Header Ads

Fatwa Hukum Tarian Senaman Poco-Poco



Hari ini DVII terbaca satu keratan akhbar dan juga surat rasmi dari Jabatan Mufti Negeri Perak, berkenaan hukum halal atau haram aktiviti yang sering dilakukan oleh penjawat awam yang berkursus ataupun yang menghadiri majis keraian disertai dengan senamrobik poco-poco ini. 


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Berikut merupakan artikel surat rasmi tersebut.


"Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011M bersamaan 19-21 Safar 1422H kali 186 memperaku supaya diharamkan tarian atau senaman poco-poco atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan".

Pada pandangan DVII pula wajarlah diharamkan kerana gerak tarinya berkonsepkan salib tak ubah hampir sama seperti yang dilakukan oleh penganut agama tersebut di bahagian muka-dada. Ala, yang selalu pemain bola sepak buat time pertukaran pemain tu, konon-konon ambil berkat minta restu.

Kawan A DVII pula mengatakan dari segi pakaian mereka yang menyertainya. (bagi DVII pakaian bukan pokok pangkalnya).

Kawan B pula mengatakan ianya boleh membuatkan penonton terangsang disebabkan lenggok tubuh badan penari atau peserta poco-poco. (ada betulnya juga, kerana Islam menentang wanitanya mendedahkan aurat apatah lagi memperagakan tubuh badan melalui lenggok tari….lebih malang lagi mencampur adukan kepercayaan agama lain dgn Islam)

Berbagai-bagai pendapat yang boleh diberikan oleh kita semua. Jadi, bagi mengelakkan perkara yang syubhah eloklah tidak diamalkan tarian poco-poco.(tapi DVII suka jugak sebenarnya dengan tarian tersebut, mungkin boleh diubah langkah tarinya...HeHe.)

*** Yoga juga kalau tak silap DVII telah diharamkan sebelum ini. Betul ker???

tags : fatwa hukum tarian poco-poco, hukum islam, halal haram tarian poco-poco, senamrobik poco-poco

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.