Header Ads

Pertembungan Musuh Tradisi : Arsenal vs Manchester United [EPL]





Arsenal vs Manchester United
1 May 2011
9.05 Malam (Waktu Malaysia / Malaysian Time)
Stadium Emirates
Live @ Siaran Secara Langsung di Astro ESPN 812, 832

Nampaknya esok bakal menyaksikan pertembungan dua musuh tradisi Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Arsenal vs Manchester United di Stadium Emirates. Arsenal yang sebelum ini adalah antara pencabar utama kejuaraan liga, kini memasuki minggu-minggu kejatuhan skuad berkenaan apabila satu persatu dari buruan empat piala terlepas dari jangkauan Arsene Wenger bermula dengan kekalahan kepada Birmingham City di Final Piala Liga April lalu.
Cesc Fabregas Nadi Arsenal
Bermain di tempat sendiri bukanlah tuah bagi anak buah Arsene Wenger kerana rekod pertemuan Arsenal Manchester United sebelum ini tidak memihak kepada Arsenal apabila kalah kedua-dua perlawanan di stadium kemegahan The Gunners. Arsenal tidak pernah menang sejak November 2008 bertemu dengan United. Diikuti pula prestasi The Gunners dalam liga ketika ini yang mana meraih 2 mata dari 3 perlawanan iaitu seri dengan Liverpool dan Tottenham Hotspurs diikuti dengan kekalahan jaringan minit terakhir kepada Bolton Wanderers minggu lepas, ia bukanlah petanda terbaik buat Arsenal yang terus dirundung malang.
EPL Trophy bakal kembali ke Old Trafford?
DVII melihat tahun ini adalah tahun terbaik bagi Arsenal untuk menjuarai liga setelah enam tahun tidak memenangi sebarang piala sejak Final Piala F.A 2004 menentang United. Dengan skuad yang dibarisi pemain muda yang kian matang dari tahun ke tahun, sepatutnya keserasian dapat diterapkan dan digunakan pada tahun ini. Tetapi skrip yang sama setiap tahun berlaku iaitu kemerosotan prestasi Arsenal di pertengahan liga mahupun di penghujung liga seperti yang berlaku ketika ini dipintas Chelsea menyebabkan Arsenal berputih mata. Kini tumpuan Arsene Wenger hanyalah sebagai pengacau kepada United di samping memastikan skuadnya layak automatik ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan tidak dicabar Manchester City.
Berbeza pula dengan Sir Alex Ferguson yang ketika ini menanti detik-detik kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada bila-bila masa sahaja dari sekarang. Jika menang dengan Arsenal malam esok, dan Chelsea tumpas di tangan Spurs, United bolehlah dinobatkan Juara EPL dengan 9 mata di depan berbaki 3 perlawanan terakhir iaitu Chelsea, Blackpool dan Birmingham adalah sesuatu yang mustahil jika United kalah ketiga-tiga baki perlawanan.

Hernandez semakin berbisa
Diiringi dengan semangat United yang sebelah kaki telah melangkah ke pentas UEFA Champions League Final di Wembley 28 May 2011 nanti setelah menang 2-0 di Separuh Akhir pertama ke atas Schalke 04, pastinya United mahu menang dengan Arsenal untuk mengesahkan ataupun memudahkan perjalanan liga mereka lebih awal untuk fokus dalam kempen UCL pada Rabu pagi menentang Schalke 04 di Separuh Akhir kedua UCL.
Farbregas vs Ryan Giggs

Apa-apa pun DVII jangkakan perlawanan menarik pasti akan disajikan kedua-dua pasukan yang mahukan kemenangan dan Arsenal sudah pasti mahu bangkit dari kekalahan liga, manakala Manchester United musim ini bergelut untuk meraih kemenangan di sebarang gelanggang di luar Old Trafford. Adakah United terus menakluki Emirates Stadium untuk berpesta lebih awal??? Ataupun Arsenal ingin mengheret United ke perlawanan seterusnya menentang Chelsea mengesahkan kejuaraan liga??? Sama-Sama kita nantikan...

*** panjang pula DVII berceloteh ya...

Jadual Perlawanan Liga Perdana England
Hari Ini, Sabtu
Wigan lwn Everton
(Siaran Langsung Astro 817, 10 mlm)
West Brom vs Aston Villa
(Siaran Langsung Astro ESPN 812, 9.55 mlm)
Sunderland vs Fulham
(Live @ Astro 813, 9.55 mlm)
Blackpool vs Stoke City
Blackburn vs Bolton


Esok, Ahad
Chelsea vs Tottenham Hotspurs
(Live @ Astro 817, 12.30 pg)
Liverpool vs Newcastle United
(Live @ Astro 812, 6.55 ptg)
Arsenal vs Man. United
(Live @ Astro 812, 9.05 mlm)
Man. City vs West Ham
(Live @ Astro 817, 11.10 mlm)
Birmingham vs Wolverhampton

tags : Arsenal Match Preview Highlight, Manchester United Match Preview Hig
hlight, Man. United Statistics, Review Games, Giggs, Nani, Carrick, Theo Walcott, waktu perlawanan MU vs Arsenal , Waktu perlawanan arsenal vs MU, live game, astro

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.