Tahniah Untuk Skuad Malaysia! Menang 2-0 ke atas Pakistan

Pagi ini DVII ingin mengucapkan TAHNIAH ke atas skuad muda Malaysia di bawah bimbingan Ong Kim Swee yang beraksi malam tadi di Stadium Shah Alam menentang skuad Pakistan yang berada di Ranking ke 172 dunia, manakala skuad Malaysia berada di Ranking ke 140 dunia (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA).
Keseluruhan perlawanan malam tadi menjadi penaklukan Malaysia lebih-lebih lagi setelah pemain Pakistan bejersi no. 17 dibuang padang lewat babak pertama akibat menujah / menaji ke atas Apek @ Khairul Fahmi Che Mat @ KFCM betul² di depan pengadil perlawanan yang semuanya didatangkan dari Hong Kong.

Dua pemain muda, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohd. Irfan Fazail muncul wira negara dengan gol pada separuh masa pertama pada minit ke-3 dan 45.

Malaysia buntu menambah koleksi jaringan sebagai bekalan selesa untuk perlawanan timbal balik di Lahore, Pakistan pada 9 Mac 2011 nanti. Tetapi TAHNIAH diucapkan kepada Harimau Malaya kerana berjaya mengelakkan gawang kita dari dibolosi oleh pihak lawan. Semoga skuad Malaysia menang dan layak ke pusingan seterusnya dan mengulangi pencapaian Skuad negara 1972, 1980 layak ke Sukan Olimpik.
KELAYAKAN OLIMPIK
MALAYSIA 2
PAKISTAN 0
Next Match at Lahore 9 Mac 2011
Pakistan vs Malaysia
Post a Comment