Header Ads

ZzZzzZzz.... Internet Yang Lembap dan Bolasepak



Alamak...jam dah nak dekat pukul 4 petang, tapi kerja DVII masih belum siap sepenuhnya lagi...HuHuHu...Ini semua angkara Internet di office DVII yang sungguh bersopan santun lemah gemalai menyusuri kabel² RJ45 untuk sampai ke office dengan lembapnya....tension!~....sempat lagi DVII tidur untuk tunggu sesi download driver² penting utk. laptop ni selesai.....ZzZzZzzZZzzz

Walau apa terjadi tepat jam 5 petang akan ku angkat kaki meninggalkan office seawal mungkin...HeHeHe...anggap jer kerja dah selesai... Tadi DVII baca paper kosmo ada sesuatu yang menarik di dalamnya, kalau nak tahu tunggu DVII update, tak sempat arini, esok...tapi walau apa pun, minggu depan mesti ada benda tue...HeHeHe...

Nak cakap apa lagi erk???....
Ha...Pasal BOLASEPAK!... wah...mentang² Perak menang besar dengan Kelantan di Stadium Ipoh tempoh hari, officemate DVII letop² cerita pasal kegagahan Perak, pasal EPL malas nak cerita sebab Chelsea kat bawah...kini bila Perak dah turun ke tangga kelima pula, dia buka pula cerita pasal EPL, maklomler Chelsea kan dah kembali ke tangga kedua liga selepas Arsenal seri dengan Spurs 3-3 pagi tadi, manakala Chelsea menang 3-1 dengan Birmingham...6 mata memisahkan Manchester United di singgah sana di antara Chelsea dan Arsenal dengan baki lima perlawanan yang mesti diharungi. Semoga Manchester United terus menang dan  menjadi juara liga perdana inggeris untuk musim ini. ;-)

Glory-Glory Man. United.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.