Header Ads

Kekenyangan Bakal Jadi Rutin Bulanan


 Huh... nampaknya DVII tadi baru sahaja lepas makan-makan bersama 'opismate'. Tak tahu pula yang ini akan dibuat setiap minggu pertama dapat gaji tiap-tiap bulan, kira dah jadi acara bulananlah kan.... Ini juga salah satu cara untuk merapatkan saf antara rakan-rakan sekerja di tempat kerja...tapi dah rapat-rapat camni pun, tetap tidak serasi kan...kan...kan... mungkin ada yang faham maksud DVII ini...biasalah, kakitangan makan gaji...hehehe....


Menu utama hari ini, ialah Pizza dan menu sampingan terdapat pau dan juga lepat pisang. Terbuka kepada sesiapa sahaja yang berhajat untuk membawa juadah sebagai santapan bersama...DVII baru tahu semalam, ikutkan hati ingin juga nak bawa sesuatu untuk dimakan bersama-sama, tapi dah diberitahunya lambat sangat, tak sempat nak 'order' ke apa...hehe...so InsyaAllah, bulan depan giliran DVII pula...


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.