Menjelang hari-hari berangkat ke Kuching, Sarawak dengan penerbangan FireFly di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa KL, (KLIA) pada hujung minggu ini, DVII dan kawan-kawan sibuk membincangkan tentang pengangkutan yang masih belum mendapat kata putus lagi, sama ada MyVI ataupun Naza Citra yang hendak disewakan di sana nanti.
Sambil-sambil itu, DVII masih belum lengkap lagi mencari info-info menarik tentang bandar Kuching dengan senarai tempat-tempat menarik untuk di kunjungi di bandar Kuching nanti yang mana DVII masih belum menjejakkan kaki di sana. (kalau ada yang boleh bagi cadangan silakan...sangat-sangat dialukan....)
Pening juga disebabkan belum pernah sampai di Kuching, jadi tak tahu mana tempat menarik yang patut dilawati, sekarang ini sibuk cari maklumat dari Pakcik Google! Minta-mintalah sempat cari sebelum Jumaat ini. Nak berangkat dah ni....
Nanti DVII akan update lagi mengenai Kuching, atau mungkin selepas pergi ke sana, DVII akan menceritakan perjalanan percutian di sana nanti sebagai rujukan rakan-rakan bersama.
tags : Firefly, Cuti-Cuti Malaysia, Tempat Penginapan di Kuching,
cepat update ape yg best..my fren nak g kuching esok..heee..leh i cite kat die nnt
BalasPadamhehehe...esok ker? 3h2m gak eh...
BalasPadamohoho...mesti die da plan besh3x kan.....
senang2...bg tentatif die kat DVII jerlah....haha....
tempat² menarik DVII tak abes survey lagik, tapi sure nak pergi, Sarawak Culture Village(rm60 per pax), Pekan Serikin (sabtu dan ahad), Kek Lapis Dayang Salhah, Pasar Satok (buka malam sabtu shj.)
huhu...byk lg....
gamaknye la kot 3h2mlm..heee...mane lagi tmpt yg kamu penah g?mesti kuat jln nie..hee
BalasPadam