Isnin, 21 Mac 2011

~ Blogwalking serta mencari INFO ~

DUN SARAWAK DIBUBARKAN HARI INI 21 MAC 2011
- CONFIRM -
PENAMAAN CALON : 6 April 2011
HARI PENGUNDIAN : 16 April 2011
~ SELAMAT MENGUNDI ~


HaHaHa....

Di pagi dan tengah hari Isnin yang mulia ini, yang selalunya banyak hal dan kerja yang perlu diselesaikan, tetapi hari ini...DVII terasa amannya bekerja...kenapa ya? HeHeHe...mungkin disebabkan suasana di 'office' yang menuju ke penghujung sesi pengkuliahan...;-) jadi tidak banyaklah anekaragam nya....

Disebabkan takde apa yang hendak dibuatkan, DVII mencuri-curi peluang mem'blogwalking'kan diri ke rumah² bloggers yang lain, ziarah menziarahi dan kunjung mengunjungi secara maya...HeHeHe Yang mana sempat, DVII Follow dan 'say' Hi! Jangan lupa BW ke rumah DVII juga ya!

Seterusnya DVII meng'google'kan diri destinasi pelancongan dan tempat² menarik untuk ke negeri Borneo iaitu Sarawak yang mana bulan depan DVII dan 'officemate' telah membuat perancangan untuk pergi bercuti di Kuching Negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Harap-harap dapatlah tengok Burung Kenyalang tu ya!... Untuk jadual program semasa di Sarawak nanti, masih lagi tidak dapat dipastikan kemanakah tempat-tempat yang bakal ditujui...Di sana nanti DVII dan kawan menginap di Merdeka Palace Hotel...Nasib masa yang DVII pergi ke sana tidak kena pada tarikh Penamaan Calon dan juga Hari Pengundian Sempena Pilihanraya Negeri Sarawak yang ke 10, kalau tidak sudah pasti, kemeriahannya dapat dirasakan....hehehe....Perang Poster lah!!!...DVII masih mencari info bagi tempat menarik yang bakal dilawati di Sarawak...So, sesapa ada pengalaman di sana, boleh lah kongsikan bersama DVII di sini sebagai panduan. Occay!

Itu Sahaja! Seterusnya masa untuk meng'google'kan diri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan