2011 hingga 14 Februari 2011. Ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan kelengkapan dan peralatan logistik sempena Karnival WOW! Putrajaya. Segala kesulitan amat dikesali.


Pelan Lokasi Terkini untuk Karnival WOW! Putrajaya 2011


Untuk maklumat lanjut berkenaan Karnival Wow sila layari laman ini di Facebook Karnival WOW! Putrajaya 2011

Pertandingan Fotografi Sempena Karnival WOW! Putrajaya
Rebutlah peluang memenangi hadiah berbentuk wang tunai dengan menyertai pertandingan mengambil gambar berkaitan Karnival WOW! Putrajaya. Semua penyertaan hendaklah dihantar pada 12 Februari 2011 sebelum jam 4 petang di khemah urusetia di Tapak Karnival Wow! Putrajaya. KLIK untuk imej yang lebih jelas

Yuran penyertaan:
Terbuka : RM 20
Pelajar IPT : RM 10
Pelajar Sekolah : Percuma



Kekenyangan Bakal Jadi Rutin Bulanan


 Huh... nampaknya DVII tadi baru sahaja lepas makan-makan bersama 'opismate'. Tak tahu pula yang ini akan dibuat setiap minggu pertama dapat gaji tiap-tiap bulan, kira dah jadi acara bulananlah kan.... Ini juga salah satu cara untuk merapatkan saf antara rakan-rakan sekerja di tempat kerja...tapi dah rapat-rapat camni pun, tetap tidak serasi kan...kan...kan... mungkin ada yang faham maksud DVII ini...biasalah, kakitangan makan gaji...hehehe....


Menu utama hari ini, ialah Pizza dan menu sampingan terdapat pau dan juga lepat pisang. Terbuka kepada sesiapa sahaja yang berhajat untuk membawa juadah sebagai santapan bersama...DVII baru tahu semalam, ikutkan hati ingin juga nak bawa sesuatu untuk dimakan bersama-sama, tapi dah diberitahunya lambat sangat, tak sempat nak 'order' ke apa...hehe...so InsyaAllah, bulan depan giliran DVII pula...


UPDATE TERKINI : Kutipan Akhir Filem Ngangkung RM8.18 Juta, Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah Saingi kehebatan Ngangkung dengan Rekod RM 8.12 juta

KUTIPAN FILEM HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH
Jumlah kutipan terkini @ akhir bagi Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid dari Tayangan Unggul setakat 26 Januari 2011 'update dari FINAS' telah mencapai kutipan sebanyak RM 8.12 juta @ RM 8,120,000 setelah tayangan pertama pada 9 Disember 2010 yang lalu. Telah sebulan lebih berada di pawagam sehingga semalam 27 Januari merupakan Tayangan Terakhir Hantu Kak Limah Balik Rumah di beberapa pawagam yang terpilih. Siapa sangka Filem Seram arahan Mamat Khalid berjaya membuat kutipan Mencecah RM 8 Juta...Sikit lagi nak pecah kutipan pecah panggung Filem Ngangkung.....RM 8.18 juta. Bagi siapa yang tak sempat tengok di panggung wayang, bolehlah mendownload Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah di link ini Filem HKLBR



KUTIPAN KESELURUHAN FILEM NGANGKUNG RM 8.18 juta
Jumlah kutipan AKHIR bagi Filem Ngangkung arahan Ismail Bob Hasim dari Metrowealth Pictures sehingga bulan Januari 2011 'update dari FINAS' telah membuat kutipan sebanyak RM 8.18 juta @ RM 8,180,000 setelah ditayangkan sejak 25 November 2010 yang lalu. Filem ini telah memecahkan rekod industri kutipan filem tanah air yang dipegang oleh Adnan Sempit pada Januari tahun 2010 yang lalu.

Update dari FINAS

Berikut merupakan senarai kutipan Filem-filem penghujung tahun 2010.

Kutipan Terkini

1. Filem Ngangkung - RM 8.18 juta
2. Filem Aku Tak Bodoh - RM 0.74 juta
3. Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah - RM 8.12 juta *
4. Filem Aku Masih Dara - RM 2.05 juta
5. Filem Janin - RM 1.42 juta 
6. Filem Damping Malam - RM 1.66 juta *

* jumlah kutipan semasa

UPDATE : Kutipan Akhir Filem-filem Melayu penghujung tahun 2010 



1. Filem Ngangkung - RM 8.18 juta
2. Filem Aku Tak Bodoh - RM 0.74 juta
3. Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah - RM 7.90 juta
4. Filem Aku Masih Dara - RM 2.05 juta
5. Filem Janin - RM 1.42 juta 
6. Filem Damping Malam -  RM 1.67 juta 

* pembetulan semula kutipan akhir filem Hantu Kak Limah Balik Rumah oleh pihak FINAS kepada RM 7.90 juta sahaja...

DVII dah tengok Filem SHAOLIN yang Jackie Chan berlakon tuh 1st day tayangan....

Salam, semalam 27 Januari 2011 tarikh tayangan untuk Filem Shaolin di seluruh panggung wayang tanah air, DVII mengambil tetap kesempatan untuk menonton Filem aksi Jackie Chan pada hari yang pertama tayangan,  lakonan Jackie Chan, mana boleh lepas punya, jadi DVII bersama My Love ke GSC One Utama untuk tengok filem tersebut...tak sabar nak tengok Jackie Chan keluar...tunggu punya tunggu..... hampir 1 jam baru lah Jackie Chan muncul dalam filem tersebut membawa watak tukang masak...+ kelakar sikit masa dia berkung-fu dengan pihak pemerintah yang ganas tue... die cakap, die xreti kungfu, tapi boleh pulak tepis n terbalikkan musuh....hahaha..... pada pendapat DVII, watak Jackie Chan tak ubah seperti 'Special Appearance' @ Penampilan Khas, sebab kadang-kadang jer watak die keluar...huhuhu...;-( nak tahu kisah selanjut nya....Teruskan pergi ke pawagam berdekatan anda.....


yang ni pula ialah Tiket Filem Shaolin yang DVII beli online via Golden Screen Cinemas (GSC) online website... Terpaksalah Booking sebab nnt penuh...hehehe...tapi bagi DVII booking lagi puas hati, walaupun bayaran services charge RM0.50 per pax, tapi tak perlu beratur panjang-panjang ataupun datang awal semata-mata utk. membeli tiket...nanti penat2 jer beratur, tiket habis...padan muke...hahaha



Tiket Online Filem Shaolin

Selasa, 25 Januari 2011

Lama Tak Update Blog...

Salam selamat petang wat rakan-rakan bloggers yang menyinggah, 
DVII dah lama tak update blog DVII disebabkan DVII terpaksa menghadapi beberapa masalah yang menyebabkan kesukaran untuk berblogging...huhu...

1. ) Skrin Laptop 'crack' - Camne nak online kat rumah, nak mengarut pun dah xboleh....:-(
2. ) Kesibukan kerja di 'office' - maklumlah awal tahun, so macam-macam ragam dan pelbagai jenis kerja kena buat...
5. ) Internet Connection 'Office' - SLOW yang teramat sangat, tak tahu nape, tak bagi staff main fesbuk kot.???
3. ) Mood Sedey - sebab Laptop dah xde....;-( nak tukar dah tanye kedai kena caj dalam RM450 - RM600. Sedihnye....;-(
4. ) Broadband Quota Caps - Berukben DVII dah kena caps sebelum laptop crack, so slow yang teramat sangat ditambah dengan keadaan coverage yang memang lembap nak mampos di Putrajaya tu...

So, itulah di antara sebab musababnye DVII tak dapat nak menghupdatekan diri di blog ini. Kat office pun dengan connection internet yang slow, camne DVII nak berblogging.....uwaaaaaaa...sedih giler....

KFC Mug Limited Promotion...


Semalam DVII terbace iklan promosi KFC Malaysia yang terbaru, yang besnye dapat "Free 24K golf-inscribed Celebration Mug" dengan setiap pembelian Celebration Combo A. Nak tau macam mana Mug tu yer kenalah pergi ke Restoran KFC berdekatan okey!...
Nak dijadikan cerita, malam tadi selepas DVII, Bonda, Abang & Kakak Ipar berjalan-jalan dan shopping sikit di Giant Nilai, 'on the way' balik lalu jalan Dengkil...(nak elak tol) Kakak Ipar buka cerita nak singgah ke KFC Dengkil nak dapatkan MUG tersebut...(huhuhu...nak wat collection lah katekan)
Sampai jer di KFC Dengkil, terus bincang nak beli ape dan berapa bajet...Untuk pengetahuan korunk, Celebration Combo ada dua, iaitu Combo A dan Combo B.
Combo A = 2 ayam goreng , 1 Cheezy Wedges, 1 Carbonate drink (R) = RM 14.++
Combo B = kena pergi KFC check sendiri yer, DVII tak perasan = RM 13.++
dan untuk Ala Carte pulak 
korunk boleh order ape² menu yang ada dan tambah bayaran RM8.00 untuk dapatkan Celebration Mug edisi terhad dari KFC ini okey!

KFC 500th Restaurant Celebration








Jumaat, 21 Januari 2011

Menu sarapan yang sedap....


Salam Jumaat buat rakan-rakan yang dihargai dan disayangi, semoga Jumaat kali ini lebih bermakna dari Jumaat minggu lepas... ;-) hari ini 21 Januari 2011, lagi beberapa hari lagi kakitangan kerajaan dan kakitangan sektor swasta akan mendapat gaji pertama 2011...hehe...mesti semua da tak sabar nak menunggu tarikh gaji kan???.... 

DVII bersama rakan-rakan office hari ini telah sepakat untuk menyambut 'birthday' rakan sekerja iaitu Azmi, so lebih kurang jam 10pagi, majlis berlangung dengan sempurna di Pej. Am. dihadiri oleh rakan-rakan pejabat terdekat. Menu sarapan pagi ini amat banyak...huhhu...kenyang beb... di antaranya Kek Chocolate, Lepat Pisang, Roti Canai, Pau Inti Kelapa, yang mana semuanya adalah hasil kerjasama rakan-rakan office yang membawa serba sedikit bagi dijamu bersama-sama....

yang paling bes, ialah Kek Chocolate, hinggakan DVII makan 2x...hehe...lepastu makan Pau, dan nak tambah dengan Roti Canai pun kenyang, tetapi Kak Ina minta gak makan, sebab banyak dan nanti pembaziran berlaku, nak tak nak??? DVII kena juga makan...jadi kekenyangan lah di pagi hari...Syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezeki, moga tidak leka dalam perjalanan ini.....

Ahad, 16 Januari 2011

United ingin teruskan momentum, Spurs - Tamatkan rekod United sejak 2001??? Live @ Astro 817 - 11.55

English Premier League Fixture
Gameweek 21

Tottenham Hotspur
vs 
Manchester United
Live @ Astro 817
11.55 PM

Pertembungan perlawanan English Premier League malam ini bakal menyaksikan sama ada Spurs mampu untuk menewaskan Red Devil bagi memadamkan rekod 19 pertemuan liga sejak Mei 2001 tanpa menang bertemu United. Jika benar United ditewaskan, Spurs juga menjadi pasukan pertama yang menewaskan United musim ini dalam liga perdana. 

Untuk rekod, Manchester United telah mengharungi 20 perlawanan liga tanpa kalah musim ini walaupun benteng terakhir dibarisi oleh penjaga gol kedua, Thomas Kuszczak beberapa perlawanan terakhir disebabkan Edwin Van Der Saar belum pulih dari serangan selsema yang melanda sejak 2 minggu lalu. Mampukan Spurs???

Walaupun tanpa pemain yang konsisten diturunkan oleh Sir Alex Ferguson, yang pasti itu adalah skuad terbaik United untuk mempertahankan rekod tanpa kalah dan juga mencari 3 mata maksimum setiap perlawanan untuk menjarakkan kedudukan dari Arsenal, City dan Chelsea yang menang malam tadi dengan lawan masing-masing. United masih mempunyai baki 1 perlawanan selepas pertemuan dengan Spurs nanti.

David Beckham yang telah disahkan menjalani musim rehat MSL di Spurs dan sudahpun turun latihan diberitakan tidak diturunkan menjelang pertemuan dengan bekas kelabnya Manchester United, dan DVII jangkakan seandainya berpeluang diturunkan, Beckham sendiri akan meminta tidak bermain dalam perlawanan itu, kerana United sentiasa di hati Beckham. 

United pula malam ini akan menurunkan kembali Wayne Rooney dan Nemanja Vidic yang disahkan telah pulih dari kecederaan, Rooney direhatkan ketika United menang dengan Liverpool 1-0 dalam pertemuan klasik Piala FA 3rd Round.

Marilah sama-sama kita menyaksikan Manchester United melakar kemenangan dan mengekalkan rekod tanpa kalah malam ini. Glory-glory Man. United.

UPDATE :
English Premier League Fixture
Gameweek 21

Tottenham Hotspur 0
vs 
Manchester United 0

Manchester United menurunkan Wayne Rooney dan juga Edwin Van Der Sar di benteng terakhir untuk meneruskan rentak kemenangan dan tanpa kalah, tetapi skuad United yang bermain 10 orang 16 minit terakhir setelah Rafael Da Silva dibuang padang kerana menerima kad merah setelah mendapat kad kuning kedua perlawanan. Keputusan perlawanan berkesudahan 0-0.

Setelah 14 tahun menagih dadah Radhi OAG masuk PENGASIH

Sumber Gambar : Ihsan dari Pakcik Google

Terkejut DVII apabila membaca muka depan akhbar Harian Metro Online dan juga Tabloid, yang mana tajuknya Radhi OAG masuk Pengasih - Penghijrahan Terbesar. Radhi dengan rela hati memandu sendiri ke Pengasih berkat dorongan dan nasihat ramai serta dengan rela hati menjadi Ahli Keluarga Pengasih bermula Isnin lalu.
Note : Catitian ini adalah hasil nukilan DVII ayat diolah  dari dan rujukan gambar dan berita dari Harian Metro.

Ini dilakukan kerana Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhd Radhi Razali, 33 cuba menyelamatkan hidupnya dan tidak mahu tabiat buruknya mengecewakan anak tunggalnya setelah kehancuran rumah tangga yang dibina, kehidupan peribadi yang kucar kacir dan ketidakstabilan karier menyedarkannya. Dia juga mengaku semua ini adalah silapnya tanpa mahu menuding kepada sesiapa kerana dia tidak kuat melawan najis dadah itu yang membawa musibah bertimpa-timpa dalam hidupnya beberapa tahun lalu.

Radhi juga mengakui dia telah menghilangkan diri hampir 5 tahun dalam industri seni semata-mata untuk mengikut program pemulihan tetapi tidak berjaya dan menganggap mungkin masuk pengasih adalah jalan terbaik setelah mendapat tawaran daripadan Pengasih sejak sekian lama.

Radhi juga akan terus menyumbang suara dalam industri seni sekalipun di bawah pemantauan Pengasih dan merakamkan suara di Studio dengan kawalan orang dari pengasih. Radhi sendiri memerlukan orang mengawal nya kerana mungkin takut ia hilang pertimbangan semula...hehehe....

Semoga Radhi OAG berjaya melepasi ujian ini, dan menghindarkan terus diri dari gejala dadah yang merosakkan bangsa dan anak-anak muda di negara kita. DVII doakan selamat semuanya.

Sabtu, 15 Januari 2011

Blog Loading Challenge!!! Slownyer Blog Aku.....

Tadi DVII berblogwalking ke AVE undangan penghulu secara jerit di ShoutMix Chat DVII...

tetibe DVII terbace satu entri yang mana dapat mengetahui kelajuan blog kita untuk loading, bagus juga 
ya...sebab kesan dari loading sesebuah blog ini memang ada, kerana jika blog tersebut mengambil masa yang lama untuk loading seperti blog ~ Defarhano VII Life ~ yang agak berat dengan gambar-gambar dan lagu atau mungkin juga susun atur ruang blog DVII yang tak berapa sempurna menyebabkan masa loading blog ini lama dan terasa beratnya, ini antaranya menyebabkan blog DVII atau blog anda kurang dikunjungi oleh bloggers yang lain untuk blogwalking kerana menunggu amat membosankan...haha...

So DVII terpaksalah mengambil langkah untuk mengoptimumkan space di blog DVII....

Gerak Kerja Bermula!!!

Ini result di antara AVE vs ~ Defarhano VII Life ~ yang mana DVII kalah teruk...hehehe

blog anda bagaimana??? test ya... di http://whichloadsfaster.com/ untuk Challenge dengan AVE sila ke blog AVE yer......



Result yang ke 2, DVII menang pula setelah melakukan pengubahsuaian dan me'remove' apa yang patut dari blog DVII... haha...dan ke-3 DVII kalah kembali.... So, dengar boleh, perjaya jangan ok...hehehe


Diskaun besar-besaran dari Celcom untuk semua....

MASSIVE DISCOUNTS AT THE CELCOM EVERYONE SALE TODAY!

The EVERYONE SALE is here and it’s gonna be the BIGGEST SALE of the year! We’ve got awesome offers for EVERYONE! Xpax is launching this sale at a perfect time to start off the brand new year! It’s the best time for people to go out shopping for new phones and gadgets, at AWESOME DISCOUNTS! You shoppers out there won’t wanna miss out on this! Share this mind-blowing deal now!

Untuk keterangan lanjut sila klik gambar di bawah....

Khamis, 13 Januari 2011

Semak BILL TELEFON anda...sebelum TERTIPU...

Pernahkan anda membuat semakan ke atas setiap panggilan bulanan anda...- mungkin tak perlu...

TAPI...ianya amat perlu jika anda ada membuat PERUBAHAN pada BILL SEMASA anda...kerana DVII telah banyak kali menghadapi masalah ini... cuma nasihat DVII ialah...

KES 1
Ketika anda membuat penukaran Main Line <-> Supplementary Line pastikan NEXT BILL anda memeriksanya semula untuk memastikan no. yang ditukar itu adalah betul...ini kerana, jika anda mempunyai 3 nombor dibawah nama yang sama...dan juga mungkin di antara nombor-nombor anda ada yang hampir sama, so ini boleh mengelirukan Pegawai Operasi / Operator yang bertugas ketika itu...jadi sila 'double confirm' ya...

Contoh :-

A :- 012-3657899 Main Line
B :- 012-3654862 Sub 1
C :- 012-3654865 Out of Package - Single Bill

Seperti yang DVII kena Main Line sepatutnya Link dengan Sub 1-B, tetapi operator tertukar kepada C. dan B menjadi Single Bill....Akibatnya, bill bulan seterusnya melambung tinggi disebabkan panggilan yang banyak dibuat kepada B(yang da dikeluarkan dari pakej family)...Selepas DVII call Center, akhirnya diorang akui kesalahan segala pembayaran DVII di'rebate' / perbetul kan ke bulan seterusnya...

KES 2
Kalau anda ada pergi ke Services Center untuk membuat pembelian / penukaran SIM, pastikan NEXT BILL periksa, kerana DVII juga sudah terkena bulan ini apabila Charge dikenakan sebanyak 2 kali.... dan setelah pegawai operasi MAXIS dihubungi, akhirnya diorang terpaksa tolak dan perbetulkan BILL DVII...

Ini adalah Print Screen Bill MAXIS DVII Disember 2010 - Januari 2011 - Statement


KES 3 - Apa Kes??? hahaha.... Dah terlampau banyak sangat tragedi DVII bersama dengan operator / customer services yang menjawab panggilan DVII, pernah DVII bercakap di talian selama hampir 1 jam, ada juga yang DVII marah disebabkan terasa tertipu dengan pakej atau perkara-perkara lain...Sebab DVII Tak suka DITIPU!!!

*** Perhatikan BILL anda tiap kali membuat penukaran pilihan bulanan...DVII nasib tak bayar bute², kalau tidak FREE-FREE jer bagi DUIT dekat MAXIS tue yang dah memang kayap-rayap....
Ayat yang mampu diorang ucapkan, ialah...minta maaf atas kesilapan ini...biar saya rujuk bla bla bla...so memang leceh bila nak kene wat panggilan semula dan tanya macam-macam....lagi elok SOUND awal-awal...JANGAN BUAT SILAP TAW!

*** Tak kira anda pelanggan perkhidmatan MAXIS DIGI UMOBILE CELCOM dan lain-lain rangkaian atau perkhidmatan lain, sila double check bill anda okey!

Lab Komputer beroperasi dengan Windows 7 Enterprise.


Gembira rasanya hati DVII setelah bertungkus lumus meng'update' Windows XP untuk kesemua komputer di tempat kerja DVII ke Windows 7 yang dibekalkan oleh PTM....(cube tengok...kan ke cantik semua...biru saje...hehehe...) Komputer-komputer di makmal ini DVII update dengan partner DVII iaitu En. Azmi...sekarang dah FREE VIRUS...pergh....hebat2...harap² sesi pembelajaran dan pengkuliahan untuk semester ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah komputer....cuma bahagian Network sahaja kalau bermasalah DVII lepas tangan...hahaha...DVII xde akses network pun...:-(



DVII sekarang risau untuk sesi pendaftaran pelajar baru besar-besaran bulan Julai 2011 nanti...takut ada masalah software....eh dah ditunda ke September 2011 kan? bermula pada tahun 2011 ini sesi pendaftaran / kemasukan pelajar baru bagi Universiti di Malaysia mengikut Luar Negara.....huhu..lama la nanti 'student²' ni cuti semester ya...4 bulan gitue.....

Akaun Tabung Haji Ditutup...:-(

Akaun tabung haji ditutup? huhu...bukan akaun tabung haji untuk semua orang yang ditutup, tapi akaun Tabung Haji @ TH DVII sejak kecil dah ditutup. Mana DVII tahu?pagi tadi DVII ke Lembaga Tabung Haji @ Bandar Baru Bangi,(lokasi? belakang WARTA)... DVII amek no. dapat lah no. 504. Beza 2 dengan nombor semasa... sambil-sambil tunggu giliran DVII baca surat khabar... tup tap tup tap...giliran DVII pun tiba, terus DVII tanya dan beri No. IC baru dan No. IC Lama Ayahanda dan Bonda DVII, yelah...dulu mana boleh bukak akaun TH atas nama DVII kan kecik lagik...'time' tu Darjah 1, DVII last update Darjah 6 dan buku disimpan oleh TH...

Tiba-tiba baru2 ini tergerak DVII nak tengok akaun TH DVII sama ada masih aktif atau tidak, kalau ada boleh teruskan...tapi malangnya orang yang bertugas tu cakap akaun TH DVII dah tak aktif dan ditutup, minta buka akaun baru atas nama DVII dengan bayaran minimum RM2.00 untuk buka buku akaun baru Tabung Haji. (murahnyerrrr....anda dah ade buku akaun tabung haji ker???)

DVII pun isi lah borang kat kaunter tu, agak buang masa la jugak...sebab kenapa dia x skip DVII jer dan panggil orang seterusnya...(mungkin dia pun nak curik tulang juga...hehehe umpat plak)....so setelah urusan daftar buku baru selesai, DVII pun ambil borang untuk pemotongan gaji bulanan ke Tabung Haji...borang dia bewarna merah tau!...ambil dan isi, hantar kepada bahagian kewangan jabatan masing-masing katanye...so lepas tu...DVII 'breakfast' sorang-sorang kat kedai Nasi Ulam Cilipadi 'kot' nama kedai makan kat area situ, malas pulak nak pergi cari mamak time tu....terpaksalah DVII sarapan sorang-sorang pagi tadi....

Menu 'breakfast' DVII tak berat sangat...biasa-biasa jer...lepas tu DVII pun masuk ke 'office' semula dan paling 'tension' masa nak cari parking, mau 2-3 kali DVII tawaf bangunan-bangunan pejabat DVII semata-mata nak cari parking...disebabkan??? KAD AKSES tak bawa....uwaaaaaa.....


*** Akaun tabung haji DVII jer yang kena tutup sebab tak aktif dalam tempoh 7 tahun...so pepandailah yer....dan juga...bukan Akaun Facebook yang akan ditutup...hahaha









Rabu, 12 Januari 2011

UPDATE TERKINI : Kutipan Semasa Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Ngangkung, Damping Malam, Aku Masih Dara, Janin dan Aku Tak Bodoh

Diam tak diam kita telah melangkah ke Tahun 2011 dan telah 12 hari meninggalkan Tahun 2010. Bagi industri perfileman tanah air yang meriah dengan filem hujung tahun beberapa Filem berjaya membuat kutipan pecah panggung @ box office dan sehingga kini tayangan untuk Filem Ngangkung dan Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah masih lagi boleh ditonton di panggun wayang berdekatan anda.


Entri kali ini DVII nak update Jumlah kutipan terkini bagi filem filem melayu tanah air yang sedang berlangsung di pawagam. SILA KE LINK DI BAWAH SEKALI ENTRI INI UNTUK UPDATE TERBARU.....


KUTIPAN FILEM HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH
Jumlah kutipan terkini bagi Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid dari Tayangan Unggul setakat 12 Januari 2011 'update dari FINAS' telah mencecah sebanyak RM 7.48 juta @ RM 7,480,000 setelah tayangan pertama pada 9 Disember 2010 yang lalu. Telah sebulan lebih berada di pawagam...dari sumber berita yang dikeluarkan di ruangan HIP pula, Gayatri memberitahu Hantu Kak Limah Balik Rumah telah membuat kutipan sebanyak  RM 7.5 juta.



KUTIPAN FILEM NGANGKUNG RM 8.16 juta
Jumlah kutipan terkini bagi Filem Ngangkung arahan Ismail Bob Hasim dari Metrowealth Pictures sehingga 12 Januari 2011 'update dari FINAS' telah membuat kutipan sebanyak RM 8.16 juta @ RM 8,160,000 setelah ditayangkan sejak 25 November 2010 yang lalu dan sehingga kini masih lagi ditayangkan di beberapa panggung wayang terpilih seluruh Malaysia di antaranya di Mid Valley. Filem ini telah memecahkan rekod industri kutipan filem tanah air yang dipegang oleh Adnan Sempit pada Januari 2010 yang lalu.


KUTIPAN FILEM AKU TAK BODOH
Jumlah terkini kutipan keseluruhan Filem Aku Tak Bodoh arahan Boris Boo yang telah ditayangkan dari 2 Disember 2010 dan sudah tamat versi wajib tayang hanya mampu membuat kutipan tiket sebanyak  RM 0.74 juta @ RM 740 Ribu sahaja. Tidak balik modal belanja pembikinan filem tersebut sebanyak RM 1.62 juta. Ini mungkin disebabkan jalan cerita filem yang dikatakan diadaptasi dari Filem I Not Stupid Too (2006) sebuah filem komedi Singapore arahan Jack Neo.
KUTIPAN FILEM AKU MASIH DARA

Jumlah terkini kutipan Filem Aku Masih Dara arahan Ahmad Idham terbitan Metrowealth MIG - David Teoh sejak 9 Disember 2010 sehingga masih ditayangkan kini di panggung terpilih telah berjaya membuat kutipan RM 2.05 juta @ RM 2,050,000. Filem ini menelan belanja sebanyak RM 1.5 juta gagal menyaingi kehebatan Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah setelah ditayangkan serentak pada tarikh yang sama.


KUTIPAN FILEM JANIN

Jumlah terkini kutipan Filem Janin arahan M. Hitler Zami terbitan Primeworks Studios di bawah label Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) dari 23 Disember 2010 sehingga 12 Januari 2011 kini telah membuat kutipan sebanyak RM 1.42 juta @ RM 1,420,000. Filem Seram ini Lakonan Sharifah Shahreza (Eja) bergandingan dengan Hairi Othman. Masih berkesempatan buat anda semua ke panggung wayang berdekatan.



KUTIPAN FILEM DAMPING MALAM

Filem Damping Malam merupakan filem penutup Tahun 2010 adalah sebuah filem arahan Ahmad Idham terbitan Metrowealth Pictures telah 12 hari dipawagam dan berjaya membuat kutipan sebanyak RM 1.49 juta @ RM 1,490,000 sejak 30 Disember 2010. Filem ini menelan belanja kos sebanyak RM 1.82 juta.


Berikut merupakan senarai kutipan Filem-filem penghujung tahun 2010.

Kutipan Terkini

1. Filem Ngangkung - RM 8.16 juta
2. Filem Aku Tak Bodoh - RM 0.74 juta
3. Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah - RM 7.5 juta
4. Filem Aku Masih Dara - RM 2.05 juta
5. Filem Janin - RM 1.42 juta 
6. Filem Damping Malam - RM 1.49 juta

Ini bukan jumlah kutipan terakhir filem-filem berkenaan, kerana ianya masih ditayangkan di pawagam-pawagam berdekatan. Ia hanya diupdate berdasarkan kutipan terkini dari pihak FINAS.

Tahun ini mampukah Filem Kongsi membuat kutipan pecah panggung melebihi Filem Ngangkung???
Lihat Trailer dan Sinopsis Filem Kongsi di sini


Isnin, 10 Januari 2011

Manchester United 1 - 0 Liverpool 3rd Round FA Cup 9 January 2011

Sebentar tadi berlangsung perlawanan 3rd Round FA Cup di antara 2 kelab gergasi merebut Piala tertua di di dunia antara Manchester United vs Liverpool yang berlangsung di Old Trafford yang mana keputusan perlawanan berpihak kepada tuan rumah mengatasi Liverpool dengan jaringan 1-0. MU mendapat gol tunggal melalui jaringan penalti Ryan Giggs pada minit ke-2 setelah Dimitar Berbatov dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Liverpool terpaksa bermain dengan 10 pemain hampir 60 minit permainan setelah Kapten Liverpool Steven Gerrard dibuang padang mendapat kad merah pada minit ke-32. Perlawanan dikuasi oleh Manchester United yang mengasak bertubi-tubi dan mendapat peluang demi peluang namun tidak berjaya mendapatkan gol. Maka dengan ini tersingkirlah Liverpool dari Piala FA dan harapan untuk memiliki piala musim ini semakin tipis.

RESULT FA CUP 3rd Round
MANCHESTER UNITED 1
Liverpool 0

1st Eleven MU:

  • Tomasz Kuszczak, 
  • Patrice Evra, 
  • Rio Ferdinand, 
  • Da Silva Rafael,
  • Jonny Evans, J (Chris Smalling, 84), 
  • Ryan Giggs, 
  • Michael Carrick,
  • Luis Carlos Nani, 
  • Darren Fletcher (Luis de Abreu Anderson, 63),
  • Dimitar Berbatov, 
  • Balcazar Javier Hernandez (Michael Owen, 75)

  • 1st Eleven Liverpool:

    • Jose Manuel Reina, 
    • Daniel Agger, 
    • Fabio Aurelio, 
    • Martin Kelly,
    • Martin Skrtel, 
    • Jose Raul Meireles (Jonjo Shelvey, 61), 
    • Steven Gerrard, 
    • Maximiliano Maxi Rodriguez (Ryan Babel, 60), 
    • Dirk Kuyt,
    • Leiva Lucas, 
    • Fernando Torres (David N'Gog, 77)

~ Glory-Glory Man. United ~

FA Cup 4th Round Draw...

Sheffield Wednesday v Wycombe/Hereford 
West Ham v Nottingham Forest 
Aston Villa v Blackburn 
Stevenage v Reading 
Notts County v Man City 
Doncaster/Wolves v Stoke/Cardiff 
Birmingham v Coventry 
Burnley v Burton 
Swansea v Leyton Orient
Southampton v Manchester United
Everton v Chelsea
Fulham v Tottenham
Arsenal/Leeds v Huddersfield
Bolton v Wigan
Watford v Brighton
Torquay United v Crawley Town/Derby

4th Round berlangsung pada 29 dan 30 Januari 2011.