Rabu, 29 Jun 2011

Putrajaya Floria 2011 : Ros Untuk Selamanya


Sekali Lagi tempat tinggal aku bakal disesakkan oleh pengunjung-pengunjung yang jiwang cintakan keindahan alam flora dan fauna bumi bertuah Malaysia Tercinta!. Ini adalah hasil kejayaan menganjurkan Floria 2007,2009 dan pada tahun 2010 yang mampu menarik 600,000 pengunjung, jadi kini ia kembali lagi. Putrajaya FLORIA terletak di kawasan seluas 15 hektar sepanjang Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya. Tapak festival ini terletak berdekatan dengan bangunan Jabatan Pendaftaran Negara. Tarikh yang telah ditetapkan bakal berlangsungnya aktiviti di Putrajaya sempena Festival tersebut ialah pada :

FESTIVAL BUNGA & TAMAN PUTRAJAYA (FLORIA PUTRAJAYA 2011)
Tema : Ros Untuk Selamanya
Tarikh / Date :
9 - 17 Julai 2011

Masa / Time :
9 pagi-10 malam (Isnin-Khamis)
 9 pagi-12 tengah malam (Jumaat-Ahad) 


Lokasi / Location :
Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya
Lokasi Floria di GPS:
2.924820, 101.685365

Peta Lokasi Festival : Click Here

Tiket Masuk / Entrance Fee : PERCUMA


Penganjur :
Perbadanan Putrajaya
Disokong :
Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar

Bertemakan "Ros Untuk Selamanya" festival kali ini akan mempertontonkan koleksi ROS terbesar yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana Taman. Terdapat lebih 100 spesies bunga Ros yang terdiri dari spesies hibrid, floribunda, grandiflora, miniature, pepanjat, tanaman renek dan pokok akan dipamerkan dengan reka bentuk taman di luar dan di dalam khemah pameran.

Juga termasuk lebih 400,000 tumbuhan berbunga akan dipamerkan yang merupakan sebahagian daripada spesies Ros. Pelbagai gubahan bunga yang kreatif akan dipersembahkan kepada pengunjung di dalam dewan berhawa dingin.

Juga terdapat lebih dari 200 aktiviti telah disediakan kepada pengunjung yang datang bersantai di pameran tersebut seperti aktiviti hiburan, bengkel, demonstrasi, dan perkebunan akan dilangsungkan selama 9 hari. Dijangka juga ada pertandingan fotografi seperti tahun-tahun sebelumnya.

Untuk maklumat yang lebih lanjut disebabkan aku dah tak larat nak mengolah lagi sila layari laman web rasmi Perbadanan Putrajaya mengenai festival Floria Putrajaya 2011 ini di FLORIA PUTRAJAYA 2011.
Aturcara dan jadual festival floria tersebut belum di upload lagi di laman rasmi. (",)

Yang pasti kalau aku ada dalam kawasan Putrajaya, InsyaAllah aku pergi untuk sesi photoshoot bagi penuh harddisk aku lagi,..HeHeHe...bukan terror mana pon amek gambar, cuma untuk suka-suka sahaja... ;-) jom2x...jom menyesakkan Putrajaya! ;-)


Showcase Garden & Activities
Special Rose Garden
Floria Showcase Gardens
Floral Pavillion
Corporate, PBT & NGO Garden
School & University Garden
Garden Bazaar
Laman Seni Featuring Arts & Craft
Sculpture Garden
Photography & Water Colour Competition
Garden Design Competition
Garden Talks & Demonstration
Entertaiment & Performances

Penutup 17 Julai Ahad :
8.45mlm-9.30mlm : Majlis Penutup 1Malaysia International Tourism Night Floria Parade 2011
* Magic of the Night*
- Perarakan Bot Berhias
- Pertunjukkan Bunga Api



Floria Putrajaya Flower and Garden Exhibition 2011,lokasi festival bunga dan taman putrajaya, lokasi floria putrajaya 2011, masa festival, jadual festival floria putrajaya, aktiviti yang bakal dilangsungkan di festival floria, jadual harian, bunga-bungaan,peta ke putrajaya floria, map to putrajaya festive, transportation to putrajaya floria,

Lawatan Ke Kilang Ajinomoto

Dalam bas transit ke kilang Ajinomoto

Semalam aku berkesempatan mengikuti lawatan ke Kilang Ajinomoto yang terletak di Jalan Kuchai Lama, Petaling, Kuala Lumpur bersama dengan rombongan Badan Kebajikan di pejabat aku.
Lebih kurang jam 9.00 pagi bertolak dengan bas transit, giler lah, aku ingat Bas ekspress, tiba-tiba Bas transit yang macam Rapid KL punya dalam bandar tue...HuHuHu...oklah kot, sebab Kilang Ajinomoto tak jauh dari Bangi.

Sudah sampai dalam kawasan kilang ajinomoto, yang tu main building dia ada logo ajinomoto ;-) kitorang sedang menuju ke Umami Station.

Welcome drink, eh bukan drink, tapi mushroom sup...untuk rombongan kitorang dan juga 5 orang student dari UniTAR kalau tak silap. Seterusnya kami ditunjukkan dengan jadual selama 2-3 jam berada dalam kilang tersebut. Diterangkan mengenai sejarah Ajinomoto yang dijumpai oleh Proffesor Kikunae Ekida pada 1908 dan dipasarkan mulai tahun 1909. Seterusnya Kilang Ajinomoto di Malaysia diwujudkan pada tahun 1961 untuk memasarkan produk ke Brunei, Sri Lanka, Singapura, dan Negara-negara Timur Tengah....

Sesi lawatan dalam kawasan kilang melihat dari segi pemprosesan hinggalah ke pembungkusan...
Pengambilan gambar adalah dilarang sama sekali


Ada juga ditanya mengenai pendapat negatif yang kami dengar dari luar sebelum sampai ke Kilang Ajinomoto, dan Wakil pihak Ajinomoto yang menyambut kitorang menerangkan segala macam bentuk untuk menangkis tohmahan terbabit, termasuk dari segi yang ramai perkatakan Ajinomoto diperbuat dari Tulang ehem2x adalah fitnah semata-mata...macam tulah katanya...;-)

Setelah selesai, slot yang ditunggu-tunggu ialah aktiviti memasak oleh ahli rombongan, menu yang disediakan ialah Nasi Goreng Kampung Seri Aji dan Ayam Perisa Blackpepper Seri Aji....

Hebat dua orang tukang masak tu...kaum pompuan minta kaum lelaki yang masak!

Inilah hasilnya Nasi Goreng Kampung Seri Aji dan Ayam Blackpepper yang disediakan oleh pihak Ajinomoto, siap tambah lagi, nak tanak makan jerlah kan...sebab dah dapat penerangan mengenai produk-produk Ajinomoto, Apa yang aku faham diorang kata, makan Ajinomoto tiada kena mengena dengan pengguguran rambut, sebenarnya ianya adalah faktor GENETIK...hahaha...habislah rambut aku camni... :-(

Dan aktiviti terakhir setelah bersurai ialah aktiviti membeli belah produk-produk Ajinomoto yang boleh dibeli disitu juga dengan harga diskaun berbanding kalau beli di luar. Ramai juga yang shopping, tapi minta maaflah aku tetap tak beli juga produk dia...makan boleh...hehehe....tapi Mushroom Sup sewaktu mula-mula sampai tadi memang sedap...(",)

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari www.ajinomoto.com.my dan bolehlah daftar sebagai ahli kelab Umami Zone disitu, kalau tak silap ada kelas masakan percuma sebulan sekali yang akan diajar oleh Chef-Chef undangan oleh Pihak Ajinomoto...PERCUMA tau...

Antara produk-produk keluaran Ajinomoto ialah :
Aji-No-Moto - macam biasa siapa tak kenal PAK AJI
Vono - Pelbagai perisa sup dalam paket
Seri Aji - perencah nasi goreng dan tepung goreng
Aji-Mix
Aji-Shio - lada hitam, lada putih yang biasa korang nampak kat stall burger
Tumix - pati ayam,
Slim Up
Pal Sweet - campuran gula tiruan dan hanya 1/3 sahaja gula asli, baik utk. yang berpenyakit kencing manis...katanyalah....

dan banyak lagi...

Dalam banyak-banyak produk diatas, rasanya Seri Aji yang pernah aku nampak kakak ipar aku guna, tapi sekarang dia dah berubah arah menggunakan Perencah Nasi Goreng Adabi setelah aku beritahu perencah tu memang sedap...hehehe

Ok~ Sekian sahaja laporan aku yang pergi lawatan semalam...haha...

Soalan Bonus
Bagaimana Aji-No-Moto dihasilkan?
AJI-NO-MOTO dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi melalui proses penapaian, proses sama yang digunakan untuk membuat tapai, sos soya, cuka dan dadih. 

Bahan-bahan semulajadi terdiri daripada Ubi Kayu dan Tebu.

Kalau nak aku terangkan mungkin tak cukup 1 entri...tapi pendek katanya YAKINLAH dengan produk yang anda gunakan dan gunakanlah TANPA WAS-WAS. kerana AJI-NO-MOTO sememangnya telah mendapat status HALAL dari JAKIM ;-)



status halal ajinomoto,



Selasa, 28 Jun 2011

Persona Modified to Mazda RX8


Car Road Toll
Kali ini aku nak kongsikan gambar terbaru persona custom mod yang aku jumpa sewaktu berjalan-jalan di pakcik google ;-), terperasan aku Persona yang telah dimodifiedkan ke Mazda RX8 front bumper, tengok dah same dah kan....cume Persona nih tinggi je...hehehe

Yang ini juga gambar Persona yang sama, cuma hari jer yang lain...
Banyak betul duit orang nih kan modified persona dah jadi macam Mazda RX8, aku kalau ade duit banyak camtu pun tak kan mengubah persona kepada front bumper kereta mewah...ubah kereta jer terus....cewahhh.... ;-)


Agak-agak siapalah tuan punya kereta nih yer, Melayu ker...Chinese Guy ker... ;-) huhu
Dulu aku penah juga terjumpa dengan Persona yang dah dimodiefied kan oleh ownernye kat Semenyih Sentral, Cuba tengok kat Link nih Pesona + Lancer GT






tags : persona bumper, persona front bumper, persona rear bumper, persona convert rx8, persona modified, persona rx8 bumper, plate modified, evo x,rx8 , mazda rx8, gen2 , proton modified, accesorries, extreme modified, modifikasi kereta, ubahsuai kereta, autoshow car, nice car, persona extreme, persona club


Ahad, 26 Jun 2011

Last Day @ Pulau Langkawi

Nampaknya, hari ini merupakan hari terakhir aku berada di Langkawi...

hehehe, diam tak diam...percutian 3 hari 2 malam aku dengan kawan-kawan office dah berlalu,
cuaca hari ini tak berapa cantik, hujan pun dah nak mula turun, aku baru lepas mandi kat Pantai Cenang... kalau ikut perancangan, hari ini nak pergi Island Hopping sebab semalam dah pergi ke Pulau Payar @ Coral Island...pergh...memang best giler lah pergi sana....;-) duet pon best gak...

gambar malam pertama di Pantai Cenang, Pulau Langkawi...

Oklah, aku mahu keluar untuk memenuhkan aktiviti hari terakhir di Pulau Langkawi ini...
nanti lepas balik, baru aku update mengenai percutian aku di Pulau Langkawi okay...

Sabtu, 25 Jun 2011

Tahniah! Sepah Juara Maharaja Lawak



Aku nak ucapkan Tahniah kat SEPAH, walaupun aku tak minat SEPAH...

Tahniah juga kat JOZAN, sebab dapat tempat kedua walaupun JOZAN adalah calon yang terbaik JUARA, tetapi kekampungan SEPAH berjaya menambat hati rakyat MALAYSIA yang melayan lawak SEPAH pada pertandingan Maharaja Lawak kali ini...pendek kate tahniah juga buat NABIL dan JAMBU sebab kekal sampai ke peringkat AKHIR Maharaja Lawak..

Tapi aku tension sebab tak dapat tengok Siaran Langsung Maharaja Lawak Akhir di sini, disebabkan kedai-kedai makan di tempat aku bercuti tidak ada TV atau pun kalau ada tiada ASTRO, dan kalau ada ASTRO tidak pula melanggan ASTRO WARNA...hehehe...kecewa tetap kecewa setelah berjalan sepanjang jalan di tempat aku bercuti mencari kedai-kedai makan yang ada ASTRO WARNA... nak cari kedai yang ada TV pun susah...Kedai Nasi Kandar pun takde ASTRO...tak ke pelik.... ;-) tapi mungkin diorang tak masukkan ASTRO sebab pelancong yang datang kesini bukan untuk menikmati rancangan Televisyen/ASTRO, tetapi menikmati keindahan pantai dan persekitarannya yang cantik nan permai....cewah....tapi di mana ya???

Peace yaw!!!

Layankan Video Final Maharaja Lawak Akhir Sepah 2 (",)





gambar maharaja lawak akhir, video maharaja lawak akhir, gambar sepah, gambar nabil, gambar jozan, gambar jambu di konsert akhir,

Jumaat, 24 Jun 2011

Review Filem Sekali Lagi

Tiket Majlis Pratonton /  Review Filem Sekali Lagi 

22 Jun 2011
8.00mlm @ TGV Sunway Pyramid

Sekali Lagi rezeki datang...sekali lagi aku terpaksa pergi ke pra tonton Filem Sekali Lagi buat kali kedua jer baru... ;-) aku masih baru belajar cara nak dapatkan tiket pratonton filem-filem yang akan bermain di wayang..;-) tapi yang sebelum ni pergi ke Pratonton Filem 321 Cinta aku menang tiket...tapi kali ini, aku menang juga cuma tak dapat jemputan tiket ke pratonton filem tersebut....pelik tapi benar...tapi nasiblah ade sesorang yang berjaya mendapatkan tiket tersebut...siapa lagi...kompomlah MyLove, nak harapkan orang lain bagi...memang tak pergi lah aku semalam, sebab diorang akan bagi kepada kawan-kawan rapat dahulu...HeHeHe...lumrah manusia lah tu kan... ;-)

Oklah, dah panjang sangat aku cerita camne aku TERpaksa pergi ke Pratonton Filem Sekali lagi kan....kejap lagi aku tunjukkan gambar-gambar malam tersebut yer... ;'-) sekarang masa untuk aku berceloteh nak buat review Filem Sekali Lagi ini pulak...

Review Filem Sekali Lagi
Permulaan filem nih sama seperti Filem Adnan Sempit, iaitu SAM @ Arman bangun pagi daripada tidur dikejutkan mak nye Kartina Aziz...jawabnye Arman da bangun la ni..."Assalamualaikum, nama saya Arman, A.r.m.a.n Arman dan itu mak saye, mak saye sayangkan saye, saye pun sayangkan mak saye gak..." itulah antara dialog awal Shaheizy Sam dalam filem Sekali Lagi...

Dengar dialek dia pun da tau watak dia keanak-anakan, kebudak-budakkan,..disebabkan dia ada penyakit autisme... so sweet lah.... (",)

Arman suka berkawan dengan Amy(Mia Sara Nasuha) sejak Amy menyelamatkan Arman dari di paw oleh tukang pau!...tengok dalam Trailer Filem Sekali Lagi okay!... antara ayat tukang pau yang tak boleh blah ni - "Budak bodoh macam kau ni pun boleh dapat bini cantik eh". ( dia bodo ke, dia pandai ke, tapi realiti sape pandai ayat, cukup ciri-ciri, memang dapat lah awek cantik kan...hehehe (",) . ;-) kira si Amy nih memang bijaklah...so Arman suka berkawan dengan dia, dan tiap-tiap kali Arman jumpa Amy ditaman permainan, mesti Arman makan aiskrim...pergh...gemoklah si SAM ni mase berlakon filem nih kan.... (",) 

Amy selalu sebut nama Man dekat Sheila, dan Sheila pelik sebab tak kenal dan siapa lelaki tue, dan tak bagi Amy berkawan dengan Arman...

tapi Mama Amy, Sheila (Lisa Surihani) tak suka Amy berkawan dengan Arman...dia cakap, Arman jahat...
Sheila cakap macam tu mula-mula aku pun tak faham sebab ape, tapi rupa-rupanya ada peristiwa hitam disebalik kejadian tue... (",) nak tahu? pergi tengok cepat-cepat 30 Jun 2011 nanti...;-)

Sheila pula dah dilamar oleh Haris (Bront Palarae) yang duda dan bakal dikahwinkan oleh keluarga Haris di kampung, tetapi Haris memilih Sheila untuk dijadikan bakal isteri... Sheila tanya Amy nak tak pakcik Haris jadi ayah, Amy setuju jer....;-)

Sampai satu mase, Sheila sendiri TERjumpa man yang selalu Amy sebut tue, dan die jatuh pengsan! giler lah...apesal lak tengok muke Arman ley pengsan??? 

Aku teruskan lagi ek?.. Sheila marah2x Arman... sebab die tak tahu Arman dah tak normal, kurang siuman... atau ade penyakit...jadi bila dia tahu, dia bimbing dan berdating hiburkan Arman...nak bagi Arman pulih kembali kengan2x lama...ops!!...macam aku nak tercerita jer sampai habis nih...kenangan lama apa?

Arman dan Sheila pernah bercinta gila babi punyalah cintan cintun... sampai buat anak tau tak...ops!!! tercerita lagi....best woo...

Aku cepatkan habis review filem sekali lagi nih ok...
Kesimpulannya, korang pergilah tengok Filem Sekali Lagi nih dekat pawagam berhampiran ok bagi kutipan tiket Filem Sekali Lagi nih potong kutipan Filem 321 Cinta juga! PASTI, sebab cerita nih romantik, best, leh gelak2x time Shaheizy Sam buat suara keanak-anakkan tue, time Amy (Mia) berceloteh...;-) dan bab sedey jangan lupe bawa tisu jugak yang mana pompuan-pompuan hati tisu tue erk.... ;-) Filem Sekali Lagi nih bagi aku, lagi best dari Filem 3, 2 , 1 Cinta...sebab??? yang ini kisah cinta pompuan, yang 321 Cinta kisah tomboy...HeHe...aku tomboy-tomboy nih tak layan....hehehe.... ;-)
peace....

rating :- 3.8/5 star atau segala bintang yang korang nampak tiap-tiap malam tue... ;-)

Antara Gambar-gambar waktu Preview Filem Sekali Lagi di TGV Sunway Pyramid yang sempat aku rakamkan.... (",)


Sekali Lagi David Teo ajak aku bergambar bersama selepas jumpa minggu lepas.


Kehadiran Lisa Surihani dikerumuni orang ramai, aku takde mase nak tunggu die, so masuk wayang awal-awal...;-)


Ramai peminat-peminat fan's David Teo, MIG Online, Lisa Surihani dan Shaheizy Sam yang hadir dan dijemput untuk menyaksikan Pratonton Filem Sekali Lagi....


Tibe-tibe terserempak dengan Ujang member kelab kete...sekarang dia dah jadi artis... ;-) Artis blogger...HeHe...tak lama lagi dapat tawaran berlakon lah tue... ;-) eh...aku tipu jer...

Kali ini aku tak sempat nak ambil gambar dengan Farid Kamil, ramai sangat peminat dia...HeHe..dia datang bagi support dekat rakan artis yang datang....

Shaheizy Sam tengah diinterview oleh media... ;-) tak sempat juga nak bergambar, tapi sempat tengok Shaheizy Sam ditarik-tarik oleh peminat fanatik, pergh siap kena tarik-tarik, kalau tak tarik, memang tak dapat lah nak bergambar ngan SAM nih....yang tarik dia terang-terang lah pompuan, kalau aku yang tarik agak-agak ada yang kata aku gay kot?...hehehe
Dan yang inilah hall yang disediakan untuk peminat yang terpilih ke pratonton filem pada malam itu, ada 3 hall buka kalau tak silap, hall 4, hall 5 dan artis hall berapa lah pula tak ingat...hehehe
siap ada pop corn dan air coke dah disediakan tue...tak payah nak beratur yang macam sebelum nih... ;-)

Terima Kasih MIG walaupun aku tak dihantar tiket jemputan, tapi akhirnya aku dapat pergi dengan tiket yang lain...hehehe...itulah taknak jemput aku lagi! dah ler aku menang pantun like ko tak jemput, pastu aku yang terawal hantar kat aktiviti pages metrowealth pon ko tak jemput...last-last ade jugak muke aku tengok preview Filem Sekali Lagi ni...hehehe..... ;-)

TERBAIK FILEM SEKALI LAGI!!!

*** lambat update sebab tgh mood bercuti ni di utara Malaysia...hehehe

Update Finas 13 Julai : Jumlah Semasa Kutipan Filem Sekali Lagi ialah RM1.93 juta

Lagu Sekali Lagi Cinta Itu Milik Kita
Layan dan dengarkan lagu OST SEKALI LAGI - Cinta Itu Milik Kita nyanyian oleh Dakmie
Komposer : Azri Abdul Aziz dan Ary Basri

Original Video dari Metrowealth Pictures



OST Sekali Lagi edited version with lyric
Lagu OST Sekali Lagi versi edit dengan lirik lagu.



Jumlah Semasa Kutipan Filem Sekali Lagi,Kutipan Filem Sekali Lagi, Kutipan Terkini Filem Sekali Lagi,Review Filem Sekali Lagi, Malam Pratonton Filem Sekali Lagi, Preview Filem Sekali Lagi, Sekali Lagi Movie, One More Movies, Artis malam pratonton,sekali lagi film review,watak sam dalam filem sekali lagi, watak lisa surihani dalam filem, pelakon utama sekali lagi, artis yang datang pratonton,rating filem sekali lagi.. Penyanyi OST Sekali Lagi.

Khamis, 23 Jun 2011

Buat Account Sosial banyak-banyak semata nak menang LIKE contest Tertinggi


Ops, apa yang DVII carutkan dipagi hari ini...HeHeHe...sebenarnya DVII nak cakap mengenai satu pertandingan atau peraduan mahupun penyertaan yang mengambil kira pemenang menerusi siapa yang dapat LIKE tertinggi atau pun yang terbanyak dari rakan-rakan sosial...

Bukan nak buat fitnah atau pun mengaibkan orang lain, tapi sebenarnya firasat DVII sangat kuat yang mengesyaki ada orang yang join contest tersebut dan sanggup buat account banyak-banyak, account apa ya? kalau bab pertandingan LIKE-LIKE nih, sudah semestinya berkait rapat dengan FACEBOOK, so korang pun tahu kan hadiah yang ditawarkan juga agak mahal, seperti Ipad, Iphone dan lain-lain lagi lah kan...

Contoh: HotFM Klik 1 Juta Like yang menawarkan Ipad2 dan wang tunai RM10,000
kepada fan yang LIKE LIKE LIKE fan pages
Ada satu FB Fan Pages yang menawarkan hadiah kepada pemenang tertinggi dapat LIKE terbanyak, padahal hadiah tersebut sebenarnya bukanlah mahal mana, DVII tengok juga siapa antara kawan facebook dia yang LIKE komen dia, tetapi rata-rata hanyalah FB Palsu / Fake FB Account semata-mata nak menang LIKE Tertinggi...dapat bayangkan tak? sanggup create banyak² fb, dan sanggup log in / log out untuk like komen diri sendiri @ fake fb profile

Orang lain pun sertai juga, tapi ajak kawan-kawan office, kawan rumah, kawan fustal, sedara-mara, abang kakak tolong like komen mereka, dan juga peserta yang join contest teringin nak like, ini buat FB palsu semata-mata nak menang...ape cer bro??? harga hadiah tu pun bukan mahal bro...bawah RM100 juga...

Kalau korang tak caye, sertailah apa-apa pertandingan yang ada LIKE², kalau rasa curiga...tengoklah siapa Friends yang LIKE komen dia... ;-) kalau pelik tue betullah...bukan semua orang dapat LIKE tertinggi nih menggunakan unsur penipuan....tidak...nanti ada yang nak salahkan DVII pula....cuma ada segelintir golongan yang nak menang mudah sahaja....so....saje nak bagi korang tau...HeHeHe

Fake FB Account 1


Fake FB Account 2

Fake FB Account 3

Fake FB Account 4 - gambar awek cun mana lah yang dia letak.
Jelas tiada wall activity dan Friends pon seorang jer...hahaha... ;-)


* Mungkin entri DVII kali ini salah atau silap, sebenarnye orang ini mewakili kawan-kawan dia yang tak tahu facebook tu apa, jadi dialah yang tolong create dan gunakan facebook tersebut...dan tolong LIKE all Like Contest....hahahahaha...
(nak bagi bahasa lain, nampak macam kasar pula...)

* dah penat taip, search kt google...ada jugak rupanya yang sependapat...bace kat sini 

lagi banyak maklumat yang diberikan... ;-)

TQ sudi bace entri mengarut pagi2 neh...

Rabu, 22 Jun 2011

Sekali Lagi | Kutipan Filem Sekali Lagi


Sekali Lagi aku tertunggu-tunggu...
Ternanti-nanti, sesuatu yang tak pasti...
Katanya pagi, tapi dah tengah hari,
Mungkinkah dia akan datang sekali lagi... ;-)

Hehe...Alamak, berpantun pulak kan... Sebenarnye DVII menunggu jawapan sama ada DVII dijemput atau tidak untuk sesi Jom Ramai-ramai Tengok Filem SEKALI LAGI Bersama Artis .

Kalau ikutkan jadual tayangan Filem Sekali Lagi terbitan MIG David Teo di pawagam seluruh Malaysia pada 30 Jun 2011 ini, tapi kalau dapat tengok Malam Pratonton kira dapat tengok lagi awal dari orang lainlah kan... Waktu Filem 3 2 1 Cinta hari tu, pon DVII dapat jemputan untuk hadir ke Malam Pratonton Filem 321 Cinta Bersama Artis siap dapat Hadiah dari MiG - David Teo Lagi Sebab DVII menang kan...Hadiah die jer DVII tak bagitahu apa yang DVII dapat...tapi memang xde jual kat kedai lah...ini Champion punya!...;-)

Filem nih, DVII tengok boleh boom kutipan tiket dia dalam senyap, sebab menampilkan pelakon Shaheizy Sam dan Lisa Surihani yang masing-masing sudah kenal siapa diorang kan. Ditambah lagi dengan Adik Mia Sara Nasuha yang dah memang rapat dengan Lisa Surihani, semua mesti dah tengok Drama Bersiri Adamaya kat TV tu kan.... Ha...so sudah pasti masing-masing ada peminatnya tersendiri...

Harap-harap, dapatlah Tiket jemputan tu kan... boleh lah DVII nak buat Review Filem Sekali Lagi untuk mempromosikan dan mewar²kan Filem Sekali Lagi nih pada umum... so nantikan yer...tengah sabar...kalau tak dapat..takpelah, DVII terjah pawagam beli tiket online awal² 30 Jun jerlah tengok kisah cinta romantik yang sangat kiut ini. Watak Shaheizy Sam yang lain dari biasa... ;-)

Baca kat sini --> Sinopsis Filem Sekali Lagi 
Baca juga Review Filem Sekali Lagi (akan datang)



Update : Sebelum pergi tengok Filem Sekali Lagi 30 Jun ini Sila baca Review Filem Sekali Lagi setelah aku berjaya pergi atas tiket lain.

Jumlah Kutipan Filem Sekali Lagi ialah :
Update Finas 13 Julai : Jumlah Semasa Kutipan Tiket Filem Sekali Lagi ialah RM1.93 juta
Update Finas 20 Julai : Jumlah Semasa Kutipan Tiket Sekali Lagi ialah RM2.04 juta 
Update Finas 3 Ogos : Kutipan Akhir Filem Sekali Lagi ialah RM2.04 juta



Review Filem Sekali Lagi, Sinopsis Filem Sekali Lagi, Jalan Cerita Sekali Lagi, Pelakon Utama Filem Sekali Lagi, Shaheizy Sam dan Lisa Surihani, Gambar, Sinopsis Filem,Kisah Cinta Romantik Filem Sekali lagi, Tiket Filem Sekali Lagi, Kutipan Tiket Filem Sekali Lagi,Kutipan Terkini Sekali Lagi, Kutipan Terkini Filem Sekali Lagi, Kutipan Filem Cinta,





Biodata Aaron Aziz

Biodata Aaron Aziz | Aaron Aziz Biodata
Disebabkan Aaron Aziz nih berjaya membawa watak Malek di dalam Filem KL Gangster itu hari, jadi DVII nak kongsikan sedikit biodata Aaron Aziz nih yang aktif berlakon di Malaysia sejak tahun 2005 ;-)biar korang tahu drama yang Aaron Aziz nih pernah berlakon...DefarhanoVII Copyright Protected

Biodata Aaron Aziz

Nama Penuh : Aaron Aziz Mustapha

Umur : 35 Tahun

Tarikh Lahir : 23 Februari 1976

Asal : Pasir Ris,Tampines, Singapura

Status : Berkahwin

Isteri : Diyana

Berat dan Tinggi Aaron Aziz : tiada maklumat benar

DefarhanoVII Copyright Protected
Kerjaya : Pelakon Filem, Pelakon Drama TV & Model
DefarhanoVII Copyright Protected

2001- 2005 bersama Industri Perfileman di Singapura
Drama TV Singapura :
2001 – Cinta Bollywood, A War Diary, Jeritan Sepi Musim 1
2002 – Heartlanders Musim 1, Cinta Bollywood, Jeritan Sepi Musim 2
2003 – Heatlanders Musim 2, Lightyears, Garisan Takdir, Ikut Suka CD7, Living With Lydia – 1 Ep
2004 – Suspek, Phua Chu Kang – Musim 6 (Ep.14), Heartlanders – Musim 31, Permintaan Aishah, Missing, Leftenan Adnan – A Life Story
2005 – Heartlanders – Musim 4, My Sassy Neighbour – Musim 1(Ep.1),

2004 – Kini bersama Industri Perfileman di Malaysia
Drama TV Malaysia : Janji Diana, Sumayyah, Sadiq & Co, Cinta Gila, Cinta Lelong, Rahsia Hati, Kasih Tercipta, Bulan Bertemu Matahari, Dilemma Wanita, Cahaya Kasih, Malam 7 Likur, Hana Hani Strawberi dan Oh Ibu, Emil Emilda, Cinta Q, Nora Elena (Seth Han)

Filem : KL Gangster (Malek), Evolusi KL Drift (Joe), Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam (Azam), Pisau Cukur (Ari), Syyhh... Dia Datang (Edd), Evolusi KL Drift 2 (Joe), Suaka, Datin Ghairah, 2 Alam

Pencapaian : Artis Paling Popular Singapura 2003,2004,2005(Pesta Perdana, Suria,Singapore)

Blog Aaron Aziz : www.aaronaziz.com

Duta Produk / Iklan TV :
· F&N Hari Raya TVC - Aaron Aziz Productions Pte Ltd, Suria TV12
· Car City Leasing - Aaron Aziz Productions Pte Ltd, Suria TV12
· U-Home Interior Design - Aaron Aziz Productions Pte Ltd, Suria TV12
· Shakuntala Restaurant - Suria TV12




Aaron Aziz dalam Drama Bersiri Nora Elena

* Sila maklumkan sebarang kopipes
* Sumber gambar dari pakcik google ;-)
* kita tengok nanti dalam KL Gangster 2 atau KL Gangster pre kuel watak Malek yang terhumban di dalam penjara angkara Shark...HeHe...DVII tengok kira Shark masih boleh berlakon lagi lah dalam KL Gangster 2, sebab ianya menceritakan kejadian sebelum Malek ke penjara dan kisah 2 kumpulan kongsi gelap yang ingin mengusai KL... ;-)


biodata aaron aziz, profile lengkap aaron aziz, biodata watak seth han, pelakon drama nora elena, pelakon filem kl gangster, aaron aziz biography, watak kl gangster 2,gambar gambar seth han 

Biodata Syamsul Yusof Haslam

,Inilah pengarah muda yang datang dari keluarga Skop Production milik Datuk Yusof Haslam, mewarisi bakat seni bapanya dalam industri seni. Sebelum bergelar pengarah filem, Syamsul Yusof perlu melepasi beberapa tugasan dari ayahnya untuk mengarah drama tv bersiri yang popular Gerak Khas. Filem arahan pertama Syamsul Yusof ialah Evolusi KL Drift.

Kini DVII tengok Syamsul Yusof berjaya mengubah persepsi masyarakat Malaysia mengenai genre Filem terbitan Skop Production dengan mengetengahkan pelbagai genre setelah 5 Filem di bawah arahannya telah berjaya mencapai kutipan pecah panggung. Setiap filem arahan Syamsul mendapat kutipan purata filem dengan gandaan RM2 juta, bermula dengan Evolusi KL Drift (RM2 juta), Bohsia (RM 4juta), KL Drift 2 (RM6 juta), Khurafat (RM8 juta) dan kini menerusi Filem KL Gangster yang sedang bermain di pawagam telah mendapat kutipan terkini melebihi RM11 juta dan dijangka akan menghasilkan Filem KL Gangster 2 (KL Gangster Pre Kuel) tidak lama lagi setelah mendapat reaksi positif dari peminat. Mula aktif dalam industri seni sejak 2007. Defarhano Copyright Protected

Biodata Syamsul Yusof

Nama Penuh : Mohd Syamsul Bin Datuk Yusof / Mohd Shamsul b. Md Yusof
Defarhano Copyright Protected
Umur : 27 Tahun
Defarhano Copyright Protected
Tarikh Lahir : 21 Mei 1984
Defarhano Copyright Protected
Asal : Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Defarhano Copyright Protected
Status : Bujang
Defarhano Copyright Protected
Pendidikan : Dip. In Broadcasting
Defarhano Copyright Protected
Hobi Masa Lapang : Tengok Wayang & Bermain Video Game
Defarhano Copyright Protected
Kereta yang dipakai : BMW M3
Defarhano Copyright Protected
Warna Kegemaran : Putih, Hitam, Merah
Defarhano Copyright Protected
Pelakon Yang Diminati : Denzel Washington,  CD7, Jim Carrey,
Defarhano Copyright Protected
Penyanyi Yang Disegani : Tupac, Michael Jackson (MJ)
Defarhano Copyright Protected
Barang Paling Berharga : Kereta
Defarhano Copyright Protected
Sukan Kegemaran Syamsul : Drifting ( dengan Tengku Djan hari-hari....<--yang ini aku tambah)
Defarhano Copyright Protected
Bakat Terpendam : Menari ( dengan Siti Nurhaliza <---pun aku tambah!)

Laman Sosial / Contact :
Facebook Fan Pages Syamsul Yusof : Syamsul Yusof - Burn & Soul
Blog Syamsul Yusof : Syamsul Blog - Burn & Soul ,
No. Telefon Syamsul Yusof : 012-984 Tekan-Tekan Tak Dapat...Rahsia...
Blog Aaron Aziz nak tahu tengok juga Aaron Aziz
Defarhano Copyright Protected
Kerjaya : Pengarah, Pelakon Filem, Pelakon Drama TV, Penyanyi
Defarhano Copyright Protected
Pencapaian : 
Evolusi KL Drift 2 - 2010
Pengarah Terbaik (Festival Filem Malaysia 23 - FFM23), Penyuntingan Terbaik (FFM 23), Lakon Layar Terbaik Filem (ASK 2010)
Evolusi KL Drift - 2008
Anugerah Khas Juri (Keberkesanan aksi lasak di layar perak)
Defarhano Copyright Protected
Lakonan Filem : Aku Bukan Tomboy, KL Gangster, Khurafat, Evolusi KL Drift 2, Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift, Gila-Gila Pengantin Popular
Defarhano Copyright Protected
Arahan Filem : Aku Bukan Tomboy, KL Gangster, Khurafat, Evolusi KL Drift 2, Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift
Defarhano Copyright Protected


Antara Filem-Filem Arahan Syamsul Yusof


Gambar Syamsul Yusof dalam KL Gangster

Gambar Syamsul Yusof dan Liyana Jasmay dalam Filem Khurafat


Syamsul Yusof dan Nabila Huda dalam Filem Bohsia



Inilah Hero-hero KL Gangster Filem Pecah Panggung tanpa watak utama seorang wanita...
Tahniah...semoga akan dikekalkan dalam KL Gangster 2 / KL Gangster Pre Kual dengan tambahan pelakon seperti Rosyam Nor dan Shaheizy Sam (Ganas ker???)... ;-)

* sumber gambar dari pakcik google
* sumber maklumat dari pelbagai termasuk Remaja Jun 2010




Tengok juga Biodata Pelakon/Artis di Malaysia yang lain
Biodata Aaron Aziz   
Biodata Nur Fazura
Biodata Jue Aziz
Biodata Syamsul Yusof
Biodata Datuk Yusof Haslam





Biodata Syamsul Yusof, Syamsul Yusof Biodata, Biography Syamsul Yusof, Profile Syamsul Yusof, Maklumat Syamsul Yusof, biodata pengarah filem, Pengarah Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia 23, Anugerah Skrin 2010, pengarah skop production, penerbit filem kl gangster, pengarah filem kl gangster 2, pelakon filem kl gangster, pelakon filem kl gangster 2, Rosyam Nor, movies actor, actress malaysia, malaysia actor film,best movie award,

Selasa, 21 Jun 2011

Breakfast / Lunch dengan Mee Kari


Hurm... nyum2x...walaupun pada awalnya DVII menolak untuk makan Mee Kari disebabkan DVII telah bersarapan pagi di rumah, tetapi disebabkan semua yang hadir pada majlis tadi makan, jadi terpaksa lah DVII memakankan diri sendiri...lagipun dah tau siapa caterer yang buat Mee Kari nih, memang sedap....so makanlah apa lagi...tapi xbanyak...sikit jer...HeHeHe...

Best kerja dengan orang pejabat nih, sikit² buat majlis makan-makan, kalau meeting pun makan, kalau birthday pun buat makan-makan, lagi-lagi kalau naik pangkat, naik jawatan, naik gaji...sure-sure ada majlis makan²... 

Kat office nih baru jer keluar siapa yang dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anjakan Gaji... Ha...lepas nih bersiap sedia lah pulak, kot-kot ada yang nak buat majlis meraikan kecemerlangannya bersama... ;-)

Terima kasihlah kepada yang buat majlis nih yaa, walaupun dia tak baca...HeHe...
besar pangkatnya tau...buat majlis camni, lagi besarlah pulak rezekinya masuk...;-)

* Lunch takmo makan, sebab nanti badan makin besar...HuHuHu...pening²



*tags : Mee Kari, Menu Mee Kari, Mee Kari sedap, Mee Kari Popular, Mee Kari Bangi



Jadual Perlawanan EPL Manchester United 2011/2012



Tinggal lagi sebulan lebih Barclay English Premier League (EPL) akan memulakan sepak mula. Berikut DVII sertakan jadual perlawanan bagi musim 2011/12 bagi pasukan kesayangan DVII iaitu Manchester United!!!
Dulu Kini Selamanya tak tukar-tukar nih... ;-) 

Nampaknya musim baru ini, Manchester United tidak akan bertemu big four di hujung-hujung saingan seperti musim-musim yang lalu di mana bermain pada bulan April / May, tetapi musim 2011/12 ini Bulan Februari adalah bulan terakhir perlawanan pertemuan sengit United dengan musuh Tradisi Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Man. City menyelit pada bulan April.

August
14 West Brom (A)
22 Tottenham (H)

28 Arsenal (H)


September
10 Bolton (A)
18 Chelsea (H)
24 Stoke (A)

October
1 Norwich (H)
15 Liverpool (A)
23 Man City (H)
29 Everton (A)

November
5 Sunderland (H)
19 Swansea (A)
26 Newcastle (H)

December
3 Aston Villa (A)
10 Wolverhampton (H)
17 QPR (A)
21 Fulham (A)
26 Wigan (H)
31 Blackburn (H)

January
2 Newcastle (A)
14 Bolton (H)
21 Arsenal (A)
31 Stoke (H)

February
4 Chelsea (A)
11 Liverpool (H)
25 Norwich (A)

March
3 Tottenham (A)
10 West Brom (H)
17 Wolverhampton (A)
24 Fulham (H)
31 Blackburn (A)

April
7 QPR (H)
9 Wigan (A)
14 Aston Villa (H)
21 Everton (H)
28 Man City (A)

May
5 Swansea (H)
13 Sunderland (A)

Jadi, Untuk pertemuan dengan Big Four + 1, DVII telah shortlist kan di bawah

27 August 2011: Manchester United vs Arsenal
17 September 2011 : Manchester United vs Chelsea
15 October 2011 : Liverpool vs Manchester United
22 October 2011 : Manchester United vs Manchester City
21 January 2012 : Arsenal vs Manchester United
4 February 2012 : Chelsea vs Manchester United
11 February 2012 : Manchester United vs Liverpool
28 April 2012 : Manchester City vs Manchester United

Glory-glory Man. United! We are the Champions!...




* Sumber ni DVII ambil dari www.premierleague.com









tags : Jadual perlawanan Manchester United, Jadual liga perdana inggeris 2011/2012, Manchester United Fixtures 2011/2012, English Premier League fixtures 2011, United Games, Manchester United vs Chelsea, Chelsea vs Manchester United, Manchester United versus Arsenal game, English Premier League fixtures