Khamis, 26 Mei 2011

DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Puratos Secret Recipe???Penafian Secret Recipe ???

Sila baca sehingga habis sebelum di sebarkan ;-)

TABAYYUN DALAM ISLAM - TAFSIR AYAT 6  SURAH AL-HUJURAT
6. Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.



Dalam minggu lepas setelah DVII pergi ke IKEA yang mana CAFE ianya ditutup disebabkan kerja-kerja menyamak peralatan dan perkakasan minuman dan makanan kafe tersebut dilakukan....(frust tak dapat makan meat ball!)...My Love ada memberitahu DVII yang Secret Recipe pun ada diharamkan juga...tertanya juga, menu apa yang diharamkan?...pulak...selepas satu restoran diserbu dan disamak seperti Kluang Kopitiam tempoh hari, kini berbagai lagi jenis restaurant and cafe diterjah oleh pihak berkuasa...syabas anda menjalankan tugas dengan baik, walaupun agak terlambat!...disebabkan telah berduyun² orang Islam pergi ke kedai-kedai berkenaan...HuHuHu

Kini DVII nak kongsikan maklumat berkenaan menu Kek dan Roti dari Secret Recipe tersebut yang dibekalkan oleh Syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.


8. TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. 
30/11/2011 PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
9. TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. 
30/11/2011 PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.


Ini pula kenyataan dari Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.

* kenyataan penuh sila ke laman rasmi www.halal.gov.my --> PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD.

Fuh... Puratos???Secret Recipe??? haa...macam konpius jugak....Puratos Malaysia Sdn. Bhd. adalah pembekal ramuan kek dan roti yang mengandungi DNA Babi kepada Secret Recipe yang membuat Kek dan Roti, jadi Jenis² Kek yang menggunakan bahan tersebutlah dikategorikan haram, terpaksalah Secret Recipe melakukan proses samak ke atas peralatan dan perkakasan seperti yang diminta.

La...sebenarnya yang dikenakan tindakan ke atas PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. bukannya SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD. Nama Secret Recipe harus dibersihkan...HuHuHu...

Website Rasmi Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Website Rasmi Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd.


Berikut merupakan penafian dari pihak Secret Recipe


Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut :

Sejak akhir-akhir ini, senang² shj. kafe-kafe yang ternama terlepas pandang ramuan atau produk yang mereka gunakan, pelanggan sudah semestinya tahu order makanan dan makan sahaja...:-) huh!... ape perlunya letak dna babi atau pun enzim babi mahupun gelatin babi di dalam ramuan makanan???.... ada member DVII cakap...dia tanya tauke dia, kata boleh jadikan produk/makanan tu wangi...HaHaHa...gelak sakan DVII dengar....

Benda yang haram tetap haram... ;-) so mulai sekarang, berhati-hatilah apabila hendak mencari tempat makanan segera @ fast food... ;-) yang restoran biasa...sendiri fikirlah ya... ;-)

Nasib baik Harian Hullahup tidak disaman oleh Syarikat Secret Recipe! HuH...berhati-hatilah didalam membuat kenyataan di blog, akibat kemudian hari tiada siapa tahu...boleh popular gitue.... 
:-)....mana nak cari duit nak bayar saman!...


Maknanya...kek dan roti di Secret Recipe masih halal lah yer?...;-) Jom...Jiom...Jom...

* walaupun DVII lambat kongsikan info ini, sekurang²nya ianya dapat membantu diantara kita yang belum tahu lagi... ;-)

* sumber & credit disunting dari http://www.halal.gov.my/ , http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com , http://harian-hullahup.blogspot.com, http://layarminda2.blogspot.com/ , facebook secret recipe malaysia https://www.facebook.com/SecretRecipeMsia


tags : status halal kek dan roti secret recipe, kebenaran halal secret recipe 

Rabu, 25 Mei 2011

Lime Coke Can Glass Edisi ke-5 Mc Donald's...







26 MEI 2011
Lime Coca Cola Can Glass 5th Mc Donald's Collection

Yeah, diam tak diam dah masuk minggu ke 5 Mc Donald's mengeluarkan gelas menyerupai Tin Coke ini, Esok 26 Mei bermulalah gelas bewarna Lime berada di pasaran. Seperti yang DVII ketahui sebelum ini, kebanyakkan gelas² Mc Donald's yang dijual habis sebelum tiba masa nya, jadi sila dapatkan segera di Cawangan Mc Donald's berhampiran anda ya, DVII pun hampir terlepas gelas coca-cola sebelum ini, iaitu yang bewarna Biru, tetapi mujurlah My Love yang menjadi penyelamat dengan menghadiahkan gelas Biru tersebut untuk DVII...HaHaHa...

Yang warna Pink pula DVII dapat di Mc Donald's The Curve, itupun setelah hasrat nak makan meat ball di IKEA terbantut disebabkan Cafe di IKEA ditutup dengan NOTIS disebabkan kerja-kerja pe'NYAMAKKAN perkakasan sedang dijalankan disebabkan terdapat status keraguan pada sijil halal salah satu makanan yang dibekalkan oleh pembekal...kecewa tak dapat makan meat ball...HuHuHu...jadi Mc Donald's la sebagai alternatif.... ;-)

Okay, apa-apa pun esok jangan lupa kalau pergi Mc'D belikan untuk DVII sekali ya...HeHeHe..
tak lupa juga, sesiapa yang tak mahu...sila hadiahkan kepada DVII ya, DVII sudi menerimanya...HeHeHe.




tags : gelas coca-cola lime mc donald's, gelas tin coke 26 mei, gelas mc'd,

Tayangan Skrin Gergasi Final Liga Juara-Juara Eropah 28 Mei





UEFA Champions League Final
Barcelona vs Manchester United
Stadium Wembley, London
London Final 2011
28 Mei 2011
2.45 pagi (waktu Malaysia)
Layar Skrin Gergasi Bolasepak @
Persiaran Perdana Putrajaya


DVII terus mengonlinekan diri di petang hari untuk mengambil tahu berita-berita mahupun info-info terbaru yang berlaku di tanah air...:-) dan DVII dapati satu artikel mengenai Tayangan Layar Skrin Gergasi akan di pasang di Persiaran Perdana, Putrajaya untuk para peminat menyaksikan perlawanan Akhir Liga Juara-Juara Eropah di antara Barcelona vs Manchester United di layar skrin gergasi bersama-sama dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak yang dijangka akan turut serta sempena Himpunan Sejuta Belia yang berlangsung di Putrajaya dari 27 - 29 May 2011. 

Jomlah tengok ramai-ramai di skrin gergasi kat Putrajaya untuk menyaksikan kemenangan perlawanan final yang penuh dramatik di antara Barcelona vs Manchester United.

Sumber ni DVII ambil dari Utusan Online sebentar tadi...

Nantikan pengumuman istimewa pada Himpunan Sejuta Belia

PUTRAJAYA 24 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat pengumuman istimewa kepada golongan belia pada acara kemuncak sambutan Himpunan Sejuta Belia, Sabtu ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, golongan belia perlu menantikan dan mengambil perhatian terhadap pengumuman istimewa yang akan disampaikan nanti.
"Buat masa ini, saya sendiri pun tidak tahu apakah intipati amanat yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri ketika acara kemuncak itu nanti.
"Para belia pasti ingin mengetahui apakah pengumuman yang ingin disampaikan oleh beliau, jadi mari bersama kita nantikan," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan persiapan Himpunan Sejuta Belia di sekitar Putrajaya di sini hari ini.
Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, Najib juga akan bersama-sama dengan belia menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-Juara Eropah antara Manchester United (Man Utd) dan Barcelona di Persiaran Perdana, Putrajaya pada 28 Mei ini.
Beliau berkata, layar skrin gergasi akan didirikan di Persiaran Perdana bagi membolehkan orang ramai turut serta menyaksikan perlawanan tersebut.
Selain itu, beliau berkata, pihaknya berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan menjelang acara kemuncak itu.
"Saya berpuas hati dengan persiapan sehingga sekarang dan kita lihat Putrajaya sedang berubah wajahnya dan ia memberi getaran baru membayangkan kekuatan tenaga orang muda yang akan berhimpun di sini," katanya.
Dalam pada itu, beliau menjangkakan jumlah tajaan untuk sambutan tersebut akan mencecah RM30 juta.
"Setakat ini, jumlah tajaan yang berjaya dikutip menghampiri RM23 juta, jumlah itu melepasi sasaran yang ditetapkan sebanyak RM10 juta," katanya.
Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak penaja yang memberi sokongan kepada penganjuran Perhimpunan Sejuta Belia itu.
Antaranya, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas); Proton; Sime Darby Bhd. (Sime Darby); Naza World; KFC Holding Berhad; Telekom Malaysia Bhd. (TM) dan Celcom Axiata Bhd.(Celcom) serta beberapa syarikat penaja yang mengambil bahagian.

tags : skrin gergasi perlawanan akhir champions league, tempat skrin gergasi, live skrin gergasi liga juara juara eropah, barcelona vs manchester united skrin besar gergasi, lokasi tayangan skrin gergasi final , perlawanan akhir,

Lama Tak Update...



Wah...agak-agak dah lama sangat DVII tak update blog nih...atas sebab-sebab tertentu...HeHe...

bermula dari blog problem last 2 week... dan kemudian last week minggu DVII pergi ke Kursus...jadi tak berkesempatan nak update blog, pastu gi Chicken Run...dan Seterusnya MC...huhu...hari nih baru mula masuk office.... kalau update nanti panjang pulak cerita...HeHeHe...

Kalau berkesempatan kejap lagi DVII nak stori-mori sikit² kat bawah nih nanti...ok..se ya....
ok..TaTa...

Isnin, 16 Mei 2011

Kongsi Catat Sejarah Kutipan Hari Pertama



Tahniah buat David Teoh dan Farid Kamil serta semua pelakon dan krew Filem Kongsi kerana berjaya mencatat sejarah Filem Melayu pertama berjaya mendapat kutipan RM 1.1 juta dalam tempoh sehari tayangan di pawagam seluruh Malaysia. Mungkin ini adalah disebabkan Filem Kongsi juga merupakan Filem yang pertama membuat tayangan di 100 pawagam seluruh Malaysia berbanding filem-filem lain. 

Kalau hendak diikutkan kepada jalan cerita Filem Kongsi sebenarnya tidak lah menarik seperti Filem-Filem aksi lain, disebabkan Filem Kongsi : Lu Langsi Lu Mati ini yang lebih kepada aksi + lucu yang menyebabkan tidak berapa series...tetapi mampu membuat penonton semua terhibur dan ketawa sehingga akhir tayangan. Cuma watak-watak HERO - Shaheizy Sam, Fizo Omar - Azad yang menhidupkan jalan cerita ini dengan cerita ini...

Ini merupakan video ucapan David Teoh mengenai kejayaan Filem Kongsi berjaya mencatatkan rekod 1 juta hari pertama tayangan...target Davit Teoh untuk Filem Kongsi 10 juta???Boleh ker?...

Hari ini sudah hari kelima tayangan Filem Kongsi, agak-agak sudah berapa juta yer?... 4 juta kot...HuHuHu...

kredit to http://metrowealthpictures.net
kutipan filem kongsi lu langsi lu mati, kutipan filem melayu filem kongsi, kutipan tiket filem kongsi, waktu tayangan filem kongsi, kutipan terkini filem kongsi

Khamis, 12 Mei 2011

Barcelona Hatrick Juara La Liga Sepanyol 2010/2011..



Entri kali ini DVII ingin mengucapkan TAHNIAH buat Barcelona lawan yang bakal ditentang oleh Manchester United kerana berjaya dinobatkan Juara La Liga untuk musim ketiga berturut² sejak kali terakhir 1993 iaitu tahun di mana pasukan “Dream Team” Barcelona yang dibimbing oleh Johan Cruyff melakar kejayaan serupa. Barcelona mengesahkan kejuaraan liga setelah seri 1-1 denga Levente. Dengan ini tamatlah sudah perjuangan Real Madrid di dalam la liga dan terlepas untuk tiga musim berturut-turut...Adakah tahun hadapan milik Real Madrid?


Ini juga merupakan kejuaraan domestik yang ke-21 buat Barcelona. Sudah pasti dengan perlawanan La Liga yang berbaki 2 perlawanan buat Barcelona hanyalah menjadi perlawanan pemanas badan menjelang aksi Final Champions League pada 28 Mei 2011 di Stadium Wembley nanti menentang Manchester United. United yang kini berbaki 2 perlawanan juga memerlukan hanya 1 mata untuk dinobatkan Juara Liga Perdana Inggeris kali ke-19 sebagai pasukan paling banyak mengecap kejuaraan liga menewaskan Liverpool hanya berbangga dengan koleksi 18 kejuaraan liga sejak 21 tahun yang lalu.....


Tahniah Barca...Giliran United meraikan Kejuaraan Ke-19 Liga pasti menjelma...
Dan diharap Juara kedua-dua liga dapat mempamerkan aksi yang memukau semasa Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara Eropah nanti...

Glory-Glory Man. United


tags : barca win la liga title, barca history, barcelona win la liga trophy, barca vs united ucl,

3rd Coke Can Glass Hari Ini...Tak Boleh Lepas...







12 MEI 2011
Blue Coca Cola Can Glass 3rd Mc Donald's Collection



Wah tau² hari ini dah masuk minggu ketiga untuk meneruskan koleksi gelas tin coke keluaran Mc Donald's, Untuk makluman semua hari ini gelas warna Biru ye berada di pasaran merah...DVII mesti pergi...


Tapi kali ini tak pergi bersama rakan² di office, kali ini DVII nak pergi Mc'D malam nanti sebelum @ selepas tengok filem Kongsi ...nak ada orang belanja...HeHeHe... Wajib tau!...tunggu malam karang... (jangan buat² tak baca pulak yer!) nanti terlepas koleksi gelas biru DVII neh....


DVII tengah kekenyangan neh, lepas makan dan melepak di kafe bawah bersama rakan-rakan office, bergosip-gosip pasal Liga Juara-Juara Eropah dan khususnya Manchester United!...HeHeHe...28 Mei, tunggu!!!
Jumpa anda di sana!


Gelas Biru Mc Donald's, Mcdonald's can glass, coke glass, tine coke,







Rabu, 11 Mei 2011

Aku Takkan Bising... Bahalol!

Gambar Ihsan Pakcik Google





Di waktu petang, yang dingin di office...tiba² datang sesuatu menggangu di kotak ingatan DVII...

inilah dia...




SILA SKROLL KE BAWAH


























Teman,
Aku masih di sini cekal hidup bersama dunia 4 segi...
Apa nak dikata...
semangat perjuangan harmoni titian perjalanan hijau bumi tuhan...
Aku dan sesuatu...
Sedekah lagu tiga kupang curahan rasa semangat yang hilang...
Tinggalkan semalam hentian ini cinta kenangan silam...



Aku tetap aku...
Masih ada semangat C.I.N.T.A impian seroja...
Berakit ke langit berdesup cahaya...
Rasa hujan airmata,kabus semalam...
Segar dalam ingatan...

ntahapahapantah...langsung tak faham...kenapa apakah...
lagu dari aku...DVII X.P.D.C







HuHu...tau tak dari mana DVII dapat lirik @ senikata tersebut???....sebenarnya panjang lagu yang telah DVII buat...tapi yang ini sajelah yer....
HeHeHe...

Minta maaflah yer, tajuk memang macam itu...;-)


koleksi lagu-lagu XPDC, album-album XPDC, penulis skrip xpdc, heavymetal, metal, metallica xpdc, lagu rock kapak, senarai album xpdc,songlist, list lagu,

Sinopsis + Gambar Filem Kongsi Tayangan 12 Mei 2011



Disebabkan esok DVII nak pergi menonton Filem Kongsi - Lu Langsi Lu Mati , Jadi DVII pun carilah info serta sinopsis jalan cerita filem tersebut supaya tidaklah terpinga²...HeHeHe...trailer Filem Kongsi dah lama tengok dah, banyak kat Youtube... ;-) Search OK?...

Filem Kongsi bakal mencipta sejarah apabila ditayangkan pada 12 Mei dari segi tayangan kerana ia menjadi filem Melayu pertama yang akan ditayangkan di 100 pawagam di seluruh negara.

Ok...inilah sinopsis Filem Kongsi....Pengarah dia Farid Kamil, pun turut berlakon sebagai pelakon tambahan memegang watak polis(nak tunjuk muka jugak!)...rasanya...HeHeHe

Sinopsis Filem Kongsi :
TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.

Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak Polis.

TUMULAK diburu oleh Polis, kumpulan kongsi gelap dan seorang pembunuh upahan. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. MAIA, pembunuh upahan kedua berjaya ditangkap oleh TUMULAK. TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis dan keluar dari Pulau Pinang menuju ke sempadan Thailand tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis.

Pengarah
Farid Kamil

Penulis: Farid Kamil : (Lakon layar)
Farid Kamil : (Scriptwriter)
Fadzil Zahari : (Cerita Asal)
Fadzil Zahari : (Scriptwriter)

Lakonan:
Shaheizy Sam : Tumulak (Pelakon Utama)
Fizo Omar : ASP Shariff (Pelakon Pembantu)
Yana Samsudin : Inspektor Olla (Pelakon Pembantu)
Azad : Mikail (Pelakon Pembantu)
Bront Palarae : Kimpedu (Pelakon Pembantu)
Putri Mardiana : Yati (Pelakon Pembantu)
Krew :
Ollynn : (Pengarah Seni)
Brian Ng (Kang) : (Penyunting)

Penerbit:
David Teo : (Penerbit)

Layankan beberapa gambar waktu Filem Kongsi tengah shooting...





keta polis evo yang kemek dalam filem kongsi ;-) 





Selamba jerk kete polis dihancurkan...huhu






pemilik gambar² shooting : Zukry Ahmad (baju merah 123)

* Sinopsis di ambil dari Sinema Malaysia
* Gambar gambar shooting Filem Kongsi dari Facebook kawan DVII Zukry Ahmad



Kereta polis evo 10 wsb 9342 filem kongsi, sinopsis filem kongsi, gambar filem kongsi, shaheizy sam, farid kamil, gambar shooting filem, gambar berlakon, gambar lakonan. kereta polis kemek, car police damaged, online ticketing, buy online cinemas ticket at gsc, golden screen cinemas, kongsi movies, tayangan filem kongsi,jalan cerita filem kongsi,watak filem kongsi,lu langsi lu mati, aksi ,





Dah Beli Tiket Filem Kongsi 12 Mei...





Petang Semalam DVII baru teringat untuk booking tiket Filem Kongsi - Lu Langsi Lu Mati untuk tayangan hari petama kat GSC Alamanda..., kalau ikutkan sejak hari Isnin lagi DVII dah cuba tengok online kat website GSC tapi masih belum boleh beli online lagi, jadi  tunggu hari Selasa....sibuk pula...last² petang baru teringat...dalam kol 5 lebey gitu....HuHuHu....

Buka jer tengok yang tayangan hall 1 (hall besar) seat kat bahagian tengah belakang semua dah ada orang tempah...HuHuHu...terlewat sikit lak DVII nak booking...nak tanak, terpaksa lah beli jugak di bahagian belakang belah kanan...DVII pergi 4 orang dengan MyLove, Abang n Akak Ipar...
Seat filem kongsi kalau booking hari ini...dah nak penuh kan??? HeHeHe...
nasib DVII beli semalam... ;-)

Jadi inilah dia tiket untuk Filem Kongsi yang DVII dah beli online...tunggu malam esok jer nak tau jalan cerita Filem Kongsi nih macam mana, tengok trailer dia memang hebat²lah kan...lagi² Shaheizy Sam yang berlakon...HuHuHu....

Beberapa maklumat dihitamkan atas faktor keselamatan...HeHeHe...

Yang ini beli guna Maybank2U

Yang ini pula guna CIMB

Yang beli guna Credit Card pulak, takde...sebab DVII tak pakai Credit Card...HuHuHu....

* Terima kasih sangat² dekat MyLove yang sanggup tolong semalam walaupun teramat sibuk ketika DVII menghadapi masalah untuk pembelian tiket online. HeHeHe...;-)















Selasa, 10 Mei 2011

Bloglist Tak Update...

Wah.... 
agak bosan rasanya dan puas buat setting dan lain-lain lagi ubahsuai untuk kembali normal dari sediakala...tak tahu kenapa boleh jadi macam ini...

DVII punya blog list pada blog jiran-jiran tak memaparkan entri-entri terbaru dari DVII, so maknanya orang ingat DVII takde entri terbaru...HuHu...sedey jer rasa....

Tadi DVII dah menggooglekan diri, dan ikut juga arahan-arahan atau pengalaman orang yang pernah terkene masalah yang sama dengan DVII ini, tapi masih juga belum jumpa sebarang jawapan bagi menjawab permasalahan ini, sebab apa ye?... ni contoh yang DVII ambil dari blog chinta dan wawa



Entri DVII pada blog list diorang masih lagi memaparkan entri Rezeki Lagi Hari Ini... yang DVII postkan pada 27 April yang lalu...dah lama dah tu kalau diikutkan....
camner ek boley jadi camni? HuHuHu....saper taw aper nak buat...heHe...tolong²

Isnin, 9 Mei 2011

Black Monday??? Oh! Tidak!...

HuHuHu...


Seharusnya tidak lah...kenapa ya asal hari Isnin je orang cakap black Monday...hari Isnin nih hari Malas sedunia ker nak pergi office ? Iye lah kan...dah cuti 2-3 hari di hujung minggu, nak² ditambah dengan memori yang indah kan...mesti lagi-lagi lah liat nak masuk ke office pagi Isnin tue...rasa macam nak sambung cuti jer kan,,,(huh!...macam banyak jer cuti plak!...)

Tapi rasa nya hari ini bukan hari black Monday...kenapa?
HeHeHe...iyelahkan...semalam kan Manchester United menang dengan Chelsea 2-1, jadi seharusnya pergi ke office dengan mood yang girang gembira...takde sape boleh bahan United dah...tak boleh nafikan kekuatan United musim ini yang diorang perlekeh kan sebelum-sebelum nih...nak² fan's Chelsea (yang kat office neh!) yang tak boleh terima 2  kekalahan di Suku Akhir Liga Juara Juara di tangan United...memang bermakna buat DVII, walaupun United belum menang lagi trophy Champions League 28 Mei ini.

HaHaHa...itu jer pasal Black Monday??? eh...mestilah, itu jerlah...dan DVII doakan hari ini kerja di office tidak datang dengan arus yang deras seperti ombak di lautan...hUhU...biarlah ia datang dengan tenang... chewahhhhhhhh....

Dan lupa nak cakap lagi satu...tadi DVII sempat buat PIT STOP di Shell dalam jangka masa yang singkat (cepat sangatler....) disebabkan mahu mengejar masa yang semakin lewat...kang tak pasal-pasal check-in merah!...Oh! Tidak.Com....HeHeHe...


Arsenal tewas di Stoke 3-1.





ENGLISH PREMIER LEAGUE RESULT
STOKE CITY 3 
vs 
ARSENAL 1
Britannia Stadium, England
8th Mei 2011

Arsenal yang gah minggu lepas setelah menang dengan Manchester United di Emirates Stadium kini tersungkur 3-1 di gelanggan Stoke City. Stoke City mempamerkan persembahan yang sukar ditewaskan buat Arsenal pada malam ini.

Arsenal tewas dengan jaringan Kenwne Jones minit ke 28', Jermaine Pennant 40' dan Jonathan Walters pada minit ke 82' manakala gol tunggal Arsenal dijaringkan pada minit ke 81' oleh Robin Van Persie. Dengan kekalahan ini bermakna Arsenal telah mensia-siakan peluang untuk berkongsi mata dengan Chelsea yang turun lewat dan akhirnya Chelsea tewas dengan United 1-2 di Old Trafford. 

Arsenal juga membiarkan diri mereka diekori rapat oleh Manchester City, tetapi malang bagi City apabila turut tewas di Everton pada perlawanan yang berlangsung semalam. Dengan kekalahan Arsenal kepada Stoke City ini bermakna Arsenal telah mengeluarkan diri mereka dari merebut kejuaraan dan naib juara EPL.

Arsenal sebuah pasukan yang mempamerkan corak permainan yang cukup menarik tetapi selama hampir 7 tahun masih lagi belum mampu membawa pulang sebarang piala untuk tatapan peminat. Sama-sama kita nantikan kebangkitan Arsenal di tahun hadapan...
* Kalau dah tahu nak kalah dengan Stoke, buat apa pergi menang dengan United tempoh hari...kan senang kalah kepada United...cepat tentu siapa juara liga...HeHeHe