Header Ads

Barcelona Hatrick Juara La Liga Sepanyol 2010/2011..



Entri kali ini DVII ingin mengucapkan TAHNIAH buat Barcelona lawan yang bakal ditentang oleh Manchester United kerana berjaya dinobatkan Juara La Liga untuk musim ketiga berturut² sejak kali terakhir 1993 iaitu tahun di mana pasukan “Dream Team” Barcelona yang dibimbing oleh Johan Cruyff melakar kejayaan serupa. Barcelona mengesahkan kejuaraan liga setelah seri 1-1 denga Levente. Dengan ini tamatlah sudah perjuangan Real Madrid di dalam la liga dan terlepas untuk tiga musim berturut-turut...Adakah tahun hadapan milik Real Madrid?


Ini juga merupakan kejuaraan domestik yang ke-21 buat Barcelona. Sudah pasti dengan perlawanan La Liga yang berbaki 2 perlawanan buat Barcelona hanyalah menjadi perlawanan pemanas badan menjelang aksi Final Champions League pada 28 Mei 2011 di Stadium Wembley nanti menentang Manchester United. United yang kini berbaki 2 perlawanan juga memerlukan hanya 1 mata untuk dinobatkan Juara Liga Perdana Inggeris kali ke-19 sebagai pasukan paling banyak mengecap kejuaraan liga menewaskan Liverpool hanya berbangga dengan koleksi 18 kejuaraan liga sejak 21 tahun yang lalu.....


Tahniah Barca...Giliran United meraikan Kejuaraan Ke-19 Liga pasti menjelma...
Dan diharap Juara kedua-dua liga dapat mempamerkan aksi yang memukau semasa Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara Eropah nanti...

Glory-Glory Man. United


tags : barca win la liga title, barca history, barcelona win la liga trophy, barca vs united ucl,

1 ulasan:

  1. wah bestnye blog ni..
    kalau prince nak datang selalu boley x?
    hehehe..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.