Header Ads

United berjersi Putih - AWAY, Barca Jersi HOME Final UEFA Champions League @ London 2011

Barcelona vs Manchester United
UEFA Final Champions League
London Final 2011
28 May 2011, Saturday
2.45 pagi (Waktu Malaysia - Malaysia Time)
Wembley Stadium

Sungguh dukacita apabila DVII mengetahui Manchester United bakal turun menentang Barcelona pada Final UEFA Champions League 28 Mei 2011 di Stadium Wembley dengan menyarung jersi AWAY walaupun ianya dilangsungkan di venue England.

Tetapi undian pada bulan Mac 2011 yang dilakukan pihak UEFA yang lalu telah mengesahkan siapa yang bakal memakai jersi HOME dan jersi AWAY di pentas FINAL LONDON 2011 pada undian perlawanan kalah mati Quarter Final dan Semi Final yang lalu memihak kepada Winner Semi Final 2 vs Winner Semi Final 1. Lihat jadual di bawah

Perlawanan Peringkat Suku Akhir/Quarter Final ( 5/6 dan 12 April)
Real Madrid FC vs Tottenham Hotspur FC
Chelsea FC vs Manchester United FC
FC Barcelona vs FC Shakhtar Donetsk
FC Internazionale Milan vs FC Schalke 04


Perlawanan Peringkat Separuh Akhir/Semi Final (26/27 April dan 3/4 Mei)
1 FC Internazionale Milano/FC Schalke 04 v Chelsea FC/Manchester United FC
2 Real Madrid CF/Tottenham Hotspur FC v FC Barcelona/FC Shakhtar Donetsk

Perlawanan Akhir Champion League Final (28 May, Wembley) 
Winner semi-final 2 v Winner semi-final 1

Jadi Manchester United yang datang dari Winner Semi Final 1 terpaksa menyarung jersi AWAY bewarna putih dan Barcelona datang dari Winner Semi Final 2 bakal turun dengan jersi HOME.


Manchester United Champions League Away Jersey


Pertembungan Final kali ini seolah-olah sebiji dan sama seperti perlawanan Final UEFA Champions League pada tahun 2008/09 yang dimenangi Barca dengan jaringan 2-0 di Rome ke atas United. Jersi yang digunakan juga adalah sama iaitu Barca - Home dan United - Away.  
UEFA Final Champions League 2008/09 at Rome
Bagi DVII, alangkah gembira dan bestnya jika United turun di depan puluhan ribu penonton dan penyokong sendiri di Stadium Wembley dengan jersi bewarna Merah. Pasti lebih meriah dan menyemarakkan semangat penyokong dan pemain United.
United flag Road To London
Tetapi beraksi di hadapan penyokong sendiri bukanlah satu kelebihan buat United untuk menentang corak permainan Barca. United perlu menyerap dan menangkis serangan taktikal Barcelona yang diketuai oleh Messi terlebih dahulu sebelum mengukir nama di Wembley 2011.

Barcelona Champions League Home Jersey

Ini adalah jersi yang bakal digunakan oleh skuad Barca dan semestinya mempunyai logo London Final 2011 di tengah-tengah baju tersebut.
Barca flag Road To London
* walaupun DVII rasa takbest United menggunakan jersi bewarna putih tapi tentangan sengit mesti diberikan untuk menebus kekecewaan Final 2009 yang lalu tewas di tangan Barca. Glory-Glory Man. United.






tags : Barcelona vs Manchester United, Barca vs United,Final Liga Juara Juara Preview Match, Highlight 2011, 2010, Europe Champions League Final, Wembley Stadium Final, London 2011 Final, Jersey United, Jersey Barcelona, Home Jersey United, Away Jersey Barcelona for Final. waktu perlawanan akhir liga juara-juara

2 ulasan:

  1. dua2 pasukan yg kuat.
    xtaw nak pilih yg mana 1.
    dua2 tu fav sy tuuu..
    tgk sapa yg menang.. hehe

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.