Header Ads

Lawatan ke Asia Pacific University College of Technology & Innovation (UCTI)

UCTI Main Entrance
University College of Technology & Innovation (UCTI) yang terletak di Technology Park Malaysia Bukit Jalil telah menjadi pilihan Unit ICT di tempat kerja DVII untuk membuat rombongan cik kiah tenaga kerja Unit ICT bagi menambah ilmu pengetahuan disamping dapat mengetahui sistem dan konsep yang dijalankan oleh pentadbiran ICT UCTI.

UCTI Main Entrance
 Awal² masuk ke bangunan UCTI lagi telah terpampang Award yang dimenangi Kolej U tersebut iaitu Prime Minister's Award pada 24 Maac 2010.
Campus Visit
Sesi Kampus Visit setelah selesai mendengar 3 talk berkenaan sistem dan konsep di UCTI. Jam 12 tengah hari bermula melawat kawasan-kawasan kampus UCTI.

Sedang menunggu kekosong Lift untuk ke Meeting Room di tingkat 4, tunggu punya tunggu lift tetap penuh dan akhirnya membuat keputusan menaiki tangga ke tingkat 4, sambil mendapat penjelasan dari Dr. mengenai Kolej tersebut yang mana menekankan konsep pelajar sayang dan cintakan kolej, menjaga kebersihan kolej, dan pelbagai lagi. Dr. mengatakan yang nilai-nilai murni berjaya diterapkan didalam jiwa student yang rata-rata adalah pelajar luar negara @ foregner.

Dewan Kuliah @ Lecture Hall
Cantik interior designer dalam dewan ini, siap ada karpet lagi, 
dan dinding juga terdapat karpet???(apa nama ntah...)

IT LAB, Power Lab, Engineering Lab and other lab
Jalan² di kawasan makmal, memang kagum juga lah sebab semua dinding adalah kaca, lutsinar nampak dari jauh,susunan komputer yang cantik. DVII terpandang beberapa lab @ makmal yang mengingatkan kembali ketika zaman poli, iaitu 'Power Lab' dan Telecommunication Lab. Sepanjang Kampus Visit tiada seorang pun student Melayu di sana yang DVII nampak...

Pemandangan dari aras atas IT LAB
Presentation Room
Ini pulak, bilik presentation yang terletak di kawasan makmal komputer. ada terdapat 2 bilik presentation disitu. Sekeliling kampus DVII perhatikan di setiap meja student yang sedang berbincang mesti ada laptop mungkin tengah bincang pasal assignment agaknya.

Keistimewaan dan kelebihan di UCTI yang DVII dapat semalam ialah, UCTI tidak menggunakan kakitangan teknikal yang terdiri dari pekerja tetapi UCTI mengambil  'Technical Assistant' yang terdiri dari pelajar Level 1 dan Level 2 yang mana akan dibayar elaun  mengikut jam. Elaun tersebut lebih tinggi dari bekerja part-time di luar. Bertuahlah student di UCTI, tetapi kena melalui training selama empat bulan dan lulus ujian sebelum menjadi TA. (kira takda Juruteknik Komputer lah...semua student yang buat, baiki dan troubleshoot masalah komputer, format dan lain-lain lagi)

Di UCTI juga menggunakan sistem Wireless Projector, iaitu projektor tanpa kabel VGA, mudah bukan? hanya perlu connect ke Wifi Projector sahaja.

Seronok pergi lawat tempat orang, dapat tgk benda baru dan idea² yang baru...semoga lepas ni makin banyak lawatan ke tempat orang...

sorry rasa info belum cukup lengkap...sebab terlalu banyak sangat maklumat dalam kepala DVII ni.

Selepas habis kampus visit terus balik  ke Bangi dan singgah di Restoran Arab. Rezeki melimpah ruah Dr. belanja semua peserta...;-) tQ Dr.

Lawatan ke UCTI pada 31 Mac 2011

2 ulasan:

  1. ekslusif je kolej ni....
    uhuuhuhuh

    BalasPadam
  2. memang ekslusif...
    terasa macam study or pergi kt oversea bilik anda berada didalam kawasan kampus tue...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.