Header Ads

Semi Final 2nd Leg UEFA Champions League Fixtures : Manchester United vs Schalke 04


Final UEFA Champions League
Saturday May 28, 2011


2nd Semi Final UEFA Champions League
Manchester United vs Schalke 04 
Wednesday 04 May, 19:45
Thursday 05 April, 02:45 (Malaysia Time)
Live Games @ Astro

Khamis pagi Waktu Malaysia, Manchester United akan turun menyambut kelab Jerman Schalke 04 di gelanggang keramat Stadium Old Trafford dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah berbekalkan kelebihan argegat away goal di tempat lawan pada perlawanan pertama yang berkesudahan Manchester United menang 2-0. Dengan rekod 31 perlawanan sekali kalah dalam Liga Juara-Juara di Old Trafford dan tidak pernah kalah di Old Trafford 6 Tahun sejak tewas pada kempen 2004/05 di 2nd Round 1st Leg di tangan AC Milan 0-1. Manchester United seharusnya turun dengan penuh bersemangat mempertahankan kubu mereka. 

Bakal menggalas tugas United pagi ini.
United dijangka turun dengan barisan kedua terkuat mereka menjelang perlawanan awal pagi nanti. Gandingan Michael Owen-Berbatov-Scholes bakal mengemudi jentera serangan United yang merehatkan Wayne Rooney-Hernandez-Ryan Giggs bagi menghadapi perlawanan penting English Premier League menerima kunjungan Chelsea di Old Trafford.

Rooney-Hernandez dijangka direhatkan dan digunakan bertemu Chelsea.
Dengan sebelah kaki sudah melangkah ke pentas Final, diharap United dapat tampil bergaya memenangi perlawanan ini untuk bertemu Barcelona di Wembley sebagai pentas Final UCL 2011 nanti. Ini juga harapan skuad kendalian Sir Alex Ferguson untuk menebus kekecewaan tewas 0-2 di tangan Barcelona pada perlawanan Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2008/2009 yang berlangsung di Rome.








tags : Schalke 04 vs Manchester United Semi-finals video, Schalke 04, United, Red Devil, Ryan Giggs Goal, Rooney Goal, Semi Final Champions League Video,Semi Final Champions League Highlight, Semi Final Reviews, Champions League Review, EPL Malaysia Time, Semi Final Result, Ulasan Semi Final, Report, Jadual Liga Juara-Juara Manchester United vs Schalke 04

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.