Jumaat, 4 Februari 2011

Online @ Restoran Darussalam @ Mamak Berkembar Presint 9, Putrajaya

Huh...setelah kebosanan duduk di rumah cuti-cuti Hari Raya Cina ini. DVII membosankan diri kat umah, so sebelum solat Jumaat sebentar lagik, DVII melepakkan diri di mapley seorang diri. Makan Nasi lemak telur mate + Milo Ais...huhu....

Putrajaya ni sempena cuti yang panjang macam ni, sunyi sepi, parking pun senang nak cari disebabkan ramai penduduk pulang ke kampung halaman memasing. DVII takde pergi kemana disebabkan hari Isnin yang lalu baru sahaja pulang dari Kelantan. Jadi, cuti Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad ini tak tahu lagi plan ke mana. Tapi yang pasti, hari Ahad adalah hari pergi majlis kenduri kahwin kawan....huhu...Musim mengawan lah katakan....

Oklah...malas nak bercoret panjang lebar... dah sampai masa DVII balik ke rumah, menyiapkan diri untuk pergi menyahut seruah illahi Solat Jumaat di Surau berdekatan rumah...Time untuk berambus dari mamak disebabkan bateri lappy pon dah nak abes....ok!...

Chalos....

Buat sesiapa yang datang kesini...password untuk Wifi Restoran Darussalam ialah 0123456789. Selamat mencuba.....

*** Breakfast @ Mamak ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan