Sabtu, 30 April 2011

Pertembungan Musuh Tradisi : Arsenal vs Manchester United [EPL]





Arsenal vs Manchester United
1 May 2011
9.05 Malam (Waktu Malaysia / Malaysian Time)
Stadium Emirates
Live @ Siaran Secara Langsung di Astro ESPN 812, 832

Nampaknya esok bakal menyaksikan pertembungan dua musuh tradisi Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Arsenal vs Manchester United di Stadium Emirates. Arsenal yang sebelum ini adalah antara pencabar utama kejuaraan liga, kini memasuki minggu-minggu kejatuhan skuad berkenaan apabila satu persatu dari buruan empat piala terlepas dari jangkauan Arsene Wenger bermula dengan kekalahan kepada Birmingham City di Final Piala Liga April lalu.
Cesc Fabregas Nadi Arsenal
Bermain di tempat sendiri bukanlah tuah bagi anak buah Arsene Wenger kerana rekod pertemuan Arsenal Manchester United sebelum ini tidak memihak kepada Arsenal apabila kalah kedua-dua perlawanan di stadium kemegahan The Gunners. Arsenal tidak pernah menang sejak November 2008 bertemu dengan United. Diikuti pula prestasi The Gunners dalam liga ketika ini yang mana meraih 2 mata dari 3 perlawanan iaitu seri dengan Liverpool dan Tottenham Hotspurs diikuti dengan kekalahan jaringan minit terakhir kepada Bolton Wanderers minggu lepas, ia bukanlah petanda terbaik buat Arsenal yang terus dirundung malang.
EPL Trophy bakal kembali ke Old Trafford?
DVII melihat tahun ini adalah tahun terbaik bagi Arsenal untuk menjuarai liga setelah enam tahun tidak memenangi sebarang piala sejak Final Piala F.A 2004 menentang United. Dengan skuad yang dibarisi pemain muda yang kian matang dari tahun ke tahun, sepatutnya keserasian dapat diterapkan dan digunakan pada tahun ini. Tetapi skrip yang sama setiap tahun berlaku iaitu kemerosotan prestasi Arsenal di pertengahan liga mahupun di penghujung liga seperti yang berlaku ketika ini dipintas Chelsea menyebabkan Arsenal berputih mata. Kini tumpuan Arsene Wenger hanyalah sebagai pengacau kepada United di samping memastikan skuadnya layak automatik ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan tidak dicabar Manchester City.
Berbeza pula dengan Sir Alex Ferguson yang ketika ini menanti detik-detik kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada bila-bila masa sahaja dari sekarang. Jika menang dengan Arsenal malam esok, dan Chelsea tumpas di tangan Spurs, United bolehlah dinobatkan Juara EPL dengan 9 mata di depan berbaki 3 perlawanan terakhir iaitu Chelsea, Blackpool dan Birmingham adalah sesuatu yang mustahil jika United kalah ketiga-tiga baki perlawanan.

Hernandez semakin berbisa
Diiringi dengan semangat United yang sebelah kaki telah melangkah ke pentas UEFA Champions League Final di Wembley 28 May 2011 nanti setelah menang 2-0 di Separuh Akhir pertama ke atas Schalke 04, pastinya United mahu menang dengan Arsenal untuk mengesahkan ataupun memudahkan perjalanan liga mereka lebih awal untuk fokus dalam kempen UCL pada Rabu pagi menentang Schalke 04 di Separuh Akhir kedua UCL.
Farbregas vs Ryan Giggs

Apa-apa pun DVII jangkakan perlawanan menarik pasti akan disajikan kedua-dua pasukan yang mahukan kemenangan dan Arsenal sudah pasti mahu bangkit dari kekalahan liga, manakala Manchester United musim ini bergelut untuk meraih kemenangan di sebarang gelanggang di luar Old Trafford. Adakah United terus menakluki Emirates Stadium untuk berpesta lebih awal??? Ataupun Arsenal ingin mengheret United ke perlawanan seterusnya menentang Chelsea mengesahkan kejuaraan liga??? Sama-Sama kita nantikan...

*** panjang pula DVII berceloteh ya...

Jadual Perlawanan Liga Perdana England
Hari Ini, Sabtu
Wigan lwn Everton
(Siaran Langsung Astro 817, 10 mlm)
West Brom vs Aston Villa
(Siaran Langsung Astro ESPN 812, 9.55 mlm)
Sunderland vs Fulham
(Live @ Astro 813, 9.55 mlm)
Blackpool vs Stoke City
Blackburn vs Bolton


Esok, Ahad
Chelsea vs Tottenham Hotspurs
(Live @ Astro 817, 12.30 pg)
Liverpool vs Newcastle United
(Live @ Astro 812, 6.55 ptg)
Arsenal vs Man. United
(Live @ Astro 812, 9.05 mlm)
Man. City vs West Ham
(Live @ Astro 817, 11.10 mlm)
Birmingham vs Wolverhampton

tags : Arsenal Match Preview Highlight, Manchester United Match Preview Hig
hlight, Man. United Statistics, Review Games, Giggs, Nani, Carrick, Theo Walcott, waktu perlawanan MU vs Arsenal , Waktu perlawanan arsenal vs MU, live game, astro

Sila Tinggalkan Link Anda...

Salam Petang, DVII baru jer lagi add 'mende alah' ni kat blog ni, harap ianya dapat membantu DVII dan juga yang lain-lain untuk senang beramah mesra ke blog² yang terdapat dalam list di bawah....jangan lupa ya, kalau 1st time singgah disini pastikan anda mengisi Name dan URL di kotak yang disediakan... lokasinya terdapat di bawah sekali setiap entri...

Sponsored by Mister Linky's Magical Widgets


bagi sesiapa yang masih belum ada atau lambat macam DVII silalah ke Mister Linky's
dan ikut arahan untuk sesi pendaftaran. ;-) 

Jumaat, 29 April 2011

Ke Tutti Frutti Seri Bangi

Huh...

Setelah selesai solat Jumaat tadi DVII dan BFF pergi ke Tutti Frutti Seri Bangi yang terletak di No. A-5, Ground Floor, Jalan 8/35, Seksyen 8, Seri Bangi berhadapan dengan TMnet yang dari Tasik Cempaka dan juga D'One Steak.

Apa yang ada di Tutti Frutti Seri Bangi??? Apa yang menarik dan bestnya???semalam selepas makan Mc'D kawan ajak pergi ke sini selepas Jumaat, dia kata, boleh makan ais krim...nyum3x.. jadi TERpaksalah pergi serang Tutti Frutti pulak hari ini.

Disertakan gambar kami di Tutti Frutti Seri Bangi...Layankan...

 

Waktu Operasi Tutti Frutti Seri Bangi ialah dari 
Ahad - Khamis 12.00 PM - 12.00 AM
Jumaat - Sabtu 12.00 PM - 1.00 AM

Tutti Frutti Seri Bangi merupakan kedai Yogurt @ Frozen Yogurt alaf baru ;-) semuanya disini layan diri @ self services ;-) . Disebabkan DVII semuanya adalah 1st time datang kesini, maka dengan secara hormatnya kitorang diberi layanan yang istimewa oleh Staff TF tersebut, Bolehlah merasa tester dahulu sebelum mengambil perisa masing-masing.


Mesin Sejuk Aiskrim di Tutti Frutti - Self Services
Antara perisa yang DVII suka ialah Red Valvet dengan Chocolate serta Strawberry, Vanilla, Apple, Orange, TF Original dan banyak lagi yang lebih menarik dan sedap...;-) cubalah pergi... 

Sebelum dan Selepas makan 'yogurt tutti frutti'
Apa yang DVII dapat lihat, di Tutti Frutti ini ialah pelanggan kena kendalikan mesin sejuk yang terdapat seperti di PICTURE 2. DVII bertanya kepada kawan, siapa pemilik kedai tersebut, rupanya ia dimiliki oleh seorang artis iaitu Ainul Aishah mungkin juga family bussiness. Siapa Ainul Aishah ? Yang itu DVII belum selidik lagi...HeHeHe...

Total perbelanjaan kami berlima di Tutti Frutti tadi ialah lebih kurang RM70++ ;-)
Tapi ia amat puas hati disebabkan semua perisa tersebut adalah pertama kalinya kitorang makan...HeHeHe..

Jangan lupa mengusha Tutti Frutti Seri Bangi di Facebook. Boleh tahu info ataupun apa yang menarik di sana. Like pages tersebut okay. Tutti-Frutti-Seri-Bangi @ Facebook 

Adess... dah macam program jalan-jalan cari makan pulak kitorang nih...HuHuHu

Breakfast With Bihun Sup

Bihun Sup : Gambar Ikhlas dari Pakcik Google


Nyum...nyum... nampaknya hari ini rasanya hari pertama dalam sejarah breakfast DVII makan Bihun Sup di kafe bawah...tapi bukan Bihun Sup Ani Utara tau... kalau ikutkan sebelum dan selama ini, DVII tak berapa suke sangat makanan yang berunsurkan mee atau bihun tapi tetap makan juga, cuma kalau nak makan waktu pagi rasanya tak sesuai...HeHeHe...

Tapi mungkin disebabkan keadaan cuaca yang hujan sejak pagi tadi, sejuk tue... dan juga bibir DVII yang pecah dalam di bahagian bawah menyebabkan timbulnya 'mata ikan' ...HeHeHe...sakit wooo...so terpaksalah breakfast kali ini dengan bihun sup...;-) try punya try punya try....sedap juga rupanya....terbakar beb...sebab panas dan ditambah dengan air pun suam-suam panas....HuHuHu....untuk kesihatan bibir lah katakan...kalau bibir tak pecah, mahu tiap-tiap hari tak pernah miss air sejuk pelbagai perisa dan warna...

Jadi itu adalah menu breakfast pagi ini...menu korang macam mana?....

Dah lama tak dapat BE..

Entri malam ini DVII nak cerita mengenai iklan nuffnang yang kerap melekat di blog DVII ketika ini datangnya dari AirAsiaX Christchurch SS yang mengisahkan tentang peraduan untuk memenangi trip percutian ke New Zealand 7D/6N.(bestnye!)

Kalau diklik anda akan dibawa ke facebook facesgoplaces. DVII tak masuk pon peraduan tersebut, kerana undian kawan-kawan amat diperlukan jika kita menyertainya. Perlu kawan-kawan LIKE gambar yang kita upload mengenai aktiviti percutian atau gambar menarik tersebut. Itulah punca DVII tak sertai nya...kalau rasa nak sertai dan berpeluang memenangi pakej percutian ke Christchurch, New Zealand...cubalah klik di bahagian UNTUK BELI FERRARI sebelah kanan anda dan ikut langkah-langkah yang diperlukan ok.



Antara lainnya DVII nak cerita mengenai iklan nuffnang ini ialah, ini merupakan BE-Buffered Earning @ Pendapatan Terumpuk DVII yang ketujuh @ terakhir ketika ini sejak dapat secara aktif bulan Mac yang lalu. Dah lama BE tak singgah ke blog DVII ini. HuHuHu...sedey lah pulak...tapi takpelah, Itu semua sampingan sahaja...Apa yang penting ialah blog DVII tidak terus usang dan DVII kalau boleh hari-hari nak update entri, tapi biarlah ENTRI yang bermanfaat buat semua, betul tak...tapi...kalau entri tu bermanfaat buat DVII pun apa salahnya...inikan blog DVII...;-)...

Akhir sekali, DVII ucapkan terima kasih banyak-banyak buat semua yang singgah dan blogwalking ke blog DVII ini tak kira siang, malam atau pun tengah malam kerana sudi hadir dan DVII tak kisah kalau anda nak komen demi kebaikkan blog DVII ini. DVII terima dengan hati yang terbuka...;-) 
Sekian, Terima Kasih & Selamat Malam.

*** Christchurch ??? teringat DVII kat drama yang pernah hit dan meletop satu ketika dulu, iaitu Drama Bersiri Cinderella...DVII cari kat internet masih tiada yang upload pon drama Cinderella tersebut arahan Din CJ, lakonan Ahmad Idham..kalau ada DVII nak juga download...HeHe....(walaupun sebenarnya CD tersebut DVII dah ada)


Khamis, 28 April 2011

Mc'D Diserang Disebabkan Kaca?









28 APRIL 2011
Charcoal Coca Cola Can Glass 1st Mc Donald's Collection 

28 sudah tiba jadi TERpaksalah DVII menyerang dengan pantasnya ke Mc Donald's 
yang berdekatan sempena Lunch tengah hari tadi. DVII memang dah ajak awal² mesti pergi, (sila rujuk entri Mc Donald's Coca Cola Can Glass, Jom Serang Mc'D )
ada orang nak ikut ke, tak nak ikut ker, kita pergi... 
last sekali Mc Donald's diserang oleh 
6 Orang yang sama pergi bercuti di Kuching tempoh hari...;-) ( rujuk Cuti - Cuti Malaysia di Bandar Kuching, Sarawak )


Set Mc Value Large Big Mac + Sundae = Free Coke Can Glass ;-)
 Ini adalah set DVII, kalau ikutkan tak terhabis dengan set large, tapi disebabkan Free Gift (free ker?) @ Cenderahati yang comel oleh Mc D TERpaksa lah ambil set large...;-)

Antara enam orang, sorang jer yang ambil set biasa, so dapatlah 5 Coke Can Glass...kan bes kalau semuanya diorang bagi kat DVII...HaHaHa...tapi itu KALAU...realitinya diorang pun nak wat collection juga setelah TERracun dengan pelawaan DVII...:-)

Tiada sesi penggambaran dilakukan disekitar Mc'D kali ini kerana masing² fokus berbincang tentang next percutian kitorang...HeHeHe...dan ramai yang lunch di Mc'D, kalau tengok setiap meja, pasti ada glass ini...HeHe..

Gambar Charcoal Coca-Cola Can Glass DVII ;-) disebabkan hari ini hari pertama dan baru bermulanya promosi Mc'D ini jadi dapatlah warna Charcoal ..;-)

Inilah rakan-rakan punya...HeHeHe...

Kali ini ada 7 versi warna semuanya... ;-)

*** Kalau ada diantara anda yang tak mahu Coke Can Glass, tapi hendak makan di Mc'D sahaja boleh lah bagi kepada DVII sebagai Souvenier yer....;-)
*** tajuk entri gempak tak boleh blah...sorry yer... kaca = glass = can glass ;-)



Semi Final Leg 1 UEFA Champions League Result : Real Madrid vs Barcelona [0-2]


Final UEFA Champions League
Saturday May 28, 2011


1st Semi Final UEFA Champions League
Real Madrid 0 vs 2 Barcelona
Lionel Messi 76', 87'
Wednesday 27 April, 19:45
Thursday 28 April, 02:45 (Malaysia Time)
Live Games @ Astro

Pertarungan seteru utama La Liga bersambung kembali di Separuh Akhir Liga Juara Juara perlawanan yang pertama yang mana pagi tadi Barcelona menundukkan Real Madrid yang terpaksa bermain hampir 30 minit terakhir dengan 10 orang pemain setelah Pepe dibuang padang pada minit ke 61'. Ia dituruti dengan perintah duduk di bangku penonton ke atas Jurulatih Real Madrid, Jose Maurinho yang turut dilayangkan kad merah kerana membantah dan berang dengan tindakan pengadil.

Permainan yang rata-rata dikuasai oleh Barcelona dengan penguasaan sebanyak 72% berbanding Real Madrid 28%. Messi menjadi pemusnah pada edisi pertama Semi Final buat Real apabila menjaringkan 2 gol dalam tempoh 15 minit terakhir termasuk dengan larian solo menewaskan lima pertahanan Real sebelum menguis bola ke gawang.

Tapi yang peliknya, macam mana pula penjaga gol simpanan Barcelona Jose Pinto juga kena kad merah yer pada minit 45+2' ?...di sini ada video sebab apa Jose Pinto dilayangkan red card : Jose Pinto RED CARD & FIGHT vs Real MAdrid . Walaupun Jose Pinto tak bermain, tapi tak pasal-pasal dapat red card...tak kawal emosi lah tue....DVII tak tengok perlawanan pagi tadi...sebab ngantuk sangat...HeHeHe...Sorry Yer...

Saksikan statistic perlawanan Real Madrid dan Barcelona, sudah pasti anda tahu siapa yang pegang game semalam... Adakah Final UEFA Champions League 2008/2009 di antara Manchester United vs Barcelona akan berulang??? sama-sama kita nanti dan saksikan minggu depan... ;-)


MATCH STATISTICS

Real MadridBarcelona
0Goals scored2
3Attempts on target5
3Attempts off target3
1Corners1
17' 9''Possession (time)43' 23''
28Possession (%)72
21Fouls committed25
3Yellow cards2
1Red cards1


LINEUPS

real madrid

Real Madrid

barcelona

Barcelona

1
CasillasIker Casillas (GK) (C)
1
Víctor ValdésVíctor Valdés (GK)
3
PepePepe
Red Card61'
2
Daniel AlvesDaniel Alves
Yellow Card44'
4
Sergio RamosSergio Ramos
Yellow Card53'
3
PiquéGerard Piqué
7
Cristiano RonaldoCristiano Ronaldo
5
PuyolCarles Puyol (C)
10
L. DiarraLassana Diarra
6
Xavi HernándezXavi Hernández
12
MarceloMarcelo
7
VillaDavid Villa
Substitution90+1'
14
Xabi AlonsoXabi Alonso
10
MessiLionel Messi
Goal76'
Goal87'
17
ArbeloaÁlvaro Arbeloa
Yellow Card40'
14
MascheranoJavier Mascherano
Yellow Card57'
18
AlbiolRaúl Albiol
15
KeitaSeydou Keita
22
Di MaríaÁngel Di María
16
BusquetsSergio Busquets
23
ÖzilMesut Özil
Substitution46'
17
Pedro RodríguezPedro Rodríguez
Substitution71'

Substitutes

13
AdánAntonio Adán (GK)
13
José PintoJosé Pinto (GK)
Red Card45+2'
8
KakáKaká
11
JeffrenJeffren
9
BenzemaKarim Benzema
18
MilitoGabriel Milito
11
GraneroEsteban Granero
20
AfellayIbrahim Afellay
Substitution71'
19
GarayEzequiel Garay
26
FontàsAndreu Fontàs
20
HiguaínGonzalo Higuaín
28
Sergi RobertoSergi Roberto
Substitution90+1'
28
AdebayorEmmanuel Adebayor
Substitution46'
Yellow Card83'
30
Thiago AlcántaraThiago Alcántara

Coach

José Mourinho (POR)Josep Guardiola (ESP)

Referee

Wolfgang Stark (GER)

Assistant referees

Jan-Hendrik Salver (GER), Mike Pickel (GER)

Fourth official

Thorsten Kinhöfer (GER)

Additional assistant referees

Babak Rafati (GER), Tobias Welz (GER)

Legend:

  • GoalsGoals
  • Own goalOwn goal
  • PenaltiesPenalties
  • Missed PenaltiesMissed Penalties
  • reds_cardRed cards
  • yellow_cardsYellow cards
  • yellow_red_cardsYellow/red card
  • SubstitutionSubstitution


Untuk video highlight di antara Real Madrid vs Barcelona  sila ke Real Madrid vs Barcelona 0-2 - All Goals & Full Highlights - 27-04-2011 ... tapi sini boleh juga tengok gol kedua Messi yang menewaskan beberapa pemain... Messi 2nd Goal 87' Real Madrid 0 - Barcelona 2

* Sumber dari UEFA Official Website. Dan perahan keringat oleh DVII


tags : Real Madrid vs Barcelona, Semi-finals video, Real Madrid, Barcelona, Galacticos, Lionnel Messi Goal, Christiano Ronaldo Goal, Semi Final Champions League Video,Semi Final Champions League Highlight, Semi Final Reviews, Champions League Review, EPL Malaysia Time, Semi Final Result