Rabu, 2 Februari 2011

Kutipan Tiket Semasa Filem Khurafat dan Filem HAQ

FILEM KHURAFAT 2010


Filem Khurafat merupakan filem bergenre seram pertama keluaran dari Skop Production. Ianya dihasilkan oleh pengarah muda Syamsul Yusof yang telah memecah tradisi genre dari Skop Production. Filem Khurafat yang ditayangkan di pawagam sejak 13 Januari 2011 telah mendapat sambutan hangat dikala musim filem-filem seram menjengah pawagam negara kita sejak kebelakangan ini.

Sehingga 1 Februari 2011 iaitu sudah 20 hari Filem Khurafat berada di pawagam Malaysia, ianya telah berjaya membuat kutipan semasa yang cukup memberangsangkan iaitu sebanyak RM 6.61 juta @ RM 6,610,000. Tidak mustahil Filem Khurafat mampu membuat kutipan mencecah sehingga 7 ataupun 8 juta sebelum tamat tempoh wajib tayang. Jadi kepada semua yang masih belum menyaksikan Filem Khurafat ini, mari terjah ke pawagam berdekatan anda...(jangan hanya nak harapkan download dan menorent Filem Khurafat DVDrip sahaja dari Internet!!! cubalah pergi 'support' Filem Tempatan kita!...hehehe)
Update terkini dari FINAS : Kutipan Terkini Tiket Filem Khurafat

Dengar² Filem ini amat seram, dan memang puas ati pergi tengok wayang bersama kawan-kawan ataupun awek ataupun teman tapi mesra...hehehe....jom terjah!!!


Berikut merupakan kata² yang di post oleh Syamsul Yusof di Facebooknya ketika Filem Khurafat telah mencapai kutipan RM6.5 juta, tak lupa juga, dia berpesan "Bukan berapa kutipan yang jadi kayu ukuran tetapi berapa ramai yang dapat ambil pengaharan." semoga kita semua mendapat pengajaran dan iktibar dari Filem-filem seram yang kita tengok...

Manakala sebuah lagi Filem yang baru menjengah pawagam iaitu Filem HAQ lakonan Zul Huzaimy, Ady Putra, Nanu dan Raja Farah sebagai watak utama telah berada di pawagam sejak 27 Januari 2011 yang lalu, iaitu telah hampir seminggu di pawagam. Kutipan untuk Filem HAQ setakat ini, kurang memberangsangkan, kerana dalam tempoh 1 minggu tidak berjaya melepasi kutipan RM 1 juta, Kutipan Terkini Filem HAQ baru mencecah RM 360 ribu.


Untuk makluman.
Jumlah Kutipan semasa Filem yang bermain di pawagam update FINAS.
Filem Khurafat - RM6.61 juta  (RM 8 juta  by Syamsul Yusof on 6 Februari )
Filem HAQ - RM 360 ribu.



UPDATE terkini dari Syamsul Yusof 6 Februari : " ALHAMDULILLAH.KHURAFAT mencecah RM 8 JUTA.SYUKUR.Terima kasih warga SINGAPURA atas layanan semua!Terharu atas anugerah Pelapis Lagenda mewakili penggiat muda seni filem Malaysia!Diharap lagu "YA ROBBI"-KHURAFAT sentiasa jadi ingatan semua!LOVE YOU ALL! "



Tahniah dari DVII buat Syamsul Yusof kerana Filem Khurafat - Perjanjian Syaitan merupakan Filem seram pertama arahan Syamsul Yusof telah mencecah kutipan RM 8 juta, yang mana ianya adalah kutipan tiket tertinggi di antara Filem-filem arahanya buat masa ini. Tahniah dan teruskan lagi berkarya untuk menghasilkan filem yang berkualiti untuk tanah air.

1 ulasan:

  1. Filem Haq memang sebuah filem aksi yang bagus cuma jalan ceritanya berserabut,watak Raja Farah,Nanu,Bapa Budi tidak dijelaskan denggan terperinci dan apa kaitan tentang bebola cahaya kepunyaan Budi dengan kuasa misterinya.Rasanya kalau Aaron Aziz dan Fahrin Ahmad yang memegang watak Haq dan Budi mungkin lagi gempak kot!

    BalasPadam