Header Ads

Petrol RON97 naik 10sen 1 Februari 2011 dan Minyak Turun bulan JUN 2011 berapa sen???

Naik 10 sen = RM2.50 / liter

Salam, DVII menggodek² pada petang hari ni disebabkan hari ini, 

Huh...Minyak Naik Kecoh??? Tak jugak kot...sebab dah biasa tiap² bulan dengar Minyak Naik, Petrol Naik...betul tak...

1 Februari 2011 merupakan kali keempat Petrol RON97 dinaikkan berturut-turut. DVII baru tahu hari ini, 
maknanya dah terlewat lah kan...haha..disebabkan malam tadi DVII baru sampai dari Kelantan
Gambar dibawah merupakan kronologi kenaikkan harga minyak / petrol RON97 2004-2011 tidak termasuk untuk bulan Februari ini yang menjadikan RM2.50 / liter.




Mengikut sumber dari Kosmo a.k.a Bernama kenaikan minyak disebabkan peningkatan harga minyak mentah kepada AS$105 setong minggu ini berbanding AS$100 setong sebelum ini. Dan disebabkan peningkatan mendadak penggunaan minyak mentah di Amerika dan Eropah akibat cuaca sejuk. Zulkifli berkata, harga minyak mentah dunia akan kembali turun sebaik musim panas tiba pada Jun ini dan harga petrol akan stabil pada waktu itu.

Jadi adakah harga minyak mentah di Malaysia akan turun??? DVII jangkakan kalau turun pun tetap berada di paras RM2.10 / liter untuk RON95. Dan bagaimana pula harga barang yang dinaikkan akibat kenaikan harga minyak??? adakah akan turun juga??? sama-sama kita nantikan....walaupun sudah tahu jawapannya...hehehe....

Tadi DVII berkesempatan menggodek harga pasaran dunia, tidaklah sampai AS$105 setong baru sekitar $92, atau mungkin DVII tidak tahu pengiraan macam mana. Maafkan DVII. Untuk harga minyak dunia semasa sila ke OilPrice .





Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.