Header Ads

Pertembungan Hidup Mati United vs Chelsea di Old Trafford

 2nd Quarter Final UEFA Champions League
Manchester United vs Chelsea [1-0]
Stadium Old Trafford
2.45 pagi (Waktu Malaysia)

Lebih kurang sejam dua lagi, aksi pertembungan menarik di antara 2 kelab gergasi liga perdana inggeris akan berentap di pentas suku akhir Liga Juara-Juara Eropah untuk perlawanan timbal balik di Stadium Old Trafford. Perlawanan pertama dimenangi oleh United di Stamford Brigde menerusi jaringan penyerang sensasi Wayne Rooney 1-0 dan malam ini akan menjadi penentu United akan mempertahankan rekod 30 perlawanan sekali kalah dalam liga juara-juara di Old Trafford dan tidak pernah kalah sejak enam tahun lalu.


Chelsea pada pagi ini, sudah pasti akan turun dengan rentak menyerang untuk menyamakan argegat yang sedang ketinggalan satu gol. Mampukah Fernando Torres memecah kemarau jaringannya sejak berpindah dari Liverpool dengan menewaskan Edwin Van Der Sar di gawang United atau akan menyebabkan Chelsea terus dirundung malang tanpa jaringan oleh penyerang yang memecah rekod perpindahan di Britain.


Semoga keputusan UEFA Champion League pagi ini akan memihak buat Manchester United meneruskan kemaraan ke peringkat Separuh Akhir sebelum bercita-cita meraih gelaran Treble untuk musim ini. Keputusan ini juga akan menyebabkan salah satu wakil Britain layak ke peringkat Semi-Final setelah Tottenham Hotspurs bakal terkeluar apabila melalui jalan sukar apabila ketinggalan 0-4 kepada Real Madrid pada perlawanan pertama Suku Akhir dan pagi esok akan berlangsung perlawanan kedua Spurs.


*** Glory-glory Man. United !!!

Untuk Rekod Manchester United di Old Trafford
Musim ini mereka hanya dibolosi dua gol daripada sembilan perlawanan Liga Juara-Juara, sementara dalam saingan Liga Perdana England, mereka mencatat 15 kemenangan dan sekali seri di Old Trafford untuk tidak pernah tewas dalam liga ditempat sendiri.

 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.