Header Ads

United ingin teruskan momentum, Spurs - Tamatkan rekod United sejak 2001??? Live @ Astro 817 - 11.55

English Premier League Fixture
Gameweek 21

Tottenham Hotspur
vs 
Manchester United
Live @ Astro 817
11.55 PM

Pertembungan perlawanan English Premier League malam ini bakal menyaksikan sama ada Spurs mampu untuk menewaskan Red Devil bagi memadamkan rekod 19 pertemuan liga sejak Mei 2001 tanpa menang bertemu United. Jika benar United ditewaskan, Spurs juga menjadi pasukan pertama yang menewaskan United musim ini dalam liga perdana. 

Untuk rekod, Manchester United telah mengharungi 20 perlawanan liga tanpa kalah musim ini walaupun benteng terakhir dibarisi oleh penjaga gol kedua, Thomas Kuszczak beberapa perlawanan terakhir disebabkan Edwin Van Der Saar belum pulih dari serangan selsema yang melanda sejak 2 minggu lalu. Mampukan Spurs???

Walaupun tanpa pemain yang konsisten diturunkan oleh Sir Alex Ferguson, yang pasti itu adalah skuad terbaik United untuk mempertahankan rekod tanpa kalah dan juga mencari 3 mata maksimum setiap perlawanan untuk menjarakkan kedudukan dari Arsenal, City dan Chelsea yang menang malam tadi dengan lawan masing-masing. United masih mempunyai baki 1 perlawanan selepas pertemuan dengan Spurs nanti.

David Beckham yang telah disahkan menjalani musim rehat MSL di Spurs dan sudahpun turun latihan diberitakan tidak diturunkan menjelang pertemuan dengan bekas kelabnya Manchester United, dan DVII jangkakan seandainya berpeluang diturunkan, Beckham sendiri akan meminta tidak bermain dalam perlawanan itu, kerana United sentiasa di hati Beckham. 

United pula malam ini akan menurunkan kembali Wayne Rooney dan Nemanja Vidic yang disahkan telah pulih dari kecederaan, Rooney direhatkan ketika United menang dengan Liverpool 1-0 dalam pertemuan klasik Piala FA 3rd Round.

Marilah sama-sama kita menyaksikan Manchester United melakar kemenangan dan mengekalkan rekod tanpa kalah malam ini. Glory-glory Man. United.

UPDATE :
English Premier League Fixture
Gameweek 21

Tottenham Hotspur 0
vs 
Manchester United 0

Manchester United menurunkan Wayne Rooney dan juga Edwin Van Der Sar di benteng terakhir untuk meneruskan rentak kemenangan dan tanpa kalah, tetapi skuad United yang bermain 10 orang 16 minit terakhir setelah Rafael Da Silva dibuang padang kerana menerima kad merah setelah mendapat kad kuning kedua perlawanan. Keputusan perlawanan berkesudahan 0-0.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.