Header Ads

Geran Motor Hilang? Cara Buat Geran Baru



Hah.... Geran Motor DVII hilang sudah lebih setahun yang lalu, dan Cukai Jalan @ Road Tax Motor DVII pula telah tamat tempoh pada 10 Jun 2010 tahun lepas...jadi jika 10 Jun 2011 ini genaplah setahun DVII tidak memperbaharui cukai jalan bagi motosikal DVII....apa yang DVII tahu, jika sudah lebih setahun tidak memperbaharui cukai jalan / road tax, kenderaan tersebut terpaksa di bawa ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan fizikal oleh pihak JPJ......Oh..Tidak!!!...kalau bawa motor untuk inspection banyak lah pula kerjanya...walaupun motor DVII standart gaban jer......

Jadi setelah hampir setahun mencari geran m/sikal DVII...akhirnya sebelum 10 Jun menjelma, terpaksa lah DVII pergi buat yang baru...

Cara-cara buat geran motosikal/kereta yang hilang ialah.... ;-) 

1. Buat laporan polis (untuk rujukan / simpanan peribadi)
2. Pergi ke JPJ dan sebelum ambil nombor giliran, cakap nak buat Geran Motor Hilang...(nanti dia bagi Borang minta kita isi masa tu jugak....huhu...banyak helai lah jugak....)
3 . Giliran tiba, serahkan borang dan cakap nak buat geran kenderaan yang hilang...(sebenarnya JPJ tak minta pun laporan polis yang kita buat...lagi-lagi kalau OWNER datang sendiri...IC pun dia tak minta...HaHaHa...)
4. Bayar RM20, dan da dapat Geran M/Sikal.... ;-)
5. Boleh pandu dengan cermat dan ingatlah orang yang tersayang....



 contoh geran kenderaan yang DVII dapat pagi tadi dengan sepantas kilat nya.... ;-)


Selepas dapat geran nih, terus DVII pergi renew Insuran motor di kedai insuran berhampiran, nak tanak renew jer...last-last Oriental Capital plak yang DVII terbuat...wayang jer lebih kedai tu tunjuk logo Etiqa Takaful lah, Etiqa Insuran lah, Kurnia lah...tapi bila tanya...insuran apa saya buat nih...etiqa ker? ...tak...kami buat Oriental Capital jerk...pergh...frust jer dengar...huhuhu

Selesai buat insuran...pergi balik ke bangunan JPJ tuh, dengan segera ambil nombor...dan terus dipanggil....cepat kan????


ng ni lokasi JPJ Cawangan Bangi yang DVII pergi... servis memang cepat giler...sebab? orang tak ramai...so memang sepantas kilat lah.... ;-) tak caya pergilah berurusan di sana, nak tukar nama pemilik kenderaan ke, tukar nama geran ke, bayar saman JPJ ke...semua boleh kat sana...yang penting ada duit...huhuhu.... ;-) 









geran motor hilang, geran kereta hilang, cara buat geran baru, cara renew geran, cara nak tukar nama hak milik kereta, pembatalan tuntutan hakmilik pemilik berdaftar, borang jpj k3a, tukar nama kenderaan, prosedur menukar nama pemilik kereta, pemeriksaan puspakom, renew roadtax, lokasi JPJ bangi, 

23 ulasan:

  1. haiyak. mcm mne lah geran moto pun boleh hilang?

    BalasPadam
  2. @Bella HaLim ~
    hehe...camne? ntah...lame dah hilang...sebelum roadtax motor mati lagik...smpailah da nak setahun tak renew...tu cepat2 pergi tadi.... ;-)

    BalasPadam
  3. bro, tumpang tanya seket.
    kalau pegi jpj tanpa report polia takpe ke? ke jpj tu buat tak tau je..kalau owner sendiri yg pegi jpj.

    BalasPadam
  4. @Ken_G ~

    aritu, orang JPJ kat kaunter tu cakap, kalau OWNER sendiri datang JPJ nak buat geran ilang tak payah bawa report polis tu pon takpa...
    '
    report polis tu, just utk. cover ape2 hal yg berlaku je incase kan... ;-)

    BalasPadam
  5. bro.. kalo mcm kes aku nie lain sket.. geran kete arwah ayah aku hilang.. aku nak renew roadtax bulan depan nie.. camne nak buat baru eh? kalo owner da xde? ko buat report polis tu kat balai trafik ke atau mana2 balai2 polis pon bleh??

    BalasPadam
  6. Tetiba saje geran kereta aku cari nak renew road tax tak jumpe. Sama ada aku silap simpan atau wife aku silap letak masih misteri. So consider hilanglah. TKasih atas informasi yg sangat berguna nih. Nampaknya taklah susah sangat nak dapat replacement.

    BalasPadam
  7. 1. motor dgn kereta sama process ke?
    2. kalau amik borang dulu...pastu esok2 baru amik nombor boleh ke?

    BalasPadam
  8. @Awang Fauzi
    (",) senang je nak buat geran baru kalau geran kereta lama hilang...asalkan owner datang...lagi senang.. (",) welcome2

    BalasPadam
  9. @tibe2

    1. sama rasanya...
    2. boleh, minta jer borang tu dekat kaunter pertanyaan, dia akan tapis kat situ...

    BalasPadam
  10. salam. nak tanya. kalau kes jadi mcm awak ni motor kena tinggal buat inspection ke? blur sikit la. huhu. geran saya hilang. bulan 7 ni roadtax dah tamat tempoh. so sebelum roadtax tamat tempoh saya kena cepat2 buat geran ke? kena cari masa ASAP la ni sbb JPJ jauh jugak dgn rumah. anywy, tq :)

    BalasPadam
  11. @Cik Ayen

    salam... takper tinggal motor, sebab masih belum lebih 1 tahun lagi roadtax mati dan hilang, macam kes awak, bulan 7 ni tamat tempoh? takpe lagi... janji JANGAN LEBIH 1 TAHUN dari TAMAT TEMPOH... so sebelum bulan 7 tahun depan... kena pergi buat geran..... (",)orait....

    BalasPadam
  12. motor kawan motor pasola 50cc,
    geran dah lama hilang, road tax pon da xde.
    still boleh buat geran baru ke? kene bawak apa2 dokumen x?
    num enjin ke ape ke. tqvm.

    BalasPadam
  13. @syamil bab yg ini saya kurang arif,
    tp setahu saya kalau tempoh road tax tu dah melebihi 1 tahun DARI TAMAT TEMPOH, memang kena bawa pergi check baliklah jawabnya....

    dokumen??? hurmm.... 1stly mmg kena pergi buat report polis lah kan... (",) then baru lah bawa moto tu check puspakom dan buat roadtax baru... cube try... pergi JPJ dulu... (",) gud luck

    BalasPadam
  14. Salam.. aku.nk tukar nma nih.. geran ada kt aku tpi owner xjmpa2 smpai la ne.. nk wt guane boh??

    BalasPadam
  15. kalau saya bukan owner motor , tapi saya dah pakai motor tanpa geran untuk mase yg lame dah . boleh ke buat geran baru ?

    BalasPadam
  16. @DefarhanoVII a.k.a BoyPJsalam.,untuk check kenderaan ke puspakom xde masalah asalkan nombo enjin dan body ngam macam dlm geran.,dan enjin pon kena standet.,

    BalasPadam
  17. yg problem nya bila geran hilang,. owner dh xde,. roadtax semua automatik takde.,
    haish.,byk proses tu.,

    BalasPadam
  18. UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN MENGENAI KENDERAAN SEPERTI URUSAN JPJ, INSURANS DAN PUSPAKOM BOLEH LA HUBUNGI SY UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN DN NASIHAT. TQ

    -GREEN TYCOON RESOURCES -
    03-8068 7005
    (PUCHONG BRANCH)

    BalasPadam
  19. Takaful Ikhlas buat ngan aku bro.. ahaks..

    BalasPadam
  20. bro kalau dua2 hilang geran n insuran mcm mana?kedai insuran boleh bt balik ke insuran tu?

    BalasPadam
  21. hye...juz nk tnya...klu geran hilang n xjmpe2..wakil lh ke g wt report polis n g renew geran tu kt JPJ?motor ni motor pkcik..bila ajk dia g wt report polis n jpj,dia xnk...wut should i do..roadtax dah nk mati dh ni...help me :(

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.